Anda di halaman 1dari 2

Alat Kawalan Kualiti: Analisis Sebab-Akibat

Teknik ini digunakan untuk menganalisis masalah dengan mengenal pasti sebab- sebab yang menjadi punca
masalah melalui percambahan fikiran.
Analisis ini merupakan satu kaedah yang mudah untuk meringkas, mengatur dan menerangkan dalam bentuk
gambarajah semua sebab kepada sesuatu masalah yang telah dikenal pasti.
Pecahan utama kepada masalah boleh dibahagikan kepada lima (5) kategori yang juga dikenali sebagai teknik 4M
1E. Kategori-kategori tersebut adalah seperti berikut:

 Machine (Mesin)
 Manpower (Manusia)
 Material (Bahan)
 Method (Kaedah)
 Environment (Persekitaran)
Aplikasi
 Masalah/projek yang dipilih dicatatkan dalam kotak yang dilukis pada sebelah kanan
 Kenal pasti kategori-kategori/faktor utama kepada masalah. Ahli KIK boleh menggunakan teknik 4M 1E bagi
mengkategorikan sebab/faktor
 Kenal pasti sebab-sebab yang menyumbang kepada masalah di bawah setiap kategori tersebut
 Setelah sebab dikenal pasti dan dipilih, lakukan analisis/verifikasi ke atas sebab- sebab
 Kumpul data untuk mengesahkan sebab-sebab paling mungkin

Anda mungkin juga menyukai