Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MENYELENGGARA, MENGUBAH SUAI &

MENAIK TARAF PENYAMAN UDARA SERTA KEMUDAHAN


SOKET PLUG

1. Tajuk

Kertas Kerja Menyelenggara, Mengubahsuai dan Menaik Taraf Penyaman


Udara Serta Kemudahan Soket Plug Di Bilik Guru

2. Latar Belakang

Sekolah Model Khas Bukit Jenun mempunyai 2 bilik guru yang menempatkan
guru-guru sekolah menengah dan rendah. Ruang ini digunakan sepenuhnya
oleh guru-guru untuk merancang aktiviti pembelajaran dan melaksanakan
tugas-tugas perguruan. Ianya juga merupakan bilik utama di mana
penggunaannya adalah maksimum dan sangat penting. Bilik yang sedia ada
pada masa kini boleh dikategorikan dalam keadaan yang di luar jangkaan
dan tidak selamat.

Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf bilik guru


adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dalam memberikan
keadaan yang lebih nyaman dan selesa berbanding dengan keadaan yang
dialami sekarang ini.

Keadaan penyaman udara yang sangat uzur dan tidak berfungsi dengan baik
kerapkali menjadi punca ketidakselesaan guru-guru dalam menjalankan kerja
hakiki yang diamanahkan. Malah, terdapat guru-guru yang mengambil
inisiatif membeli serta memasang penyaman udara dengan menggunakan
duit sendiri. Selain daripada itu, sambungan soket plug yang disambungkan
pada kadar yang banyak membahayakan keselamatan guru-guru serta
peralatan elektronik yang digunakan

Halangan utama pada masa kini antaranya adalah faktor kewangan terbatas
membantutkan aktiviti menaiktaraf penyaman udara di bilik guru ini. Kos
yang tinggi dilihat menjadi kekangan utama bagi melaksanakan aktiviti ini
(Rujuk lampiran A)

3. Rasional

Tujuan menyelenggara, mengubahsuai serta menaiktaraf bilik guru adalah


untuk memastikan keadaan persekitaran kerja yang lebih selamat, kondusif
serta selesa

4. Objektif

Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut:


a) Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk
kegunaan guru.
b) Menjamin keselamatan kemudahan penggunaan barang elektrik dan
elektronik kepunyaan guru dan sekolah yang ada di bilik guru

5. Lokasi

a) Bilik guru sekolah menengah yang dicadangkan adalah di tingkat 2


bangunan Blok B.

b) Bilik guru sekolah menengah yang dicadangkan adalah di tingkat bawah


bangunan Blok A
6. Justifikasi

Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja menyelenggara, mengubahsuai


dan menaik taraf bilik guru adalah seperti di bawah.

SENARAI PROJEK MENAIK TARAF BILIK GURU (Lampiran A)

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN KOS(RM)

1 Mengganti, memasang serta menambah Kerja-kerja mengganti, memasang


kemudahan soket plug baru yang terdapat serta menambah kemudahan soket
di bilik guru. plug baru yang terdapat di bilik a) 20 Soket X RM 15.00 =
Setiap 1 soket plug dijadikan 2 guru. RM 300

10 soket plug X 2unit = 20 Soket plug


(Seunit RM 15.00)

2. Mengganti, memasang serta menaiktaraf Kerja-kerja mengganti, memasang a) 5 unit (2 H.P) X RM 2500 =
kemudahan penyaman udara di bilik guru serta menaiktaraf kemudahan RM 12,500
sekolah menengah penyaman udara di bilik guru
sekolah menengah b) 1 unit (1 H.P) X RM 1200 =
a) 5 unit Penyaman Udara = 2 H.P (Seunit RM 1200
RM 2500)
c) 1 unit (1.5 H.P) X RM 1700 =
b) 1 unit Penyaman Udara (surau) = 1 H.P RM 1700
(Seunit RM 1200)

c) 1 unit Penyaman Udara (Bilik SU


Peperiksaan) = 1.5 H.P (Seunit RM 1700)

3. Mengganti, memasang serta menaiktaraf Kerja-kerja mengganti, memasang a) 1 unit (2 H.P) X RM 2500 =
kemudahan penyaman udara di bilik guru serta menaiktaraf kemudahan RM 12,500
sekolah rendah penyaman udara di bilik guru
sekolah rendah b) 1 unit (1 H.P) X RM 1200 =
a) 1 unit Penyaman Udara = 2 H.P (Seunit RM 1,200
RM 2500)

b) 1 unit Penyaman Udara (surau) = 1 H.P


(Seunit RM 1200)

JUMLAH KESELURUHAN RM 19,100.00

Anda mungkin juga menyukai