Anda di halaman 1dari 9

Soalan 1-2

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Para pengguna _______________ perlu berhati-hati ketika melayari internet dan


mengamalkan kawalan kendiri dengan cara bertanggungjawab.

A. media am
B. media cetak
C. media sosial
D. media massa

2. Orang ramai diminta ____________ ke pusat permindahan banjir apabila diarahkan oleh pihak
berkuasa.

A. dipindah
B. berpindah
C. kepindahan
D. memindahkan

3. Encik Basri menggunakan sebilah ___________ untuk membelah kayu api itu.

A. A sabit
B. B pisau
C. C kapak
D. D parang

4. Nenek melatah apabila abang ____________ bahunya.

A. meraba
B. mencuit
C. menggamit
D. menyinggung
5. ____________ mereka tidak percaya akan kata-katanya?

A. Siapakah
B. Berapakah
C. Mengapakah
D. Bagaimanakah

6. "___________ ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku" kata Paduka Ali kepada
Sultan Muzaffar Shah.

A. Beta
B. Saya
C. Patik
D. Hamba

7. "Fokuskan perhatian ______________ terhadap perlawan ini jika ingin menjadi johan
peringkat kebangsaan" kata jurulatih itu kepada semua pemain bola sepak.

A. anda
B. awak
C. kalian
D. engkau

8. Polis telah menangkap _____________________ perompak yang telah memecah masuk ke


kedai emas di Jalan Lahad Datu dua hari lepas.

A. sekawan
B. sepasukan
C. seangkatan
D. segerombolan

9. Ramli _______________ akar pokok ketika berjalan di kebun datuknya.

A. terkehel
B. tergelincir
C. terjelepok
D. tersadung
10. Barang kemas itu disimpan oleh Dewi ____________ dalam sebuah kotak.

A. di
B. ke
C. dari
D. pada

Soalan 11-13

11. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Pemain itu gagal menjaringkan gol walaupun mendapat peluang terbuka di depan pintu
gol.
II. Hatinya terbuka semula untuk meneruskan pelajaran setelah melihat kejayaan
abangnya mendapat ijazah.
III. Rakyat Malaysia mengadakan rumah terbuka setiap kati menyambut hari raya.
A. Kucing itu menyelinap ke dapur melalui tingkap yang terbuka itu.

B. I,III dan III sahaja


C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
E. I, II, III dan IV

.12.

I. Ibu membeli tiga pucuk pisang untuk digoreng.


II. Kambing suka makan pucuk kayu muda.
III. Para pendaki gunung itu akan cuba mendaki hingga ke pucuk Gunung Kinabalu.
IV. Polis telah merampas beberapa pucuk pistol daripada kumpulan kongsi gelap itu.

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

13.

I. Saya baru sekali pergi ke Pulau Langkawi.


II. Pemandangan di kawasan penanaman teh di Cameron Highlands indah sekali.
III. Jangan kamu sekali memandang rendah terhadap keupayaan lawan kamu itu.
IV. Saya tidak menyangka sama sekali akan memenangi peraduan mengarang itu.

A. II dan IV Sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

14.

I. Bangunan tinggi mesti mempunyai asas yang kukuh supaya tidak mudah runtuh.
II. Persahabatan mereka menjadi semakin kukuh selepas menyertai kem motivasi tersebut.
III. Kedudukan pasukan Pahang dalam Liga Perdana bertambah kukuh setelah mereka
menumpaskan pasukan Selangor.
IV. Pemain badminton itu menjadi semakin kukuh apabila dia menjuarai pertandingan
peringkat dunia itu.

A. I dan III sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III, III dan IV sahaja

15

I. Datuk saya masih kelihatan sihat walaupun sudah berumur 75 tahun.


II. Matanya kurang kelihatan menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata.
III. Saya mendekati nenek yang kelihatan kebingungan selepas turun dari bas ekspres itu.
IV. Menara Kuala Lumpur boleh kelihatan walaupun dari jarak sepuluh kilometer.

A. I dan III sahaja


B. III dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja

Soalan 16 hingga Soalan 18

Isikan tempat kosong yang bernombor dengan jawapan yang paling sesuai.

Dia tidak sanggup lagi ....(35).... seperti binatang. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk
melarikan diri dan ....(36).... tindakan majikannya itu kepada pihak polis. Biar majikannya
didakwa di mahkamah dan mendapat ....(37).... yang setimpal dengan perbuatannya.

16

A. berkelakuan
B. dilakukan
C. memperlakukan
D. diperlakukan

17

A. laporkan
B. melaporkan
C. dilaporkan
D. memperlaporkan

18

A. hukuman
B. dihukum
C. menghukum
D. penghukuman

Soalan 19 dan 20

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa mungkin juga tidak.

19. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

Murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cempaka berkejar-kejaran ke Hospital


Serdang kerana keracunan makanan.

A. dikejarkan ke Hospital Serdang


B. mengejarkan ke Hospital Serdang
C. terkejar-kejar ke Hospital Serdang
D. berkejar-kejaran ke Hospital Serdang

Kesalahan bahasa/istilah (3 markah)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

I. Sebagai guru, Cikgu Amran sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap prestasi
akedemik murid-muridnya.

_______________________________________________________________________

II. Setiap anggota masyarakat perlu bekerja sama untuk mewujudkan persekitaran yang
selamat.

________________________________________________________________________

III. Profesor Zamani mengikuti ekspidisi ke Hutan Belum untuk mengkaji kepelbagaian
biologi di hutan itu.
_______________________________________________________________________

Kesalahan Bahasa (2 markah)

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

I. Sekawan burung-burung terbang melintasi sawah padi itu.

________________________________________________________________________

PETIKAN PUISI
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Kita umpama sehelai daun Kita umpama sehelai daun

Bertunas segar di hujung ranting Bakal kering sampai waktunya

Lalu melebar dan merimbun Usahlah angkuh keupayaan diri

Tempat bercanda unggas meriang Sehingga lupa makhluk duafa

Di bawah redup bebayang mentari. Ingin bernaung mencari hidup.

Andai kikir jasa dan bakti Jadilah sehelai daun

Di mana lagi tempat bernaung Hijau menunas menyegar mata

Dari tusukan bahang memijar Kering gugur menjadi baja.

Unggas kecil tidak berkudrat.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,

Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

I. Berdasarkan sajak di atas, apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap
ketiga. (3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________
II. Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. (3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________

III. Pada pendapat anda, apakah yang harus kita lakukan untuk membantu golongan yang
kurang berdaya dan memerlukan pertolongan? (4 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________________________

Anda mungkin juga menyukai