Anda di halaman 1dari 6

UTAMA

Berita
Kita Jalan
Kita Makan

UTAMA
BERITA
KITA JALAN
KITA MAKAN

Artikel
VITDAILY PADU BEB

Resepi

Ini Resepi Nasi Ayam Yang Terbukti


Sedap
By
Vitdaily
-
15/06/2015
1
122879

Share on Facebook

Tweet on Twitter
Gambar daripada afungjong.wordpress.com
Jika kami di sekolah asrama dulu-dulu (masa muda-muda dahulu), nasi ayam biasanya
dapat makan pada hari Sabtu, itu pun kena berebut dengan senior. Sekarang bila sudah
besar, bila terasa ada lebih masa, kami teringin mahu cuba masak sendiri.

Memang terbukti sedap (sebab memang ramai pun sudah cuba resepi ini) kami ingin
berkongsi dengan anda resepi nasi ayam ini. Lebih-lebih lagi bulan puasa pun sudah
makin dekat jadi bolehlah cuba-cuba apa yang patutkan?

Resepi ini kami dapatkan melalui Che Nom yang kami anggap sebagai handal memasak.
Benda sedap makan kami kenalah kongsikan bersama dengan anda.

Resepi ini adalah untuk sesuai untuk: 4 orang makan

BAHAN-BAHAN:

Bahan untuk ayam (direbus):


1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap):


1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:


3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:


5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Gambar dari justshakenshape.blogspot
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:


Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan AYAM:


Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk
ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan
madu.

Cara untuk memasak nasi:


+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta
bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air
rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:


+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan
garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:


+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

Cara untuk memasak kuah kicap:


Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi
ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Kami sarankan anda gunakan tenaga anak anda mahupun suami untuk buat nasi ayam
ini. Kerja jadi mudah dan dapatkan eratkan hubungan kekeluargaan. Jika rasa sukar
mahu salin resepi ini, boleh print terus. (vtdly/s)

Vitdaily menghidangkan berita menarik, resepi makanan, review tempat makan sedap
serta tips travel.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

SOURCEiresepi.com

FOLLOW KAMI

330,766FansLIKE

30,209FollowersFOLLOW

2,738FollowersFOLLOW

23,015SubscribersSUBSCRIBE

Anda mungkin juga menyukai