Anda di halaman 1dari 16

SULIT

Bahagian A
[20 Markah]
Jawab semua soalan (Soalan 1-20)
Soalan 1 – 15
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Kakak meletakkan ....................... agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.

A. pemukul
B. pengandar
C. penyandar
D. penyendal

2. Kedengaran ombak menderu dan ............... bunyi riaknya di tepi pantai.

A. menderam
B. mendesau
C. menderau
D. mendesing

3. “Jangan .............. apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal,” kata jurulatih
kepada pasukan Harimau Muda.
A. cuak
B. ngeri
C. culas
D. seram

4. ............................ tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dan
dimakan anai-anai.
A. Jejari
B. Kekisi
C. Tetupai
D. Kekuda

5. Kudin menggunakan beberapa ............ kain untuk membuat layar kapalnya.

A. helai
B. keping
C. kajang
D. lembar

1
SULIT

Soalan 6 berdasarkan gambar di atas.

6. Kemalangan itu berlaku .................... di atas jambatan.

A. nyaris-nyaris
B. benar-benar
C. tepat-tepat
D. betul-betul

7. Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ................. hujan lebat.

A. malahan
B. justeru
C. namun
D. kendatipun

8. Para pedagang yang berlabuh di Melaka menggunakan .................... untuk

berkomunikasi antara satu sama lain.
A. bahasa Melayu
B. Bahasa Melayu
C. Bahasa melayu
D. bahasa melayu

9. Rizal sangat gemar ................ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.
A. kepada
B. akan
C. tentang
D. terhadap

10. Ibu memasak nasi ................. untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A. halus
B. empuk
C. lembut
D. lembik

2
SULIT

11. Fikiran Amar masih .................. sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu
atau tidak.
A. susup-sasap
B. bolak-balik
C. gelap-gelita
D. gembar-gembur

12. Sultan ..................... pemimpin yang banyak berjasa kepada negara itu bintang
kebesaran.
A. menghadiahi
B. menghadiahkan
C. menganugerahi
D. menganugerahkan

13. Puan Miazatul tetap cekal menghadapi segala caaran dalam dunia
perniagaan, ................ terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A. jika
B. hingga
C. apabila
D. walaupun

14. Minyak masak yang lama tidak digunakan akan mengeluarkan bau ..................
A. hapak
B. pering
C. tengik
D. sengit

15. Pasangan pengantin diraja itu duduk di atas ............... sebaik-baik sahaja diarak oleh
pasukan kompang istana.
A. peterana
B. mahligai
C. singgahsana
D. takhta

3
SULIT

Bagi soalan 16 – 20, baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pilih jawapan yang
paling sesuai.
Pada era globalisasi dan serba moden ini, sektor pertanian sememangnya memberikan
sumbangan yang besar kepada negara. Sektor pertanian membekalkan bekalan makanan
kepada kita. Sesungguhnya sektor pertanian telah menjamin bekalan yang yang mencukupi,
selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. Beras tempatan yang
dihasilkan menjadi keperluan asas makanan rakyat. Dengan adanya sektor pertanian, kita
dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan import seperti beras dan sayur-
sayuran dari negara asing.
Selain itu, sektor pertanian juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor pertanian bukan sahaja meningkatkan jumlah
pengeluaran eksport, bahkan dapat mengurangkan import serta menambahkan pendapatan
negara. Hal ini sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara kepada negara lain.
Dalam usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor
moden, dinamik, dan kompetitif, sektor pertanian hendaklah banyak menghasilkan produk
pertanian yang berasaskan keperluan pengguna. Dalam konteks ini, produk dan pasaran
utama perlulah dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna.
Sebagai contohnya, penanaman pokok tongkat ali, pengeluaran susu kambing dan halia
mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Seterusnya untuk membangunkan sektor pertanian, teknologi dan kaedah pertanian
moden perlulah digunakan. Sebagai contohnya, kaedah penanaman atau penternakan moden
dan penggunaan peralatan pembungkusan serta pemasaran perlu diperkenalkan. Semua
pihak hendaklah bekerjasama supaya sektor pertanian di Malaysia dapat dimajukan.

16. Apakah maksud transformasikan yang terdapat dalam petikan?

A. menukar
B. mengubah
C. mengganti
D. menggabung

17. Berikut adalah sumbangan sektor pertanian kecuali

A. meningkatkan hasil pendapatan negara
B. membekalkan makanan
C. mengurangkan kebergantungan kepada negara asing
D. meningkatkan import

18. Sektor pertanian dapat dimajukan apabila

A. mengimport bahan makanan dari luar
B. teknologi moden hendaklah digunakan
C. eksport bahan makanan ke negara asing
D. kekalkan teknik pertanian tradisional

4
SULIT

19. Peribahasa yang sesuai untuk rangkai kata Semua pihak hendaklah bekerjasama
A. bagai anjing dengan kucing
B. bagai pinang dibelah dua
C. bagai tikus membaiki labu
D. bagai aur dengan tebing

20. Sektor pertanian menjamin hal-hal berikut kecuali

A. kekayaan petani
B. bekalan mencukupi
C. bekalan bermutu tinggi
D. bahan makanan berkhasiat

5
SULIT

Kertas jawapan Bahagian A

1. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
2. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
3. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
4. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
5. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
6. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
7. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
8. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
9. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
10. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
11. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
12. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
13. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
14. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
15. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
16. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
17. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
18. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
19. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
20. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

Arahan : Hitamkan menggunakan pensel 2b

6
SULIT

Bahagian B
[25 Markah]
Jawab semua soalan
(Soalan 1 hingga 10)
Pilih jawapan yang betul.
1. Pilih Pola ayat bagi ayat berikut:
Gajah itu mengganggu penduduk Kampung Pandan.
A. FN + FN
B. FN + FK
C. FK + FK
D. FN + FA

2. Pilih ayat yang betul dari segi tatabahasa.

I Buku itu dibaca oleh ayah saya.
II Novel itu dibaca oleh saya.
III Ular itu dipukul oleh Muthu.
IV Ular itu kami pukul.

A. I dan II sahaja
B. I, II, dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, III, dan IV sahaja

3. Pilih peribahasa yang sama maksud dengan: pergaduhan antara adik-beradik yang
tidak berpanjangan.

I carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

II Air dicencang takkan putus.
III Biduk berlalu kiambang bertaut.
IV Air yang dicencang tidak akan putus.

A. I, II, dan III sahaja

B. I, dan III sahaja
C. III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV sahaja

7
SULIT

Soalan 4 hingga 7
Tanda (/) jika ayat itu tiada kesalahan ejaan dan tanda (X) jika ayat itu
mengandungi kesalahan ejaan.

4. Ayah membeli senaskah surat khabar semalam. ( )

5. Pasar raya itu mengadakan jualan perabis. ( )

6. Kemalangan jalanraya di Malaysia semakin meningkat. ( )

7. Guru Bahasa Melayu itu menghadiahkan saya sekotak pensel. ( )

8
SULIT

Soalan 8 hingga 10
Baca Syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan teliti.

SYAIR BURUNG NURI

Bermula warkah surat rencana,

Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,

Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan,

Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata,

Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,

Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,

Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu,

Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,

Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Rahman Kaeh

(Penyelenggara)

(Dipetik daripada Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

9
SULIT

8. Berikan maksud rangkap pertama syair di atas?

(2 markah)

..........................................................................................................................................

9. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut. (2 markah)

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

10. Syair di atas menekankan adab dalam kehidupan seharian.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu beradab apabila berada di tempat orang?
(4 markah)

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

10
SULIT

NOVEL
(10 markah)
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar

(ii) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya
(iii) Chot karya Azizi Haji Abdullah
(iv) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

Huraikan tiga nilai berserta dengan contoh peristiwa yang menjadi amalan watak
utama dalam novel yang anda pelajari.

.........................................................................................................................................

11
SULIT

Bahagian C
( 15 Markah)
Pilih satu soalan sahaja.
Pilih soalan 1 atau soalan 2 .

Soalan 1.

Berdasarkan gambar di bawah tulis satu ulasan tentang Kebaikan Permainan

Tradisional. Tulis ulasan yang panjangnya hendaklah 80 hingga 100 patah
perkataan.

ATAU

Memupuk nilai Menghargai budaya

murni

Mengisi masa Menjadi tarikan pelancong

lapang

12
SULIT

Soalan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang faedah
permainan tradisional kepada remaja. Tulis ringkasan yang panjangnya hendaklah 80
hingga 100 patah perkataan.
Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu,
permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap kolot dan
membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah
permainan tradisional kepada remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa
lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-belah dan
membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat
mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku.Remaja dapat mempelajari ilmu permainan
tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan
belajar untuk menghargai masa.
Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara
satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu bermain
permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga bersama-sama
rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara ini, remaja dapat
menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahamni kelebihan dan kelemahan kawan,
serta lawan mereka. Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat kerjasama antara
satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapatmembentuk prinsip kehidupan
yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan
budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan mempelajari seni yang
terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa ini
tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.
Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua pihak
perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional sebagai
aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih relevan dalam zaman
globalisasi ini.
(Diubahsuaikan daripada rencana
Faedah Permainan Tradisional Kepada
Remaja, Dewan Siswa, DBP, September
2018)

13

14

SKEMA PEMARKAHAN KERTAS BAHASA MELAYU

Bahagian A:
1. A
2. B
3. A
4. B
5. C
6. D
7. D
8. A
9. B
10. D
11. B
12. C
13. D
14. C
15. A
16. B
17. D
18. B
19. D
20. A
BAHAGIAN B:
1. B
2. D
3. D
4. X
5. /
6. X
7. X
8. – Kelabu lebih manja daripada Oren 1M
- Oren suka menyendiri manakala Kelabu cuba menarik perhatian tuannya. 1M
- Oren suka mengalah manakala Kelabu bersifat mementingkan diri. 1M

Pilih mana-mana dua jawapan di atas.

9. – Kita hendaklah menyayangi haiwan. 1M

- Kita hendaklah bertolak ansur. 1M
- Kita janganlah menyisihkan seseorang. 1M
- Kita hendaklah bertindak adil kepada semua pihak. 1M
Pilih mana-mana dua isi.

15
SULIT

10. – haiwan juga ciptaan Allah / Tuhan 2M

- haiwan dapat menghiburkan hati kita. 2M
- Menyayangi haiwan satu bentuk sedekah. 2M
Pilih mana-mana dua isi.

BAHAGIAN C:
SKEMA ULASAN
-Untuk ulasan, murid perlu membuat perbandingan antara kedua-dua permainan tersebut.

RINGKASAN
15 MARKAH
1. Dapat mengisi masa lapang secara berfaedah. 1M
2. Mengelakkan remaja daripada melepak. 1M
3. Dapat mempelajari ilmu permainan tradisional. 1M
4. Mengetahui nilai kesabaran dalam diri. 1M
5. Remaja akan menghargai masa. 1M
6. Dapat mengeratkan tali silaturahim. 1M
7. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. 1M
8. Dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. 1M
9. Dapat memelihara warisan budaya bangsa. 1M

Isi : Maksimum 5 (5 isi X 2M)

Isi : 10 Markah
Bahasa : 5 Markah
Jumlah : 15 Markah

16

Anda mungkin juga menyukai