Anda di halaman 1dari 6

Ucapan Aluan

Parlimen Mahasiswa Penggal Pertama Siri I

YBhg Rektor Profesor Dr. Roshima Binti Said

Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara

14 DECEMBER 2023 (KHAMIS)

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
Wassolaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Anbiyaai
Wal Mursalin
Wa’ala Aalihi Wa Sohbihi Ajma’iin
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam
Sejahtera Salam UiTM Dihatiku.

Yang Berusaha Dr. Nor Azrina Mohd Yusof @ Ghani


Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan
Kedah

Yang Berusaha Puan Siti Zubaidah Binti Romli


Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kedah

Yang Berusaha Dr. Jazimin Bin Zakaria Unit Kepimpinan


Pelajar UiTM Cawangan Kedah

Yang Berusaha En. Muhd Fizal Bin Saad


Pegawai Eksekutif Kanan, UiTM Cawangan Kedah

Yang Berusaha Pn. Nor Wydura Binti Bakri


Pegawai Eksekutif Kanan, UiTM Cawangan Kedah
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah rahmat dan izinNya kita dapat bersama-sama menjayakan

persidangan Parlimen Mahasiswa Penggal Pertama Siri I yang

dianjurkan oleh Seketeriat Parlimen Mahasiswa UiTM Cawangan

Kedah. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-

tinggi tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa pelaksana

seketeriat parlimen mahasiswa selaku tunjang utama bagi

menjayakan persidangan ini.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya

dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Istiadat Pembukaan

Parlimen Mahasiswa Penggal Pertama Siri I.

Pelajar yang dicintai,

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana

dengan kehendak dan izin-Nya jua, saya dianugerahkan

kesihatan yang berterusan untuk bersua bersama hari ini. Tiada

ungkapan yang dapat dizahirkan tentang peri eloknya lakaran

potret keamanan dan kemajuan yang telah dicapai pertiwi ini.


Saya amat bertuah kerana dapat menyaksikan pencapaian

mahasiswa dalam bidang kepimpinan. Saya berharap

kesinambungan parlimen ini dikekalkan bagi merealisasi

menyahut amanat pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

bagi insiatif permerkasaan mahasiswa.

Seperti dalam titah Beta sebelum ini, sekali lagi Beta menyeru

Ahli-Ahli Yang Berhormat dan rakyat keseluruhannya supaya

bersatu serta sayangilah negara ini dengan sentiasa

menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi,

mempertahan dan melindunginya. Beta juga berharap semua Ahli

Yang Berhormat berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit

kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama di mana ia

melelahkan rakyat dan Kerajaan.

Berikanlah contoh teladan yang baik kepada mahasiswa yang lain

dengan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran yang

bermanfaat demi kesejahteraan mahasiswa dan kemakmuran

UiTM yang berterusan. Dalam persidangan ini, kita boleh

berlainan pandangan. Raikanlah ruang tersebut, namun bukan


saling menjatukan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang

akhirnya menjerumus kepada kehancuran. Elakkan juga daripada

memburuk-burukkan mahasiswa di mata mahasiswa yang lain.

Di kesempatan ini, saya mewakili warga UiTM Cawangan Kedah

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penglibatan anda

semua dalam persidangan parlimen ini buat pertama kalinya di

UiTM Cawangan Kedah.

Akhir kata, saya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala

semoga UiTM kita terus maju serta mahasiswanya mendapat

taufik dan hidayah, sejahtera bersatu padu dan sentiasa hidup

aman sentosa di bawah lindungan-Nya.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullaahi

Wabarakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai