Anda di halaman 1dari 2

KELAHIRAN NABI MUHAMAD

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.. Nama saya


Ammana Durrani binti Muhamad Khairul Anuar dari kelas Al-
Qamar. Saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk Kelahiran
Nabi Muhammad.

Kawan-kawan,

Tahukan siapa Aminah? Aminah ialah anak kepada Wahab.


Siapakah Wahab? Wahab ialah pemimpin Bani Zuhrah. Aminah
ialah wanita suku Quraisy yang paaaaalingg mulia.

Siapakah suami Aminah? Suami Aminah ialah Abdullah. Abdullah


telah meninggal dunia di Yathrib sewaktu perjalanan pulang dari
berniaga di negeri Syam.

Masa semakin berlalu dan Aminah semakin sarat, tetapi tidak ada
apa-apa tanda kelahiran pada diri Aminah. Tiba-tiba sahaja
pada waktu Subuh Aminah melahirkan bayi lelaki.

Malam Isnin subuh yang indah ..

12 Rabiulawal yang cerah..

20 April Tahun Gajah..

lahirlah zuriat yang saadah….

Tahukah kawan-kawan apa yang berlaku pada diri


Aminah?
Hmmmmm… Aminah tidak berasa sakit dan Muhamad pula tidak
menangis seperti bayi-bayi yag lain. Dia hanya bersin ..
auchum..auchum…auchum…

Ke-2..Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti melihat sesuatu..

Ke-3..Baginda meniarap dan kepalanya mendongak ke langit


seperti ada benda yang dipandang…

Ke-4… jari-jari baginda terangkat seperti sedang mengira


sesuatu..

Ke-5.. semasa kelahiran baginda, api yang disembah oleh kaum


Majusi telah terpadam dan berhala di Kaabah telah runtuh..

Ke-6 … sejak kelahiran baginda…rumah baginda berseri-seri dan


terang benderang pada waktu malam..

Ke-7 .. baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan..

Ke-8.. tanah yang kering kontang menjadi subur…

Muhamad… nama diberi..

Nabi Muhamad.. nabi pilihan..

Nabi Muhamad.. nabi akhir zaman..

Tuhan utuskan untuk manusia..

Membela agamaaaaa… sepanjang zaman…

Sekian… wabillah hitaufiq walhidayah.. assalaamualaikumwbth

Anda mungkin juga menyukai