Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH DAN PEMBANGUNAN UITM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang
berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA yang
terletak di Petaling Jaya, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus
untuk membantu orang Melayu di luar bandar.Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi
institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi
kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.Universiti ini terdiri
daripada satu kampus Utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 34 kampus yang berada
di seluruh Malaysia. Dengan 17,706 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan
lebih kurang 526 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. Pengajaran di
UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Dewan Latehan Maktab MARA


RIDA 1956-1965 1965-1967

Universiti
Institut Teknologi
Teknologi MARA
MARA 1967-1999
26 Ogos 1999-kini

1.Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri
Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh
badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of
Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA
telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang
graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
2. Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut
Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan
aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi
di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan
MARA.

3. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul
Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi
MARA.Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran
perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan
tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi
antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan
program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang
merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya.

4.Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi
universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004
dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi
pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa
menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global
dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara.

PENCAPAIAN
Pendakian Everest
Dua pelajar UiTM, Ahmad Reduan Rozali dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin merupakan
antara pendaki Malaysia yang berjaya tiba di puncak Gunung Everest pada 10.50 pagi waktu
Malaysia, Ahad 22 Mei 2004.Ahmad Reduan, 22, adalah pelajar kursus Diploma Sains Gunaan
manakala Muhammad Muqharabbin, 22, pelajar kursus Diploma Kesihatan dan Kecergasan di UiTM.
Mereka pernah berlatih di Wanaka, New Zealand dari 30 Julai hingga 20 Ogos tahun 2004. Mereka
turun dari Gunung Everest dan tiba di base camp pada 23 Mei 2004.

Pelancaran Nanosatelit
UiTM menjadi universiti pertama di Malaysia yang telah berjaya melancarkan nanosatelit, UITMSAT-
1 pada 29 Jun 2018 hasil kerjasama BIRDS-2 (Joint Global Multi-Nation) diterajui Kyushu Institute of
Technology (KyuTech), Jepun bersama Bhutan dan Filipina. Ia telah dilancarkan menggunakan roket
SpaceX Falcon 9.

Teknologi Pendidikan
Sejak 2005, UiTM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang diberi nama
iLearn System.Pada tahun 2020, UiTM telah membangunkan platform pembelajaran atau Massive
Open Online Course (MOOC) U-Future bagi membantu sesi pelajaran ketika berlakunya Perintah
Kawalan Pergerakan.

LAGU UNIVERSITI
UiTM Di Hatiku
Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putera-puteri nya
Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...USAHA, TAQWA, MULIA

Komposer & Penulis Lirik: Osman Mohamed

Anda mungkin juga menyukai