Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN LOMPAT KIJANG Pengenalan acara lompat kijang mengikut catatan sejarah, tidak terdapat pada Sukan Olimpik

kuno, ketika manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat, seperti acara olahraga. Dalam Sukan Olimpik Kuno, acara ini tidak dipertandingkan. Ini bermakna, acara lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada acara lompat jauh.Asalusul lompat kijang adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek. Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. TEKNIK LOMPATAN Teknik lompatan lompat kijah berlaku perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan. Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhirakhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita. Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia

Tenggara Sukan SEA turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan.Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Sebagai acara dalam sukan olahraga ,lompat kijang dijalankan mengikut aturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh IAAF .Ini bermakna semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mematuhi undangundang ini 1. Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula. 2. Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya. 3. Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta

yang mengambil bahagian ,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menetukan peserta kelapan terbaik,tiga lompatan tambahan diberikan .Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang.Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa bataldikira pemenang. 4. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira batal. 5. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal. 6. Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan. 7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titk sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta. 8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak. 9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan. 10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.

KESALAHAN PESERTA Situasi kesalahan peserta :1) Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan menyentuh kawasan di luar pelepas. 2) Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama. 3) Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan. 4) Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan. 5) Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat lompatan. 6) Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke kawasan pendaratan tanpa melakukan lompatan. ALATAN Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga ,lompat kijang mempunyai peralatan dan kawasan lompatan khusus yang menjadikan acara acara padang yang lain .Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur untuk menyediakan semua kelenngkapan ini sebelum pertandingan bermula. Lorong larian -lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang.Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja.Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat.

Papan melonjak -papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupaun kecil dari segi saiz. -papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan.

Kawasan pendaratan -Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratn selepas melakukan lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap peserta . -Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan inin diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan. -Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendartan pesrta sebelumnya .

Pita pengukur -Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur .Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa ,pita pengukur secara manual digantikan denyang lebih mudah ,pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuat tidak tepat.

Bendera Isyarat -Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang,tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan.Bendarat berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.

Latihan Ansur Maju Lompat Kijang


Bagi memantapkan lagi kemahiran anda dalam acara ini berikut adalah cadangan latihan yang boleh anda ikuti. Mulakan dengan belajar Lompat Kijang Berdiri: (a) Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki kanan). (b) Hop' dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki kanan juga. (c) Melangkah ke depan dengan kaki kiri. (d) Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendarat di atas kedua dua kaki. (e) Ulangi latihan di atas beberapa kali. (f) Melangkah dengan memberi perhatian pada butiran seperti yang dinyatakan dalam Rajah di bawah. (g) Berdiri di atas sebelah kaki (kanan) dengan kaki kiri dipegang oleh tangan kiri (Rajah ). (h) Hop dengan kaki kanan dan mendarat di atas kaki kanan juga (Rajah ).

Cara melangkah dalam lompat kijang

Anda mungkin juga menyukai