Anda di halaman 1dari 17

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING

FOLIO SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKTAY (MARA)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

2010

NAMA : ROSLAN BIN MOHD

KELAS : 511

NOMAK : 09007
ISI KANDUNGAN

 PENGENALAN

 SEJARAH PENUBUHAN
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

 ORGANISASI

 OPERASI PENGURUSAN

 MISI KORPORAT

 AHLI MARA

 LOGO MARA

 PIAGAM PELANGGAN

 STRATEGI PERLAKSANAAN

 OBJEKTIF

 VISI KORPORAT

 BANGUNAN MARA 

 RUJUKAN
PENGENALAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar

Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah

badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada

tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan

serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan

dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.


SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-

ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir

sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga

Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris

melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.  

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak

mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras

bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus

enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala

duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya

Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi

sumpah amanah suatu wawasan      

Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah  Untuk

sebuah nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat   Kini 25 tahun telah

berdetik   MARA mencapai kedewasaan usia   Mungkinkah bakal tiba Kongres

Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan    Menilai kembali

keberkesanan   AMARAH dan Amanah Rakyat yang  dipahatkan.  


ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar

Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan

Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan

awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan

Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di

bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu

Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga

beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South

Wales.
OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. 

Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

 Ibu Pejabat

 Pejabat MARA Negeri

 Pejabat MARA Daerah

 MRSM

 Kolej MARA

 GIATMARA

 IKM

 Institut Kemahiran Tertinggi MARA

 Kolej Poly-Tech MARA

 Kenderaan Bas MARA

 Pejabat MARA Luar Negara

 Kolej Profesional MARA


MISI KORPORAT

Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan

maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.


VISI KORPORAT

Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan

berwibawa:

 Penggerak dan pemangkin yang aktif

 Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan

 Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan

 Sebagai organisasi pemikir


OBJEKTIF

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar

bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan

perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya

tahan, profesional dan kukuh.


STRATEGI PERLAKSANAAN
 

 Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan

meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke

arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.

 Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian

tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai

langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera

dalam dunia perniagaan.

 Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai

bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan

perindustrian

 Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta

menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum

bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.


PIAGAM PELANGGAN

Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran

berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan

tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :

 Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih

dalam bidang profesional dan teknikal ke  tahap 30% daripada keperluan negara

 Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan

diputuskan dalam masa tidak lebih daripada  50 hari


LOGO MARA

RASIONAL AM LOGO MARA

Roda Bergigi (14)

Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA


memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan
aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.
 
Buku Terbuka

Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang


  menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan
dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

Jangka Lukis Terbuka

Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk


menggalak, membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah
Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.
 
Spana Dan Skrew

Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi


latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta
pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi
merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-
  tingginya.

Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat


 
Melambangkan kesinambungan imej, identiti
kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.

Warna
Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan
Merah -
menerokai peluang-peluang baru.
Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai
Biru - Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk
mengangkat maruah serta martabat bangsa.
Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk
Hitam -
membantu secara berterusan golongan Bumiputera

AHLI MARA
 BANGUNAN MARA 
Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur,

bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di hadapan

dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya. Ia telah dibuka secara

rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia 12

April 1987.

Kompleks Bangunan

Kompleks ini mengandungi empat tingkat blok podium, 22 tingkat blok menara dan

tiga tingkat basement. Blok podium Medan MARA ini mengandungi 165 lot ruang

niaga dengan keluasan keseluruhannya sebanyak 150 ribu kaki persegi. Salah satu

ciri utama blok podium ini ialah dua pintu masuk utama berhadapan Kompleks

Pertama dan Jalan Raja Laut.

Blok menara dengan bentuk yang istimewa ini menyediakan ruang pejabat seluas

200,000 kaki persegi. Bangunan setinggi 26 tingkat ini dilengkapi dengan

kemudahan-kemudahan yang serba baru. Tingkap yang terdapat di keempat-empat

penjurunya, menyediakan panorama kota yang indah. Ruang letak kereta bawah

tanah Medan MARA boleh menempatkan sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat
pertamanya pula disediakan ruang niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai untuk

pembinaan sebuah pasar raya.

Konsep Rekaan
Ilham pembinaan bangunan ini tercetus dari tujuan untuk mewujudkan satu identiti

dan imej tersendiri yang mengambarkan kekayaan kebudayaan Melayu. Blok podium

yang berbentuk perahu melambangkan semangat pengembaraan

dan penerokaan pengetahuan serta keinginan untuk mengejar

kemajuan. Konsep ini mencerminkan budi pekerti masyarakat

Melayu yang sentiasa bersedia untuk meneroka bidang-bidang

baru demi kemajuan bangsa. Mural bangunan melambangkan

pembangunan, kemajuan dan perkembangan sosio-ekonomi anak-

anak bangsa.

Motif pucuk rebung dan awan larat yang digunakan diilhamkan

daripada motif tingkap Masjid Sultan Mehmet, Istanbul, Turki dan

ukiran kayu Istana bandar Tinggi, Negeri Sembilan. Kedua-dua ukiran ini disatukan

untuk membentuk motif pinggiran kain songket, seni tradisi orang-orang Melayu.

Motif ini juga disulamkan dengan rupa-rupa anyaman mengkuang sejajar dengan

resmi masyarakat turun-temurun menggunakan tikar sebagai tempat bermesyuarat,

berbincang dan merancang ke arah kemajuan. Konsep reka bentuk Bangunan MARA

ini rata-rata melambangkan identiti senibina Melayu di Malaysia

RUJUKAN

 http://www.mara.gov.my/home

Anda mungkin juga menyukai