Anda di halaman 1dari 3

Langkah pembentukan Malaysia menyerlahkan kebijaksanaan

pemimpin untuk memastikan kestabilan negara.


Beri ulasan anda. (8m)
Langkah pembentukan Malaysia telah menyerlahkan kebijaksanaan
pemimpin kerana pemimpin saling bermuafakat dalam merancang dan
membuat sesuatu keputusan. Hal ini kerana para pemimpin saling
bertukar pendapat dalam membincangkan isu penting untuk
kepentingan rakyat dan negara. Contohnya, Jawatankuasa Setia kawan
Malaysia dibentuk untuk menerangkan kebaikan pembentukan
Malaysia kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak. Kesannya,
permuafakatan ini telah mengelakkan perselisihan faham antara
pemimpin yang boleh membawa kepada konfrontasi atau perang
antara wilayah.
Langkah pembentukan Malaysia menyerlahkan kebijaksanaan
pemimpin untuk memastikan kestabilan negara.
Beri ulasan anda. (8m)
Selain itu, langkah pembentukan Malaysia telah menyerlahkan
kebijaksanaan pemimpin kerana keikhlasan pemimpin menjaga
kebajikan rakyat. Hal ini kerana para pemimpin mengambil kira isu dan
kepentingan rakyat sebelum membuat keputusan. Contohnya,
pemimpin Sabah dan Sarawak meminta kuasa autonomi untuk
menjaga kepentingan wilayah mereka. Kesannya, kebajikan rakyat
Malaysia dapat dipelihara.

Anda mungkin juga menyukai