Anda di halaman 1dari 7

Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan

selamat

belajar.

Semoga

anda

semua

menjadi

insan

cemerlang.
Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata
Tugas
Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata
Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu
dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau
frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.
Kata

tugas bertugas

sebagai

penyempurna

atau

pelengkap

sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan
tidak gramatis.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti
dalam sebarang frasa utama.
Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir
bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata
kerja dan kata adjektif.
Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada
sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,

pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas


lain.
Kata tugas dapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas
dan peranan yang dibawanya.
Antaranya:

Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya)


Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga)

Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa)

Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada)

Kata Perintah ( sila,jangan,usah)

Kata Pangkal Ayat

Kata Seru ( amboi,cis,wah)

Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak)

Kata Penguat (agak , paling, sangat, amat...)

Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi)

Kata Pemeri ( ialah,adalah)

Kata Pembenar ( ya,benar,betul)

Kata Nafi ( bukan,tidak)

Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar)

Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang


digandingi)

Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama


sebagai kata nama)

A. Kata Hubung
Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.

Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu:


(i)

Kata Hubung Gabungan,

(ii)

Kata Hubung Pancangan,

(iii)

Kata Hubung Berpasangan.

Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk
gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung
Pancangan.

Contoh Kata Hubung :


Contoh

Contoh

dan

Lau dan Ah Lim berjiran.

kerana
apabila

Aminah menangis kerana terlalu sedih.


Mukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.

lalu
bahawa

Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.


Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

hingga
Jika
agar
Jikalau

Abang menonton televisyen hingga larut malam.


Saya akan berpayung jika hujan.
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia
segera.
Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah

kecuali

rumah yatim.
Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.

manakala
sambil

Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.


Zalifah bernyanyi sambil menari.

sementara

Berusahalah sekuat mungkin sementara badan

semenjak

masih sihat.
Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.

sungguhpun Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu


supaya

mampu berdikari.
Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat

walaupun

keputusan yang cemerlang.


Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya

tetapi

juga.
Badannya besar tetapi penakut.

Latihan Interaktif Kata Hubung

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/latihan_3.htm

B. Kata Sendi
Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa
Melayu.
Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama dan frasa nama.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama
untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti
berikut:
di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai,
umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk,
dengan, dalam, dan sebagainya.
Sendi
Nama

Tugas/contoh

di

Menunjukkan tempat
Menunjukan perbuatan

ke

Menunjukkan tempat atau arahMereka akan ke Ipoh esok.


tujuan (
Menunjukkan waktu

dari

kepada

Contoh Ayat:
Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.

Menunjukkan tempat atu arah


datang
Ely datang dari Kelantan
Menunjukkan waktu atau masa
Menunjukkan
sasaran/ditujukan
Menunjukkan
sesuatu
Menunjukkan
keadaan

daripada Menunjukkan punca

Kita mesti
bapa.

hormat

kepada

ibu

bahagian
perubahan
Ukiran itu diperbuat daripada perak.

Menunjukkan sumber atau asal


sesuatu
Menunjukkan perbandingan

pada

Menunjukkan tempat sesuatuPey Wan


perbuatan
malam
Menunjukkan tempat tempat
terdapatnya sesuatu
Menunjukkan
keterangan
waktu

untuk

Menunjukkan
kegunaan
sesuatu (alat untuk membukaHadiah ini untukmu
pintu)
Menunjukkan sesuatu telah
dikhaskan

bagi

Menunjukkan
sesuatu

demi

menunjukkan tujuan
menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu

Demi anaknya, dia terpaksa keluar


bekerja di luar negara.

Menunjukkan rujukan

Menteri-menteri
berbincang tentang
negara.

lapan

Derma bagi mangsa banjir sedang


kegunaandipungut.

tentang

dengan

tiba pada pukul

itu
masalah

Menunjukkan turut serta


Dana memotong kek itu dengan
Menunjukkan
cara
sesuatupisau yang tajam.
perbuatan dilakaukan
Menunjukkan
benda
yang
digunakan
Menunjukkan persamaan

Menjadi penanda waktu atauMilah sentiasa gembira sejak /


sejak,
masa
semenjak suaminya pulang dari
semenjak
perantauan.
terhadap

Menunjukkan
tentu

rujukan

yangKita mesti taat terhadap negara


kita.

oleh

Menunjukkan pembuat dalamKuih ini dibuat oleh Nadiah


ayat pasif
Menunjukkan sebab

akan

Menunjukkan rujukan selepasDiana

amat

sayang akan

kata atau frasa adjektif


hingga,
sampai

kepada ayahnya.

Menunjukkan had masa atauAbu


belajar hingga
peringkat
peringkat universiti.

seperti,
bagai,
umpama, Menunjukkan perbandingan
laksana,
bak

sampai

Suaranya
merdu seperti/
umpama / laksana / bagai buluh
perindu.

Latihan Interaktif Kata Sendi Nama


http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM

Anda mungkin juga menyukai