Anda di halaman 1dari 2

PEMACU CAKERA

Fungsi dan Kepentingan

Cakera keras adalah media storan utama sebuah komputer. Merupakan tempat di mana
semua keterangan tentang data-data di simpan dan juga di terima. Cakera keras berbeza
dari memori di mana cakera keras menyimpan sesuatu data secara kekal. Ingatan cakera
keras tidak akan terpadam dengan mematikan komputer.Faktor ukuran adalah kelajuan
(dalam unit rpm), kapasiti (dalam unit Mb/Gb/Tb) dan protokol ATA (ATA-33/ATA-66/ATA-
100). Ada dua jenis cakera keras iaitu IDE dan SCSI. Ia selalunya terletak di sebelah pada
cakera liut. Pada masa sekarang kapasiti yang terkandung di dalam cakera keras semakin
besar muatannya untuk kegunaan komputer. Selain itu ia bertujuan untuk menampung
pemacu cakera keras dan juga pemacu cakera liut (disket) sedia ada yang terhad.
Penggunaan cakera keras bermuatan besar, storan luaran atau storan tambahan memang
rasional jika ingin memenuhi keperluan semasa yang semakin mendesak.

PAPAN KEKUNCI

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk
memasukkan data ke dalam komputer.

Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat
fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung
kepada kekunci yang ditekan.

bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.

mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.

menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu
pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci
adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di
sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.

Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang
terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan
jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci,
menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan
kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang
ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan
kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan
(interrupt) daripada pengawal kekunci.

Anda mungkin juga menyukai