Anda di halaman 1dari 3

Utusan Malaysia Online - Rencana

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub...

NASIONAL VIDEO

ARTIKEL

WILAYAH

LUAR NEGARA

HIBURAN

SUKAN

BISNES

PENDIDIKAN

SAINS

REKREASI

GAYA HIDUP

LAMAN UTAMA

ARKIB BERITA

JOM IKLAN

1 of 3

6/29/2011 5:13 PM

Utusan Malaysia Online - Rencana

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub...

RENCANA

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh 5:44 Zohor 1:19 Asar 4:45 Maghrib 7:28 Isyak 8:44

ARKIB : 01/05/2010

Klik untuk waktu solat kawasan la

Melayu kena diberi kesedaran

IKLAN@UTUSAN

Waktu Solat Laporan Cuaca

Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah

NAIB Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, tidak malu mengaku yang beliau berasal dari keluarga miskin. Dilahirkan dan dibesarkan pula di tengahtengah masyarakat Cina yang menguasai ekonomi dan politik di Pulau Pinang, perasaan insafnya terhadap nasib orang Melayu cukup mendalam. Dalam temu bual bersama wartawan Utusan Malaysia, MARHAINI KAMARUDDIN dan YAZID ALIAS serta jurugambar SHAHARANI SAIBI di pejabatnya di kampus Shah Alam, Isnin lepas, Dr. Sahol secara jujur berkongsi misinya untuk menyelamatkan masa depan anak Melayu. Sebagai orang yang bertanggungjawab memimpin 140,000 pelajar UiTM, beliau merasakan perlu memberi kesedaran kepada mereka tentang hak yang perlu diperjuang dan dipertahankan dalam keadaan perpecahan orang Melayu cukup merunsingkan. Kalau selepas bercakap (memberi penjelasan) macam ini pun orang Melayu masih tak faham, masih tak sedar, kita memang menuju ke arah kehancuran, katanya.

UTUSAN: UiTM ditubuhkan dengan objektif membantu orang Melayu terutamanya pelajar miskin luar bandar dengan memberikan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran. Bagaimana Datuk melihat peranan yang dimainkan UiTM itu, adakah masih sama, sudah berubah atau perlu ada penambahbaikan? SAHOL HAMID: Peranan UiTM adalah untuk memartabatkan bangsa Melayu, memberi pendidikan kepada anak-anak Melayu dan bumiputera. Peranan UiTM juga adalah untuk pastikan graduan mendapat peluang kerja yang baik, mewujudkan keusahawanan orang Melayu dan meninggikan sosioekonomi bangsa ini di bandar dan luar bandar. Inilah peranan yang perlu dimainkan oleh UiTM. Ia bermula pada tahun 1950-an sebagai institusi untuk membantu pelajar luar bandar berdasarkan perjuangan tokoh masa itu iaitu para pemimpin UMNO. Ini sejarah yang tidak boleh kita lupakan. Ia kemudiannya diangkat sebagai sebuah institut pada 1970-an sehingga menjadi sebuah universiti pada 1990-an. Kini genap 54 tahun penubuhannya, UiTM telah mantap, dikenali di dalam dan luar negara manakala ramai rakyat telah faham peranan UiTM.

IKLAN@UTUSAN

Bengkel Riang Ria Raya

Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan S3 Polis & Tentera

Sehingga kini, UiTM telah mengeluarkan 400,000 graduan dan ia semakin hari semakin berkembang dengan sasaran pengambilan 200,000 orang pelajar menjelang tahun 2015. Kita berusaha untuk pertingkatkan lagi UiTM ke peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi UiTM tidak melupakan asal usul dan asas penubuhannya. Sekarang, selepas saya mengambil alih peranan sebagai Naib Canselor universiti ini, saya akan usahakan supaya peranan UiTM yang dahulu diteruskan untuk membantu pelajar miskin dalam bandar dan luar bandar. Kita akan letakkan UiTM di persada dunia dan menaikkan orang Melayu di mata dunia. Usaha ini akan dilakukan secara berterusan dan insya-Allah, tidak lama lagi UiTM akan dikenali sebagai sebuah universiti penyelidikan dan sebagainya. Adakah UiTM kini terlalu menumpukan soal komersial sehingga mengabaikan asas penubuhannya untuk membantu Melayu? Kalau nak kata UiTM menumpukan soal komersial dalam pengambilan pelajar sebenarnya tidak, UiTM adalah sebuah institusi yang mantap dan meningkatkan prestasi akademik yang tinggi. UiTM terpaksa menjadi sebuah universiti dan sudah tentu melibatkan dari segi keputusan pelajar. Kalau UiTM mahu bersaing dengan universiti-universiti lain, ia perlu memenuhi syarat badan-badan profesional termasuk bagaimana keputusan pelajar yang diterima masuk. Sungguhpun begitu sejak kebelakangan ini, kajian kita mendapati kemasukan pelajar berdasarkan merit dan persaingan semata-mata telah mewujudkan ketidakseimbangan.

2 of 3

6/29/2011 5:13 PM

Utusan Malaysia Online - Rencana

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub...

Kumpulan Utusan | Hubungi Kami | Jom Iklan | Terma & Syarat UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

3 of 3

6/29/2011 5:13 PM

Anda mungkin juga menyukai