Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG

31850 JERAM, PERAK DARUL RIDZUAN.


No. Tel. : 016-5237497

KERTAS KERJA

PERMOHONAN BAIK PULIH LONGKANG,


GELANGGANG SEPAK TAKRAW DAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG,


31850 JERAM,PERAK.

1
PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar sekolah amat memerlukan persekitaran sekolah yang ceria, kondusif dan selamat
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Salah satu keselamatan yang diambil berat adalah saliran longkang yang sempurna dan cekap
yang dapat menyalurkan kuantiti air hujan yang berlebihan supaya tidak berlakunya banjir kilat. .
Pelajar juga akan berasa selamat untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan ,
sekolahku syurgaku.. demikian juga untuk mencapai VISI Jabatan Pendidikan Perak iaitu
Melonjakkan imej perkhidmatan yang merangkumi juga imej fizikal sekolah

1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi membaik
pulih saliran longkang di sebelah laluan berjalan kaki di Blok B dan C.

1.2 Membaik pulih gelanggang sepak takraw.

1.3 Membaik pulih bilik pusat sumber sekolah.

2.0 LATARBELAKANG
2.1 Saliran longkang sedia ada yang dibina semenjak sekolah ini dibuka telah rosak akibat
hakisan . Oleh itu satu kerja baik pulih perlu dilakukan untuk menyalurkan aliran air
dan air hujan. Apabila hujan turun dengan lebat, longkang dipenuhi dengan air dan
naik ke tempat laluan pejalan kaki dan kelas. Kelas yang terlibat adalah kelas
Prasekolah dan kelas-kelas di Blok B. Satu kerja pembaik pulih longkang perlu
dijalankan agar kejadian banjir tidak akan berlaku lagi semasa hujan lebat. ( Rujuk
Lampiran : Video CD )

2.2 Gelanggang sepak takraw yang berada di sebelah Blok B selalu digunakan oleh
pelajar untuk menjalankan aktiviti sukan terutama sepak takraw telah mengalami
kerosakan pada lantai. Lantai gelanggang yang pecah dan tidak sempurna
menyukarkan aktiviti sukan ini dijalankan dengan baik kerana boleh
membahayakan murid yang bermain . Oleh itu satu kerja membaik pulih
gelanggang tersebut perlu dilakukan supaya tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.

2.3 Murid-murid sekolah ini suka mengunjungi Pusat Sumber Sekolah untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di situ terutama Program Nilam..
Namun, pihak sekolah mempunyai kekangan dari segi kewangan untuk membaik
pulih dan mencantikkan bilik tersebut terutama di bahagian lantai. Suasana yang
lebih kondusif diperlukan untuk menarik lebih ramai murid menjadikan pusat
sumber sekolah sebagai tempat pilihan sewaktu dan selepas sekolah.

2
3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Membaik pulih longkang, gelanggang sepak takraw dan


membaik pulih pusat sumber sekolah.

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

1. Membaik pulih longkang dan perparitan RM 50000.00

2. Membaik pulih gelanggang Sepak Takraw RM 5000.00

3. Membaik pulih pusat sumber RM 5000.00

ANGGARAN JUMLAH KOS KESELURUHAN RM 60000.00

Perbelanjaan termasuklah, antaranya:


1. Menyewa Backho
2. Membeli longkang baru
3. Membeli bahan simen, pasir dan lain-lain
4. Tiles
5. Upah pekerja.

ANGGARAN KESELURUHAN IALAH RM 60,000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN

4.1 Peruntukan Yang Berhormat YB. Dato Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Perak Darul Ridzuan.

3
5.0 PERTIMBANGAN

5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa PIBG dan Pihak Sekolah memohon daripada
pihak Yang Berhormat Dato agar dapat memberi sumbangan ke atas program ini
supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan selamat dan selesa.

5.2 Dengan kelulusan ini, diharap persekitaran Sekolah SK Kuala Dipang lebih
cantik dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan
ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disahkan oleh

_____________________________ ___________________________________
(TN.SYED AFZARIZAL BIN SYED SALIM)
YDP PIBG, SK Kuala Dipang
31850 Jeram, Perak.

Anda mungkin juga menyukai