Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM PERTANDINGAN FASHIONISTA RAMADHAN 2013 1.

0 PENDAHULUAN Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh guru praktikum IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Ia merupakan satu program yang termasuk dalam rancangan tahunan panitia Agama Islam sempena Sambutan Ihya Ramadhan peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid Sekolah Kebangsaan Parit Melana dan dapat menilai kefahaman murid-murid mengenai bulan Ramadhan. Di samping itu juga, murid-murid mendapat kesedaran tentang cara berpakaian menutup aurat dengan betul dan mengikut syariat Islam. 2.0 MATLAMAT 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Memberi galakan kepada murid untuk memakai pakaian menutup aurat. Meningkatkan daya kreativiti guru dalam memilih pakaian sopan dan menutup aurat Menyerlahkan potensi dan bakat murid. Menilai tahap pemahaman murid terhadap bulan Ramadhan Membentuk keyakinan dalam diri murid untuk berhadapan dengan apa jua situasi.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Untuk memberi galakan kepada murid untuk memakai pakaian menutup aurat. Untuk meningkatkan daya kreativiti guru dalam memilih pakaian sopan dan menutup aurat. Untuk menyerlahkan potensi dan bakat murid. Untuk menilai tahap pemahaman murid terhadap bulan Ramadhan Untuk membentuk keyakinan dalam diri murid untuk berhadapan dengan apa jua situasi.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi program ini adalah untuk dua orang wakil tahap dua bagi setiap kelas SK Parit Melana iaitu seorang murid lelaki dan juga seorang murid perempuan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh :18 - 19 Julai 2013 Hari : Khamis & Jumaat Masa : 10.35 pagi hingga 1.05 petang Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Parit Melana 6.0 KRITERIA PEMARKAHAN Setiap peserta memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Fesyen pakaian peserta dinilai berdasarkan kreativiti gaya pakaian peserta. Fesyen pakaian peserta mengikut perkembangan fesyen muslim dan muslimah semasa. Setiap peserta dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat dan berkeyakinan.

7.0 JAWATANKUASA Penaung : Puan Hjh Noriah binti Sudin (Guru Besar SK Parit Melana) En. Rahman bin Jobok (Ketua Panitia Agama Islam) Cik Amalina binti Abdullah Cik Nurul Atiqah binti Mohamad Cik Akma Nabilah binti Saleh Cik Norhafieza binti Awang

Penasihat

Pengerusi : N. Pengerusi : AJK :

8.0 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh 18/7/2013 ( Khamis)

Aktiviti Majlis Pembukaan Pertandingan Fashionista - Pertandingan berlangsung Majlis Penutup Pertandingan Fashionista - Ucapan Ketua Panitia

Masa 10.35 pagi 1.05 petang

Guru Bertugas Cik Amalina Cik Nurul Atiqah Cik Akma Nabilah Cik Norhafieza

19/7/2013 (Jumaat)

Agama Islam Ucapan Guru Besar

Penyampaian Hadiah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Harga seunit 5.00

Bil. 1. Plaque

Perkara

Unit 6

Jumlah 30.00 30.00

JUMLAH KESELURUHAN

10.0 PERALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN Bil 1. 2. Sijil Penyertaan LCD Item Unit 14 1

11.0

PENUTUP Segala projek yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan.

Disediakan oleh,

(CIK AMALINA BINTI ABDULLAH) Guru Praktikum

Disemak oleh,

(EN. RAHMAN BIN. JOBOK) Ketua Panitia Pendidikan Islam

Diluluskan oleh,

(PN HJH. NORIAH BINTI SUDIN) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Melana

Anda mungkin juga menyukai