Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 PRINSIP KEADILAN ASASI 2
2.1 Elemen Prinsip Keadilan Asasi 2
3.0 PRINSIP KUASA BUDI BICARA 6
3.1 Elemen Prinsip Kuasa Budi Bicara 6
4.0 PRINSIP REMEDI 8
4.1 Elemen Prinsip Remedi 9
5.0 KESIMPULAN 9
6.0 RUJUKAN 10

i
1.0 PENGENALAN
Undang-Undang Pentadbiran telah berkembang dengan pesatnya dalam kurun ke-20 di negara-
negara demokratik termasuklah di Malaysia sendiri. Perkembangan yang berlaku dikira agak
lambat berbanding dengan perkembangan cabang perundangan lain. Perkembangan tersebut
berlaku atas sebab keperluan dan bukan seperti Undang-Undang Perlembagaan yang berlaku atas
satu gubalan. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut berlaku dalam aspek kuantiti, kualiti dan
kepentingan-kepentingan yang ada kaitan (relative significance) bersesuaian dengan peredaran
masa dan zaman.
Contohnya, pemakaian atau aplikasi Prinsip Keadilan Asasi serta Remedi yang diperkenalkan
pada abad ke-17 adalah terhad dan ia hanya giat di aplikasikan dalam sistem pentadbiran apabila
Kerajaan menggubal polisi dengan melibatkan diri dalam urusan sosioekonomi rakyat. Di sinilah
pentingnya Undang-Undang Pentadbiran kerana ia dapat mengawal tindakan serta
perkembangan kuasa yang berlaku kepada pihak pentadbiran.

2.0 PRINSIP KEADILAN ASASI

Kebebasan asasi adalah sangat penting kepada setiap individu kerana setiap individu di dunia ini
layak mendapat kebebasan asasi yang sewajarnya. Kebebasan asasi merupakan kebebasan yang
dimiliki oleh individu sejak dilahirkan di dunia ini. Selain itu, kebebasan asasi ini seharusnya
diberikan kepada setiap individu dan tidak boleh dinafikan berdasarkan warna kulit, etnik,
agama, umur, jantina, bahasa, fahaman politik dan status sosial. Prinsip keadilan asas merupakan
satu konsep yang berkembang daripada system Common law Inggeris. Prinsip ini penting
kerana menjadi asas di dalam membuat suatu keputusan yang adil dan saksama oleh mana-mana
individu atau badan yang ditugaskan untuk bertindak secara kehakiman

Menurut De Smith (1985), Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam membuat
keputusan yang saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan yang
bertugas yang bertindak secara kehakiman. Isi kandungan keadilan asasi boleh berubah-ubah
mengikut kesesuaian dan boleh berbeza-beza, yang penting ialah kepentingan pihak yang terlibat
perlu diambil kira.

1
Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan
saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya
yang bertindak secara kehakiman. Pematuhan terhadap prinsip keadilan asasi ini amat penting
dan sebarang perlanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut boleh dirujuk di mahkamah
untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil. Prinsip ini diguna pakai dengan
meluas dan merupakan syarat bagi menjamin prosedur perbicaraan adil dalam setiap perbicaraan.

Kebebasan asasi perlu dipelihara dan dijamin dengan baik di bawah undang-undang yang
termaktub di setiap bidang undang-undang setiap negara. Setiap Perlembagaan bertulis
mempunyai peruntukan yang menyatakan kebebasan asasi berperlembagaan, yang mana ini telah
diperuntukkan dalam Perlembagaan Kanada, Amerika, India, Afrika Selatan, Hong Kong, dan
kebanyakkan negara-negara lain dalam Komanwel. Di Malaysia, kebebasan asasi termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan (Gan, 2016).

Terdapat beberapa konsep penting mengenai pemakaian prinsip keadilan asasi dalam konteks
pentadbiran seperti; jika sekiranya tindakan mana-mana pihak berkuasa boleh menjejaskan hak
atau kepentingan atau jangkaan yang sah (legitimate expectation) seseorang, maka prinsip
ini akan terpakai. Ia juga tidak membezakan sama ada kuasa membuat keputusan itu adalah
kuasa kehakiman, kuasa separa kehakiman atau kuasa pentadbiran tulen. Hak untuk didengar ini
diberikan juga walaupun mana-mana statut tiada peruntukan mengenainya. Kekosongan dan
ketinggalan ini perlu dilengkapkan dengan Common Law, iaitu dalam konteks ini perlu diisi
dengan prinsip keadilan asasi.

2.1 Elemen Prinsip Keadilan Asasi


Konsep keadilan asasi ini perlu memenuhi dua prinsip utama iaitu Prinsip Hak Untuk Didengar
(audi alteram partem) dan Prinsip Tidak Berat Sebelah (bias). Prinsip Hak Untuk Didengar
merujuk kepada orang yang dituduh diberi peluang yang mencukupi dan munasabah untuk
menyatakan kesnya sewaktu perbicaraan diadakan. Manakala, prinsip ‘tidak berat sebelah’ (bias)
atau nemo debet judex sua causa/nemo judex in causa sua potest merujuk kepada seseorang yang
ada kepentingan dalam sesuatu kes tidak boleh mengadili kes tersebut.

2
2.1.1 Hak Untuk Didengar
Prinsip Pertama iaitu Hak Untuk Didengar atau ‘audi alteram partem’ digunapakai untukmem
beri peluang kepada orang yang dituduh untuk membela diri. Peluang untuk membela diri ini
harus diberikan dengan sempurna dan mencukupi bagi memberi peluang pihak yang didakwa
betul-betul bersedia untuk membuat pembelaan terhadap tuduhan yang dikenakan. Antara
elemen-elemen di bawah prinsip audi alteram partem yang perlu dipatuhi bagi memastikan
peluang pembelaan diberikan secara adil ialah adalah melibatkan notis dakwaan tentang
kesalahan atau dakwaan harus diberikan kepada tertuduh sebelum perbicaraan. Selain itu,
masa yang munasabah diberikan kepada tertuduh untuk membuat representasi jawapan atau
berhujah atas kesnya. Hak untuk mengetahui dan mendapatkan semua maklumat atau
keterangan yang akan digunakan semasa membuat keputusan. Elemen berikutnya pula
menerangkan tentang hak menyoal saksi. Elemen seterusnya melibatkan hak diwakili peguam,
hak diberitahu keputusan dan dinyatakan keputusan dan hak untuk merayu dan dengar semula.

i. Notis
Bagi mematuhi prinsip keadilan asasi, sebelum sebarang tindakan diambil terhadap
seseorang individu notis yang lengkap tentang kes yang dihadapi perlu disampaikan
kepadanya. Ini bertujuan supaya individu teresebut tahu akan tuduhan yang dikenakan
keatasnya dan beliau dapat bersedia dengan pembelaan.

Pihak berkuasa mesti memberi notis kepada orang berkenaan bagi memaklumkan mereka
sama ada mereka bercadang menimbangkam perkara tersebut dengan maksud mencapai
satu keputusan atau jika mereka telah mencapai satu keputusan dan bercadang untuk
mengikut keputusan itu dan memberi dia satu peluang menunjukkan sebab kenapa
tindakan tidak boleh diambil ke atasnya. Tujuan Pemberian notis boleh dikategorikan
kepada dua sebab iaitu supaya tertuduh tahu kesnya dengan jelas dan supaya tertuduh ada
masa yang munasabah untuk menyediakan pembelaan

Contohnya, dalam kes Mahadevan lawan Anandrajan (1974) 1 MLJ 2. Dalam kes ini
pengetua sebuah sekolah menerima aduan bahawa seorang pelajar telah berkelakuan

3
tidak baik. Pengetua tersebut telah mengadakan dua pertemuan dengan pelajar tersebut
dan akhirnya dia dibuang. Perintah pembuangan dicabar atas alasan ketika pelajar
dipanggil beliau tidak diberi notis pembuangan. Majlis Privy menyatakan, oleh kerana
semasa pertemuan diadakan pelajar mempunyai alasan untuk mengetahui beliau akan
dibuang, maka notis yang cukup lengkap tidak perlu diberikan bagi memaklumkan
bahawa beliau mesti dibuang. Apa yang perlu ialah sifat tuduhan yang dikenakan ke atas
dirinya. Jika tuduhan dapat dibuktikan, pelajar berkenaan dikatakan telah mengetahuinya.

ii. Perbicaraan
Apabila individu telah diberikan notis tentang tuduhankesalahan yang dilakukan, maka
individu yang berkenaan hendaklah diberi peluang secukupnya (tempoh masa yang
paling munasabah) untuk membolehkannya memberi jawapan dan alasan bagi membela
dirinya daripada tuduhan yang berkenaan (atau dinamakan "peluang diberi perbicaraan").

Dalam kes De Verteuil lawan Knagg,12 mahkamah menyebut:


“Dalam melaksanakan sesuatu siasatan, selain dalam keadaan khas, menjadi satu
tanggungjawab untuk membenarkan seseorang yang pengaduan dibuat terhadapnya (iaitu
orang yang dikenakan tuduhan), memperoleh peluang yang adil untuk membuat sebarang
kenyataan yang berkaitan yang dia ingin kemukakan dan peluang yang adil untuk
membetulkan atau menentang sebarang kenyataan yang dikemukakan yang menimbulkan
prasangka terhadapnya”. (Dicey, 1987).

2.1.2 Tidak Pilih Kasih (Bias)


Prinsip ini bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes tidak boleh mengadili kes
tersebut. Pihak yang mengadili kes seperti hakim dan penjawat awam yang mempunyai kuasa
budibicara untuk membuat sesuatu keputusan perlulah bebas daripada membuat keputusan yang
berat sebelah dan wujud prasangka. Keadaan terjadi disebabkan pihak-pihak tadi mempunyai
kepentingan dan pihak yang mengadili sesuatu kes mewakili institusi yang menginginkan
objektif tertentu atau pertalian tertentu atau sebagainya.

4
Menurut Jain (1980), Prinsip tidak berat sebelah ini sebenarnya lahir daripada dua perkara iaitu
Seseorang tidak boleh menjadi hakim dalam tindakannya sendiri. Perkara pertama ini terpakai
bukan hanya kepada pihak hakim atau pengadil sendiri yang terlibat dalam kes-kes berkenaan,
tetapi ianya memadai sekiranya hakim atau pengadil tadi ada kepentingan di dalam kes tersebut.
Perkara kedua pula melibatkan keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, malah perlu
ditunjukkan bahawa ia berlaku. Elemen berat sebelah (bias) wujud memadai sekiranya ada syak
wasangka yang dapat diterima ramai tentang kredibiliti pihak hakim atau pihak yang akan
membuat keputusan untuk berlaku adil.
i. Bias Kewangan
Mengikut penulis undang-undang, Geoff Cahil, dalam bukunya, Promotion and
Diciplinary Appeals in Government Service" sesuatu pihak dianggap akan berat sebelah
jika pihak yang berkenaan ada kepentingan, sama ada kepentingan kewangan atau bukan
kewangan. Sebagai contoh jika salah seorang daripada ahli jawatankuasa tatatertib
mempunyai kepentingan kewangan dalam siasatan dalaman akan menimbulkan keadaan
berat sebelah. Dalam kes R lawan Hamond, Hakim Blackburn menyatakan jika wujud
kepentingan kewangan walaupun sedikit sudah cukup untuk mengatakan dia berat
sebelah.

ii. Bias Diri


Bias diri melibatkan ada hubungan kait seperti pertalian atau persaudaraan juga akan
menimbulkan situasi kes berat sebelah. Terdapat dua jenis keadaan yang menentukan
berat sebelah kerana mempunyai pertalian atau persaudaraan iaitu contoh yang pertama
dalam siasatan dalaman jika salah seorang jawatankuasa tatatertib mempunyai hubungan
keluarga seperti sepupu atau anak saudara dengan tertuduh, maka ia boleh dianggap
bahawa kes itu akan menjadi berat sebelah. Contoh yang kedua pula ialah di mana ahli
jawatankuasa tatatertib merupakan ahli pertubuhan yang sama dengan tertuduh maka
situasi ini juga akan mempengaruhi keputusan kes di mana wujud berat sebelah.

Jika pihak-pihak (iaitu pekerja yang dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib dan ahli
pihak berkuasa tatatertib) adalah ahli satu pertubuhan pertubuhan yang sama, maka di
sini juga ada kemungkinan sebenar atau akan ada syak yang munasabah bahawa wujud

5
berat sebelah di pihak pembuat keputusan. Contoh kes Chong Kok Lim lwn Yong Su
Hian. Yong menuduh Chong langgar peraturan persatuan dan Chong dipecat dari menjadi
ahli persatuan. Keputusan pemecatan dibawa kemesyuarat mesyuarat agong persatuan
persatuan untuk pengesahan pengesahan dan Yong jadi pengerusi mesyuarat tersebut.
Keputusan pemecatan tidak sah kerana orang yang menuduh menjadi pengerusi dalam
mesyuarat agong persatuan yang mengesahkan pemecatan itu.

iii. Bias Dasar


Bias dasar melibatkan seseorang yg terlibat dalam penggubalan polisi secara langsung
atau tidak, tidak layak untuk buat keputusan atas masalah yg timbul akibat pelaksanaan
polisi tersebut. Contoh kes seperti Gullapalli N Rao lawan Andhra Pradesh dan State
Road Transport Corp. Mahkamah mendapati setiausaha jabatan pengangkutan tidak layak
untuk dengar bantahan bantahan terhadap terhadap polisi kerana beliau adalah sebahagian
daripada jabatan tersebut & terlibat dalam penggubalan polisi itu

3.0 PRINSIP KUASA BUDI BICARA

Kewujudan kuasa-kuasa budi bicara ialah suatu fenomena yang begitu menonjol dalam undang-
undang awam. Baik di dalam undang-undang perlembagaan atau undang-undang pentadbiran
isu-isu berkenaan dengan budi bicara cukup dominan. Banyaknya jumlah kuasa-kuasa budi
bicara di dalam kehidupan bernegara di zaman moden seolah-olah membayangkan bahawa apa
yang dikatakan sebagai demokratik dan dibataskan oleh perlembagaan itu sudah menjadi
autokratik dan feudal semula.
Di sisi perlembagaan, kuasa-kuasa budi bicara diberi kerana sebabsebab yang agak berbeza.
Selain mengekalkan sejarah ia mungkin diberi kerana itu satu-satunya pilihan yang ada. Contoh
terbaik ialah kuasa ketua negara melantik kerajaan atau haknya untuk menyetujui atau sebaliknya
permintaan untuk membubarkan Dewan. Kuasa-kuasa ini tidak diberikan hanya semata-mata
kerana perlembagaan mahu memberikan kuasa sedemikian kepada ketua negara. Di dalam teori
perlembagaan kuasa, biar apa pun namanya, hanya boleh diberikan sekiranya ia selaras dengan

6
semangat dan tuntutan demokrasi. Kuasa budi bicara diberikan dalam konteks ini untuk
mempastikan bahawa ada pihak yang dapat mengelakkan kebuntuan dalam suasana-suasana
tertentu, seperti apabila proses demokrasi gagal memberikan keputusan, wujudnya senario
apabila ada pihak-pihak tertentu mahu menggunakan demokrasi untuk memusnahkan demokrasi
dan seumpamanya

3.1 Elemen Prinsip Kuasa Budi Bicara


i. Budi Bicara Mengikut Kontrak

ii. Budi Bicara Oleh Estoppels


Peraturan undang-undang yang apabila seseorang (A) dengan perbuatan atau kata-kata,
memberikan alasan kepada orang (B) untuk mempercayai suatu set fakta tertentu di
mana orang (B) mengambil tindakan, orang (A) tidak boleh kemudian, dengan
faedahnya, menafikan fakta atau mengatakan bahawa perbuatannya yang sebelumnya
tidak sesuai.

Di Abu Dhabi National Tanker Co v Product Star Shipping Ltd (Bintang Produk) [1993]
1 Lloyd's LR 397, budi bicara yang dimaksudkan adalah keupayaan tuan atau pemilik
untuk menolak untuk meneruskan ke mana-mana pelabuhan yang, menurut budi bicara
mereka, dipertimbangkan sebagai berbahaya. Leggatt LJ menyatakan yang prinsip
berikut berhubung dengan menjalankan budi bicara kontrak: "Jika kontrak A dan B
antara satu sama lain untuk memberi budi bicara pada A, itu tidak menyebabkan B
tertakluk kepada A tidak dilarang sesuka hati. Dalam penghakiman saya, pihak berkuasa
menunjukkan bahawa bukan sahaja budi bicara dilaksanakan secara jujur dan dengan
niat baik, tetapi, dengan mengambil kira peruntukan dari kontrak yang mana ia
diberikan, ia tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenang, dengan keterlaluan atau
tidak munasabah.

iii. Budi Bicara Berdasarkan Jangkaan Yang Sah

7
4.0 PRINSIP REMEDI
Huraian

4.1 Elemen Prinsip Remedi (Huraian & Contohnya dalam Kes bg SETIAP 1 prinsip)
i. Certiorari & Prohibition
Certiorari: Menurut bahasa latin ialah memaklumkan. Ia adalah remedi apabila
Mahkamah Tinggi memerintahkan keputusan mahkamah bawahan, tribunal, dan pihak
berkuasa pentadbiran dibawa kepadanya dan dibatalkan jika terdapat ultra vires atau
memperlihatkan kesalahan undang- undang atau telah melanggar prinsip asasi atau
berlaku kesilapan semasa mentafsirkan undang- undang. Remedi ini wujud untuk
kebaikan awam dan pemohon tidak perlu untuk membuktikan kepentingan peribadinya
secara langsung. Pada asalnya certiorari merupakan writ prerogatif tetapi sekarang ia
telah dipohon melalui permohonan kajian semula kehakiman.

Contoh kes: Jika mana- mana pihak pentadbiran atau tribunal bertanggungjawab untuk
memberi peluang kepada pegawainya untuk dibicarakan sebelum sebarang tindakan
dikenakan tugas tersebut adalah tugas kehakiman. Jika tugas tersebut tidak dilaksanakan
oleh pihak yang berkenaan maka pegawai yang tersinggung boleh memohon supaya
keputusan tersebut dibatalkan melalui certiorari.

Prohibition: Ia adalah suatu larangan. Remedi ini mengkehendaki Mahkamah Tinggi


memerintahkan Mahkamah Rendah, tribunal atau penguasa pentadbiran untuk tidak
menjalankan tindakan ultra vires seperti membicarakan kes di luar bidang kuasanya. Ia
digunakan untuk sesuatu kes di mana sekiranya tindakan itu telah dilaksanakan remedi
sepatutnya ialah certiorari dan ia dikehendaki mengikut peraturan- peraturan yang sama.
ii. Mandamus
Mandamus adalah satu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi memaksa
(compel) agensi awam atau badan badan Kerajaan untuk melakukan suatu perbuatan atau
tindakan yang dikehendaki oleh undang undang yang mana agensi atau badan itu telah
gagal atau cuai atau abai melakukannya. Contoh kes, dalam agensi Permodalan Felda

8
( KPF), Yb Isa Samad , yang bukan termasuk dalam mana mana kategori yang
membuatkan beliau layak menyertai agensi tersebut telah menyertai agensi ini secara ,
namanya juga tercatat sebagai atidak sah. Ahli KPF dan beberapa orang peneroka buat
aduan ke atas KPF di Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) dan satu tribunal ditubuhkan
untuk dengar dan putuskan isu itu.
iii. Injuksi
Injuksi bermaksud perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu
kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu. Contoh kes, Mahkamah Tinggi Syariah di
sini hari ini menolak permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan
pelakon Fasha Sandha bagi menghalang bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang
didakwa masih mengganggunya. Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab
sebaliknya mengarahkan agar permohonan injunksi tersebut didengar antara pihak-pihak
bagi memberi peluang kepada yang terlibat untuk menjawab semua dakwaan. Hakim
tersebut memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan eksibit (bahan bukti) yang
dikemukakan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hasan, 33, selaku
pemohon dalam permohonan itu.
iv. Habeas Corpus
Habeas Corpus bermaksud arahan mahkamah supaya seseorang yang berada dalam
tahanan pihak berkuasa dibebaskan. Hebeas Corpus juga boleh digunakan untuk
mendapatkan jamin dan pembicaraan yang cepat. Di Malaysia ianya juga diguna pakai
bagi orang yang ditahan dengan jumlah jaminan yang begitu tinggi. Di Singapura orang
yang dibebaskan dengan jamin tidak mempunyai hak membuat permohonan habeas
corpus.

Di dalam kes Ketua Polis Negara V Abdul Ghani Haroon [2001] 4 MLJ 11 anggota polis
tidak perlu membawa orang yang ditahan ke Mahkamah untuk pembicaraan Hebeas
Corpus. Ini disebabkan peruntukan perlembagaan artikel 5(2) menyatakan jika sekiranya
Mahkamah Berpuas hati tahanan adalah tidak sah.
v. Pengistiharan/ Declaration
vi. Quo Warranto

9
Quo Warranto bermaksud ia adalah satu remedi yang khusus dalam undang- undang di
Malaysia. Ia berfungsi menjelaskan mengenai kuasa dan bidang kuasa yang
membenarkan atau membolehkan seseorang itu bertindak.

Contoh kes, Abang Ahmad Kerdee selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran
semakan kehakiman itu pada 1 November lepas bagi menuntut deklarasi mengatakan
pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 4 Ogos 2017
di bawah Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak
berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Pemohon juga menuntut agar diberi kebenaran mendapatkan Writ Quo Warranto supaya
responden menunjukkan sebab dan memberikan pengesahan bagaimana dan apakah asas
responden memegang jawatan berkenaan.
vii. Tindakan Relator

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Keadilan asasi ialah sifat semulajadi antara betul dan salah. Maka adalah
penting prinsip ini digunakan sebagai asas untuk membuat suatu keputusan yang adil dan
saksama oleh mana-mana badan atau individu yang diberi tanggungjawab untuk bertindak secara
kehakiman.

Kuasa budi bicara menyebabkan perlembagaan sudah menjadi autokratik dan feudal kerana soal
sifat, kuantiti dan kawalan bagi mempastikan bahawa kuasa-kuasa kelihatan longgar. Kawalan
harus diketatkan agar bidang kuasa budi bicara tidak digunakan untuk kepentingan sendiri.
Dengan kata lain sebahagian besar daripada fungsi mekanisme kawalan itu ialah untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif kuasakuasa budi bicara yang terlalu luas.
Remedi atau pemulihan adalah satu aspek penting dalam undang-undang pentadbiran untuk
menolong seseorang yang terjejas haknya disebabkan tindakan pentadbiran. Ia juga adalah satu
cara untuk Mahkamah Tinggi melaksanakan bidang kuasa kawalannya ke atas mahkamah
bawahan, tribunal atau pihak pentadbiran yang menjalankan kuasa kehakiman atau separa
kehakiman. Antara remedi yang boleh dipohon ialah certiorari, prohibition (larangan), injunksi,
habeas corpus, perisytiharan, quo warranto, dan tindakan relator. Setiap remedi mempunyai

10
fungsi dan cara permohonan yang berlainan. Hanya seseorang yang mempunyai locus
standisahaja dibenarkan untuk memohon kecuali untuk habeas corpus dan tindakan relator.

6.0 RUJUKAN

De Smith (1985). The Constitutional and Administrative Law, Edisi 5. Harry Sheet dan
Rodney Brazier (ed) Middlesex: penguin Books ltd.

Dicey, 1987. An Introduction to the study of the Law of the Constitution. Edisi Kesepuluh.
London: Macmillan Education Ltd. hlm. xxxiii.

Gan Chee Keong (2016)


Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia: Satu Kajian daripada Perspektif Sejarah
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957, Jurnal Undang-undang & Masyarakat (Journal of
Law & Society) 20, 1-22.

Geoff Cahil, 1986, Promotion and Diciplinary Appeals in Government Service. North Ryde,
New South Wales: The Law Book Company Limited, hlm. 24.

Jain M. P (1980). Administrative Law in Malaysia dlm. Malaysian Legal Essays. M.B Hooker
(ed) Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

11

Anda mungkin juga menyukai