Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PRINSIP KEADILAN ASASI 1

2.1 ELEMEN PRINSIP KEADILAN ASASI 2

3.0 PRINSIP KUASA BUDI BICARA 6

3.1 ELEMEN PRINSIP KUASA BUDI BICARA 7

4.0 PRINSIP REMEDI 9

4.1 ELEMEN PRINSIP REMEDI 9

5.0 KESIMPULAN 13

6.0 RUJUKAN 14

i
1.0 PENGENALAN
Undang-Undang Pentadbiran telah berkembang dengan pesatnya dalam kurun ke-20 di negara-
negara demokratik termasuklah di Malaysia sendiri. Perkembangan yang berlaku dikira agak
lambat berbanding dengan perkembangan cabang perundangan lain. Perkembangan tersebut
berlaku atas sebab keperluan dan bukan seperti Undang-Undang Perlembagaan yang berlaku atas
satu gubalan. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut berlaku dalam aspek kuantiti, kualiti dan
kepentingan-kepentingan yang ada kaitan (relative significance) bersesuaian dengan peredaran
masa dan zaman.

Contohnya, pemakaian atau aplikasi Prinsip Keadilan Asasi serta Remedi yang diperkenalkan
pada abad ke-17 adalah terhad dan ia hanya giat diaplikasikan dalam sistem pentadbiran apabila
kerajaan menggubal polisi dengan melibatkan diri dalam urusan sosio ekonomi rakyat. Di sinilah
pentingnya Undang-Undang Pentadbiran kerana ia dapat mengawal tindakan serta
perkembangan kuasa yang berlaku kepada pihak pentadbiran.

Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan
saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya
yang bertindak secara kehakiman, termasuklah tribunal-tribunal dan juga mana-mana Lembaga
Tatatertib Jabatan. Tiada sebarang definisi atau penjelasan yang khusus mengenai prinsip
keadilan asasi di dalam mana-mana akta atau peraturan yang melibatkan prosedur tatatertib
penjawat awam, tetapi prinsip ini diguna pakai dengan meluas dan merupakan syarat bagi
menjamin prosedur perbicaraan adil dalam setiap perbicaraan. Pematuhan terhadap prinsip
keadilan asasi ini amat penting dan sebarang perlanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut
boleh dirujuk di mahkamah untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil (Dicey,
1987).

2.0 PRINSIP KEADILAN ASASI


Kebebasan asasi adalah sangat penting kepada setiap individu kerana setiap individu di dunia ini
layak mendapat kebebasan asasi yang sewajarnya. Kebebasan asasi merupakan kebebasan yang
dimiliki oleh individu sejak dilahirkan di dunia ini. Selain itu, kebebasan asasi ini seharusnya
diberikan kepada setiap individu dan tidak boleh dinafikan berdasarkan warna kulit, etnik,

1
agama, umur, jantina, bahasa, fahaman politik dan status sosial. Prinsip keadilan asas merupakan
satu konsep yang berkembang daripada system Common Law Inggeris. Prinsip ini penting kerana
menjadi asas di dalam membuat suatu keputusan yang adil dan saksama oleh mana-mana
individu atau badan yang ditugaskan untuk bertindak secara kehakiman.

Menurut De Smith (1985), peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam membuat
keputusan yang saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan yang
bertugas yang bertindak secara kehakiman. Isi kandungan keadilan asasi boleh berubah-ubah
mengikut kesesuaian dan boleh berbeza-beza, yang penting ialah kepentingan pihak yang terlibat
perlu diambil kira.

Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan
saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya
yang bertindak secara kehakiman (Das, 1981). Pematuhan terhadap prinsip keadilan asasi ini
amat penting dan sebarang perlanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut boleh dirujuk di
mahkamah untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil. Prinsip ini diguna pakai
dengan meluas dan merupakan syarat bagi menjamin prosedur perbicaraan adil dalam setiap
perbicaraan (De Smith, Woolf & Jowell, 1995).

Kebebasan asasi perlu dipelihara dan dijamin dengan baik di bawah undang-undang yang
termaktub di setiap bidang undang-undang setiap negara. Setiap perlembagaan bertulis
mempunyai peruntukan yang menyatakan kebebasan asasi berperlembagaan, yang mana ini telah
diperuntukan dalam Perlembagaan Kanada, Amerika, India, Afrika Selatan, Hong Kong, dan
kebanyakan negara-negara lain dalam Komanwel. Di Malaysia, kebebasan asasi termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan (Gan, 2016).

Terdapat beberapa konsep penting mengenai pemakaian prinsip keadilan asasi dalam konteks
pentadbiran seperti; jika sekiranya tindakan mana-mana pihak berkuasa boleh menjejaskan hak
atau kepentingan atau jangkaan yang sah (legitimate expectation) seseorang, maka prinsip ini
akan terpakai. Ia juga tidak membezakan sama ada kuasa membuat keputusan itu adalah kuasa
kehakiman, kuasa separa kehakiman atau kuasa pentadbiran tulen. Hak untuk didengar ini

2
diberikan juga walaupun mana-mana statut tiada peruntukan mengenainya. Kekosongan dan
ketinggalan ini perlu dilengkapkan dengan Common Law, iaitu dalam konteks ini perlu diisi
dengan prinsip keadilan asasi.

Di Malaysia, perkara ini disokong di dalam kenyataan Hakim Raja Azlan Shah dalam kes Ketua
Pengarah Kastam lwn Ho Kwan Seng, beliau memutuskan bahawa:

“the rule of natural justice that no man may be condemned unheard


applies to every case where an individual is adversely affected by an
administrative action, no matter whether it is labelled “judicial”, quasi
judicial” or “administrative’ or whether or not the enabling statute makes
provision for a hearing”.

2.1 Elemen Prinsip Keadilan Asasi


Konsep keadilan asasi ini perlu memenuhi dua prinsip utama iaitu Prinsip Hak Untuk Didengar
(audi alteram partem) dan Prinsip Tidak Berat Sebelah (bias). Prinsip Hak Untuk Didengar
merujuk kepada orang yang dituduh diberi peluang yang mencukupi dan munasabah untuk
menyatakan kesnya sewaktu perbicaraan diadakan. Manakala, prinsip ‘tidak berat sebelah’ (bias)
atau nemo debet judex sua causa/nemo judex in causa sua potest merujuk kepada seseorang yang
ada kepentingan dalam sesuatu kes tidak boleh mengadili kes tersebut.

2.1.1 Hak Untuk Didengar


Prinsip Pertama iaitu Hak Untuk Didengar atau ‘audi alteram partem’ digunapakai untuk
memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk membela diri. Peluang untuk membela diri
ini harus diberikan dengan sempurna dan mencukupi bagi memberi peluang pihak yang didakwa
betul-betul bersedia untuk membuat pembelaan terhadap tuduhan yang dikenakan. Antara
elemen-elemen di bawah prinsip audi alteram partem yang perlu dipatuhi bagi memastikan
peluang pembelaan diberikan secara adil ialah adalah melibatkan notis dakwaan tentang
kesalahan atau dakwaan harus diberikan kepada tertuduh sebelum perbicaraan. Selain itu, masa
yang munasabah diberikan kepada tertuduh untuk membuat representasi jawapan atau berhujah

3
atas kesnya. Hak untuk mengetahui dan mendapatkan semua maklumat atau keterangan yang
akan digunakan semasa membuat keputusan. Elemen berikutnya pula menerangkan tentang hak
menyoal saksi. Elemen seterusnya melibatkan hak diwakili peguam, hak diberitahu keputusan
dan dinyatakan keputusan dan hak untuk merayu dan dengar semula.

i. Notis
Bagi mematuhi prinsip keadilan asasi, sebelum sebarang tindakan diambil terhadap
seseorang individu notis yang lengkap tentang kes yang dihadapi perlu disampaikan
kepadanya. Ini bertujuan supaya individu teresebut tahu akan tuduhan yang dikenakan
keatasnya dan beliau dapat bersedia dengan pembelaan.

Pihak berkuasa mesti memberi notis kepada orang berkenaan bagi memaklumkan mereka
sama ada mereka bercadang menimbangkan perkara tersebut dengan maksud mencapai
satu keputusan atau jika mereka telah mencapai satu keputusan dan bercadang untuk
mengikut keputusan itu dan memberi dia satu peluang menunjukkan sebab kenapa
tindakan tidak boleh diambil ke atasnya. Tujuan pemberian notis boleh dikategorikan
kepada dua sebab iaitu supaya tertuduh tahu kesnya dengan jelas dan supaya tertuduh ada
masa yang munasabah untuk menyediakan pembelaan

Contohnya, dalam kes Mahadevan lawan Anandrajan (1974) 1 MLJ 2. Dalam kes ini
pengetua sebuah sekolah menerima aduan bahawa seorang pelajar telah berkelakuan
tidak baik. Pengetua tersebut telah mengadakan dua pertemuan dengan pelajar tersebut
dan akhirnya dia dibuang. Perintah pembuangan dicabar atas alasan ketika pelajar
dipanggil beliau tidak diberi notis pembuangan. Majlis Privy menyatakan, oleh kerana
semasa pertemuan diadakan pelajar mempunyai alasan untuk mengetahui beliau akan
dibuang, maka notis yang cukup lengkap tidak perlu diberikan bagi memaklumkan
bahawa beliau mesti dibuang. Apa yang perlu ialah sifat tuduhan yang dikenakan ke atas
dirinya. Jika tuduhan dapat dibuktikan, pelajar berkenaan dikatakan telah mengetahuinya.

Dalam kes Phang Moh Shin lwn Commissioner of Police (1967) 2 MLJ 186, plaintif telah
mencabar keputusan pasukan polis yang memecatnya atas alasan tindakan dibuat

4
bertentangan dengan prinsip hak untuk didengar. Notis telah diberikan kepada Plaintif
sejurus sebelum perbicaraan diadakan dan beliau sebelum ini juga tidak pernah menerima
salinan dakwaan yang dibuat keatasnya. Plaintif meminta supaya perbicaraan
ditangguhkan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tetapi permohonan
beliau telah ditolak. Plaintif akhirnya dipecat. Mahkamah dalam kes ini telah
membatalkan pemecatan plaintif dengan alasan bahawa plaintif diberikan notis yang
tidak lengkap, tempoh masa pemberian notis amat singkat sebelum perbicaraan bermula.
Oleh itu, Plaintif tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi membolehkan beliau
menyediakan pembelaan yang sempurna.

Dalam kes Re Liverpool Taxi Owner’s Association (1972) 1 All E. R 589 pula, pihak
persatuan teksi diminta menjawab surat tunjuk sebab yang diterima pada tarikh tutup
untuk mengemukakan bantahan. Masa yang diberikan adalah tidak munasabah, oleh itu
notis tersebut adalah tidak lengkap dan sempurna.

ii. Perbicaraan
Apabila individu telah diberikan notis tentang tuduhan kesalahan yang dilakukan, maka
individu yang berkenaan hendaklah diberi peluang secukupnya (tempoh masa yang
paling munasabah) untuk membolehkannya memberi jawapan dan alasan bagi membela
dirinya daripada tuduhan yang berkenaan (atau dinamakan "peluang diberi perbicaraan").

Bagaimanakah sesuatu perbicaraan harus dikendalikan bagi menjamin terlaksananya


prinsip-prinsip Keadilan Asasi? Walaupun notis yang lengkap dan sempurna telah
diberikan, tetapi jika sekiranya perbicaraan yang dikendalikan tidak adil maka pihak yang
berkuasa masih dikatakan melanggar prinsip-prinsip Keadilan Asasi.

Tidak ada prosedur tetap yang perlu diikuti dalam semua kes. Ianya berubah mengikut
keadaan. Akhirnya terpulanglah kepada mahkamah untuk menentukan sama ada prosedur
dalam keadaan tertentu telah menuruti kehendak keadilan asasi atau tidak (M.P. Jain
1980). Perbicaraan boleh dilaksanakan sama ada secara lisan atau bertulis, ianya
bergantung kepada keadaan. Dalam kes Ridge lwn Baldwin mahkamah telah bersepakat

5
mengatakan jika sesuatu kes itu melibatkan fakta–fakta yang rumut atau perkara teknikal,
perbicaraan secara lisan perlu diberikan.

Dalam kes De Verteuil lawan Knagg, 12 mahkamah menyebut:


“Dalam melaksanakan sesuatu siasatan, selain dalam keadaan khas, menjadi satu
tanggungjawab untuk membenarkan seseorang yang pengaduan dibuat terhadapnya (iaitu
orang yang dikenakan tuduhan), memperoleh peluang yang adil untuk membuat sebarang
kenyataan yang berkaitan yang dia ingin kemukakan dan peluang yang adil untuk
membetulkan atau menentang sebarang kenyataan yang dikemukakan yang menimbulkan
prasangka terhadapnya” (Dicey, 1987).

Di dalam kes Ghazi bin Mohd Sawi lwn Mohd Haniff bin Omar, Ketua PolisNegara
Malaysia & Anor yang telah dibuang kerja daripasukan polis tanpa diberi pendengaran
lisan walaupun telah dipohon olehplaintif, mahkamah memutuskan bahawa pihak
berkuasa disiplin gagalmenimbang tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap plaintif dan
menentukansama ada pendengaran lisan diperlukan memandangkan kes plaintif rumit
dan tidak memadai jika pembelaan hanya dibuat secara bertulis.

2.1.2 Tidak Pilih Kasih (Bias)

Prinsip ini bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes tidak boleh mengadili kes
tersebut. Pihak yang mengadili kes seperti hakim dan penjawat awam yang mempunyai kuasa
budi bicara untuk membuat sesuatu keputusan perlulah bebas daripada membuat keputusan yang
berat sebelah dan wujud prasangka. Keadaan terjadi disebabkan pihak-pihak tadi mempunyai
kepentingan dan pihak yang mengadili sesuatu kes mewakili institusi yang menginginkan
objektif tertentu atau pertalian tertentu atau sebagainya.

Menurut Jain (1980), prinsip tidak berat sebelah ini sebenarnya lahir daripada dua perkara iaitu
seseorang tidak boleh menjadi hakim dalam tindakannya sendiri. Perkara pertama ini terpakai

6
bukan hanya kepada pihak hakim atau pengadil sendiri yang terlibat dalam kes-kes berkenaan,
tetapi ianya memadai sekiranya hakim atau pengadil tadi ada kepentingan di dalam kes tersebut.

Perkara kedua pula melibatkan keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, malah perlu ditunjukkan
bahawa ia berlaku. Elemen berat sebelah (bias) wujud memadai sekiranya ada syak wasangka
yang dapat diterima ramai tentang kredibiliti pihak hakim atau pihak yang akan membuat
keputusan untuk berlaku adil.

i. Bias Kewangan
Mengikut penulis undang-undang, Geoff Cahil, dalam bukunya, Promotion and
Diciplinary Appeals in Government Service, sesuatu pihak dianggap akan berat sebelah
jika pihak yang berkenaan ada kepentingan, sama ada kepentingan kewangan atau bukan
kewangan. Sebagai contoh jika salah seorang daripada ahli jawatankuasa tatatertib
mempunyai kepentingan kewangan dalam siasatan dalaman akan menimbulkan keadaan
berat sebelah. Dalam kes R lawan Hamond, Hakim Blackburn menyatakan jika wujud
kepentingan kewangan walaupun sedikit sudah cukup untuk mengatakan dia berat
sebelah.

Dalam kes Dimes lwn The Grand Junction Canal Company (1852) 3 HLCas 759, sebuah
syarikat awam telah menfailkan kes terhadap seorang tuan tanah dalam perkara yang
melibatkan kepentingan syarikat. Lord Chancellor yang menjadi hakim dalam kes
tuntutan tersebut adalah merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat
berkenaan. Keputusan beliau telah memihak kepada syarikat. Mahkamah membatalkan
keputusan Lord Chancellor atas alasan bahawa beliau mempunyai kepentingan kewangan
dalam syarikat berkenaan.

ii. Bias Diri


Bias diri melibatkan ada hubungan kait seperti pertalian atau persaudaraan juga akan
menimbulkan situasi kes berat sebelah. Terdapat dua jenis keadaan yang menentukan
berat sebelah kerana mempunyai pertalian atau persaudaraan iaitu contoh yang pertama

7
dalam siasatan dalaman jika salah seorang jawatankuasa tatatertib mempunyai hubungan
keluarga seperti sepupu atau anak saudara dengan tertuduh, maka ia boleh dianggap
bahawa kes itu akan menjadi berat sebelah. Contoh yang kedua pula ialah di mana ahli
jawatankuasa tatatertib merupakan ahli pertubuhan yang sama dengan tertuduh maka
situasi ini juga akan mempengaruhi keputusan kes di mana wujud berat sebelah.

Jika pihak-pihak (iaitu pekerja yang dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib dan ahli
pihak berkuasa tatatertib) adalah ahli satu pertubuhan pertubuhan yang sama, maka di
sini juga ada kemungkinan sebenar atau akan ada syak yang munasabah bahawa wujud
berat sebelah di pihak pembuat keputusan. Contoh kes Chong Kok Lim lawan Yong Su
Hian. Yong menuduh Chong langgar peraturan persatuan dan Chong dipecat dari menjadi
ahli persatuan. Keputusan pemecatan dibawa ke mesyuarat agong persatuan untuk
pengesahan dan Yong jadi pengerusi mesyuarat tersebut. Keputusan pemecatan tidak sah
kerana orang yang menuduh menjadi pengerusi dalam mesyuarat agong persatuan yang
mengesahkan pemecatan itu.

Mahkamah di India juga menerima prinsip bias diri seperti yang ditunjukkan dalam kes
A.K Kraipak lwn Union of India AIR 1970 SC 150, pemangku Ketua Pemelihara Hutan
adalah salah seorang calon pekerja dan beliau turut terlibat dalam Lembaga Pemilihan
Pekerja. Beliau berjaya dalam temuduga tersebut. Mahkamah menolak keputusan
Lembaga kerana tidak wajar seorang calon menjadi ahli dalam Lembaga Pemilih dan
kedudukannya ada kepentingan serta boleh menyebabkan bias dalam pemilihan pekerja.

iii. Bias Dasar


Bagi menentukan bias polisi ialah jika seseorang terlibat dalam pembuatan sesuatu polisi
sama ada secara langsung atau tidak, dia tidak layak untuk membuat keputusan atas
masalah yang timbul akibat pelaksanaan polisi tersebut. Bagi mengelakkan terjadinya
bias polisi, seseorang yang menjalankan pendakwaan tidak boleh menjadi hakim bagi kes
yang dijalankan dan seseorang yang membuat polisi juga tidak boleh menyelesaikan
masalah yang timbul akibat pelaksanaan polisi tersebut.

8
Proses kehakiman memerlukan seseorang hakim bertindak dengan adil dan saksama
dengan menggunakan fikirannya sendiri secara objektif terhadap perkara yang perlu
diputuskan dan secara umumnya prinsip tidak berat sebelah ini juga terpakai kepada
mana-mana badan atau pihak yang diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam
pentadbiran perundangan (administrative adjudicatory).

Contoh kes seperti Gullapalli N Rao lawan Andhra Pradesh dan State Road Transport
Corp. Mahkamah mendapati setiausaha jabatan pengangkutan tidak layak untuk dengar
bantahan terhadap terhadap polisi kerana beliau adalah sebahagian daripada jabatan
tersebut dan terlibat dalam penggubalan polisi itu.

Seterusnya dalam kes Alkaff & Co. lwn The Governor in Council (1937) MLJ 202,
Pesuruhjaya Tanah adalah Ex-officio Singapore Improvement Trust (SIT). SIT pohon
Gabenor untuk meluluskan beberapa skim dan gabenor telah melantik Pesuruhjaya untuk
jalankan siasatan sebelum kelulusan diberikan. Mahkamah memutuskan bahawa
pelantikan Pesuruhjaya mungkin menyebabkan bias polisi.

3.0 PRINSIP KUASA BUDI BICARA


Kewujudan kuasa-kuasa budi bicara ialah suatu fenomena yang begitu menonjol dalam undang-
undang awam. Baik di dalam undang-undang perlembagaan atau undang-undang pentadbiran.
Isu-isu berkenaan dengan budi bicara cukup dominan. Banyaknya jumlah kuasa-kuasa budi
bicara di dalam kehidupan bernegara di zaman moden seolah-olah membayangkan bahawa apa
yang dikatakan sebagai demokratik dan dibataskan oleh perlembagaan itu sudah menjadi
autokratik dan feudal semula.

Di sisi perlembagaan, kuasa-kuasa budi bicara diberi kerana sebab-sebab yang agak berbeza.
Selain mengekalkan sejarah ia mungkin diberi kerana itu satu-satunya pilihan yang ada. Contoh
terbaik ialah kuasa ketua negara melantik kerajaan atau haknya untuk menyetujui atau sebaliknya

9
permintaan untuk membubarkan Dewan. Kuasa-kuasa ini tidak diberikan hanya semata-mata
kerana perlembagaan mahu memberikan kuasa sedemikian kepada ketua negara. Di dalam teori
perlembagaan kuasa, biar apa pun namanya, hanya boleh diberikan sekiranya ia selaras dengan
semangat dan tuntutan demokrasi. Kuasa budi bicara diberikan dalam konteks ini untuk
mempastikan bahawa ada pihak yang dapat mengelakkan kebuntuan dalam suasana-suasana
tertentu, seperti apabila proses demokrasi gagal memberikan keputusan, wujudnya senario
apabila ada pihak-pihak tertentu mahu menggunakan demokrasi untuk memusnahkan demokrasi
dan seumpamanya.

Sebagai contoh, pada 12 Ogos 2018, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menjatuhkan
hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan ke atas dua wanita LGBT (kategori lesbian), atas
sabitan terhadap pertuduhan cubamelakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah
kereta pada April lalu (Berita Harian,2018). Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat
keputusan tersebut berdasarkan ikrar ataupun pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh
berdasarkan peruntukan Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu)
2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. Tiada
hukuman penjara dikenakan ke atas pesalah-pesalah.

3.1 Elemen Prinsip Kuasa Budi Bicara

i. Budi Bicara Mengikut Kontrak


Definisi: Sama seperti pihak berkuasa awam tidak dapat mengamalkan budi bicara yang
sewajarnya oleh kerana pematuhan kepada dasar yang ketat, sehingga tidak dapat
menentukan kebijaksanaan tersebut dengan masuk ke dalam kontrak dengan obligasi
yang tidak konsisten dengan kebijaksanaan yang sah mengikut budi bicaranya.

Prinsip asasnya adalah bahawa pihak berkuasa awam mesti menjalankan kuasanya
dalam kepentingan awam. Walau bagaimanapun, prinsip ini tidak boleh dipertikaikan
hanya untuk mendapatkan kuasa awam daripada kewajiban kontrak yang tidak lagi perlu
dipenuhi.

10
Contoh kes: Dalam Perbadanan Cory v London (1951), di mana perbadanan itu telah
diberikan hak untuk menggunakan lapangan terbang perbandaran selama 99 tahun, ia
tidak berhak untuk mengingkari perjanjian ini selepas 35 tahun apabila ia mahu
menggunakan tanah untuk pembangunan kawasan perumahan (Stott, D. & Felix, A.,
1997).

ii. Budi Bicara Oleh Estoppels


Definisi: Peraturan undang-undang yang apabila seseorang (A) dengan perbuatan atau
kata-kata, memberikan alasan kepada orang (B) untuk mempercayai suatu set fakta
tertentu di mana orang (B) mengambil tindakan, orang (A) tidak boleh kemudian,
dengan faedahnya, menafikan fakta atau mengatakan bahawa perbuatannya yang
sebelumnya tidak sesuai.

Contoh kes: Di Abu Dhabi National Tanker Co v Product Star Shipping Ltd (The
Product Star) [1993] 1 Lloyd's LR 397, budi bicara yang dimaksudkan adalah keupayaan
tuan atau pemilik untuk menolak untuk meneruskan ke mana-mana pelabuhan yang,
menurut budi bicara mereka, dipertimbangkan sebagai berbahaya. Leggatt LJ
menyatakan yang prinsip berikut berhubung dengan menjalankan budi bicara kontrak:
"Jika kontrak A dan B antara satu sama lain untuk memberi budi bicara pada A, itu tidak
menyebabkan B tertakluk kepada A tidak dilarang sesuka hati. Dalam penghakiman
saya, pihak berkuasa menunjukkan bahawa bukan sahaja budi bicara dilaksanakan
secara jujur dan dengan niat baik, tetapi, dengan mengambil kira peruntukan dari
kontrak yang mana ia diberikan, ia tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenang,
dengan keterlaluan atau tidak munasabah (Corporate and commercial disputes review,
2017).

Dalam kes Bongsor Bina Sdn Bhd dan Manzer Medical Sdn. Bhd. (‘Manzer’) lwn
Malaysian Building Society Berhad, Rayuan Sivil No. W-02-1229-06/2012 ada
menjelaskan secara terperinci berkaitan maksud ‘estoppel’ ini. Suspek mempertikai
tentang pembayaran antara Manzer dan kontraktor terdahulu dan berkeras tidak mahu
membayar secara langsung kepada responden. Dalam kes Boustead Trading Sdn. Bhd. v

11
Arabian Malaysian Merchant Bank Bhd. [1995] 3 MLJ 331, Mahkamah Persekutuan
telah menerima bahawa doktrin estopel ini sangat luas pemakaiannya dan hendaklah
dirujuk bagi mencapai keadilan.

iii. Budi Bicara Berdasarkan Jangkaan Yang Sah


Definisi: Intipati konsep budi bicara berdasarkan jangkaan yang sah adalah bahawa jika
sesuatu badan dengan kuasa membuat keputusan membuat janji atau memberi aku janji
untuk menggunakan kuasa itu dengan cara yang tertentu, sehingga janji atau
pengangkatan itu secara rasmi dibatalkan, mereka yang terlibat dengan pelaksanaan
kuasa tersebut mempunyai jangkaan bahawa ia akan dilaksanakan mengikut janji atau
pengusahaan. Di samping itu, jangkaan seperti itu boleh timbul dari amalan atau
perbuatan masa lalu, termasuk penerbitan dasar di pihak pembuat keputusan (Stott, D. &
Felix, A., 1997).

Contoh kes: Persatuan (1975), pihak berkuasa di bawah kewajipan memberi


pendengaran sebelum melanggar akujanji untuk tidak menambah bilangan lesen teksi.
Walau bagaimanapun, impak ini boleh dilanjutkan untuk memberi hak yang substantif
kepada individu ditangani mengikut dasar asal dan untuk menghalang pelaksanaan polisi
baru untuk kes segera (Stott, D. & Felix, A., 1997).

Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan Ahli


Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang mencabar perintah Ketua Pengarah
Imigresen melarangnya ke luar negara. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah
Farikullah membuat keputusan itu selepas mendapati Pua selaku pemohon tidak
mempunyai hak perlembagaan untuk ke luar negara dan larangan terhadapnya adalah
sah. Hanipah dalam penghakimannya berkata, tidak timbul isu Pua selaku pemohon
mempunyai jangkaan sah, yang memberinya hak untuk ke luar negara (Ahmad Johari,
2016).

12
4.0 PRINSIP REMEDI
Undang-undang kontrak sering dikaitkan dengan teori remedi Fuller dan Perdue (Fuller &
Perdue, 1936) yang menyatakan bahawa remedi berfungsi untuk melindungi kepentingan pihak-
pihak berkontrak dengan pengamalan prinsip undang-undang kontrak. Menurut Fuller dan
Perdue (1936), prinsip remedi yang menyukat, menentu dan memastikan takat kerosakan atau
kerugian dilahirkan daripada konsep kepentingan kebergantungan (reliance interest). Untuk
melindungi kepentingan kebergantungan kontrak, remedi digunakan sebagai refleksi norma
normatif kontrak tersebut. Oleh yang demikian, remedi kontraktual adalah berkait rapat dengan
motif dan polisi pembentukan undang-undang kontrak. Teori remedy Fuller dan Perdue (1936)
memfokuskan pada kepentingan penguatkuasaan perjanjian dari perspektif remedi kontrak
common law iaitu kepentingan restitusi (restitution interest), kepentingan kebergantungan
(reliance interest) dan kepentingan jangkaan (expectation interest).

Dalam kes Wong May Leng & Anor lwn Thomas Patrick Francis Fernandes & Anor. Mahkamah
tinggi melalui YA Hakim Zalita Dato’ Zaidan memberikan penamatan kontrak (terminate)
disebabkan oleh pecah kontrak iaitu maklumat yang diberikan salah, dan mahkamah hanya
merujuk kes Sim Thong Realty Sdn. Bhd. tanpa merujuk peruntukan salah nyata yang terdapat
dalam Akta Kontrak 1950. Keputusan kes ini dilihat berbeza daripada Akta Kontrak 1950 yang
memperuntukkan bahawa remedi bagi kontrak yang mempunyai elemen salah nyata ialah
pembatalan kontrak, bukannya penamatan kontrak.

Selain itu, dalam kes Letchemy Arumugan lwn Annamalay. Dalam kes ini, pemaju perumahan
membuat satu salah nyata tipuan kepada pihak plaintif sedangkan pihak defendan tidak percaya
akan kebenaran pernyataan tersebut. Mahkamah tinggi melalui YA Hakim Wong Kim Fat
memberikan remedi pembatalan kontrak dan ganti rugi kepada plaintif kerana kerugian yang
dialami disebabkan oleh salah nyata tipuan yang dibuat oleh pihak defendan. Mahkamah
memberikan ganti rugi kepada plaintif dalam kes ini disebabkan oleh salah nyata tipuan yang
dilakukan oleh defendan

4.1 Elemen Prinsip Remedi


i. Certiorari & Prohibition

13
Certiorari: Menurut bahasa latin ialah memaklumkan. Ia adalah remedi apabila
Mahkamah Tinggi memerintahkan keputusan mahkamah bawahan, tribunal, dan pihak
berkuasa pentadbiran dibawa kepadanya dan dibatalkan jika terdapat ultra vires atau
memperlihatkan kesalahan undang- undang atau telah melanggar prinsip asasi atau
berlaku kesilapan semasa mentafsirkan undang- undang. Remedi ini wujud untuk
kebaikan awam dan pemohon tidak perlu untuk membuktikan kepentingan peribadinya
secara langsung. Pada asalnya certiorari merupakan writ prerogatif tetapi sekarang ia
telah dipohon melalui permohonan kajian semula kehakiman.

Contoh kes: Jika mana-mana pihak pentadbiran atau tribunal bertanggungjawab untuk
memberi peluang kepada pegawainya untuk dibicarakan sebelum sebarang tindakan
dikenakan tugas tersebut adalah tugas kehakiman. Jika tugas tersebut tidak dilaksanakan
oleh pihak yang berkenaan maka pegawai yang tersinggung boleh memohon supaya
keputusan tersebut dibatalkan melalui certiorari.

Prohibition: Ia adalah suatu larangan. Remedi ini mengkehendaki Mahkamah Tinggi


memerintahkan Mahkamah Rendah, tribunal atau penguasa pentadbiran untuk tidak
menjalankan tindakan ultra vires seperti membicarakan kes di luar bidang kuasanya. Ia
digunakan untuk sesuatu kes di mana sekiranya tindakan itu telah dilaksanakan remedi
sepatutnya ialah certiorari dan ia dikehendaki mengikut peraturan- peraturan yang sama.

ii. Mandamus
Definisi: Mandamus adalah satu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi
memaksa (compel) agensi awam atau badan badan Kerajaan untuk melakukan suatu
perbuatan atau tindakan yang dikehendaki oleh undang undang yang mana agensi atau
badan itu telah gagal atau cuai atau abai melakukannya.

Contoh kes: Dalam agensi Koperasi Permodalan Felda (KPF), Yb Isa Samad, yang bukan
termasuk dalam mana-mana kategori yang membuatkan beliau layak menyertai agensi
tersebut telah menyertai agensi ini secara haram, namanya juga tercatat sebagai tidak sah.
Ahli KPF dan beberapa orang peneroka telah buat aduan ke atas KPF di Suruhajaya

14
Koperasi Malaysia (SKM) dan satu tribunal ditubuhkan untuk mendengar dan putuskan
isu itu.

iii. Injuksi
Definisi: Injuksi bermaksud perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan
sesuatu kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu.

Contoh kes: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan injuksi ex-
parte (sebelah pihak) yang dikemukakan pelakon Fasha Sandha bagi menghalang bekas
suaminya, Rizal Ashram Ramli yang didakwa masih mengganggunya. Hakim Syarie,
Muhamad Abdul Karim Wahab sebaliknya mengarahkan agar permohonan injuksi
tersebut didengar antara pihak-pihak bagi memberi peluang kepada yang terlibat untuk
menjawab semua dakwaan. Hakim tersebut memutuskan demikian selepas berpuas hati
dengan eksibit (bahan bukti) yang dikemukakan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha
Sandha Hasan, 33, selaku pemohon dalam permohonan itu (Utusan Online, 2017).

iv. Habeas Corpus


Definisi: Habeas Corpus bermaksud arahan mahkamah supaya seseorang yang berada
dalam tahanan pihak berkuasa dibebaskan. Hebeas Corpus juga boleh digunakan untuk
mendapatkan jamin dan pembicaraan yang cepat. Di Malaysia ianya juga diguna pakai
bagi orang yang ditahan dengan jumlah jaminan yang begitu tinggi. Di Singgapura orang
yang dibebaskan dengan jamin tidak mempunyai hak membuat permohonan habeas
corpus.

Contoh kes: Di dalam kes Ketua Polis Negara V Abdul Ghani Haroon [2001] 4 MLJ 11
anggota polis tidak perlu membawa orang yang ditahan ke Mahkamah untuk
pembicaraan Hebeas Corpus. Ini disebabkan peruntukan perlembagaan artikel 5(2)
menyatakan jika sekiranya Mahkamah Berpuas hati tahanan adalah tidak sah.

v. Pengisytiharan/ Declaration

15
Definisi: Pengisytiharan itu hanya mengistiharkan kedudukan perundangan parti. Ia tidak
boleh dikuatkuasakan tetapi apabila kedudukan undang-undang telah diisytiharkan,
remedi lain mungkin tersedia jika ia membuktikan perlu untuk menguatkuasakan hak-hak
yang diisytiharkan (Stott, D. & Felix, A., 1997).

Contoh kes: Encik Blackburn berada dalam kedudukan Catch 22. Ia boleh digunakan
untuk mengisytiharkan tindakan kerajaan untuk menyalahi undang-undang. Ia boleh
digunakan dalam konteks, contohnya, penjalanan kuasa prerogatif (Stott, D. & Felix, A.,
1997).

vi. Quo Warranto


Definisi: Ia adalah satu remedi yang khusus dalam undang-undang di Malaysia. Ia
berfungsi menjelaskan mengenai kuasa dan bidang kuasa yang membenarkan atau
membolehkan seseorang itu bertindak.

Contoh kes: Kes semakan kehakiman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi
mencabar kesahihan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Kes
tersebut ditetapkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Kuasa Khas dan Rayuan) Lau
Bee Lan, enam hari selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md. Yusof menarik
diri dari mendengar saman itu.

Dalam permohonannya untuk semakan kehakiman, Nizar juga memohon tafsiran


perlembagaan negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh kosong dalam situasi
di mana menteri besar berkenaan telah menasihatkan Sultan bagi pembubaran dewan
undangan negeri; tidak ada pembubaran dewan tersebut; tidak ada usul tidak percaya
dibuat terhadap beliau di dewan undangan negeri; tidak ada peletakan jawatan oleh
beliau. Nizar, dalam permohonannya berkata writ itu tentang quo warranto bagi Zambry
menunjukkan sebab di bawah kuasa mana menteri besar yang dilantik BN itu menjadi
menteri besar yang sah.

16
Nizar juga memohon perisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah
dan injuksi menyekat Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai menteri
besar. Nizar juga memohon ganti rugi punitif, teruk dan contoh dibayar kepada beliau, di
samping kos. (Mstar, 2009).

vii. Tindakan Relator


Definisi: Dalam keadaan tertentu, ketiadaan berdiri di pihak individu atau kumpulan
boleh diatasi dengan apa yang dikenali sebagai 'tindakan relator'. Di dalam keupayaannya
sebagai pelindung hak awam, Peguam Negara sentiasa mempunyai kuasa ex officio untuk
membawa permohonan untuk injuksi atau pengisytiharan (walaupun dalam konteks ini
injuksi lebih biasa digunakan) (Stott, D. & Felix, A., 1997).

Contoh kes: Kebenaran untuk tindakan relator adalah mengikut budi bicara Peguam
Negara. Dalam AG ex rel McWhirter v IBA (1973), Lord Denning MR telah
mencadangkan bahawa, di mana Peguam Negara 'enggan bersurai dalam kes yang betul,
atau penangguhan yang tidak wajar atau tidak munasabah dalam memberikan cuti, atau
jenteranya terlalu lambat' maka individu itu boleh memohon perintah injuksi.
Bagaimanapun, di Gouriet v Union of Post Office (1978), Dewan Pertuanan menegaskan
bahawa budi bicara Peguam Negara sama ada mahu atau tidak untuk meminjamkan
namanya tidak dapat diketahui (walaupun Gouriet bimbang dengan percubaan untuk
menggunakan semakan kehakiman untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah -
percubaan untuk mencegah perdagangan syarikat memboikot penghantaran mel ke Afrika
Selatan sebagai protes terhadap apartheid).

5.0 KESIMPULAN

Keadilan Asasi merupakan satu aspek penting yang wujud dalam sistem Undang-Undang
Pentadbiran di Malaysia. Perkembangan prinsip Keadilan Asasi di Malaysia selari dengan
perkembangan yang wujud di negara-negara Barat khususnya di Britain. Ini dibuktikan dengan
adanya kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah terutama keputusan hakim dalam kes Ridge dan
kes-kes selepasnya.

17
Pemakaian Keadilan Asasi kini lebih luas apabila prinsip ‘legitimate expectation’ telah diambil
kira bagi membolehkan seseorang individu memohon agar Keadilan Asasi digunakan dalam
perbicaraan kes-kes mereka. Kandungan dalam Keadilan Asasi seperti perbicaraan adil dan pilih
kasih (bias) boleh dijadikan garis panduan sekiranya seseorang diberi kuasa untuk membuat
keputusan.

Kuasa budi bicara menyebabkan perlembagaan sudah menjadi autokratik dan feudal kerana soal
sifat, kuantiti dan kawalan bagi mempastikan bahawa kuasa-kuasa kelihatan longgar. Kawalan
harus diketatkan agar bidang kuasa budi bicara tidak digunakan untuk kepentingan sendiri.
Dengan kata lain sebahagian besar daripada fungsi mekanisme kawalan itu ialah untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif kuasa-kuasa budi bicara yang terlalu luas.

Remedi atau pemulihan adalah satu aspek penting dalam undang-undang pentadbiran untuk
menolong seseorang yang terjejas haknya disebabkan tindakan pentadbiran. Ia juga adalah satu
cara untuk Mahkamah Tinggi melaksanakan bidang kuasa kawalannya ke atas mahkamah
bawahan, tribunal atau pihak pentadbiran yang menjalankan kuasa kehakiman atau separa
kehakiman. Antara remedi yang boleh dipohon ialah certiorari, prohibition (larangan), injuksi,
habeas corpus, pengisytiharan, quo warranto, dan tindakan relator. Setiap remedi mempunyai
fungsi dan cara permohonan yang berlainan. Hanya seseorang yang mempunyai locus standi
sahaja dibenarkan untuk memohon kecuali untuk habeas corpus dan tindakan relator.

6.0 RUJUKAN

Ahmad Johari, 2016. Mahkamah tolak permohonan Pua cabar perintah larangan ke luar negara.
https://www.bharian.com.my/node/177498

Berita Harian. 2018. Pasangan Lesbian Didenda, Sebat.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/461036/pasangan-lesbian-didenda-sebat

18
Corporate and commercial disputes review. (2017).
https://www.nortonrosefulbright.com/-/media/files/nrf/nrfweb/imported/corporate-and-
commercial-disputes-review---issue-5.pdf?la=en&revision=9348d4b5-c9a7-4eaf-9b38-
27bfad5f647e

Das, C. V. (1981). Administrative Law And The Citizen, Current Law Journal (Part II), CLJ:
114.

De Smith .(1985). The Constitutional and Administrative Law, Edisi 5. Harry Sheet dan
Rodney Brazier (ed) Middlesex: penguin Books ltd.

De Smith, Woolf & Jowell (1995). Judicial Review Of Administrative Action, United
Kingdom:Sweet & Maxwell Ltd.

Dicey. (1987). An Introduction to the study of the Law of the Constitution. Edisi Kesepuluh.
London: Macmillan Education Ltd. hlm. xxxiii.

Fuller, L.L. & Perdue, R.W. (1936). The reliance interest in contract damages. Yale Law Journal
46(1): 373-420.

Gan Chee Keong. (2016). Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia: Satu Kajian daripada
Perspektif Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957, Jurnal Undang-undang &
Masyarakat (Journal of Law & Society) 20, 1-22.

Geoff Cahil. (1986). Promotion and Diciplinary Appeals in Government Service. North Ryde,
New South Wales: The Law Book Company Limited, hlm. 24.

Jain M. P. (1980). Administrative Law in Malaysia dlm. Malaysian Legal Essays. M.B Hooker
(ed) Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

19
Mstar. (2 Mac 2009).
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/03/02/hakim-baru-dengar-pergelutan-
undangundang-nizarzambry-esok

Stott, D. & Felix, A. (1997). Principles of Administrative Law. London: Cavendish Publishing
Limited, The Glass House, Wharton Street.

Utusan Online. (28 Mac 2017)


https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/mahkamah-tolak-permohonan-injunksi-ex-parte-
fasha-sandha-1.462879

20

Anda mungkin juga menyukai