Anda di halaman 1dari 2

4.

0 FUNGSI FRASA

Menurut Tatabahasa Dewan (2012), frasa ialah unit yang boleh berdiri sendiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk memperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa mampu untuk menjadi
satu perkataan atau deretan perkataan yang membentuk satu kesatuan makna. Frasa terbahagi
kepada empat iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

4.1 Frasa Nama

Frasa nama mempunyai pelbagai fungsi dalam binaan ayat. Fungsi frasa nama terbahagi
kepada tiga iaitu sebagai subjek, predikat dan objek kata kerja transitif. Fungsinya yang lain
adalah sebagai unsur keterangan. Contohnya adalah seperti berikut:

(1) Sebagai subjek:

- Syafiq pergi ke sekolah.

(2) Sebagai predikat:


- Aiman pelajar IPG.
(3) Sebagai objek kata kerja transitif:
- Ali memandu kereta.
(4) Sebagai unsur keterangan:
- Mereka bermain badminton di dewan.

4.2 Frasa Kerja

Menurut tatabahasa dewan edisi ketiga, frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada
satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja. Kata kerja yang terlibat adalah kata kerja transitif
atau kata kerja tak transitif. Contohnya seperti berikut:

(5) Kakak sedang tidur.


(6) Kami sedang makan di luar.
(7) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya

4.3 Frasa adjektif


Frasa adejktif berfungsi sebagai predikat dalam sesebuah ayat. Selain itu, fungsi frasa adjektif
juga adalah sebagai penerang bagi frasa nama dan penerang kepada frasa kerja. Contohnya
adalah seperti berikut:

(8) Sebagai predikat ayat


- Abu sangat tampan.
(9) Sebagai penerang kata nama
- Rumah besar itu milik Dato’ Alif
(10) Sebagai penerang frasa kerja
- Aminah memandu laju keretanya.

4.4 Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama berfungsi sebagai keterangan dalam sesebuah ayat. Frasa ini boleh hadir
sebagai unsur keterangan kepada frasa nama untuk menunjukkan keterangan seperti tempat,
masa, tujuan dan sumber. Contohnya seperti berikut:

(11) Kata Sendi Nama + Frasa Nama


- Hadiah itu daripada Aminah.
(12) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
- Abu ke dalam rumah.
(13) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
- Ali ke Johor semalam.
(14) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
- Siti ke atas kedai untuk membeli makanan.

Anda mungkin juga menyukai