Anda di halaman 1dari 9

1103/1 SULIT

SULIT 1103/2
san
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN DESA TEBRAU
2 ½ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2019


TINGKATAN LIMA

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.


Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara ibu
bapa memperkasakan sifat positif remaja dan kepentingannya kepada negara. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Remaja sentiasa dilihat dengan prejudis. Bertemu dengan teman dilabelkan sebagai
melepak, apabila menyuarakan perasaan, dikatakan kurang ajar, menunggang motor dikatakan
‘merempit’ dan berambut panjang terus dikatakan muka penjenayah. Rasa ingin cepat mendapat
status dewasa menyebabkan remaja suka bertanya, mengkaji, menyiasat, membuat pertimbangan
tentang benar dan salah, mencuba, dan mengambil berbagi-bagai tindakan yang dilihat aktif.
Masa inilah sebenarnya amat genting bagi remaja untuk membentuk identiti diti. Kesilapan
dalam tindakan dan membuat keputusan memberikan kesan buruk yang sering dikaitkan dengan
kehidupan remaja.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mendampingi dan membimbing
remaja dengan menjawab pertanyaan, berkongsi pengalaman atau maklumat, menyokong
aktiviti, dan memberikan kata semangat. Bantuan ibu bapa dapat memberikan remaja data dan
fakta yang berguna untuk membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang berlaku atau dilakukan.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memberikan kebebasan atau pilihan kepada remaa untuk
melakukan apa-apa yang diingini, asalkan mendatangkan kebaikan.
Rasa ingin tahu yang diisi dengan maklumat, ilmu, dan pengalaman yang benar dan betul
dapat meningkatkan kefahaman remaja terhadap sesuatu perkara. Ibu bapa perlu menyokong dan
menjadi pemangkin kuasa yang amat bertenaga yang memberikan kekuatan untuk remaja
melonjak lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya dalam meniti perjalanan menuju alam
dewasa. Sebenarnya dewasa itu bukan diukur pada usia, tetapi kematangan berfikir, bertindak
dan berdikari.
Rasa ingin tahu yang diikuti pengajaran dan pembelajaran yang betul menjadikan remaja
lebih faham, bijak, yakin, dan aktif untuk mencapai perkara lebih baik. Namun begitu, kegagalan
mencapai apa-apa yang diingini jika tidak dipantau akan menyebabkan remaja semakin tersasar
daripada matlamat asal. Oleh itu, ibu bapa jangan mudah menghukum remaja dengan apa-apa
yang berlaku sebaliknya ibu bapa perlu memberikan keyakinan baharu kepada mereka untuk
memperbaikinya.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memahami hasrat remaja dengan memberikan bimbingan
yang sewajarnya. Misalnya, remaja merupakan golongan yang suka berhibur maka berikanlah
peluang itu dengan batasan dan bimbingan yang bijaksana. Sebenarnya, keinginan berhibur
merupakan fitrah yang bukan sahaja diingini golongan remaja, bahkan semua peringkat umur.
Bezanya, hiburan dalam kalangan remaja sering dikaitkan dengan hiburan melampau dan
merosakkan. Inilah sebab remaja perlu bimbingan dan penjelasan mengenai batasan serta baik
buruk sesuatu tindakan. Sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong remaja daripada berhibur
memberikan kesan buruk dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, ibu bapa jangan terlampau
mengongkong anak-anak selagi tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak melanggar norma
dan nilai masyarakat. Dalam erti kata yang sebenar, ibu bapa perlu bermuhasabah tentang punca
sebenar berlakunya isu itu.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana


“Membina dan Memperkasakan Sifat Positif Remaja”
,oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, Mac 2016
Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membentuk identiti. [2 markah ]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa cara untuk ibu bapa mendampingi dan membimbing
remaja.
Nyatakan cara-cara tersebut. [ 3 markah ]

(iii) Remaja merupakan modal insan yang amat berharga kepada negara pada masa akan datang.
Huraikan pendapat anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memperkasa remaja di
negara ini.
[4 markah ]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang
bangsa pribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama
anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.

Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan
adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku
pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu,
baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa
saya.

Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu yang
mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar
yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih
sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya
lebih terurus.

Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya.

(Dipetik daripada Munsyi


Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahada dan Pustaka)
(i) Apakah faktor yang mendorong “saya” untuk berhijrah ke kota? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan agar setiap kaum di
negara ini sentiasa taat dan setia kepada negara? [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen di atas [4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya
gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka
Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu
Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke
sebelah, maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itupun dua tiga buah perahu Siam alah.
Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar
itu.  Telah hari malam maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja, segala
pohon kayu bakau dan nyarih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambah puntung api.
Telah dipandang oleh orang Siam itu api tiada terbilang lagi banyaknya. Maka kata hulubalang
Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang, apa
hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."Maka kata Awi Dicu,
"Benarlah seperti kata kamu itu, marilah kita kembali sebelum hari siang ini." Maka segala orang
Siam pun kembalilah.

(Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam


antologi Sejadah Rindu, Dewan bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata olang-oleng (2 markah)


(ii) Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja dalam
petikan di atas untuk menakutkan askar Siam itu? [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab peperangan di antara negara harus
dielakkan?  [3 markah]
Soalan 2(d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
untuk menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan nberingat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak duga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sebermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambnil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

(Dipetik daripada “Sejadah Rindu” dalam antologi Sejadah


Rindu, Dewan bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkap pertama sajak  [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah penyajak dapat mengubah diri supaya menjadi
lebih baik? [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)
(ii) bela
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
[6 markah ]

(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN).

(i) Bangunan yang tinggi itu Menara Berkembar Petronas.


(ii) Dia mengusahakan ladang milik bapanya.
(iii) Nasi lemak kegemaran rakyat Malaysia.
(iv) Arnab itu sangat comel.
(v) Emak ke pasar membeli ikan dan sayur.
(vi) Hari Guru disambut pada 16 Mei.
[ 6 markah

1103/2
SULIT
SULIT 7 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pamiran yang diadakan oleh pihak bomba telah dapat sambutan yang baik
daripada orang ramai.
(ii) Pemberontak antiAmerika telah ditangkap oleh tentera sebelum mereka sempat
letupan stesen minyak.
(iii) Aktiviti manusia yang memusnahkan hutan dengan menjalankan pembalak secara
haram telah meningkatkan masaalah hakisan tanah.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Pelbagai usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti
pengenalan mangsa.
(ii) “Beberapa orang pelancong dari Iran telah ditahan oleh kami untuk di soal selidik
kerana beg pakaian mereka mengandungi dadah,” kata pegawai imigresen itu.
(iii) Puan Aisyah sedang bertutur di perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.

[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Lebih baik mati daripada menyerah diri untuk menjaga maruah diri.

(ii) Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan

(iii) Setelah menerima hukuman, barulah Nordin sedar akan kesilapannya.

[6 markah]

1103/2
SULIT
SULIT 8 1103/2
Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Ben Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah karya.


Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.
[7 markah]

(b) Pengarang banyak memaparkan pengajaran dalam karya yang dihasilkannya.


Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[8 markah]
Disediakan oleh, Disemak oleh,

….……………………. ………………………
Muhamad Yunus Bin Salleh Puan Syakirah Isabel Binti Abdullah
(Ketua Panitia Bahasa Melayu) (GKMP Bahasa SMK Taman Desa
Tebrau

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai