Anda di halaman 1dari 9

Bentuk soalan yang harus diambil perhatian.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

1. Pemuda itu ditangkap oleh polis kerana memandu kereta yang dicuri. a. Adakah pemuda itu ditangkap oleh polis? b. Di manakah pemuda itu ditangkap oleh polis? c. Bilakah pemuda itu ditangkap oleh polis? d. Mengapakah pemuda itu ditangkap oleh polis?

2. Sifat rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sabar perlu ada pada seseorang murid. a. Adakah sifat rajin berusaha dan sabar perlu ada pada seseorang murid? b. Mengapakah seseorang murid perlu bersifat rajin berusaha dan sabar? c. Bagaimanakah sifat seseorang murid yang rajin dan sabar? d. Apakah sifat yang perlu ada pada seseorang murid?

3. Pengusaha restoran itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya. a. Siapakah yang dilayan oleh pengusaha restoran itu? b. Bagaimanakah pengusaha restoran itu menjaga hati pelanggannya? c. Bilakah pengusaha restoran itu membuat pelanggannya berasa puas hati? d. Mengapakah pengusaha restoran itu mengutamakan pelanggannya?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

4. Apakah pendirian kamu yang terakhir dalam hal ini? a. Saya berasa saya tidak pernah berasa bersalah. b. Percayalah, saya tidak pernah berasa bersalah. c. Saya tetap mengatakan bahawa saya tidak bersalah. d. Saya rasa tuan-tuan telah tahu bahawa saya tidak bersalah.

5. Mengapakah ramai pemberita menyerbu belakang pentas setelah penyanyi terkenal itu selesai mempersembahkan nyanyiannya? a. Mereka ingin merakam persembahan terakhir yang hebat oleh penyanyi terkenal itu. b. Mereka hendak mengambil butir-butir keterangan tentang diri penyanyi itu. c. Mereka berharap dapat menyampaikan berita dengan lebih berkesan lagi.

6. Dimanakah letaknya Pasar Besar Johor Bahru? a. Pasar ini terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru. b. Pasar ini adalah sebuah pasar yang terkenal di negeri Johor. c. Di hadapan pasar ini terdapat sebuah masjid yang sangat cantik. d. Sebahagian besar peniaga di sini terdiri daripada golongan wanita.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 1. i Layang-layang itu berlegar-legar di udara kerana talinya telah putus. ii. Hubungan persahabatan antara Zaki dengan Amar telah putus selepas mereka tamat persekolahan. iii. Pihak jawatankuasa persatuan itu telah mengeluarkan kata putus bahawa program Hari Keluarga yang dirancang itu terpaksa ditangguhkan.

iv. Piring itu putus apabila terhempas ke lantai. a. i dan ii sahaja b. iii dan iv sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. ii, iii dan iv sahaja

2. i. Kacak sungguh wajah anak muda itu. ii. Salmi ialah anggota persatuan itu yang paling muda. iii. Lelaki yang berusia lima puluh tahun itu muda perangainya. iv. Mangga muda memang enak dibuat jeruk. a. i dan ii sahaja b. ii dan iv sahaja c. i, ii dan iv sahaja d. ii, iii dan iv sahaja

3. i. Para penonton itu mengipas-ngipas diri masing-masing kerana terlalu panas. ii. Kalaulah diikut hati yang panas, mahu rasanya orang-orang itu dibunuhnya. iii. Gurun Kalahari ialah satu daripada kawasan yang paling panas di dunia. iv. Isterinya tidak sanggup lagi hidup bersama-samanya kerana dia bersikap panas. a. i dan ii sahaja b. i dan iv sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. ii, iii dan iv sahaja

4. i. Apabila sampai sahaja di Kuala Kedah, anak-anak kapal itu melabuhkan sauhnya. ii. Kakak Salwani terpaksa melabuhkan kain langsir tingkap itu kerana tersalah ukur. iii. Raju melabuhkan keretanya setelah sampai di hadapan rumah neneknya. iv. Kakak melabuhkan badannya di atas tilam yang lembut itu. a. i dan ii sahaja b. i dan iv sahaja c. ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja

5. i. Jalan raya dari bandar menuju kampung saya sangat lurus tanpa sebarang selekoh. ii. Orang yang berhati lurus amat disukai oleh semua orang. iii. Semua murid di dalam dewan itu berbaris lurus apabila Pengarah Pelajaran dan rombongan beliau tiba. iv. Kamil menyesal kerana tidak lurus beberapa mata pelajaran dalam ujian itu. a. i dan ii sahaja b. iii dan iv sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. ii, iii dan iv sahaja

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 1. Aizat dan Danial ialah sahabat karib Haikal. a. Aizat, Danial, dan Haikal bersahabat baik b. Danial dan Haikal amat baik kepada Aizat. c. Sahabat karib Haikal ialah Danial dan Aizat. d. Aizat dan Danial suka berkawan dengan Haikal.

2. "Sebelum meninggalkan rumah, kamu mesti kunci semua pintu dan tingkap," pesan ayah kepada Zamri. a. Zamri berpesan kepada yahnya agar mengunci semua pintu dan tingkap sebelum meninggalkan rumah. b. Ayah berpesan kepada Zamri agar mengunci semua pintu dan tingkap sebelum meninggalkan rumah. c. Ayah berpesan kepada Zamri agar meninggalkan rumah sebelum mengunci semua pintu dan tingkap. d. Zamri mengunci semua pintu dan tingkap rumah sebelum ayahnya meninggalkan pesanan.

3. Dalam perjalanan ke selatan, pelancong itu tidak lupa untuk singgah di Muzium Sejarah yang tersohor di Kota Tinggi itu. a. Muzium Sejarah yang tersohor di Kota Tinggi itu telah disinggahi oleh pelancong yang dalam perjalanan ke selatan. b. Oleh sebab Muzium Sejarah tersohor di Kota Tinggi, pelancong yang hendak ke selatan mesti singgah di situ. c. Agar dapat menikmati kemasyhuran Muzium Sejarah, pelancong yang hendak ke selatan singgah di Kota Tinggi itu. d. Pelancong itu tidak lupa akan Muzium Sejarah yang tersohor lalu singgah dalam perjalanan ke selatan Kota Tinggi.

4. Ibu Samad sedang menjemur kain di ampaian di belakang rumah. a. Ibu di belakang rumah itu menjemur kain. b. Ibu Samad sedang menjemur kain di belakang rumah di ampaian. c. Ibu Samad yang sedang berada di ampaian menjemur kain. d. Di belakang rumah, ibu samad sedang menjemur kain di ampaian.

5. Suraya akan mengikut bapanya pergi melancong ke Pulau Bali pada minggu hadapan. a. Pada minggu hadapan Suraya akan mengikut bapanya melancong ke Pulau Bali. b. Pada minggu hadapan Suraya dan bapanya akan melancong ke Pulau Bali. c. Suraya akan mengikut bapanya melancong pada minggu hadapan. d. Pada minggu hadapan Suraya mengikut bapanya ke Pulau Bali.

Pilih ayat yang betul.

1. a. Kasut yang mahal itu diperbuat dari kulit. b. Kamu harus cepat supaya tidak ketinggalan bas. c. Kami akan melawat Zoo Negara petang semalam. d. Surat itu dihantar ke pegawai yang sedang bertugas.

2. a. Kelima anak Encik Johan sedang menuntut di universiti tempatan. b. Adik mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita. c. Semua guru-guru sedang bermesyuarat di bilik mesyuarat. d. Para-para peserta nyanyian telah menunjukkan bakat masing-masing.

3. a. Semua peserta acara larian disahkan layak untuk mengambil bahagian. b. Separuh murid tidak gemar mengambil sarapan sebelum ke sekolah. c. Segelintir daripada lembu peliharaan Pak Mat mati dipanah petir. d. Setengah pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya.

4. a. Berapakah saya ambilkan buku-buku itu sekarang? b. Awak sebenarnya berasal dari negeri manakah? c. Dekatkah rumah awak daripada sini? d. Ini emak saudara awak?

5. a. Semua para guru dijemput hadir ke majlis itu. b. Rumahnya terletak antara tali air dan sawah padi. c. Di dalam hal itu semua yang hadir telah bersetuju. d. Separuh bahagian harta akan diserahkan kepada cucunya.

Pilih ayat-ayat yang betul. 1. i. Berbagai ragam manusia dapat dilihat di pesta itu. ii. Biri-biri itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh budak nakal itu. iii. Bagi mereka-mereka yang berminat, sila dapatkan borang di kaunter. iv. Kain yang berwarna lembut itu sangat sesuai dengan kulit Diana yang cerah.

a. i dan ii sahaja b. ii dan iv sahaja c. i, iii dan iv sahaja d. ii, iii dan iv sahaja

2. i. Murid-murid diminta berkumpul di dalam dewan sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. ii. Para nelayan ditegah pergi ke laut ketika musim tengkujuh. iii. Telefon bimbit bapa rosak kerana memasuki air. iv. Cikgu Rosnah tercungap-cungap letih menaiki tangga ke makmal komputer. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. ii dan iv sahaja d. iii dan iv sahaja

3. i. Pak Abu telah berjaya menjadi petani contoh ke kampungnya. ii. Kelas 5 Mawar berjaya menggondol johan dalam pertandingan kebersihan kelas. iii. Ikan-ikan peliharaan Encik Hamid telah keracunan mati. iv. Semangat setia kawan perlu dipupuk sejak kecil lagi. a. i dan iii sahaja b. ii dan iv sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. ii, iii dan iv sahaja

4. i. Dia berlari daripada belakang rumah. ii. Taman itu disiapkan oleh mereka semalam. iii. Dia bercerita tentang keberanian Mat Kilau. iv. Silva menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas. a. i dan ii sahaja b. i dan iv sahaja c. ii dan iii sahaja d. ii dan iv sahaja

Anda mungkin juga menyukai