Anda di halaman 1dari 4

 Point-Point Penting Jurnal Model Tazkiyah al-Nafs Al- Ghazali

1. memberi fokus terhadap aspek pembangunan kerohanian pelajar melalui


amalan yang berikut ; i. Amalan solat fardu berjemaah. ii. Amalan qiam allail.
iii. Amalan tilawah al-Quran. vi. Amalan zikir. v. Amalan puasa sunat.

2. Aspek ini adalah selari dengan manhaj pendidikan kerohanian al-Ghazali iaitu
mempertingkatkan ibadah merupakan di antara teras utama dalam kerangka
pembangunan spiritual seseorang.

3. ibadah bukan sahaja dapat mempertingkatkan keimanan seseorang tetapi


turut membantu seseorang mengatasi masalah dalam kehidupannya kerana
ibadah dapat menghubungkan terus seseorang hamba dengan pencipta-Nya.
(Salasiah, 2016)

4. Dalam aspek ini, beliau telah membahaskan dan sentiasa menegaskan untuk
membangunkan diri dan jiwa berlandaskan amalan pembersihan jiwa. Ini
bermakna, di antara dua komponen diri manusia iaitu fizikal dan spiritual,
maka al-Ghazali lebih banyak menekankan aspek kerohanian seiring dengan
konsep penyampaian beliau di dalam ‘Ihyā’ yang mengupas ilmu secara zahir
dan batin (Yatimah et.al, 2008).

5. Dengan kata lain, tazkiyah al-nafs merupakan usaha gigih kemanusiaan yang
mengandungi dua dimensi (Zakaria Stapa, 2001); i. Proses pembuangan
sifat- sifat tercela daripada diri sendiri manusia, yang juga diistilahkan dalam
bidang kerohanian Islam sebagai al-takhallī. ii. Proses penghiasan atau
pemakaian diri sejati manusia iaitu dengan sifat- sifat mulia dan terpuji, yang
juga diistilahkan dalam bidang kerohanian Islam sebagai al-tahallī.
JURNAL ILMU

 Menurut Aminuddin Mohd. Yusof (1990), sebagai pemimpin yang menjadi role model
kepada yang dipimpin seharusnya mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam
aspek tertentu untuk melayakkan dirinya sebagai qudwah terbaik dan pemimpin yang
berwibawa. Sehubungan dengan itu, ilmu pengetahuan adalah aset penting untuk
memastikan wujudnya kualiti kepimpinan.

 Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1994) pula menegaskan bahawa ilmu adalah
prasyarat ke arah menjayakan cita-cita membangun sebuah negara bangsa yang
maju, berwibawa dan cemerlang. Pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan
masyarakat yang cinta akan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat
tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Masyarakat sebegini sentiasa berlumba-
lumba untuk memiliki, memperkembang, memanfaat dan menghayati ilmu untuk
kepentingan kehidupan seluruh manusia dan alam jagat.

 Guru Pendidikan Islam sebenarnya merupakan aset negara untuk membentuk


akhlak mulia generasi masa kini bagi mencapai matlamat yang telah digagaskan
oleh kerajaan. Mereka berperanan untuk membangkitkan kesedaran hidup
beragama di kalangan masyarakat melalui penghayatan iman dan amal soleh.
Kesimpulannya guru Pendidikan Islam perlu berpandangan global serta luas dan
tidak tertakluk kepada skop tanggungjawab sedia ada. Guru sangat memerlukan
kepelbagaian pengetahuan dan keterampilan yang sesuai dengan keadaan semasa
dari segi kemajuan sains dan teknologi.

 Di samping itu mereka hendaklah memupuk nilai budaya membaca untuk


melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa,
memandangkan guru Pendidikan Islam di pandang tinggi oleh masyarakat kegiatan
mencari maklumat ataupun proses keilmuan itu hendaklah berterusan dan bukannya
terhenti pada sesuatu peringkat umur tetapi berterusan seumur hidup.
 Tazkiyah al-nafs bermaksud satu usaha dan proses yang gigih dan bersungguh-
sungguh untuk membersih dan menyucikan jiwa dari sifat-sifat yang tercela.

 Said Hawwa (t.t.) menjelaskan lagi bahawa ia merupakan satu proses peralihan
daripada jiwa yang kotor, ternoda dan tercemar dengan dosa-dosa menjadi jiwa yang
suci bersih. Oleh yang demikian, Che Zarrina dan Nor Azlinah (2016) mengatakan
bahawa pendekatan tazkiyah al-nafs perlu disimbolisasikan sebagai suatu usaha
serius dalam merawat hati secara bersepadu dengan disusuli beberapa pendekatan
praktikal dan amalan kerohanian. Antara contoh amalan kerohanian ialah solat,
puasa, berzikir, berdoa, membaca al-Quran dan bersedekah.

 Tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali merupakan satu usaha membersihkan jiwa, hati
dan diri manusia daripada kekotoran sifat-sifat keji melalui proses mujāhadah al-nafs
(al-takhalli) dan kemudian menghiasinya dengan sifat-sifat murni melalui proses
riyāḍah al-nafs (al-tahalli) yang memerlukan kesabaran lantaran proses ini
memerlukan usaha yang gigih serta mengambil masa yang lama (Salasiah 2014).

 Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh Al-Syaibani (Ahmad


Saefudin, 2014), pendidikan adalah sebuah proses pertumbuhan bagi membentuk
pengalaman dan perubahan yang dikehendaki terhadap tingkah laku individu dan
secara berkelompok. Justeru, guru adalah orang yang mulia di sisi Allah SWT
memandangkan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan
bimbingan dan panduan yang sempurna bagi memudahkan seseorang mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat.

 Menurut Samsinas (2009), ibu bapa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
sistem pendidikan agama yang dipraktikkan khususnya di sekolah agama dalam
melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Oleh itu, guru merupakan orang kedua terpenting dalam
membentuk keperibadian anak-anak selain membantu membimbing mereka (Azizi
Yahaya et.al 2005)
 Guru yang baik melahirkan remaja yang rajin. Guru yang baik juga selalunya
dipercayai dan dihormati oleh komuniti serta dapat menentukan masa bermain, masa
belajar dan masa bersukaria. Guru juga dikenalpasti dapat mencipta suasana yang
selesa bagi pelajar dan mengetahui apa jua permasalahan yang dihadapi oleh
pelajarnya ( Zainal Madon, 2004).
 Guru-guru adalah model yang menjadi contoh kepada pelajar. Guru
bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan memandang
mereka sebagai individu yang mempunyai berbagai keistimewaan. Guru yang baik
mampu melihat kebolehan pelajarnya. Selain itu, guru mampu bertindak sebagai
pendorong, pembimbing serta pemangkin bagi membentuk pengalaman pelajar
( Azizi Yahaya et.al 2005).
 Guru-guru adalah model yang menjadi contoh kepada pelajar. Guru
bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan memandang
mereka sebagai individu yang mempunyai berbagai keistimewaan. Guru yang baik
mampu melihat kebolehan pelajarnya. Selain itu, guru mampu bertindak sebagai
pendorong, pembimbing serta pemangkin bagi membentuk pengalaman pelajar
( Azizi Yahaya et.al 2005).

 Justeru itu, guru mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana guru
mempunyai fungsi yang penting dalam pementukan akhlak pelajar. Guru menjadi
“Qudwah Hasanah” atau contoh ikutan terbaik kepada pelajar. Setiap tingkah laku
guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakannya akan menjadi ikutan oleh
murid- murid. Tutur katanya menjadi pegangan dan gerak lakunya menjadi misalan.

Anda mungkin juga menyukai