Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

KERTAS KERJA

‘‘KAMI CINTA JAWI’’

TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak
KBSR sehingga KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran

1
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Justeru langkah Program Kem Cinta
Jawi yang akan dijalankan ini adalah amat diharapkan akan mampu memperkasakan
Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kem Cinta Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-
murid yang lemah. Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang
berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis
dengan sempurna.

2.0 NAMA PROJEK

“ KAMI CINTA JAWI “

Pelaksanaan Program Kami Cinta Jawi bertujuan untuk memberi pendedahan dan
memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal,
membaca dan menulis Jawi dengan baik.

3.0 TARIKH / JADUAL PROGRAM


14 – 15 Mei 2018 - Perbincangan / Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program.
20 Mei 2018 - Ujian Dianostik
22 Mei 2018 - Menjalankan Modul Program Kami Cinta Jawi.
23 Mei 2018 - Menjalankan Modul Program Kami Cinta Jawi.
24 Mei 2018 – Ujian Jawi.
27 Mei 2018 – Perasmian penutup Program oleh PPD bersama Waris.

*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

4.0 TEMPAT

Bilik Darjah tahun 4

5.0 OBJEKTIF

Program kami Cinta Jawi ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat :

i. Mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung;


ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. Membaca dan menulis ayat pendek.

2
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

6.0 KUMPULAN SASARAN

i. Tahun 4 Intan ( 27 orang )

JUMLAH KESELURUHAN : 27 ORANG

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

7.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2. Setiausaha:
 Menguruskan surat-menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan
mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program

3. Bendahari:
 Menyedia anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
 Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:

3
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama


peserta dan fail
 Menyediakan buku program

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:
 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’
 Menentukan pengerusi majlis
 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
 Mengagihkan kumpulan peserta
 Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:
 Membentuk jawatankuasa kecil
 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang
program
 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:
 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK

8. Disiplin:
 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula

9. Dokumentasi/Penilaian:
 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
 Menyelaras agenda post-mortem program

10. Teknikal dan peralatan


 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon,
pembesar suara dan lain-lain.

8.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 2

4
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM

9.1 Antara rungutan yang sering kedengaran daripada guru-guru pembimbing mata pelajaran
Jawi ialah kerapnya berlakunya kesalahan memadankan tulisan rumi kepada Jawi dalam
kalangan murid-murid. Sama ada kesalahan pada padanan huruf vokal mahupun padanan huruf
konsonan.
Puncanya ialah apabila kita mengharapkan pelajar kita menghafal huruf-huruf Jawi sebanyak 37
huruf itu. Tanpa bahan bantu mengajar, berupa paparan di dinding atau bahan sokongan yang
lain atau terlalu bergantung kepada ilmu ‘rasa’ menyebabkan kesilapan akan mudah berlaku.
Salah satu kaedah yang terbaik untuk mengelak daripada berlakunya kesilapan ialah dengan
membuat sifir Jawi. Percayakah anda, jika ilmu matematik memerlukan sifir, ilmu Jawi juga
memerlukan kaedah yang sama. Kedua-duanya merupakan ilmu kemahiran. Semakin diasuh
dan diasah ditambah dengan kreativiti pendidiknya maka cepatlah mahirnya. Berikut ialah
contoh kad sifir Jawi yang digunakan dalam Program Kami Cinta Jawi ini.

“Kad Dalil” seperti ini sangat penting untuk diperbanyakkan atau dipaparkan buat pandangan
khalayak. Sifir Kad Dalil ini (dalam bentuk draf) akan memudahkan pengamal Jawi membuat
padanan. Jika kad ini dibuat penambahbaikan lagi, bukan sahaja padanan dari satu huruf ke
satu huruf bahkan membantu anak-anak kita membuat padanan bentuk dan kaedah
penyambungan huruf. Hal ini kerana huruf tunggal dengan huruf bersambung kaedah menulis

5
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

dan meletakkan titiknya berbeza. Hanya dengan sedikit kreativiti, manfaatnya akan panjang,
lama dan besar .

9.2. Sebelum program dijalankan, satu ujian diagnostic dijalankan keatas murid-murid yang
terlibat iaitu murid tahun 4 intan seramai 27 orang. Ujian ini dijalankan adalah untuk mengenal
pasti kelemahan murid tersebut.

9.3. Program Kami Cinta Jawi dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru pendidikan Agama islam
dalam waktu PdPC mereka selama 3 hari. Pendedahan dan latih tubi diberikan berdasarkan
kepada modul Dalil jawi yang dibekalkan. Murid-murid diajar bagaimana menggunakan modul
Dalil jawi dengan betul.

9.4. Pada hari keempat, murid-murid atau peserta yang terlibat diberikan sekali lagi kertas
ujian yang sama semasa Diagnostik . Disinilah akan dapat dilihat sebarang peningkatan
ataupun perubahan setelah dijalankan pembelajaran berasaskan modul dalil jawi . Data akan
dianalisis bagi mendapatkan keputusan setiap murid.

LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: (Guru Besar)

Pengerusi: (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi: 1. ( GPK Pentadbiran )


2. ( GPK Hem )

6
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

Penyelaras : ( GPI )
Setiausaha : ( GPI )
Bendahari : ( GPI )

Ahli Jawatankuasa:

LAMPIRAN 2

KEWANGAN

Dalam usaha untuk menjayakan Kem Cemerlang Jawi sepanjang Tahun 2017 ini, pihak
jawatankuasa telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan dana mahupun peruntukan demi
memastikan kem ini berjalan lancar. Bagi program ini, KPM telah memperuntukkan khas untuk
Kem Cemerlang Jawi sebanyak RM 0.80 bagi seorang murid . Pendapatan dan perbelanjaan
kewangan adalah seperti berikut:

PERBELANJAAN :

BIL PERKARA RM / BILANGAN

1. Jamuan Murid dan waris RM 1.00 X 194 orang RM 194.00

2. Fotostat bahan RM 0.50 X 30 set RM 15.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 209.00

SUMBER PERBELANJAAN :

BIL PERKARA SUMBER

1. Makan Rehat : RM194.00 Sumbangan Luar

2. Fotostat bahan : RM15.00 PIBG

JUMLAH : RM209

7
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

9.0 PENUTUP

Semoga segala yang telah dirancang dan diatur akan berjaya dilaksanakan dengan
kerjasama semua pihak. Diharap pelaksanaan program ini akan memberi kesan kepada murid-
murid tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa cinta terhadap tulisan
serta bacaan Jawi seterusnya memartabatkan Jawi di mata seni penulisan dunia. Semoga
setiap yang diusahakan mendapat redha Allah s.w.t.

Disediakan oleh: DiLuluskan oleh:

…………………………………… ………………………………
( SABARIAH BINTI JUMRI )
NPQEL 2.0 1/2018
SK BAKAR ARANG

SENARAI NAMA PESERTA

KAMI CINTA JAWI ( KCJ )


4 INTAN

BIL NAMA PESERTA MARKAH MARKAH


DIAGNOSTIK UJIAN
1 AL AMIN BIN AZMAN
2 DANISH HAZIM B NAZRI
3 KU MUHAMMAD ALIF DANIAL B KU
MOHD FAROOK APPENDY

8
KERTAS KERJA KAMI CINTA JAWI 2018

4 MAHAROS HAQIEEF FAHIM B MAHAROS


FAIRIZ
5 MUHAMMAD ADLY NAJMIE B MARZUKI
6 MUHAMMAD AIMAN HAKIMIE B MOHD
RIDZUAN
7 MUHAMMAD AKALIL B ANWARI B
HANIZAM
8 MUHAMMAD ALIF HAZIMI B SHAHRIM
9 MUHAMMAD AMIN B ROSLI
10 MUHAMMAD AQMAL ADEEB B MOHD
SHAIFUDDIN
11 MUHAMMAD DANISH B RAHAZAM
12 MUHAMMAD DANISH MU’IZZ B ZAMRI
13 MUHAMMAD DARWISY B MOHD RODI
14 MUHAMMAD FARISH SYAHMI B SOBRI
15 MUHAMMAD HAFIZ B RAHIMI
16 MUHAMMAD HAFIZ DANIEL B SUHAIRIL
17 MUHAMMAD NUR DANIEL B ABDULLAH
18 MUHAMMAD WAFI B MOHAMAD HISHAM
19 ALIYZA SUFIEA BT AHMAD HUSAINI
20 NUR ALIA MAISARA BT BASIRON
21 NUR AZRIN FARISYA BT ZULKIFLI
22 NUR DANIA AFIQAH BT ZAKARIA

23 NURUL IMAN AYUNI BT


NORZARUHISHAM
24 NURUL JANNAH BT MOHD ZAIDI
25 SITI NURAISYAH BT MOHD RASHIDI
26 MUHAMMAD AIRIEL AIMAN B SAMRAN
WEETANYONG
27 MUHAMMAD BASRI BADLI SHAH B
ZAMRI

Anda mungkin juga menyukai