Anda di halaman 1dari 6

Gunting. Tampal dan nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

BAHASA MELAYU
Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis
peribahasa yang paling mudah dan ringkas.

SIMPULAN BAHASA MAKSUD DAN CONTOH AYAT


1. ada hati
Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licik
Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu.
Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.
Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.

6. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.

7. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

8. banyak mulut
Maksud : orang yang suka bercakap banyak.
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

9. batu api
Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

10. ayam tambatan


Maksud : Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Ayat : Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya
menjaringkan gol.
11.besar hati
Maksud : gembira
Ayat : Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang
bawahannya.

12. bergadai nyawa


Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.

13. buah mulut


Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah menjadi buah mulut seluruh
kampung.

14. buah tangan


Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

15. bulat kata


Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan
kampung pada minggu depan.

16. ikat perut


Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan wang
saku kepadanya.

17. Hidung tinggi


Maksud : Orang yang sombong
Ayat : Nur Syafeeqa tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang hidung tinggi.

18. khabar angin


Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar
tentang dirinya.

19. langkah kanan


Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di
pesta buku itu.

20. langkah seribu


Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
Ayat : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah
saya.

21. mandi peluh


Maksud : berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

22. mata duitan


Maksud : orang yang mementingkan wang saja
Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

23. pilih kasih


Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.

24. rambang mata


Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

25. ringan tangan


Maksud : suka menolong orang
Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

26. ringan tulang


Maksud : rajin bekerja
Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

27. tanda mata


Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

28. tin kosong


Maksud : Orang yang banyak bercakap tetapi tidak berilmu
Ayat : “Janganlah menjadi tin kosong, bercakap pandai tetapi apa pun tidak buat” pesan Cikgu
Siti kepada anak muridnya.

29. tangkai jering


Maksud : orang yang kedekut
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

30. ulat buku


Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.

31. cakar ayam


Maksud : tulisan yang sukar untuk dibaca
Ayat : Tulisan Dania seperti cakar ayam kerana sukar dibaca.

Anda mungkin juga menyukai