Anda di halaman 1dari 3

SYARAHAN

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Tuan


Guru Besar, panel hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah, “Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri Di
Rumah”.

Rumah merupakan tempat perlindungan kepada kita.


Walau bagaimanapun, rumah juga boleh mendatangkan
bahaya jika kita bersikap lalai / cuai. Oleh itu, kita
haruslah mengetahui cara-cara menjaga keselamatan
diri di rumah.
Pertama sekali, kita mestilah menyimpan alat-alat
yang tajam di tempat yang sesuai. Contohnya, kita harus
menyimpan pisau, gunting dan jarum di dalam laci yang
berkunci. Kita wajib berbuat demikian supaya kanak-
kanak tidak berpeluang mengambil dan bermain alat-alat
yang berbahaya itu. Kanak-kanak yang bermain alat-alat
tajam berkemungkinan besar akan tercedera kerana
mereka ingat alat-alat itu ialah mainan.
Selain itu, untuk menjaga keselamatan diri, kita
dilarang memetik suis apabila tangan masih basah.
Sebaliknya, kita hendaklah memastikan tangan kita
adalah kering sebelum memetik suis supaya kita tidak
mengalami kejutan elektrik / renjatan elektrik. Kalau
kita tidak mengambil langkah keselamatan ini dari
semasa ke semasa / dari masa ke masa, kita mungkin
akan mati akibat terkena renjatan elektrik.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, janganlah sesekali kita membenarkan


orang yang tidak dikenali masuk ke rumah kita
terutamanya semasa orang dewasa tidak berada di
rumah atau semasa kita berada di rumah berseorangan.
Tindakan ini wajiblah diambil untuk mengelakkan
berlaku kes jenayah seperti kes rompakan, kes
penculikan, kes pembunuhan dan lain-lainnya. Seandainya
kita mendapati terdapat orang yang tidak dikenali
merayau-rayau di sekitar rumah kita, kita patutlah
menghubungi ibu bapa atau pihak polis dengan kadar
segera.

Akhir sekali, kita perlulah memastikan lantai di


rumah sentiasa kering dan bersih. Langkah keselamatan
ini amat perlu dititikberatkan agar ahli keluarga kita
terutamanya orang tua dan kanak-kanak tidak terjatuh
atau tergelincir. Oleh itu, apabila air tertumpah di atas
lantai, kita harus mengelap atau mengemop lantai
sehingga kering. Selain itu, kita juga harus memastikan
lantai dapur sentiasa bersih dan tidak berminyak.

Sebelum mengundurkan diri, saya menyeru para


hadirin supaya mengambil langkah-langkah keselamatan
di rumah di atas. Bak kata peribahasa , “sudah
terhantuk baru tengadah”. Janganlah kita mengabaikan
langkah-langkah di atas dan menyesal ketika berlaku
sebarang kemalangan nanti.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai