Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN RASMI YDP MPP UiTM SHAH ALAM 17/18

BERKENAAN CADANGAN HINDRAF MENGENAI UiTM

1. Saya Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM

Shah Alam Sesi 2017/18 mewakili seluruh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang telah dilantik

dibawah Seksyen 7 Akta 174 dan mahasiswa UiTM secara amnya ingin menyatakan bahawa kami

tetap utuh dan tegas dalam perihal isu-isu yang melibatkan UiTM.

2. Jika ditelusuri kembali Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, jelas mengatakan bahawa

Melayu dan bumiputera diberikan hak istimewa atau lebih sinonim dengan terma Special Priveleges

yang merangkumi pemberian permit, bantuan dan termasuklah dari segi pendidikan sendiri.

Perkara 4 pula tegas menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang

tertinggi Negara dan perlu dihormati. Tambahan pula, jika dirujuk sejarah pembentukkan Malaysia,

kontrak sosial antara kaum pada masa itu memainkan peranaan yang besar dalam pembentukkan

proviso dalam perlembagaan persekutuan. Maka, tidak hairanlah jika kita terus perkasa

mempertahankan perkara yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan Negara. Prinsip Quid Pro

Quo yang diangkat dalam kontrak sosial yakni memberikan sesuatu sebagai balasan mendapat

sesuatu perlu diteliti dan difahami oleh mahasiwa dan masyarakat Malaysia secara amnya.

3. Dalam konteks ini, kami percaya UiTM masih releven untuk orang Melayu dan bumiputra dalam

usaha murni membangunkan tahap sosioekonomi melayu dan bumiputera di negara ini. Suka untuk

saya petik kata-kata karangan Prof. Madya Dr. Ismail Sulaiman dalam akhbar utusan pada 30 Mei

2014 iaitu penubuhan UiTM bukan dalam erti tuan dan hamba tetapi lebih kepada penghormatan

pada anak watan. Penubuhan UiTM juga adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang

berperanan untuk mengimbangkan bidang industri dan swasta antara kaum-kaum utama di

Malaysia dari segi ekuiti, professional dan juga sumber manusia.


4. Jika dilihat semula pada penubuhan dan perkembangan UiTM, UiTM bermula dengan penubuhan

Rural Industrial Development (RIDA) pada tahun 1950 yang kemudiannya mewujudkan Dewan

Latehan RIDA pada tahun 1956. Pada tahun 1965, nama RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah

Rakyat (MARA) dan Dewan Latehan RIDA ditukar kepada Maktab MARA. Sekali lagi nama Maktab

MARA ditukar kepada Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967 dan beroperasi secara rasmi

pada tahun 1972. Pada tahun 1999, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu

telah mengumumkan ITM ditukar kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

5. Oleh itu, saya mewakili seluruh pelajar UiTM berharap YAB Tun Dr. Mahathir sebagai orang yang

berada dalam sejarah UiTM dapat mempertahankan institusi keramat yang banyak berjasa ini. Kami

percaya bahawa Kerajaan akan membuat keputusan yang cukup adil dan saksama tanpa

mengetepikan Peruntukan Perlembagaan sebagai panduan tertinggi yang telah menyatukan

seluruh rakyat Malaysia dan juga memelihara hak-hak yang sah setiap warganya. Kami juga

percaya bahawa ada alternatif lain yang dapat membantu meningkat taraf sosio-ekonomi kaum India

melalui strategi berimpak tinggi di luar kerangka hak dan keistimewaan kaum Bumiputra.

6. Isu Pembukaan UiTM pada semua perlu difahami kembali kerana UiTM merupakan hak dan

keistimewaan yang diberikan pada Melayu dalam perlembagaan. Adakah UiTM mengamalkan sikap

rasisme? Tidak sama sekali. Kami di UiTM dididik untuk mengangkat prinsip keamanan dan

keharmonian kaum. Kami juga diajar untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan dan juga

mendokong prinsip keadilan iaitu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

7. Saya juga menyeru rakan-rakan mahasiswa agar kita terus bersatu dan teguh dalam membela

keharmonian dan keistimewaan yang dikurniakan dengan mengunakan peluang yang diberikan ini

dengan sebaik mungkin dan tidak sesekali mensia-siakannya. Usaha, Takwa, Mulia. UiTM DiHatiku.

Anda mungkin juga menyukai