Anda di halaman 1dari 2

Kelas biasa Tingkatan Tiga

Tajuk: Faedah- faedah Kegiatan Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan
menyertai kegiatan kokurikulum kerana aktiviti ini banyak mendatangkan faedah.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan masa
lapang mereka dengan baik. Contohnya, apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum, kita
tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, mencuri dan
lain-lain. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat menghindari diri sendiri daripada
terjebak dengan gejala sosial.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi
pemimpin. Terdapat pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan,
maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan.
Malahan, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum
seperti menyertai pertandingan badminton dan sebagainya. Pelajar yang ingin menang
dalam pertandingan yang disertai akan menjalani latihan dengan gigih. Apabila mereka
menjalani latihan itu, badan akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan badan
lebih sihat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.
Di samping itu, menyertai kegiatan kokurikulum kita juga dapat membentuk
disiplin diri. Contohnya, kita akan dilatih untuk menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Disiplin
juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan. Justeru, pelajar
haruslah menyertai aktiviti kokurikulum untuk memantapkan lagi disiplin mereka.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar untuk menyertainya.

( 255 patah
perkataan)

Kelas biasa Tingkatan Tiga

Pendahuluan:
kegiatan kokurikulum ialah - luar bilik darjah
tiga jenis kegiatan kokurikulum - badan beruniform - kelab dan persatuan - sukan dan
permainan
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum - banyak mendatangkan faedah.
Isi-isi penting:
Isi pertama:
memanfaatkan masa lapang
menyertai aktiviti kokurikulum - tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah
menghindari diri sendiri - terjebak dengan gejala sosial
Isi kedua:
melatih diri - menjadi pemimpin
pelbagai jawatan - pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa - ahli biasa
memegang sesuatu jawatan - belajar menjadi ketua - menguruskan aktiviti persatuan
Isi ketiga:
badan kita menjadi sihat - menyertai pertandingan badminton dan sebagainya
pelajar yang ingin menang - menjalani latihan dengan gigih
apabila menjalani latihan - badan mengeluarkan peluh
badan lebih sihat - tidak mudah dijangkiti penyakit.
Isi keempat:
membentuk disiplin diri
dilatih untuk menepati mas - berpakaian kemas - mematuhi peraturan
disiplin memainkan peranan - mencapai kejayaan.
menyertai aktiviti kokurikulum - memantapkan lagi disiplin
Penutup:
terdapat banyak faedah - menyertai kegiatan kokurikulum
pihak sekolah - mengadakan aktiviti yang menarik - menggalakkan pelajar

Anda mungkin juga menyukai