Anda di halaman 1dari 2

11.

0 KESIPMULAN
Kesimpulannya, sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang
dilakukan

untuk

mengisi

masa

lapang

atau

sebagai

riadah

kecil

mengeluarkan peluh. Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring


dengan

kemajuan

dunia

dan

membawa

falsafah

yang

lebih

berat.

Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih
dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga
telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan
di gelanggang sahaja.
Sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan
secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran
profesional

boleh

menjadikan

sukan

sebagai

kerjaya

yang

lumayan.

Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu


menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara
serius di peringkat global dan global mampu menjana keuntungan melalui
kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul
bersama

perkembangan

sukan

yang

diceburi.

Kemajuan

sukan

menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan


bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka.
Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini
demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam
pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk
melalui

penglibatan

dalam

kegiatan

sukan

kerana

bulat

air

kerana

pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang


erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga
dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi
minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti
bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan
melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam
bidang

sukan.

Justeru

kegiatan

sukan

dapat

mendidik

masyarakat

bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.

113 | P a g e

Semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis


sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu
padu, berdaya maju dan berdaya saing. Tegasnya, kegiatan sukan wajar
digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

123 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai