Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Profesional

Praktikum pengajaran di sekolah rendah merupakan satu pengalaman yang


bermakna untuk tempoh tiga bulan ini yang juga merupakan pengalaman ketiga bagi saya.
Perjalanan bagi menjadi seorang guru yang bertauliah dan terlatih kini telah hampir tiba.
Melalui praktikum ini, pendedahan awal dalam pengajaran murid di sekolah dapat saya lalui.
Praktikum Fasa 3 yang akan saya jalani ini bermula dari 2 Februari 2015 hingga 1 Mei
2015. Hakikat yang dihadapi kini adalah satu pengalaman yang perlu dihadapi guru dalam
menempuh kehidupan sebenar alam persekolahan.
Praktikum yang akan dijalani ini merupakan satu instrumen praktik yang amat
penting dalam menjana perkembangan proses pembelajaan dan pembentukan guru yang
mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di peringkat sekolah. Apabila berada
di sekolah, segala bentuk, teknik, kaedah dan teori yang telah dipelajari akan saya
aplikasikan semasa menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

berdasarkan kepada kesesuaian penggunaannya. Oleh yang demikian, praktikum ini


sebenarnya membantu dalam menterjemahkan segala dapatan secara realiti dan konkrit
mengikut situasi sebenar semasa berada di sekolah.
Sepanjang tempoh 12 minggu praktikum yang dijalankan, perkara utama yang saya
harapkan ialah untuk mampu mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari di IPG sepanjang pembelajaran. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat
membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna dan berguna kepada saya sebagai
pelajar bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta
pendekatan sedia ada. Kesannya juga akan dapat menjana pengetahuan yang baru.
Sekolah rendah merupakan gedung yang dipenuhi dengan pelbagai sumber yang boleh
dijadikan rujukan. Hasilnya, ilmu yang akan diperoleh itu akan memberikan makna yang
bermanfaat kepada guru pelatih dalam menjana pekmbangan ke arah pemupukan jati diri
guru yang cemerlang.
Selain itu, dalam merealisasikan keinginan membina persepsi diri sebagai seorang
guru, pembinaan jati diri juga turut menjadi keutamaan saya. Pembinaan jati diri ini saya
perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan.
Melalui praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai
budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan awal
sebelum ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal ini sangat penting
kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut
ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Semoga saya dapat
mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin agar dapat digunakan dan diaplikasikan

semasa mengajar kelak. Akhir kata, apa yang diharapkan kehadiran saya dapat diterima
oleh warga sekolah disamping menimba banyak perkara berguna sebagai persediaan untuk
bergelar guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai