Anda di halaman 1dari 13

<PROGRAM >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS>

<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>


NO. KAD PENGENALAN : <NO. KAD PENGENALAN>
NO. TELEFON : <TELEFON>
E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>


PENGENALAN

Komunikasi adalah elemen yang sangat penting dalam semua bidang yang lain, sehinggakan
perbuatan dan tingkahlaku manusia tidak akan sempurna tanpa ada komunikasi (Narimah
2004). Pada awal kewujudan manusia, komunikasi hanyalah untuk kepentingan antara
perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan setelah berlaku revolusi
peradaban manusia telah wujub komunikasi yang lebih kompleks. Bentuk komunikasi
manusia sentiasa melalui perubahan hasil perkembangan teknologi atau revolusi komunikasi
yang berbentuk structural dan teknikal (Van Dijk 2006) di mana bentuk spesifik seperti lisan,
tulisan, percetakan dan telekomunikasi turut menpengaruhi masyarakat keseluruhan. Pada era
kebangkitan media adalah bermulanya kepada cetusan komunikasi yang lebih besar, keadaan
ini berlaku apabila pada masa itu perkembangan organisasi telah menjadikan komunikasi
adalah bidang utama dalam pemasaran produk dan juga tenaga manusia. Ini telah
mewujudkan komunikasi korporat yang ditakrifkan iaitu mengenai hubungan perniagaan dan
reputasi syarikat dengan pihak berkepentingan utama samada dalaman atau luaran mereka.
Banyak syarikat mula menyedari bahawa komunikasi adalah pemangkin utama dalam dunia
perniagaan terutamanya bagi mencetuskan imej korporat sesebuah syarikat. Di sini imej
korporat bermaksud oleh Mackiewicz (1993) iaitu keseluruhan organisasi, rancangan dan
objektif yang ingin dicapai merangkumi produk, perkhidmatan, gaya pengurusan, aktiviti
komunikasi dan lain-lain. Selain itu, Worcester (1978) menyatakan imej korporat adalah hasil
terakhir dari interaksi semua pengalaman, kesan, fikiran, kepercayaan, perasaan dan lain-lain
tentang sesuatu syarika. Sebagaimana yang disampaikan oleh Saodah, Narimah dan Mohd
Yusof (2004) pengetahuan tentang komunikasi menjadikan seseorang atau organisasi itu akan
lebih berjaya dan berdaya saing. Pembentukan syarikat yang mantap sangat berkait rapat
dengan komunikasi korporat yang wujud dalam sesebuah organisasi. Dalam era pemodenan
ini, organisasi dan syarikat telah sedar bahawa komunikasi korporat sangat penting dalam
pembentukan identiti korporat dan imej korporat. Identiti korporat pula menurut Bernstein
(1984) adalah jumlah keseluruhan tindakan yang dipilih oleh syarikat untuk dikenali oleh
semua umum dan Olins (1989) pula menyatakan identity korporat melibatkan disiplin yang
luas meliputi pengurusan,komunikasi dan perlakuan. Selain itu identity korporat bagi
Gunning (2003) adalah bentuk-bentuk yang boleh dilihat iaitu menifestasi fizikal sesebuah
organisasi sepeti pejabat, bilik pameran, pakaian seragam dan lain-lain. Kedua-duanya
melibatkan komunikasi korporat iaitu menurut Ind (1990) Komunikasi Korporat merupakan
satu proses untuk menterjemahkan atau mengubah sesuatu imej korporat .Kewujudan
<KOD KURSUS>
perbadanan pada masa ini adalah berorientasikan kecekapan dan juga motivasi pekerja.
Dengan bermotifkan keuntungan disamping mengimbangi matlamat keuntungan dan
tanggungjawab terhadap masyarakat. Setiap organisasi perlu mempunyai strategi
komunikasinya yang tersendiri bagi mewujudkan organisasi atau perbadanan yang berdaya
saing serta layak sebagai pemilikan imej korporat.
Dalam komunikasi korporat dikaitkan dengan perhubungan awam untuk sesebuah
organisai. Definisi perhubungan awam yang diterima secara meluas dan elemen penting
dalam setiap definisi tersebut ialah menurut Cutlip, Center and Broom (2000) perhubungan
awam adalah fungsi pengurusan yang menjalin dan mengekalkan hubungan yang saling
menguntungkan antara organisasi dan masyarakat yang bergantung kepada kejayaan atau
kegagalannya. Definisi ini menekankan pembinaan dan pengekalan hubungan saling faedah
(hubungan yang saling menguntungkan) antara organisasi dan awam sebagai asas moral dan
etika profesion ini. Dalam masa yang sama ia turut mencadangkan kriteria yang menentukan
apa yang termasuk dan tidak termasuk dalam fungsi tersebut. Selain itu, British Institute of
Public Opinion mendefinisikan perhubungan awam sebagai "Perhubungan Awam adalah
usaha yang disengaja, terencana, dan berkelanjutan untuk membangun dan menjaga
persefahaman antara organisasi dan masyarakatnya." Definisi ini menekankan dua elemen
utama iaitu terancang dan berterusan bagi menunjukkan bahawa hubungan baik antara
organisasi dan awam bukan sesuatu yang berlaku secara sengaja. Sebaliknya adalah satu
usaha yang terancang dan berkekalan. Matlamat utama organisasi bukanlah untuk mencari
publisiti atau mendapatkan persetujuan awam, tetapi untuk mewujudkan persefahaman antara
keduanya.
Dalam kajian ini, dua industri iaitu indsutri pendidikan dan industri makanan akan
diteliti bagi amalan perhubungan awam melalui hubungan media. Sebagai contoh industri
pendidikan adalah dari organisasi Universiti Teknologi Mara manakala industri makanan
adalah daripada organisasi Kentucky Fried Chicken (KFC). Kedua-dua organisasi ini akan
dianalisis jenis hubungan media yang diamalkan dari segi persamaan dan perbezaan.

1
<KOD KURSUS>

LATARBELAKANG ORGANISASI
1.0 Industri Pendidikan (Universiti Teknologi MARA)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang
berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA, UiTM
membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu
di luar bandar.Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar
di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan
akademik), dan pendaftaran pelajar. Universiti Teknologi MARA diasaskan Dewan Latihan
RIDA, yang diilhamkan oleh Onn Jaafar, pengasas dan bekas presiden Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Idea ini diilhamkan semasa hasil lawatan belajar ke
Ceylon pada tahun 1951 (sekarang Sri Lanka) untuk melihat program pembangunan luar
bandarnya. Sebuah kertas kerja yang dihasilkan menggariskan penubuhan Lembaga
Kemajuan Luar Bandar dan Perindustrian (RIDA) dan objektifnya untuk membina semula
masyarakat luar bandar, serta meningkatkan ekonomi orang Melayu luar bandar. Kertas Bil
No. 10/1951 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun yang sama
yang membawa kepada penubuhannya; selain itu, ia juga mendedahkan satu pemerhatian
yang menarik mengenai hubungan antara Pusat Latihan RIDA dengan komuniti Melayu.
Seksyen 5 kertas kerja ini menggariskan pembenaran dan keperluan untuk mewujudkan
Pihak Berkuasa Pembangunan Perindustrian Luar Bandar (RIDA). Perkataan kampong, yang
sinonim dengan orang Melayu, juga digunakan dalam Bahagian 8 kertas kerja.

Universiti ini terdiri daripada satu kampus Utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 34
kampus yang berada di seluruh Malaysia. Dengan 17,706 staf akademik dan bukan akademik,
UiTM menawarkan lebih kurang 526 program dari peringkat asas hingga peringkat
pascasarjana. UiTM merupakan gedung ilmu kepada seramai 30 pelajar (tempatan,
bumiputera dan pelajar antarabangsa), yang terlibat secara sepenuh masa dan sambilan.
Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

2
<KOD KURSUS>

Gambar 1 Logo Universiti Teknologi MARA.

Pengembangan dan Pertumbuhan


Pada tahun 1967, Maktab MARA dinaiktaraf ke Institut Teknologi MARA (ITM).
Penubuhannya adalah sebagai respons kepada keperluan di Malaysia untuk profesional yang
terlatih, terutama di kalangan bumiputera. Kekurangan ini dikenalpasti melalui peninjauan
tenaga kerja yang dijalankan oleh kerajaan pada 1965 dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Melalui pengiktirafan MARA bahawa pendidikan memegang kunci kepada
proses kejuruteraan sosial yang positif, ITM telah menolong membuatkan pendidikan mudah
diakses terutamanya kepada orang Melayu bumiputera, bumiputera pribumi semenanjung
Melayu (seperti Jakun, Senoi), dan penduduk dari Malaysia Timur (seperti Kadazan-Dusun,
Melanau, dan Dayak). ITM memenuhi kursus separuh profesional di bidang sains dan
teknologi dalam bidang seperti kejuruteraan, sains gunaan dan seni bina, bangunan dan
perancangan. Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan bidang pembinaan negara
pelengkap yang lain, ITM juga telah merangkumi pelbagai bidang yang berasaskan
pengurusan dan kemanusiaan yang penting seperti kajian perniagaan, pengurusan hotel dan
katering, komunikasi massa, pentadbiran awam, undang-undang, sains kesetiausahaan , serta
seni dan reka bentuk. Menjelang tahun 1973, kampus cawangan telah ditubuhkan di Perlis,
Sabah dan Sarawak. Pembangunan ITM terbahagi kepada tiga peringkat. Fasa pertama
(1967-1976) melibatkan pengisytiharan institut itu sebagai sebuah badan autonomi dengan
kampus 300 hektar sendiri di Shah Alam, dan diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Fasa kedua (1976-1996) melibatkan ITM dengan pantas
memanfaatkan potensinya sebagai institusi pengajian tinggi. Pelakuan mereka membawa

3
<KOD KURSUS>
kepada lulusnya Akta ITM pada tahun 1976 yang meletakkan institut itu terus di bawah
Kementerian Pelajaran.

Penaiktarafan kepada Universiti


Fasa ketiga (1996-1999) bermula akibat sebuah pindaan kepada Akta ITM 1976 yang
memberikan institusi itu semua kuasa universiti dan setaraf dengan semua universiti,
walaupun masih mengekalkan namanya. Antara perubahan penting yang berlaku adalah
penciptaan Lembaga Pengarah dan penciptaan Senat. Beberapa pegawai utama ITM telah
dilantik semula seperti Pengarah Cawangan yang dinamakan semula sebagai Rektor, Ketua
Kampus yang menjadi Provost, dan Pensyarah Kanan ditetapkan semula sebagai Profesor dan
Profesor Madya; setiap Sekolah telah direkabentuk semula sebagai Fakulti; ITM diberi kuasa
untuk menyampaikan ijazah sehingga peringkat Doktor Falsafah; ITM diberi kuasa unik
untuk menubuhkan kursus dan kampus di luar negara dengan pengizinan Menteri Pendidikan;
Institut telah dianugerahkan kuasa tambahan untuk membolehkannya menjalankan
perniagaan, melabur dalam saham, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan
komersial; kuasa disiplin ke atas kakitangan telah dipindahkan dari Menteri kepada Lembaga
Pengarah; untuk meningkatkan akauntabiliti kakitangan, Institut telah diberikan kuasa untuk
mengenakan surcaj; dan hak prosedur pelajar dalam prosiding tatatertib diperkuatkuasakan.

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti
Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian
tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat
pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang
mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan
sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan
akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang
menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui
pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub
Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara
4
<KOD KURSUS>
dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal
menjelajah 7 benua.

2.0 Industri Makanan (Kentucky Fried Chicken)

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan segera yang paling
terkenal di dunia ini.  Syarikat perusahaan KFC  bermula pada tahun 1930- an yang
diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel  Sanders di Amerika Syarikat selatan sebagai
operasi francais kecil.  Colonel Sanders telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan
dan pembukaan beribu-ribu restoran KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan dan
kebersihan ( QSC ) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan global
syarikat KFC.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik Jcorps.  Sebut
sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak mengenali entiti itu, lebih-lebih
lagi penerajunya Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dikatakan mirip Colonel Sanders,
pengasas restoran KFC. KFC merupakan antara perniagaan kendalian JCorp yang berjaya.
Malah, kejayaannya kini melangkau ke luar negara. Restoran KFC Malaysia yang pertama
dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 dan sehingga tahun
2013 terdapat 579  cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoran KFC menyediakan pelbagai
jenis makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang
membanggakan dalam industri
restoran makanan segera di
Malaysia. Cawangan KFC
meliputi tiga jenis iaitu restoran
pandu lalu, restoran di pusat
membeli belah dan restoran sahaja.

5
<KOD KURSUS>

Gambar 2.0 KFC pertama di Malaysia pada tahun 1973

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan


pasaran mengikut
segmen tertentu.
Produk KFC
ditujukan
kepada kanak-kanak,
remaja dan  keluarga.
Contohnya,
menu “ chicky
meal”  disediakan
istimewa untuk kanak-kanak. Iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC
sebagai restoran makanan segera untuk keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan.
Semua restoran KFC terletak di pinggir bandar dan juga pusat bandar.  Sebahagian besar
pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan,
keselesaan dan kualiti produk.

Gambar 2.1 Antara produk KFC

6
<KOD KURSUS>
Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya
menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan
sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek
proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal
yang hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi
MS1500: 2009.

Hubungan Media adalah satu aktiviti yang menjalin hubungan yang baik antara UKM dan
media luar. Fungsi utamanya ialah memaklumkan kepada media, sama ada media cetak atau
media elektronik,  aktiviti yang akan berlangsung di dalam UKM supaya media memberi
liputan meluas kepada aktiviti tersebut.  Selain itu ia juga berfungsi sebagai penghubung
antara wartawan dan pakar UKM dengan memberi mereka segala bantuan yang diperlukan.
Selain liputan oleh media, hubungan media juga mengeluarkan siaran media bagi perkara-
perkara penting untuk makluman dan siaran oleh pihak media.

HUBUNGAN MEDIA DALAM ORGANISASI

Perkara yang turut dikaji ialah mengenai organisasi perhubungan awam. Hal ini kerana salah
satu faktor penting dalam amalan perhubungan media adalah organisasi yang mengurusnya.
Berdasarkan definisi perhubungan awam, aspek pengurusan turut diberi penekanan. Amalan
perhubungan media yang baik dan berkesan adalah yang bersifat pengurusan. Organisasi-
organisasi perhubungan awam di negara ini mempunyai nama yang pelbagai seperti
perhubungan awam, perhubungan korporat, komunikasi korporat atau hal ehwal awam.
Walaupun nama berbeza, tetapi daripada segi fungsi dan amalannya adalah sama. Kajian
mendapati daripada 500 syarikat terkemuka, didapati 165 syarikat menggunakan “komunikasi
korporat” untuk unit perhubungan awamnya. Nama “perhubungan awam” digunakan oleh 64
syarikat. Nama lain yang digunakan adalah “hal ehwal awam”’, “komunikasi perhubungan
korporat” dan “hal ehwal awam korporat”’ (Wilcox et al, 2003). Hasil kajian menunjukkan
responden memberi tiga cadangan kepada organisasi perhubungan awam untuk melakukan
penambahbaikan dan memperkukuhkan urusan perhubungan media

7
<KOD KURSUS>
Perhubungan media merupakan aktiviti yang bertujuan untuk membina saluran komunikasi
terbuka antara organisasi dengan pertubuhan media. Aktiviti ini sebagai satu cara untuk
berkongsi berita dan rencana yang berpotensi memberi faedah kepada khalayak media
(Lattimore, Baskin, Heiman & Toth, 2009). Cutlip et al (2006) pula mentakrifkan
perhubungan media sebagai usaha yang disengajakan untuk mengurus, membina dan
seterusnya mengekalkan hubungan di antara organisasi dengan pihak yang terlibat dengan
media. Sementara Guth dan Marsh (2003) mentakrifkan perhubungan media sebagai
mengekalkan perhubungan yang memberi faedah bersama di antara organisasi dengan
wartawan serta petugas media lain yang melaporkan tentang aktiviti organisasi. Takrifan
beberapa sarjana tersebut memberi gambaran jelas bahawa perhubungan media adalah usaha
membina hubungan secara berterusan di antara organisasi dengan pertubuhan media yang
memberi faedah kepada kedua belah pihak. Perhubungan media merupakan asas kepada tunas
disiplin perhubungan awam, hal ehwal awam dan komunikasi korporat.

Public Relations Society of America (PRSA) Foundation mengenal pasti sebanyak 15


komponen asas perhubungan awam dalam salah satunya adalah perhubungan media (Wilcox,
Cameron, Ault & Agee, 2003). Baran (2002) pula menggariskan salah satu daripada 14
perkhidmatan perhubungan awam yang ditawarkan oleh firma perhubungan awam di
Amerika Syarikat kepada pelanggan mereka ialah perhubungan media. Manakala Howard
dan Mathews (2000) menegaskan bahawa perhubungan media adalah asas kepada aktiviti-
aktiviti perhubungan awam. Ruler (2000) turut menyenaraikan perhubungan media sebagai
salah satu daripada 10 tugas penting yang dilaksanakan oleh PPA di Holland. Dengan
menyenaraikan sebagai salah satu daripada komponen perhubungan awam jelas menunjukkan
perhubungan media begitu penting kepada organisasi yang mempunyai unit dan PPA.

8
<KOD KURSUS>

https://www.slideshare.net/Annamka95/media-tradisional-dan-media-baharu
https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Teknologi_MARA#Teknologi_Pendidikan
httpsPernahkah kita mendengar mengenai gelombang peradaban manusia? Alvin Toffler
telah menjelaskan tentang gelombang peradaban manusia dengan membagi tiga gelombang
9
<KOD KURSUS>
peradaban. Gelombang pertama adalah masyarakat agraris, di mana manusia telah mampu
mengelola sumberdaya alam. Gelombang kedua adalah masyarakat industri, era ini ditandai
dengan kebangkitan mesin dan pabrik yang bermula pada revolusi industri di Inggris. Dan
gelombang yang ketiga adalah masyarakat informasi, di mana informasi menjadi menjadi
modal mencapai keberhasilan dan era masyarakat ditandai dengan perkembangan teknologi
komunikasi.

Pekembangan teknologi komunikasi sebenarnya bukan diawali dengan mesin-mesin


komunikasi elektronik. Namun perkembangan teknologi komunikasi ditandai dengan
kecakapan manusia berinteraksi melalui tulisan. Seluruh pesan yang disampaikan dengan
menggunakan kumpulan huruf yang menggantikan interaksi manusia yang awalnya melalui
gambar dan lambang. Walaupun interaksi melalui tulisan kala itu masih menggunakan media
kulit binatang dan batu arca namun mampu menjadi cikal bakal ilmu pengetahuan.

Perkembangan teknologi komunikasi selanjutnya ditandai dengan ditemukannya mesin cetak


oleh Johannes Gutenberg, asal Jerman, mesin cetak yang ditemukan Gutenberg menjadi salah
satu faktor pendorong untuk kebangkitan Eropa (renaissance). Semakin berkembangnya ilmu
pengetahuan maka berdampak pada banyaknya penemuan teknologi komunikasi, seperti
Samuel Morse dengan telegram listrik, Grahambell dengan telepon, John Logie Baird dengan
televisi, Charles Babbage dengan komputer.

Penjelasan di atas sedikit banyak menggambarkan tentang perkembangan teknologi


komunikasi. Teknolologi komunikasi jika didefinisikan secara sederhana adalah alat bantu
untuk menyampaikan pesan dan akhirnya menjadi sebuah interaksi. Alat bantu untuk
menyampaikan pesan biasa disebut dengan media yang berasal dari kata mediasi. Media yang
sering kita dengar adalah media cetak dan elektronik. Namun ilmuwan asal USA Leonard
Kleinrock berhasil menemukan jaringan komunikasi digital, lebih dikenal dengan sebutan
internet dan berperannya sebagi media baru. Sehingga media cetak dan elektronik dapat
digolongkan sebagai media lama.

Apakah media baru akan menggantikan media lama? Setelah ditemukannya media
komunikasi elektronik maka media komunikasi cetak belum tergantikan hingga saat ini.
Media cetak seperti suratkabar, majalah, tabloid masih tetap eksis walaupun pengguna media
elektronik lebih mendominasi di masyarakat. Pengguna media baru atau internet semakin
tumbuh namun media elektronik seperti televisi dan radio masih banyak diminati. Kita tidak
dapat bilang bahwa media baru mampu menggantikan media lama.

Kenapa media lama masih tetap bertahan.

Media lama masih tetap bertahan karena memiliki karakteristik yang berbeda dengan media
baru. Setiap karakteristik yang dimiliki masing-masing media akan berpengaruh pada audiens
pengguna media tersebut. Sebagai contoh masyarakat yang berada pada kelompok umur 40
tahun ke atas lebih senang mengkonsumsi televisi atau suratkabar berbeda dengan
masyarakat pada kelompok umur 15-30 tahun lebih sering mengkonsumsi internet
dibandingkan media lama. Namun faktor umur bukan menjadi penentu kunci dalam
mengkonsumsi media. Dalam kondisi mengendarai mobil biasanya seluruh kelompok umur
lebih sering mengkonsumsi radio dibandingkan internet maupun televisi.

Media baru memang tidak menggantikan peran dari media lama namun media baru menjadi
pelengkap bagi media lama. Ketika kita mengendarai mobil sambil mendengarkan radio,

10
<KOD KURSUS>
menonton iklan di televisi, membaca iklan di koran tidak jarang pesan yang disampaikan oleh
media untuk mengarahkan audiens mengunjungi halaman web yang dimiliki perusahaan.
Iklan yang ditayangkan di radio, televisi dan surat kabar memiliki keterbatasan informasi.
Halaman yang disediakan oleh perusahaan media hanya terbatas oleh beberapa karakter atau
durasi. Sehingga informasi yang disajikan dengan beriklan di media lama tidak dapat
menjelaskan profil perusahaan kita secara detail. Sehingga banyak perusahaan mengemas
informasi iklannya untuk mengarahkan konsumen mengunjungi halaman web resmi
perusahaan. Halaman web perusahaan dipersiapkan untuk memberikan informasi lebih
lengkap dibandingkan media lama.

Internet maupun media lama mampu saling menunjang satu sama lain. Ketika media lama
digunakan untuk tahap membangun kesadaran (awareness) dari sebuah produk maka internet
dapat menjadi lanjutan konsumen untuk memahami (knowledge) sebuah produk. Konsumen
dapat mengenal produk yang ditawarkan secara menyeluruh karena informasi yang disajikan
melalui halaman web mampu menampung informasi yang lebih banyak dibandingkan dengan
media lama.

Internet atau media baru dengan media lama memiliki perbedaan. Perbedaan antara internet
dengan media lama ditujukan pada jumlah konten informasi yang disajikan, kelompok umur,
hingga akses medianya pun berbeda. Sebenarnya perbedaan ini bukan menjadi sebuah
kendala perusahaan dalam merencanakan strategi pemasaran. Perusahaan mampu
mengintegrasikan internet dengan media lama untuk mencapai tujuan kampanye pemasaran.
Keunggulan internet dapat menunjang atau melengkapi informasi yang tidak mampu
disampaikan oleh media lama karena keterbatasan konten informasi. Dan ketika sebagai
tenaga pemasar mampu mengintegrasikan media internet dengan media lama maka kita
mampu mencapai target pasar yang lebih luas dibandingkan kita hanya menggunakan satu
jenis media saja. Jadi tidak tepat kita berbicara bahwa internet akan menggantikan media
lama dan media lama bertentangan dengan internet sesuai dengan judul artikel
ini.://www.academia.edu/34796201/Nota_Komunikasi_Korporat

11

Anda mungkin juga menyukai