Anda di halaman 1dari 1

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)

Teknik Penulisan / Teknik Plot


Pemerian
� Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
� Penulis menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke kampung nenek dan
datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung
selepas tamat persekolahan.
� Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan
keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah
keluarga yang dihadapi oleh mereka

Dialog
� Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji
pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
� Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.
Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati
sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
� Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia
tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
� Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah
datang berubat dengan datuk.

Monolog
� Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama
dipeloporinya di kampung itu.
� Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya
kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat
persekolahan.

Imbas Kembali
� Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk
menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibu
kurang mengamalkan ilmu kegamaan.

Saspens
� Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Mereka
menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana anggapan
penduduk kampung

Anda mungkin juga menyukai