Anda di halaman 1dari 2

Pengerusi MARA

Ybhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sejak kemerdekaan, agenda pemerkasaan pendidikan dalam kalangan orang Melayu


menjadi fokus utama Kerajaan Persekutuan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak
penubuhannya pada tahun 1966 merupakan medium untuk membantu, melatih dan
membimbing kaum Melayu dan Bumiputera di negara kita khususnya dalam bidang
pendidikan. MARA diwujudkan bukan sahaja untuk meningkatkan penglibatan orang
Melayu dalam sektor ekonomi, tetapi juga ditugaskan untuk memberikan pendidikan
kepada orang Melayu dan Bumiputera.

MARA telah memainkan peranan penting dalam usaha untuk membangunkan


sosioekonomi rakyat khususnya kaum Melayu dan Bumiputera. Dalam konteks
pendidikan, berbagai institusi pendidikan telah ditubuhkan melalui MARA. Bermula
daripada Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA, dan UiTM. Kolej MARA yang
ditubuhkan pada tahun 1985 merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan ketika itu untuk
membantu pelajar lepasan SPM berbangsa Melayu Bumiputera meneruskan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi.

Melalui program yang ditawarkan seperti Program Diploma International Baccalaureate


(IB) dan Program Cambridge A-Level, Kolej MARA menjadi platform yang
menghubungkan pelajar Melayu Bumiputera yang cemerlang untuk melanjutkan
pengajian program ijazah dan profesional dalam pelbagai bidang seperti perubatan,
pergigian, kejuruteraan, seni bina, dan perakaunan di universiti dalam dan luar negara.
Oleh itu, peranan Kolej MARA akan sentiasa diperkukuhkan dan diperkasa kerana
aspek ini merupakan tanggungjawab moral MARA untuk melahirkan golongan
profesional dalam kalangan Melayu Bumiputera. MARA sentiasa terbuka membantu
dalam semua aspek yang berkaitan dengan kepentingan Melayu Bumiputera
khususnya aspek pendidikan.

Harapan saya juga agar graduan Kolej MARA akan bersungguh-sungguh dalam usaha
pencarian ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Para graduan perlu menerapkan bahawa
menuntut ilmu merupakan tuntutan dalam agama dan jangan pernah mengalah dalam
mengejar lautan ilmu yang luas. Harus disemat dalam jiwa bahawa usaha melahirkan
Generasi Rabbani yang unggul, ianya bermula dengan ikhtiar perjuangan menuntut
ilmu. Setelah itu, ilmu yang diperoleh menjadi amanah besar buat semua para
graduan. Ilmu yang ada juga bukan alasan untuk bermegah-megah tetapi sebagai jati
diri untuk berpegang teguh pada tali Allah swt, sentiasa mensyukuri nikmatNya dan
hidup taat dengan segala perintahNya. Akhir sekali, menjadi tanggungjawab masa
depan para graduan yang juga pejuang Rabbani untuk kembali berbakti kepada agama,
bangsa dan tanah air sekali gus menyumbang kepada pembinaan cara hidup Islam
yang sejati.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai