Anda di halaman 1dari 17

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

CABARAN DAN KOMUNIKASI DALAM ISLAM


FITNAH

SUBJEK : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


KOD SUBJEK : DJJ6022
NAMA PENSYARAH : EN. MUHAMMAD SOLIHIN BIN YAAKUB ; JPA
KELAS : DKM6A
JABATAN : KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SESI : DISEMBER 2016

NAMA NO. PENDAFTARAN


ZAHIAH BINTI MOHD ZAILANI 15DKM14F1008
MOHAMAD TARMIZI BIN ARSHAD 15DKM14F1019
MOHAMMAD HANIF BIN YUSOF 15DKM14F1029
MOHAMMAD IZZUL ADLI BIN MOHD YUSOF 15DKM14F1013
AHMAD MIOR HAKIMI BIN KAMAL ZHADI 15DEM14F1044
MUHAMMAD FADHLIBIN ISMAIL 15DKM14F1010

1
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

SENARAI KANDUNGAN

BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Objektif Penulisan 1
2. Pengenalan
i. Fitnah 2-5
3. Huraian Isi
i. Agama Islam 6-7
ii. Agama Kristian 8-9
iii. Agama Hindu 10-11
iv. Agama Buddha 12-13

4. Kesimpulan 14-15
5. Rujukan 16
6. Lampiran 17

2
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk memenuhi keperluan silibus Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.

2. Untuk melakukan kajian terhadap tajuk cabaran komunikasi dan penyiaran dalam islam
berkenaan fitnah.

3. Untuk menjelaskan pandangan dari pelbagai kepercayaan agama berkenaan fitnah.

4. Melalui kajian ini, kami telah mempelajari dan mengetahui lebih luas tentang
kepercayaan fitnah mengikut kefahaman agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha.

3
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

PENGENALAN

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan
untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia
berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses,
atau menjatuhkan dan menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah"
diserapdari Bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada
sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang
atau seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden seperti menggunakan
media massa oo samada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah
juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya
menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yang terlibat
aktiviti berfitnah.

Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap
perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang
nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat; 217 yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.


Katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi
(manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil
Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi
Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh

4
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga)
ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari
memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-
orang yang zalim (Al Baqarah: 193)

Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama Tafsir adalah bermaksud kekafiran atau
kemusyrikan. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.

5
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

HURAIAN ISI

1. Agama Islam

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dengan agama
inilah Allah menutup agama-agama sebelumnya. Allah telah menyempurnakan agama ini
bagi hamba-hambaNya. Dengan agama Islam ini pula Allah menyempurnakan nikmat
atas mereka. Allah hanya meredhai Islam sebagai agama yang harus mereka peluk. Oleh
sebab itu tidak ada suatu agama pun yang diterima selain Islam.

Pandangan Fitnah

Kita sering mendengar istilah fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Namun
rupanya tidak banyak yang tahu darimana istilah ini berasal, dan apa makna
sebenarnya dari perkataan tersebut. Asal pakai sahaja dan mengaku itu ajaran
Islam, kerana perkataan tersebut berasal dari Al-Quran.

Dalam bahasa harian fitnah ditakrifkan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu
perbuatan kepada orang lain, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak
melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maka perilaku tersebut disebut memfitnah.
Tapi apakah makna fitnah yang dimaksud di dalam Al Quran itu seperti yang
disebutkan.

6
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

Dalam surah Al Baqarah 2: 217

Wal fitnatu akbaru minal qotli yang bermaksud

Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan...

Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan
haram, yakni Rejab. Muslimin itu menyangka saat itu masih dibulan Jamadil Akhir.
Sebagaimana yang diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh
dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rejab, Dzulkaedah, Dzulhijjah dan
Muharram.

Melihat salah seorang kawan mereka dibunuh, kaum musyrikin memprotes dan
mendakwakan bahawa Muhammad telah menodai bulan haram. Maka turunlah ayat
yang menjelaskan bahwa kemusyrikan dan kekafiran penduduk Makkah yang
menyebabkan mereka mengusir muslimin dan menghalangi muslimin untuk
beribadah di Baitullah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan yang dilakukan
oleh orang-orang beriman.

Tak ada satupun ayat di dalam Al Quran yang mengertikan kata fitnah
dengan erti sebagaimana yang difahami oleh orang Malaysia, iaitu menuduhkan
satu perbuatan yang tidak dilakukan oleh orang yang dituduh. Kata fitnah di
dalam Al Quran memang mengandungi makna yang beragam sesuai dengan
konteks kalimatnya. Ada yang bermakna bala bencana, ujian, musibah,
kemusyrikan, kekafiran, dan lain sebagainya. Maka memaknai kata fitnah
haruslah difahami secara keseluruhan dari latar belakang turunnya ayat dan konteks
kalimat, dengan memperhatikan pemahaman ulama tafsir terhadap kata tersebut.

Memahami kata-kata di dalam Al Quran dengan memenggalnya menjadi maksud


yang sepotong-sepotong serta meninggalkan makna keseluruhan ayat, akan
menghasilkan pemahaman yang melencong dan keliru akan isi Kitabullah. Dan
itulah yang dilakukan oleh orang-orang yang hendak menyalahgunakan Kitabullah
demi mengesahkan segala perilakunya. Dan ini juga dilakukan oleh orang-orang
yang hendak menyelewengkan makna Al Quran dari maksud yang sebenarnya.

7
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

2. Agama Kristian

Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan
ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para
pengikutnya. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan
agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham.
Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: ,
Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Penganut Kristian menganggap bahawa Jesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan
membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia
atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahweh
Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan.
Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahweh sebelum
terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan
seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini
berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

8
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

Pandangan Fitnah

Pepatah manusia mengatakan "fitnah lebih kejam daripada pembunuhan". Jesus sendiri
mengatakan orang yang memfitnah sudah membunuh (Mat. 5:21-22). Fitnah menyakitkan
hati dan menghancurkan kredibilitas orang yang difitnah. Itu yang disebut pembunuhan
karakter!

Pemazmur mengajukan permohonan kepada Tuhan agar Tuhan membela dirinya yang
sedang difitnah. Ngeri sekali melihat bahawa pelaku fitnah adalah orang-orang yang
dilayani dan dikasihi pemazmur (4-5). Ibarat air susu dibalas air tuba. Lebih mengerikan
lagi tujuan mereka memfitnah sangat jahat, yaitu untuk menghancurkan hidup si
pemazmur habis-habisan (6-14).

Itu sebabnya pemazmur memohon agar segala kutukan para pemfitnah dibalikkan
kepada mereka (15-20).Pemazmur berharap keadilan Tuhan ditegakkan. Tuhan yang adil
akan membalaskan kepada orang jahat sepadan dengan kejahatannya. Sebaliknya,
pemazmur memohon agar Tuhan memulihkan keadaannya yang sudah 'hancur' di mata
orang (21-25). Saat Tuhan memulihkan dirinya, para pemfitnah akan tahu bahawa anak-
anak Tuhan tidak dapat dipermainkan. Tuhan pasti membela dan mereka yang jahat
justeru akan dipermalukan.

Fitnah adalah cara dunia menghancurkan karakter dan hidup seseorang. Namun cara
surga adalah kasih dan pengampunan. Kalau pemazmur mengharapkan keadilan Tuhan
ditegakkan dengan menimpakan perbuatan jahat seseorang kembali ke atas kepalanya
sendiri, maka kita boleh bersikap berbeza. Kita percaya keadilan Tuhan pasti ditegakkan.
Namun, kita meyakini keadilan Tuhan untuk semua orang berdosa sudah ditegakkan
melalui kematian Kristus. Dia sudah menanggung hukuman setimpal dosa-dosa manusia.

9
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

3. Agama Hindu

Hinduisme ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan
sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia. Kitab
utama agama ini ialah Veda yang dibahagikan kepada empat kitab utama iaitu Rig Veda,
Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

Hinduisme dikenali sebagai rya Dharma dan orang-orang yang menganuti agama ini
dikenali sebagai ryan. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang Aryan berasal
dari kawasan Artik, sesetengah mengatakan Asia Tengah, dan segelintir mengatakan
Mediterranean dan sebagainya. Swami Vivekananda sebaliknya menegaskan bahawa
orang Aryan berasal dari benua India dan bukannya satu bangsa pendatang dari luar India.
Agastya Muni dianggap sebagai orang yang telah membawa bangsa ryan ke Selatan.
Istilah Hinduisme merangkumi pelbagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara
amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu bersembahyang kepada
pelbagai dewa-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan
untuk satu Roh Agung (Brahman), sedangkan banyak penganut lain menumpukan kepada
satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan
Saktisme.

10
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

Pandangan fitnah

Kata orang fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan, tapi menurut pandangan agama Hindu
pembunuhan itu lebih kejam daripada fitnah, tapi bagi saya fitnah dan pembunuhan itu yang lebih
kejam. Kami berjumpa rakan non-Hindu menanyakan tentang kelemahan Hindu yakni Kitab Veda

Sebelumnya mari kita lihat terjemahan dari sloka gotama smrti 12 yg sering di qoute oleh
saudara kita yang non-hindu dan menurut mereka terjemahan sloka ini bisa memperkuat
argumen tersebut.

Terjemahan dari Sloka Gotama Smrti 12 yang berbunyi

Apabila orang sudra kebetulan mendengarkan kitab Veda dibaca, maka adalah kewajiban raja
untuk mengecor cor-coran timah dan malam dalam kupingnya; apabila seorang sudra
membaca mantra-mantra weda, maka raja harus memotong lidahnya.

Bpk. Ketut Wiana, seorang intelektual hindu dan merupakan salah satu petinggi di Parisada
(PHDI), sudah meluruskan terjemahan sloka yg menyimpang itu dengan yang orsi melalui
majalah Tempo 18 September 1993 yg ternyata sloka dan terjemahan yang benar adalah;

Bagi warna sudra (para pekerja) yang ingin mempelajari Weda, supaya berhasil dengan baik
yakni dengan mendekatkan pendengarannya mulai dari awal pengertian-pengertian, bahasa
dan ucapannya dengan menutup pengaruh dari luar, badan duduk dengan tenang (asana)
ditempat belajar dan ucapan diulang-ulang terus menerus sampai akhir.

11
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

4. Agama Buddha

Sejarah agama Buddha, sebuah agama yang diasaskan oleh Siddharta Gautama, mulai dari
abad ke-6 SM dan oleh itu, adalah salah satu agama tertua yang masih dianut di dunia.
Sepanjang masa ini, unsur kebudayaan India ditambah dengan unsur-unsur kebudayaan
Yunani,Asia Tengah, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Dalam proses perkembangannya ini,
agama ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Sejarah agama Buddha juga
ditandai dengan perkembangan banyak aliran dan mazhab, serta perpecahan-perpecahan. Yang
utama di antaranya adalah aliran tradisional Theravada , Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana)
yang sejarahnya ditandai dengan masa pasang dan surut.

Pandangan fitnah

Dalam Dhammapada Bab 1 ayat 3 tertulis:

Dia mencelaku, Dia memukulku, dia mengalahkanku, dia merampas milikku. Pada mereka yang
menanggung rasa benci terhadap hal tersebut, kebenciannya tidak akan menjadi reda

Bhante Thitaviriyo dalam ceramah Dhamma di Vihara Pluit Dharma Sukha memberikan nasihat
untuk kita bagaimana bersikap terhadap kritik, hinaan dan fitnah. banyak cara yang dibabarkan
oleh Bhante Thitaviriyo untuk menghadapi kondisi duniawi tersebut.

Sikap seseorang dalam menghadapi hinaan, kritikan serta fitnah sangat tergantung dari tingkat
kematangan emosi orang tersebut. Ada yang hanya lewat pemikiran logika saja orang tersebut

12
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

sudah dapat mengatasi rasa kesal, dongkol. marah yang mungkin ditimbulkan oleh hinaan serta
fitnah tersebut.

Bagi orang lain rasa marah dan benci kerana menerima hinaan mahuupun fitnah dapat dibawa
sampai mati, terbawa terus sampai kelahiran nya kembali. Bhante Thitaviriyo menasihati agar
kita tidak memendam rasa marah berlarut-larut seperti itu.

Kemarahan yang timbul saat menerima hinaan, kritikan, celaan serta fitnah muncul karena kita
semua belum mengatasi pemikiran yang salah tentang konsep Aku/Ego Kita lalu berpikir dia
menghinaKu, dia mengkritikku, dia menfitnahku. Aku benci, aku kesal, aku marah.

Namun sesungguhnya walaupun kita belum terlepas dari pemikiran salah akan konsep Aku/Ego
tersebut, namun jika kita mampu melatih kesadaran kita, maka saat menerima hinaan, kritikan
serta fitnah tersebut langsung muncul kesadaran bahwa ini terjadi bukan tanpa sebab. Ada sebab
yang mendahului nya namun mungkin kita sudah lupa bahkan tidak tahu karena mungkin saja
terjadi pada saat kehidupan yang lampau.

Bagi sebagian orang saat menyadari bahwa hinaan serta fitnah tersebut ada sebabnya, biasanya
tidak akan timbul kemarahan ataupun kebencian. Umumnya kemarahan dan kebencian yang
timbul akibat hinaan, fitnah serta celaan berasal dari pikiran bahwa kita tidak pantas menerima
hinaan, kritikan serta fitnah tersebut. namun saat kita sadar bahwa kita pantas menerima kritik,
Hinaaan serta fitnah karena ulah kita yang lampau umumnya kemarahan yang timbul akan sangat
rendah intensitasnya. Kita akan bisa menerima kritikan, fitnah dan hinaan itu sebagai sesuatu
yang wajar menimpa kita. Itulah hukum Karma.

Banyak cara yang diberikan oleh Bhante Thitaviriyo untuk kita bagaimana seharusnya bersikap
terhadap kritik dan fitnah tersebut. Bhante juga mengajarkan kita bagaimana memberikan kritik
kepada anak kita, teman kita serta orang lain agar mereka tidak marah.

13
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

KESIMPULAN

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa
sama, perbuatan itu dapat menonjolkan diri seseorang itu sebagai lebih baik dan lebih layak
berbanding orang yang diburukkan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan
berita fitnah hanyalah satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti
sewenangnya. Hakikatnya dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa besar dan dosa
sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah
itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan
menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan
sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Setiap Muslim perlu menjauhi diri daripada perbuatan terkutuk itu. Untuk menjauhkan diri
daripada semua bentuk fitnah dunia ini, maka kita harus senantiasa mendekatkan diri kepada
Allah dan memohon perlindungan berlindung dari keburukan fitnah dunia. Disamping itu kita
harus mengukuhkan pemahaman kita tentang hakekat dunia, risalah manusia dan keyakinan
tentang hisab dan hari akhirat.

Fenomena Fitnah akan sentiasa berlegar dalam masyarakat kita. Mintalah petunjuk dari
Allah agar kita dijauhkan dari tipu daya syaitan dan manusia dan agar kita tidak termasuk dalam
golongan-golongan manusia yang suka menabur fitnah. Marilah kita segera bertaubat dan
kembali kepada hukum Allah sementara nyawa masih ada di badan dan memperbanyakkan
berdoa. Salah satu doa yang boleh diamalkan ialah:

14
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM



() ( )

Maksudnya: Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami!

Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (85)
Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir. (86) (Yunus: 85 86)

15
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

RUJUKAN

1. INTERNET

- http://blog-fitnah.blogspot.my/2016/08/komunikasi-dan-penyiaran-islam.html

-https://hakakblogger.blogspot.my/2016/09/agama-hindu.html

-http://kumpulan7dkms5.blogspot.my/

-https://hakakblogger.blogspot.my/2016/09/agama-kristian.html

-http://mak-andak.blogspot.my/2012/10/fitnahs-itu-lebih-kejam-dari-membunuh.html

2. BUKU

- Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam (Oxford Fajar)

16
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

LAMPIRAN

17

Anda mungkin juga menyukai