Anda di halaman 1dari 7

SCCA1013

PENGATAR KOMUNIKASI

JJ211

TAJUK :

FUNGSI BIDANG KOMUNIKASI BAGI ORGANISASI KORPORAT

PENSYARAH :

DR. NIK ADZRIEMAN ABDUL RAHMAN

PELAJAR :

MOHAMAD AMIERUL AIMAN BIN ZAKRI (283206)

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


SCCA1013-TI-
282766
SENARAI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Fungsi Dan kepentingan bidang komunikasi bagi organisasi 2-3


Polis Diraja Malaysia

 Menyebarkan maklumat
 Membujuk
 Rangkaian sosial
 Hiburan

3.0 Kesimpulan 4

Rujukan 5
SCCA1013-TI-
282766
1.0 PENGENALAN

Dalam sebuah organisasi, komunikasi merupakan suatu asas yang merangkumi aktiviti
semua fungsi yang wujud. Dengan adanya saluran komunikasi ini, maka setiap individu atau
kelompok bukan sahaja dapat memahami dan bertukar-tukar idea dan pendapat, malah dapat
juga berinteraksi antara satu sama lain dan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan
dalam kalangan kakitangan. Di samping itu, penentu dalam kejayaan sesebuah organisasi
bergantung kepada sejauh mana baiknya saluran komunikasi yang digunakan. Saluran
komunikasi ini bermaksud laluan mesej yang mengalir dari satu individu ke individu lain dan
dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain dan sebaliknya

Menurut perkataan komunikasi adalah daripada Bahasa Latin ‘communis’ yang bermaksud
‘sama’ kesamaan makna. Communicco, communication atau communicare yang bermaksud
menjadikan sesuatu itu milik bersama yang mempunyai persamaan dari segi maksud.
Manakala, menurut terminology, komunikasi bermaksud proses penyampaian suatu penyataan
oleh sesorang kepada orang lain. Komunikasi korporat merupakan satu bidang ilmu yang
penting dan sangat membantu dalam meningkatkan kompenensi seseorang dalam pengurusan
dan pentadbiran di organisasi mengikut apa jua pengkhususan kerja mereka. Bagi pandangan
Van Riel (1992) menyatakan komunikasi korporat merupakan proses pengurusan yang
strategik dan organisasi tersebut boleh berkomunikasi dengan pelbagai audien untuk
memperoleh manfaat bersama dan meningkatkan peluang bersaing. Selain itu juga, Argenti
(1998) berpendapat bahawa komunikasi korporat merupakan cara organisasi berkomunikasi
dengan pelbagai kumpulan manusia.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mempunyai Unit Komunikasi Korporat mereka yang
berfungsi sebagai merancang dan menyelaras pelan komunikasi, promosi dan publisiti
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) agar mendapat liputan meluas oleh media
massa. Bukan itu sahaja ia juga penting bagi mengurus dan menyelaras bahan penerbitan
BHEUU seperti laporan tahunan, buletin BHEUU dan lain-lain penerbitan bagi tujuan
mempromosi jabatan. Unit ini juga memantau dan mengurus hal-hal berkaitan dengan
pengurusan pelanggan secara professional dan berwibawa bagi meningkatkan imej korporat.
Mereka juga perlu menyelaras dan menjawab maklum balas dan aduan dengan cekap dan
efisien.

-1-
SCCA1013-TI-
282766
2.0 Fungsi dan kepentingan bidang komunikasi bagi organisasi Polis Diraja Malaysia

2.1 Menyebarkan maklumat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan penguatkuasa undang-undang yang utama


dinegara kita untuk menyebarkan maklumat kepada pegawai, anggota dan pegawai awam
secara terus (bersemuka)atau dengan menggunakan media cetak atau media eletronik. Ia
selaras dengan era yang semakin mencabar terutama dalam bidang komunikasi. Bagi
PDRM sumber maklumat dengan mudah dapat diperolehi menerusi internet yang juga
bertujuan untuk memberitahu. Sebagai contoh jika berlaku kejadian jenayah arahan secara
terus disampaikan oleh pegawai dan anggta yang bertugas melalui set kawalan / walkie
talkie supaya tindakan serta merta dapat diambil oleh anggota yang bertugas dilapangan
bagi menangkap penjenayah. Fungsi memberitahu dengan cara ini menumpukan perhatian
kepada penyampai atau sumber maklumat. Selaras dengan kemajuan teknologi terkini
PDRM turut menggunakan teknologi tersebut. Orang awam boleh menyalurkan maklumat
melalui ‘rakan cop’ bagi memberitahu info-info jenayah dan sebagainya secara cepat dan
pantas.

2.2 Membujuk

Tujuan fungsi ini dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah untuk mengubah sikap,
persepsi dan tingkah laku atau perangai orang ramai. Fungsi membujuk ini tidak terhad
kepada menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi perasaan dan emosi
seseorang individu itu, atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat itu. Biasanya fakta
maklumat yang disampaikan tidak tepat dan sengaja diputarbelitkan. PDRM juga
menggunakan fungsi membujuk ini supaya dapat mempengaruhi masyarakat supaya akur
atau bersetuju dengan usul atau cadangan yang dikemukakannya. Dengan kata lain, pihak
PDRM mahu mengubah persepsi masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, atau pun
perlakuan. Antara contoh yang dilakukan oleh PDRM ialah seperti kempen tolak rasuah
pdrm, semakan saman traffik, anti dadah, kempen pilihan raya dan sebagainya. Ini
bertujuan bagi memberi kesedaran kepada rakyat bahawa PDRM sangat cakna atau prihatin
terhadap rakyat Malaysia. Oleh itu, rakyat akan sedar bahawa PDRM merupakan suatu
organisasi yang amat penting dalam memainkan peranan sebagai membujuk.

-2-
SCCA1013-TI-
282766
2.3 Rangkaian Sosial

Komunikasi adalah suatu hal yang sangat penting dalam kehidupan sosialisasi. Bagi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlaksanaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) amat
releven dalam proses pembentukkan sosialisasi masyarakat yang bermula seawal usia
remaja. Pelbagai salah laku jenayah dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar-
pelajar sekolah pada masa sekarang. Oleh hal demikian, PDRM sentiasa memantau pelajar-
pelajar yang terlibat dengan salah laku displin, lebih-lebih lagi yang menyumbang kepada
perlakuan jenayah yang boleh menyumbang kepada salah laku dalam kalangan generasi
muda.

2.4 Menghibur

Dalam menjalani kehidupan sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjadikan
hiburan sebagai penyampaian dan penerimaan maklumat kepada semua orang. Hiburan
juga merupakan fungsi komunikasi yang sangat mudah dilihat disekeliling kita. Sebagai
contoh fungsi menghibur dalam PDRM ialah rancangan hiburan, majalah dan lukisan
kartun. Sebagai contoh, cerita Gerak-gerak Khas yang banyak memberi pengajaran kepada
rakyat bahawa PDRM sangat penting dalam melindungi rakyat dan menjaga keamanan
sesebuah negara. Pada umumnya, keberkesanan fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi
orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan, tayangan wayang gambar, ataupun
majalah yang dibacanya. Jika seseorang itu merasa terhibur, boleh dikatakan fungsi
menghibur tersebut telah berjaya sepenuhnya.

-3-
SCCA1013-TI-
282766
3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, komunikasi sangat penting untuk semua makhluk. Komunikasi


merujuk kepada pertukaran fikiran dan idea dengan tujuan menyampaikan maklumat. Tujuan
komunikasi adalah untuk menyampaikan kepercayaan, idea, pemikiran atau keperluan seseorang
dengan penjelasan sehingga mencapai kata sepakat atau penyelesaian yang dapat diterima antara
satu sama lain. Komunikasi tidak hanya merujuk kepada perkataan sahaja. Selain itu, dengan
menggunakan bahasa isyarat dan deria sentuhan untuk meluahkan dan merasakan juga
merupakan kaedah komunikasi yang sangat penting. Komunikasi seperti yang telah dibincangkan
bersama dapat membantu dalam memperoleh pengetahuan, berinteraksi dengan komuniti yang
lain serta memberi hiburan. Pada akhirnya, komunikasi harus berkesan. Selagi ada kejujuran
dalam berkomunikasi, tujuan komunikasi akan tercapai dengan jayanya.

-4-
SCCA1013-TI-
282766
RUJUKAN

budi, r. (2010). pengatar ilmu komunikasi.

komunikasi korporat. (2019). In M. Dr. Leila Mona Ganiem, komunikasi korporat.

KOMUNIKASI, P. (2020). PENGERTIAN KOMUNIKASI. Retrieved from

https://qwords.com/blog/pengertian-komunikasi/.

KORPORAT, K. (2021). KESIMPULAN KOMUNIKASI KORPORAT. Retrieved from

htpps;//www.coursehero.com./file/p1d60f0/22-50-KESIMPULAN-korporat-

merupakan- penterjemahan dalam hubungan/.

zahid, i. (2021). makna konsep dan komunikasi. KUALA LUMPUR: Universiti malaya.

UKEssays. (November 2018). Kepentingan Esei Kemahiran Komunikasi.

-5-

Anda mungkin juga menyukai