Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A [ 30 Markah]

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Buah mangga yang dibeli oleh ayah di pasar malam itu sangat ___________.
A. kelat
B. tawar
C. masin
D. masam

2. Semua murid di dalam kelas Tingkatan Satu Amanah sedang asyik _______
cerita yang disampaikan oleh Cikgu Farid.
A. memerhati
B. mendengar
C. memantau
D. mengawasi

3. Kecemerlangan seseorang murid dalam bidang akademik banyak didorong oleh

________ nya ketika mengulang kaji pelajaran.
A. daya fikir
B. daya saing
C. daya upaya
D. daya usaha

4. Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan _________ tali pinggang

kaledar kepada semua penumpang termasuklah yang berada di bahagian
tempat duduk belakang.
A. pemakaian
B. pemasangan
C. penggunaan
D. penggantungan

Soalan 5 - 6
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

5. I Seluar yang baru dibelinya itu longgar.

II Peraturan-peraturan di kolej itu agak longgar.
III Ayah memperkuat ikatan tali pada guni itu kerana sudah longgar.
IV Mereka akan pergi ke perpustakaan apabila mempunyai masa longgar.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

6. I Seekor dugong dijumpai terhampar di tepi pantai.

II Kanak-kanak itu terhampar di wad akibat jangkitan kuman.
III Surat khabar yang sudah dibacanya itu dibiarkan terhampar di atas katil.
IV Pelbagai jenis permaidani dari luar negara terhampar indah di kedai itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

1
Soalan 7 - 8
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Pengurusan syarikat itu ditangkap oleh polis kerana menerima rasuah.

A. Urusan syarikat itu
B. Pengurus syarikat itu
C. Mengurus syarikat itu
D. Pengurusan syarikat itu

8. Pak cik Salleh yang tinggal di rumah usang di hujung kampung itu hanya
bertemankan dengan kucingnya.
A. bertemankan kucingnya
B. Berteman oleh kucingnya
C. Ditemani dengan kucingnya
D. Bertemankan dengan kucingnya

Soalan 9 - 10
Pilih ayat-ayat yang betul.

9. I Liana telah memberikan buku cerita itu kepada Fitri.

II Encik Hazim menghadiahi isterinya seutas rantai emas.
III Kerja-kerja itu dilakukan oleh Abang Fitri di masa lapang.
IV Ahli-ahli jawatankuasa akan membincang masalah itu di dalam mesyuarat
nanti.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

10. I Encik Muhaimin tergesa-gesa meninggalkan majlisitu kerana perutnya

sakit.
II Nenek suka duduk-duduk di beranda rumah pada waktu petang.
III Puan Asiah membuka gerai makan secara kecil-mengecil.
IV Dia mundar-mandir dari Kuantan ke Ampang dengan menaiki kereta.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. II,III dan IV sahaja

2
Soalan 11 hingga 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

11. Peribahasa yang berikut membawa maksud sentiasa susah dan senang
bersama-sama dalam hidup bermasyarakat, kecuali
A. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
B. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
C. Biar berputih tulang, jangan berputih mata
D. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Walaupun baru pertama kali Syakira pergi ke luar negara, dia tidak kekok untuk
menyesuaikan diri dengan peraturan dan adat di sana.

12. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah peribahasa yang paling tepat?
A. Biar putih tulang, jangan putih mata
B. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
C. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
D. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua

13. Antara berikut, pilih peribahasa yang membawa maksud hampir sama seperti
“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
A. Ada udang di sebalik batu
B. Habis madu sepah dibuang
C. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
D. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

14. Kita perlu peka dan mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dunia
supaya kita tidak digelar
A. Seperti ular kena palu
B. Bagai kacang lupakan kulilt
C. Bagai telur di hujung tanduk
D. Seperti kata di bawah tempurung

Dia tidak mendengar suara rakannya itu ketika berada di

dalam dewan sukan yang sangat ruh dengan sorakan setiap
pasukan yang bertanding itu.

15. Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah bandingan semacam yang

paling tepat?
A. Riuh seperti pasar
B. Pantas seperti kilat
C. Lembut macam sutera
D. Merdu macam buluh perindu

3
Bahagian B [10 Markah]

1. Lihat bahan di atas dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua
bandingan semacam yang sesuai.

i) ______________________________________________________________

ii) ______________________________________________________________

2. Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

i) ______________________________________________________________

ii) ______________________________________________________________

4
Bahagian C [10 Markah]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang

panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Majlis Perkahwinan Sepupu

● Membantu membuat
persiapan

● Bergotong- ● Menikmati
royong MAJLIS hidangan
PERKAHWINAN
mengemas SEPUPU
peralatan

● Rombongan ● Banyak tetamu

pengantin tiba yang hadir

__________________________________________________________________

*** Kertas soalan tamat ***

Anda mungkin juga menyukai