Anda di halaman 1dari 4

SK KUALA KRAU

28050 KUALA KRAU

PAHANG

KERTAS KERJA MENAIKTARAF

BILIK E-LEARNING DAN MULTIMEDIA

DAN MULTIMEDIA SK KUALA KRAU


1. PENDAHULUAN
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya
kawasan bilik khas iaitu bilik e-Learning dan Multimedia yang menjadi tempat atau wadah
ilmu kepada semua warga sekolah.

Prasarana dan pengurusan bilik e-Learning dan Multimedia sekolah yang kondusif menjadi
agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah
menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para pelajar. Justeru,sebagai tempat yang
menjadi perhatian ramai, bilik e-Learning dan Multimedia sekolah mestilah berperanan
dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

2. MATLAMAT

Pengubahsuaian Bilik e-Learning dan Multimedia adalah antara usaha sekolah untuk
memberi keselesaan kepada seluruh warga sekolah. Tambahan pula, bilik ini amat
diperlukan bagi melaksanakan mesyuarat peringkat daerah, ceramah teknik menjawab
soalan, dialog prestasi, aktiviti-aktivi dan majlis rasmi yang lain.

3. OBJEKTIF
1.0
2.0
3.0
3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber
perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah
3.2 Supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan bersifat interatif
dengan gabungan teks, audio, grafik dan video.
3.3 Meningkatkan proses perkongsian maklumat antara guru dan murid dengan kaedah
yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
3.4 Mempercepatkan proses pemahaman pelajar melalui kaedah tayangan video dan
pemerhatian.

4. PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN KOS

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN KOS JUSTIFIKASI


(RM) PROJEK
1. Kerja-kerja memasang Lantai yang ada hanya RM300
Memasang tikar getah
tikar getah lantai simen

2. Kerja-kerja mengecat Cat bilik sedia ada RM 500


Mengecat bilik dinding yang rosak akibat sudah mengelupas
banjir akibat banjir

Kerja-kerja memasang Banting sedia ada RM 500


3. Menempah Banting dinding sekolah sudah kotor dan rosak
akibat banjir

Kerja-kerja menukar meja Meja sedia ada sudah RM 1500


4. Menukar Meja Banquet yang rosak akibat banjir reput dan rosak akibat
banjir

5. Kerja-kerja menukar Extention sedia ada RM250


Menukar Extention extention yang rosak sudah rosak dan perlu
akibat banjir diganti

JUMLAH RM3050

5. PENUTUP

Di harap projek menaiktaraf bilik e-Learning dan Multimedia ini dapat dilaksanakan
seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu platfom para pelajar untuk mencari
pengalaman secara terus tidak melalui bilik darjah. Diharap hasil daripada usaha ini nanti akan
lebih menceriakan lagi bilik e-Learning dan Multimedia SK Kuala Krau.

Di sediakan oleh :

….................................................................
( MUHAMMAD ZAKWAN HAFIZ BIN MD.SALIM)
GURU ICT
SK KUALA KRAU

Anda mungkin juga menyukai