Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

CADANGAN PEMBINAAN DEWAN TERBUKA


BERBUMBUNG SK KUALA KENONG, KUALA LIPIS

Nama Sekolah : SK Kuala Kenong, Kuala Lipis


Nama YDP PIBG : En. Mohamad Sahabudin bin Baharom
Nama Guru Besar : En. Bakri bin Mustafa
Alamat Sekolah : Kampung Kuala Kenong
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur
No. Telefon : 017-9442264 (GB)

1.0 Pengenalan
SK Kuala Kenong merupakan sebuah sekolah harian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk beberapa blok bangunan
dan tapak perhimpunan.

Tapak perhimpunan ini terletak di antara 2 blok bangunan merupakan tempat untuk semua
guru dan murid berkumpul bagi menjalani aktiviti perhimpunan mingguan dan perhimpunan
harian sebelum semua murid dibenarkan memasuki kelas menjalani aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran seperti biasa. Aktiviti perhimpunan di tapak perhimpunan yang sedia ada ini
tidak dapat dilaksanakan ataupun terpaksa ditunda sekiranya mengalami cuaca hujan. Selain
itu sekiranya pihak sekolah ingin menjalankan sesuatu aktiviti, masa aktiviti yang hendak
dijalankan amat terhad atas faktor cuaca panas bermula sekitar jam 9.00 pagi.

Selain itu juga, SK Kuala Kenong juga menjadi tempat pusat penempatan sementara (PPS)
banjir setiap kali musim tengkujuh. Saban tahun akan ada mangsa banjir yang berpindah ke
PPS ini setiap kali musim banjir melanda dan bilangan mangsa juga meningkat. Oleh itu, PPS
di SK Kuala Kenong ini tidak mampu memberikan keselesaan yang sewajarnya kepada
mangsa banjir kerana ruang yang terhad utntuk menempatkan mangsa banjir.

Atas dasar kepentingan warga sekolah dan masyarakat setempat, maka pihak PIBG SK Kuala
Kenong berganding bahu bersama dengan pihak sekolah mengambil inisiatif untuk memohon
pembinaan dewan terbuka berbumbung ini.
2.0 Rasional
SK Kuala Kenong memerlukan sebuah dewan terbuka berbumbung ini adalah bertujuan untuk
menampung keperluan ruang untuk pusat penempatan sementara banjir dan juga ruang untuk
menjalankan program sekolah seperti perhimpunan mingguan dan sebagainya.

3.0 Justifikasi
Dewan terbuka berbumbung ini akan memberikan ruang dan keselesaan untuk

a. Digunakan sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir. Untuk rekod,


hampir setiap tahun Kampung Kuala Kenong dilanda banjir dan tahun lepas (2021)
dua kali dilanda banjir pada Januari dan Disember.

b. Menjadi tempat semua murid dan guru untuk berlindung daripada cuaca panas dan
hujan sewaktu aktiviti sekolah seperti perhimpunan dijalankan.

c. Menjalankan program-program atau majlis rasmi sekolah seperti Mesyuarat Agung


Tahunan PIBG, Majlis Anugerah Cemerlang dan lain-lain.

d. Dijadikan tempat aktiviti ko-kurikulum seperti gelanggang badminton, sepak


takraw, kawad kaki dan sebagainya.

4.0 Objektif
Dewan terbuka berbumbung ini diharapkan dapat

a. Memberikan ruang dan keselesaan kepada mangsa banjir.

b. Melancarkan program-program yang dijalankan diperingkat sekolah seperti yang


dirancangkan.

c. Memastikan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah dapat dijalankan walaupun hari
hujan dan panas terik.
5.0 Tapak Cadangan
Tapak dewan terbuka berbumbung yang dicadangkan ini terletak di antara dua blok bangunan
utama mempunyai keluasan yang terhad iaitu lebih kurang 20kaki x 70kaki. Ianya merupakan
tempat yang sesuai untuk murid berkumpul kerana tapak ini berada di berhampiran dengan
bangunan akademik(kelas).

*sila rujuk gambar di ruangan lampiran.

6.0 Anggaran Kos

BIL PERKARA JUMLAH KOS

1. Anggaran kos bagi pembinaan Dewan Terbuka RM 70,000.00


Berbumbung

2. Anggaran kos bagi meratakan lantai tapak RM 30,000.00


perhimpunan

JUMLAH BESAR RM 100,00.00

Jumlah anggaran kos pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung ini ialah RM 100,000.00

7.0 Sumber Dana Pembangunan

Memohon Peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh:

.....................................
( )
YDP PIBG
SK KUALA KENONG
LAMPIRAN

GAMBAR KEDUDUKAN TAPAK CADANGAN

Anda mungkin juga menyukai