Anda di halaman 1dari 122

Cetakan Pertama 2011 ISBN 978-967-10470-0-2 Hak cipta Institut Tadbiran Awam Negara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Wilayah, Institut Tadbiran Awam Negara. Diterbitkan oleh: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Timur, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bukit Geliga, Chukai, Peti Surat 65, 24007 Kemaman, Terengganu T: 09 862 9000 F: 09 868 3007 W: www.intanbk.intan.my

ISI KANDUNGAN
Langkah Sembah Nukilan Amanat Bab 1 : Kelahiran dan Perkembangan Bab 2 : Prasarana INTIM Bab 3 : Semalam dan Hari Ini Bab 4 : Peneraju INTIM Bab 5 : Organisasi dan Pentadbiran Bab 6 : Latihan Untuk Pembangunan Bab 7 : Tetamu Kenamaan Bab 8 : Detik Gemilang Bab 9 : Aktiviti INTIM Bab 10 : Masihkah Kau Ingat Bibliografi i 1 5 16 38 43 52 64 73 80 84 88 110

VISI
Untuk menjadi institusi pembelajaran sektor awam yang unggul

MISI
Untuk membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti
i

Pantun INTIM
INTAN Timur Kuala Kemaman, Tempat tersohor zaman berzaman, Tuan-puan tamu budiman, Kami menanti dengan senyuman. Tanam keladi kiambang bertaut, Tempat bermain anak kelisa, Di kanan bukit di kiri laut, Tempat indah lagi selesa. Sayang Musalmah pergi ke Daik, Sampai di Daik hari pun senja, Mulut manis hati pun baik, Jadi budaya warga kerja. Pendekar bernama Harimau Berantai, Sayang kecundang di tangan Hanuman, Indah tempatnya di tepi pantai, Pengajar berilmu lagi berpengalaman. Burung merak burung kenari, Terbang tinggi ke Indera Kayangan, Pengalaman di kongsi ilmu diberi, Biar INTIM jadi kenangan. Mustafa Hussain 2 September 2010

ii

Selamat Datang

Tuan Haji Ab Rahman Che Hamad, Pengarah Wilayah bersama para pegawai INTIM

iii

Kaunter Pendaftaran

Layanan mesra dan profesional

iv

Tekad Gemilang

Warga INTIM bersama YBhg. Dr Aminuddin Hassim, Pengarah INTAN Malaysia

Amanat Pengarah INTAN


Warga INTIM perlu menanam sikap untuk menjadi yang terbaik dalam segala bidang. Jujur dan gembira dalam melaksanakan tugas serta tidak menjadi liabiliti kepada organisasi" "

Dr. Aminuddin Hassim


Pengarah INTAN Malaysia

vi

Amanat Pengarah Wilayah


Kita perlu sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Berusaha mempertingkatkan kecekapan dalam bidang masing-masing serta bekerja dalam semangat kekeluargaan"
Pengarah Wilayah INTAN Kampus Wilayah Timur

vii

"

Ab Rahama Che Hamad

SIDANG REDAKSI

Editor Mohd Fadli bin Sulaiman Wartawan Che Wan Zawawi bin Che Wan Sulaiman Shukri bin Md. Yasin Syed Muhamad Zulkifli bin Tuan Chik Grafik Norliza binti Isa Bahrim bin Alias Jurugambar Mohd. Aris bin Salleh
viii

NUKILAN AMANAT

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw dan para pengikutnya sepanjang zaman.

SEMANIS BICARA

Penerbitan Jejak Gemilang ini merupakan satu langkah yang bermanfaat untuk semua. Ia sebagai wahana untuk menonjolkan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sebagai sebuah institusi latihan yang mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri. Selari dengan motto Selangkah Di Hadapan dan 1Sentiasa Di Hadapan maka agensi latihan ini perlu mendahului agensi lain dalam semua bidang. Mempunyai kepakaran seperti yang diharapkan. Paling utama sekali, menjiwai kreativiti dan inovasi dalam pendekatannya di bidang latihan. Sebagai sebuah institusi latihan yang bertaraf dunia, warga INTAN perlu memiliki sikap, pemikiran dan keilmuan kelas pertama. Mempunyai karektor yang seimbang dan boleh menjadi ikutan ramai. Sesungguhnya, kecemerlangan dan kesempurnaan adalah satu proses yang berterusan. Usaha memperbaiki diri dan organisasi juga perlu berantaian. Semoga semua paparan yang dimuatkan melalui Jejak Gemilang ini dapat membantu warga INTIM mengenali sejarah kegemilangannya. Naskhah ini juga diharapkan menjadi sumber motivasi yang berterusan dalam melakar wajah cemerlang INTIM pada masa hadapan. Sekalung perhargaan kepada warga INTIM kerana telah berjaya mendokumentasikan perjalanan sejarahnya melalui wadah Jejak Gemilang.

Dr. Aminuddin bin Hassim


Pengarah INTAN Malaysia

SEIKHLAS KATA
Segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt di atas segala nikmat dan rahmatNya. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan. Bangsa yang kuat dan dihormati ialah mereka yang mengenali susur galurnya. Justeru, penerbitan Jejak Gemilang ini merupakan satu nukilan sejarah mengenai akar sejarah INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM). Sarat dengan detik-detik penting sedari awal penubuhannya sehingga kini. Paparan ini sebagai renungan, betapa pahit maung masa lalu telah mewarnai wajah cemerlang INTIM pada hari ini. Bak kata pepatah Jernih air di kuala kerana bersihnya air di hulu. Akrabnya hubungan sejarah itu dengan realiti pada hari ini. Sebagai sebuah institusi yang disegani, warga INTIM perlu mengekal dan meningkatkan reputasi ini. Selain dari mencurahkan kepakaran, jatidiri warga INTIM juga perlu diperkasakan. Mempunyai pekerti terpuji dan multidimensi dalam bidang kerjaya. Jika tidak, maka seolah-olahnya kita sedang meruntuhkan tembok kegemilangan ini secara halus. Akhirnya, INTIM tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi oleh stakeholder dan pelanggannya. Justeru, saya amat berharap agar penerbitan ini akan menjadi pembakar semangat untuk mencetuskan pelbagai kejayaan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga kerja pembikinan Jejak Gemilang ini. Semoga usaha yang sedikit ini akan menebarkan kesan yang besar kepada masyarakat.

Hj. Ab. Rahman bin Che Hamad


3

Pengarah Wilayah INTAN Kampus Wilayah Timur

SETULUS DAYA
Segala pujian dan kesyukuran diucapkan diatas segala taufik dan inayahNya yang telah memudahkan segala urusan manusia. Kelahiran Jejak Gemilang ini adalah satu manifestasi komitmen warga INTIM untuk menghayati kecemerlangan dalam segala lapangan. Rangkuman kejayaan yang dicoretkan ini bukan untuk kemegahan. Sebaliknya sebagai sumber rujukan dan petanda kegemilangan yang telah dan akan tercipta. Intipati yang disaring dan dipahatkan ke dalam sebuah monumen ini diharapkan menjadi santapan jiwa dan penawar kepada warga INTIM. Penawar kepada hati yang lemah dan santapan kepada jiwa yang teguh. Perlu dizahirkan rasa bangga dan bertuah kerana dapat bernaung di sebuah kampus yang permai ini. Taman ilmu yang mempunyai sejarah kemasyurannya yang tersendiri. Di ruangan ini, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan penerbitan ini. Segala penyelidikan, wawancara dan pandangan telah diadunkan menjadi sebuah catatan keramat Jejak Gemilang. Sedaya mungkin kami telah cuba mempersembahkan hasil kerja yang sempurna dan terbaik. Tetapi sebagai manusia biasa, sudah pasti akan timbul kelemahan dan kekurangan di sana sini. Segala kelemahan itu mohon dialpakan dengan penuh keikhlasan.

Mohd Fadli bin Sulaiman

Editor

BAB 1

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

LAHIRMU DI MAYA PADA


I
nstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ditubuhkan pada 1 September 1972. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelumnya institut ini dikenali sebagai Dewan Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1963 di kampus Jalan Ilmu Petaling Jaya, Selangor. Pembinaan dan pembangunan ini dilaksanakan dibawah Program Bantuan Teknik New Zealand/Rancangan Colombo. Dewan Latihan ini dibina bagi menggantikan Pusat Latihan yang dibina di Port Dickson pada tahun 1959. INTAN lahir dari satu perakuan penting yang dikeluarkan oleh Bahagian Kemajuan Pentadbiran, Jabatan Perdana Menteri dan Pusat Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan. Pada tahun 1969, satu laporan mengenai Latihan Untuk Pembangunan di Malaysia Barat telah dikeluarkan. Laporan ini menjadi satu perakuan penting yang menyokong kewujudan sebuah pusat latihan pengurusan untuk kakitangan kerajaan. Hasilnya, sebuah institusi yang bernama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah dijelmakan.

INTIM : Pra Kelahiran

ebelum kewujudan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM), semua latihan di peringkat pengkeranian dan penyeliaan dijalankan di pejabat cawangan INTAN. Di negeri Pahang, pejabat cawangan ini terletak di 418, Jalan Teluk Sisek Kuantan. Ia dilengkapi sebuah bilik pegawai, bilik kuliah, bilik riadah dan pejabat am. Penyelengaraan bangunan ini diuruskan oleh kerajaan negeri Pahang. Tetapi pembayaran bil utiliti dilangsaikan oleh pejabat cawangan sendiri. Di negeri Kelantan pejabat cawangan INTAN terletak di tingkat 7, bangunan Wisma Pahlawan Kota Bharu. Bangunan milik kerajaan pusat ini diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Pejabat ini mempunyai satu bilik kuliah, 2 bilik pegawai, 1 bilik riadah dan sebuah pejabat am. Di negeri Terengganu pejabat ini ditempatkan di tingkat 5 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dilengkapi sebuah bilik pegawai, sebuah pejabat am dan 2 bilik kuliah. Segala kemudahan, pembayaran bil utiliti dan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu. Ketiga-tiga pusat latihan INTAN ini beroperasi sehingga bulan Mac 1983. Bermula pada 16 Mac tahun berkenaan semua kakitangan pejabat cawangan ini dipindahkan ke kampus wilayah. Ini bermakna semua aktiviti latihan di pejabat cawangan, akan dikendalikan sepenuhnya oleh kampus wilayah.

INTAN Kuantan, Pahang 7

Lakaran Sejarah

asa pertama pembinaan kampus INTIM bermula pada tahun 1979. Projek ini berjaya disiapkan pada Febuari 1983. Sejumlah RM13.75 juta telah dibelanjakan untuk menjayakannya. Jentera pentadbiran kampus mula beroperasi sepenuhnya pada bulan April 1983.

INTIM ditubuhkan untuk :

1. Mencapai tujuan decentralization, iaitu semua projek-projek latihan dibahagikan mengikut wilayah. 2. Menganjurkan projek latihan yang lebih menepati keperluan latihan yang khusus bagi negeri dan daerah di wilayah timur. 3. Memberi peluang latihan yang saksama dan seimbang bagi kakitangan awam di wilayah berkenaan. Pihak kerajaan telah mewujudkan masing-masing sebuah kampus di zon tengah, utara, selatan dan timur. Agenda ini dijayakan melalui peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMT). Cadangan membina sebuah kampus utama dan tiga buah kampus wilayah ini juga telah dikemukakan kepada Bank Dunia. Seluas 50 ekar (20.2 hektar) disediakan untuk pembinaan kampus INTAN Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah. Keluasan yang sama juga diperuntukan untuk kampus INTAN Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor. Bagi INTAN kampus Wilayah Timur (INTIM) pula seluas 54 ekar (21.6) telah diperuntukkan. Dengan ini, kakitangan awam di zon timur tidak perlu lagi tertumpu di agensi latihan di Pantai Barat semata-mata.

INTIM, 1979

INTIM, 1980

10

Kampus INTIM Fasa Pertama, 1981

11

Lokasi INTIM
i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) Di Teluk Mok Nik Dalam Daerah Kemaman Di pinggir Laut Cina Selatan Di kaki Bukit Geliga 330 kilometer dari Kota Bharu 315 kilometer dari Kuala Lumpur 160 kilometer dari Kuala Terengganu 60 kilometer dari Kuantan 5 kilometer dari Chukai Luas 23.46 hektar (54 ekar)

12

Perasmian Kampus INTIM

Majlis perasmian kampus INTIM telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 27 Ogos 1983.

13

Panorama awal 80'an dan pertengahan 90'an

14

Blok Pentadbiran dan Latihan (Fasa Pertama)


Dewan Al Farabi : Boleh memuatkan 100 orang Dewan Ibn Sina - 200 orang Bilik Mesyuarat Ibn Khaldun - 40 orang 5 Bilik Kuliah - 40 orang setiap bilik 5 Bilik Bengkel - 30 orang setiap bilik Bilik Diskusi - 10 orang Perpustakaan Bilik Gerakan - 40 orang Dewan Hikmah - 100 orang

Blok Penginapan (Fasa Pertama)


115 bilik penginapan berkembar 30 Bilik Bujang 6 Bilik Tamu Bilik Rehat Kantin Surau - 80 orang jemaah Dewan Makan - 150 orang

15

BAB 2

PRASARANA INTIM

Prasarana Blok Pentadbiran dan Latihan

Dewan Al-Farabi

Dewan Ibn Sina

Dewan Hikmah

17

Prasarana Blok Pentadbiran dan Latihan


Perpustakaan

Bilik Bengkel

Bilik Mesyuarat Ibn Khaldun

18

Prasarana Blok Pentadbiran dan Latihan

19

Prasarana Blok Warisan

Bilik-bilik penginapan

20

Prasarana Blok Warisan


Dewan Makan Banquet

Surau Al-Hidayah

Kedai KESKI

21

Kemudahan Kuaters

Kediaman Rasmi Pengarah Wilayah

22

Kemudahan Kuaters

Kediaman yang selesa dan selamat

23

Prasarana Sukan dan Rekreasi


Padang Bola

Perasmian Gelanggang Futsal

Gelanggang Tenis

Taman Permainan

24

Blok Akademik

erletakan batu asas bagi pembinaan Blok Akademik bermula pada 4 September 2000. Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia pada 16 Mei 2002.

Di bangunan Blok Akademik ini menempatkan : Pejabat Pengarah Wilayah Bilik Kuliah Utama Bilik persidangan video Makmal Komputer Dewan Manir Bilik Pergau Bilik Permaisuri Bilik mesyuarat Mahligai Sebahagian bilik pegawai unit latihan.
25

Majlis Perletakan Batu Asas

Majlis Perasmian Blok Akademik

26

Kemudahan Blok Akademik


Makmal Komputer Bilik Mesyuarat Mahligai

Bilik Persidangan Video

27

Blok Eksekutif

KSKLUSIF dan selesa. Mungkin itulah istilah paling tepat untuk menggambarkan prasarana di blok eksekutif. Antaranya ialah Dewan Samudera, Dewan Makan Bahtera, bilik penginapan VVIP dan bilik penginapan peserta kursus.

28

Majlis Perasmian Blok Eksekutif

14 Julai 2005.

lok Eksekutif telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Malaysia pada

29

Kemudahan Blok Eksekutif


Bilik Mesyuarat Perdana Dewan Samudera

Dewan Bahtera

Bilik Diskusi

30

Kemudahan Blok Eksekutif


Bilik Bendahara (Khas untuk VVIP)

Bilik Gimnasium

Bilik Buluh Perindu

Bilik Penginapan

31

BAB 3

SEMALAM DAN HARI INI

Balai Pengawal

Dulu

Kini

33

Padang Permainan
Dulu

Kini

34

Amanah Disiplin Kerjasama (Motto INTAN 1989)

35

One Step Ahead (Motto INTAN 1992)

36

Latihan Untuk Pembangunan (Motto INTAN 2000)

37

BAB 4

PENERAJU INTIM

emenjak ditubuhkan pada tahun 1983, Kampus INTIM telah diterajui oleh sebelas orang Pengarah Wilayah. Tokoh pertama yang diamanahkan memimpin kampus ini ialah Tuan Hj Musa bin Hj Taib (Allahyarham). Beliau berkhidmat pada 16 Januari 1983 sehingga 16 Disember 1985.

Beliau telah mencorakkan INTIM sebagaimana matlamat penubuhannya. INTIM telah mula mengorak langkah dengan menganjurkan pelbagai kursus kepada penjawat awam di Wilayah Timur. Beliau telah meletakkan asas yang kukuh dalam perancangan pembangunan kampus. Hasilnya, saban tahun kampus ini berubah wajah dan kewujudannya semakin dirasai oleh warga perkhidmatan awam di Zon Timur. Pengarah INTIM yang pertama ini dikatakan seorang yang merendah diri, berjiwa rakyat dan terlalu mesra dengan semua kakitangan. Walaupun begitu, beliau seorang yang tegas dan tidak berkompromi dalam kualiti tugas yang diamanahkan. Selain tugas hakiki sebagai Pengarah Wilayah, beliau juga amat menitikberatkan pembinaan jiwa dikalangan warga INTIM. Aktiviti surau diaktifkan dan beliau sendiri akan mengimamkan solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Kecemerlangan ini diteruskan oleh pengganti beliau selepas itu iaitu Dr. Arshad bin Hashim. Prasarana kampus dan peranan INTIM semakin menonjol di mata masyarakat. Sekali air bah sekali pasir berubah, setiap Pengarah Wilayah mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza tetapi hala tuju dan matlamat tetap sama. INTIM tetap dipacu sebagai agen penting dalam membangunkan modal insan di sektor awam. Di atas kekuatan itulah INTIM terus pesat membangun dan menjadi sebuah institusi latihan yang disegani pada hari ini.

39

Pengarah Wilayah

TUAN HAJI MUSA HAJI TAIB 16 JAN 1983 - 16 DIS 1985

YBHG. DATO' HAJI MOHD YUSOF YAHYA 16 DIS 1988 - 1 SEPT 1991

YBHG. DATO' DR ARSHAD HASHIM 1 JAN 1986 - 12 DIS 1988

YBHG. DATO' DR. MOHD. TAP SALLEH 15 SEPT 1991 - 15 APRIL 1993

40

Pengarah Wilayah

TUAN HAJI ROSLI HAJI ISHAK 16 MEI 1996 - 15 JAN 1998

TUAN HAJI NGAH SENIK 16 JAN 2000 - 15 MEI 2004

ENCIK MUKHTAR ABDULLAH 16 APRIL 1993 - 1 MEI 1996

YBHG. DR. HAJI MOHD. NASIR BIN MOHD. ASHRAF 1 MEI 1998 - 21 DIS 1999

41

Pengarah Wilayah

YBHG. HAJI AZMI CHE MAT 1 JUN 2004 - 16 FEB 2005

HAJI KAMARUZAMAN YAAKOB 16 MEI 2005 - 31 JAN 2007

TUAN HAJI ABDUL RAHMAN CHE HAMAD 1 FEB 2007 - KINI

42

BAB 5

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN

Organisasi Pentadbiran
PENGARAH WILAYAH

Pembantu Khas PT (KES) N17

Seksyen Latihan

Seksyen Khidmat Sokongan

Unit Kecemerlangan Kerajaan Tempatan

Unit Pengurusan Kewangan

Unit Pembangunan Sumber Manusia

Unit Kemajuan Pengurusan

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Unit Sumber

Unit Kewangan

Unit Pentadbiran

Unit Domestik

ampus INTIM ditadbir oleh seorang Pengarah Wilayah gred M54. Struktur pentadbiran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Seksyen Latihan dan Seksyen Khidmat Sokongan. Bagi Seksyen Latihan mengandungi lima unit yang diketuai oleh seorang Penyelaras Program Kanan (PPK). Seksyen Latihan ini bertanggungjawab merancang dan melaksanakan segala kursus, seminar, kajian yang berkait dengan unit masing-masing. Bagi Seksyen Khidmat Sokongan, ketua pentadbirannya ialah Pegawai Tadbir Kampus (PTK). Pegawai ini akan menyelia empat unit di bawahnya. Bagi memastikan kelicinan dalam pentadbiran, setiap unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar kecuali Unit Perpustakaan yang diketuai oleh seorang Pustakawan. 44

Tenaga Pengurusan INTIM


Pada era tahun 80-an, pentadbiran INTIM dibahagikan kepada empat unit iaitu:

1. Unit Pentadbiran ( Pentadbiran dan Khidmat Bantuan) 2. Unit Latihan Pengurusan Am; 3. Unit Latihan Pembangunan Luar Bandar dan Keselamatan; 4. Unit Latihan Tadbiran Kerajaan Tempatan, Daerah dan Wilayah Mengikut waran perjawatan pada tahun 1983, sebanyak 91 jawatan telah diluluskan. Sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk kumpulan A, 12 jawatan untuk kumpulan B, 12 jawatan untuk Kumpulan C dan 57 jawatan kumpulan D.

Pada hari ini kampus INTIM mempunyai 92 perjawatan iaitu 10 orang kumpulan Pengurusan dan Profesional, 45 orang kumpulan Sokongan satu dan seramai 37 orang kumpulan Sokongan dua.

45

Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

ampus INTIM mempunyai masing-masing seorang pegawai daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu. Jawatan berkenaan terbuka kepada semua gred perkhidmatan di peringkat Pengurusan dan Profesional. Biasanya tempoh perkhidmatan pinjaman ini selama dua tahun. Namun begitu, perkhidmatan ini boleh disingkat atau dilanjutkan atas sebab-sebab tertentu. Pada peringkat awal dahulu, jawatan ini dikenali sebagai Pegawai Projek Kanan. Pada hari ini gelaran jawatan berkenaan ditukar kepada Penyelaras Program.

Sepanjang bertugas di kampus INTIM, mereka terlibat dengan perancangan latihan, memberi input kepada peserta disamping tugas pentadbiran harian. Para pegawai ini juga berperanan sebagai duta' kecil dalam konteks hubungan di antara INTIM dengan kerajaan negeri. Pegawai Projek Kanan yang pertama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ialah Tuan Haji Zawawi bin Muhamad yang berkhidmat pada 1 Januari 1984 sehingga 31 Disember 1985. Manakala wakil pertama daripada negeri Terengganu pula ialah YBhg. Tuan Haji Alwi bin Muhamad yang mula berkhidmat pada 1 Jun 1983 sehingga 30 April 1985. '

46

Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu


NAMA
1. Tuan Haji Alwi bin Muhamad 2. Y.M. Tuan Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar 3. Y.M. Haji Tuan Mamat bin Tuan Ngah 4. Tuan Haji Mohamed Akib bin Ismail 5. Tuan Haji Mohd. Alim bin Muda 6. Tuan Haji Mohd. Rozali bin Salleh 7. Encik A. Rahim bin Jusoh 8. Tuan Haji Sapie bin Yaacob 9. Tuan Haji Jahani bin Ismail 10. Encik Mohamad bin Daud 11. Encik Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif 12. Encik Zahanapi bin Sagaf

TEMPOH BERKHIDMAT
1 Jun 1983 - 30 April 1985 1 Mei 1985 - 30 Jun 1987 1 Julai 1987 - 30 Jun 1989 1 Sept. 1989 - 31 Ogos 1991 1 Sept. 1991 - 31 Ogos 1994 1 Sept. 1994 - 14 Nov. 1996 15 Nov. 1996 - 14 Nov. 1998 15 Nov. 1998 - 14 Ogos 2000 15 Ogos 2000 - 30 Nov. 2002 1 Dis. 2002 - 30 Nov. 2006 16 Jun 2008 - 31 Dis. 2008 1 April 2009 - 1 Mac 2011

47

Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan


NAMA
1. Tuan Haji Zawawi bin Muhamad 2. Tuan Haji Mohd. Jamil bin Muhamad 3. Encik Rusli bin Yaacob 4. Tuan Haji Nik Azlan bin Haji Abdul Hadi 5. Wncik Wan Abdul Rahman bin Wan Hussin 6. Tuan Megat Adnan bin Megat Mohamad 7. Encik Mohd. Amin bin Zakaria 8. Encik Azi Rahimee bin Mohamed 9. Encik Shamsul bin Abu Bakar 10. Encik Mohd. Fadli bin Sulaiman

TEMPOH BERKHIDMAT
1 Januari 1984 - 31 Disember 1985 1 Januari 1986 -16 Disember 1988 1 Januari 1991 - 31 Disember 1993 1 Januari 1993 - 31 Disember 1994 31 Januari 1995 - 1 Mei 1996 1 Mei 1996 - 30 April 1998 1 Mei 1998 - 1 November 1999 1 Januari 2001 31 Disember 2005 1 Jun 2006 - 31 Disember 2007 1 Oktober 2008 - 6 Oktober 2011

48

Pustakawan INTIM

elain dari dua Pegawai Tadbir dari negeri Terengganu dan Kelantan, pentadbiran INTIM juga diperkemaskan lagi dengan jawatan kader. Pegawai berkenaan bertugas sebagai Pustakawan INTIM. Sehingga kini, seramai tiga orang pegawai telah mengisi jawatan berkenaan iaitu :

NAMA
1. Puan Rohani binti Mat 2. Puan Roziani binti Yaakob 3. Shukri bin Md. Yasin

TEMPOH BERKHIDMAT
1986 - 2000 2000 - 2004 2004 - Kini

49

Tenaga Pengurusan

Duduk (kiri) Che Wan Zawawi bin Che Wan Sulaiman, Mohd Fadli bin Sulaiman, Mohd Zamri bin Mamat, Haji Fakhrul Razi bin Ab Wahab, Tuan Hj Ab Rahman bin Che Hamad (Pengarah), Faizal Fazri bin Othman, Shukri bin Md. Yasin, Zahanapi bin Sagaf dan Mohamed Sharudin bin Osman. Berdiri tengah (kiri) Pn. Norliza binti Isa, Pn. Asmawati binti Md. Dahan, Pn. Nor Azura binti Saaid, Cik Rahmah binti Abd Rahman, Pn. Rahayu binti Ahmad, Pn. Siti Najihan Karimah binti Mat Ali dan Pn. Mashitah binti Mohd. Zafar. Berdiri belakang (kiri) Mustafa bin Hussain, W. Ahmad Ridhwan bin W. Abdullah Tajuddin, Tuan Syed MuhammadZulkifli bin Tuan Chik, Mohd Shaezrein bin Shaari, Mazri bin Mamat, Amran bin Awang dan Anwar bin Ibrahim. 50

Senyum Unit

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan 51

Senyum Unit
Unit Kewangan dan Akaun Unit Sumber

Unit Domestik

52

Senyum Unit
Unit Kecemerlangan Kerajaan Tempatan

Unit Pengurusan Kewangan

Unit Teknologi Maklumat 53

Senyum Unit
Unit Kemajuan Pengurusan

Unit Pengurusan Sumber Manusia

54

Di Sebalik Tabir
Di sebalik keenakan makanan, keindahan lanskap dan keselesaan, pengorbanan mereka tidak harus dilupakan. Kakitangan unit sajian

Kakitangan swasta

55

BAB 6

LATIHAN UNTUK PEMBANGUNAN

Sejarah Latihan

NTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) memulakan operasi latihan pada 2 April 1983. Kursus pertama yang dianjurkan ialah Kursus Perkeranian Asas dan Perkhidmatan. Ketika itu terdapat tiga unit di Bahagian Latihan. Unit Pengurusan Am, Unit Tadbiran Kerajaan Tempatan dan Daerah serta Unit Pembangunan Luar Bandar dan Keselamatan.

Pada tahun berkenaan, Unit Pengurusan Am telah melaksanakan sebanyak 41 kursus. Unit Tadbiran Kerajaan Tempatan dan Daerah juga telah berjaya melaksanakan 3 kursus. Bagi Unit Pembangunan Luar Bandar dan Keselamatan sempat menganjurkan 5 kursus. Sebanyak 54 kursus telah dilaksanakan pada tahun tersebut walaupun perancangan asalnya hanya 49 kursus. Seramai 2,300 peserta telah berjaya dilatih walaupun perancangan asalnya hanya 1,500 orang.

57

Pengendalian Kursus

emasa kursus dikendalikan oleh pejabat cawangan, terdapat ketidakseragaman dalam urusan pemilihan peserta kursus. Bagi pusat latihan INTAN Terengganu, urusan ini diserahkan kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tetapi di negeri Pahang dan Kelantan, urusan ini dikendalikan oleh pihak pejabat INTAN cawangan. Untuk penyelarasan, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat INTIM pada 9 Mac 1983 memutuskan : i. Pemilihan perlu dibuat berdasarkan kriteria yang sama; ii. INTAN mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk membuat pilihan; dan iii. INTAN perlu ada kuasa menerima atau menolak permohonan kursus

Setelah pejabat Cawangan INTAN tidak beroperasi, segala urusan pemilihan peserta kursus telah diserahkan kepada pejabat SUK masing-masing. Terdapat dua jenis kursus yang ditawarkan iaitu kursus yang bersifat generic' (dikhaskan untuk kampus wilayah) dan bersifat specific' (khas untuk sesuatu jabatan). Antara contoh kursus generic ialah Kursus Asas Pengkeranian, Perkhidmatan, Penyeliaan, Orientasi Jurutaip dan Jurutrengkas, Kursus Kewangan, Kursus Penghulu, Pengurusan Projek, Kursus Pentadbiran Tanah dan sebagainya. Kursus spesifik pula termasuklah Kursus Pentadbiran untuk Pentadbir Sekolah Agama, Kursus Etika Perkhidmatan untuk Kakitangan Institut Teknologi Mara (ITM) dan sebagainya. Kursus generic lazimnya telah dirancang untuk tempoh setahun. Sementara kursus spesifik adalah berdasarkan permintaan daripada agensi-agensi. ' '

58

Peranan INTIM Dalam Latihan


10% 10% 5%

15%
Latihan Konsultansi Penyelidikan Pengurusan Majlis Penerbitan

60%

Carta pai menunjukkan peranan INTIM mengikut keutamaan. Jelas di sini, sebahagian besar peranan INTIM adalah untuk menyediakan latihan kepada kakitangan awam.

59

Para peserta kursus asas pengkeranian pertama INTIM pada tahun 1983

60

Aktiviti Latihan

Para peserta kursus pada era 80-an

61

Aktiviti Latihan

elain telibat dalam pembangunan sumber manusia, INTIM juga berperanan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, konsultansi dan pengurusan majlis. Para peserta memohon kursus di INTIM secara atas talian (on-line) melalui laman sesawang INTAN.

62

Aktiviti Latihan
Pengukuhan Pasukan Peserta PAC

Latihan Dalam Kumpulan

63

Kursus Penghayatan Solat

INTAN Executive Talk

Kursus Kepimpinan

64

Pakar INTIM
Amran Awang - ISO

Mustafa Hussain - KIK

Syed Muhamad Zulkifli Pengurusan perolehan

Ramli Mamat - Poco-poco

65

BAB 7

TETAMU KENAMAAN

Tetamu Kenamaan

ampus INTIM sering menerima kunjungan tetamu kenamaan dari dalam dan luar negara. Antaranya Perdana Menteri, Menteri Besar, para menteri kabinet serta pegawai tinggi kerajaan. Kunjungan mereka lazimnya untuk merasmikan sesuatu majlis. Sebagai contoh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir ke INTIM pada majlis perasmian dan pelancaran ECER pada 2 Disember 2008.

67

Tetamu Kenamaan

YAB Dato' Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Besar Pahang telah merasmikan Seminar Pembangunan Negeri Pahang pada April 1985

68

Tetamu Kenamaan
YAB Dato' Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Seminar Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu pada Februari 1984 Puan Napsiah Omar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Seminar Ahli-ahli Majlis Penguasa Tempatan Wilayah Timur pada Oktober 1984

69

Tetamu Kenamaan
YAB Dato' Seri Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu telah merasmikan Majlis Penutupan Seminar Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu pada Februari 1984 YBhg Encik Ahmad Rastom Dato' Ahmad Maher, Timbalan Menteri Besar Kelantan telah merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kewangan dan Akaun Bagi Penguasa Tempatan Pantai Timur pada April 1986

70

Tetamu Kenamaan
YBhg Tan Sri Dato Samsudin Othman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia telah merasmikan Minggu Pengurusan Kewangan pada Mac 1999

YAB Dato' Sri Mohamad Khalil Yaakob, Menteri Besar Pahang telah merasmikan Bengkel Pembangunan Mukim Dalam Konteks Wawasan 2020 Untuk Penghulu-Penghulu Negeri Pahang pada 13 April 1992 71

Tetamu Kenamaan
YAB Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu ketika Majlis Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Terengganu pada 27 April 2008

72

Tetamu Kenamaan

Dato' Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan East Coast Economic Region (ECER) pada 2 Disember 2009

73

Tetamu Kenamaan
Tan Sri Mohd Sidek Hasan, Ketua Setiausaha Negara telah merasmikan Seminar Building Public Service Leadership Capacity Conference' (CAPAM) pada 22 Jun 2009 '

74

Tetamu Antarabangsa Sempena Persidangan CAPAM


ada 22 Jun 2009 Kampus INTIM telah terpilih untuk menjadi tuan rumah sempena Building Public Service Leadership Capacity Conference (CAPAM) bagi membincangkan hala tuju perkhidmatan awam di negara-negara Komenwel. Persidangan ini telah memberi satu pengalaman berharga kepada warga INTIM dalam menguruskan sebuah persidangan bertaraf antarabangsa. Turut sama adalah Mr Paul Zahra, Deputy President of CAPAM.

75

Persidangan CAPAM

Peserta Seminar CAPAM

76

BAB 8

DETIK GEMILANG

Detik Gemilang

NTIM telah melakar pelbagai kejayaan dan pengiktirafan sepanjang penebuhannya. Semua ini tidak dapat dicapai tanpa kesungguhan dan kerjasama yang padu daripada warganya.

Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan 1996

Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan 2003

Pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam 2008

Pertandingan Landskap Peringkat Daerah 2007

78

Anugerah dan Penghargaan

Kumpulan CITARASA INTAN Wilayah Timur Pemenang Anugerah KMK Ketua Setiausaha Negara Kategori Pengurusan Peringkat Kebangsaan Sektor Awam 1995

79

Anugerah dan Penghargaan

Lanskap yang mendamaikan

80

Majlis Penyerahan Sijil Halal

Hari ini dalam sejarah. Pada 16 Februari 2011, kampus INTIM telah dianugerahkan Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Ini bermakna, INTIM adalah kampus pertama yang mendapat pengiktirafan ini. Anugerah ini diperolehi setelah pihak JHEAIT berpuas hati dengan tahap kebersihan dapur dan proses penyediaan makanan yang amat berkualiti (Halalan Toyyiba). 81

Olahragawan INTIM
RASHID BIN BUSU

ilahirkan di Kg Sungai Buaya, Dungun, Terengganu. Mempunyai tiga orang cahaya mata. Berkhidmat di INTIM pada 1 Febuari 1983. Semasa di sekolah rendah dan menengah telah aktif dalam sukan olahraga dan bolasepak. Beberapa kali mewakili sekolah dan daerah dalam acara berkenaan. Semasa bertugas di INTIM, buat pertama kalinya menyertai kejohanan merentas desa anjuran Belia Bersatu daerah Kemaman pada tahun 1985. Beliau telah menjuarainya dan hadiah disampaikan oleh Encik Ahmad bin Said selaku Penolong Pegawai daerah Kemaman. Pada tahun 1988, beliau mendapat tempat ke -19 dalam acara Kuantan Marathon yang disertai oleh 4000 orang peserta daripada pelbagai Negara. Pernah menjuarai acara merentas desa peringkat INTAN pada tahun 1990-an. Kejohanan terakhir dan berprestij ialah Master Terbuka Brunei pada tahun 1999 yang disertai oleh wakil dari Negara-negara Asia. Bagi kategori veteren, beliau mendapat tempat kedua dalam acara 400 meter dan tempat ketiga dalam acara 800 meter. Berdasarkan pencapaian ini, amat wajar beliau dinobatkan sebagai tokoh sukan INTIM.

82

Olahragawan INTIM

Encik Rashid Busu di kejohanan berprestij

83

BAB 9

AKTIVITI INTIM

Pemerkasaan Diri
Maulidur Rasul

Majlis Asyura

Sambutan Maal Hijrah 85

Majlis Berbuka Puasa

Warga Cergas Minda Cerdas

Akitivi riadah warga INTIM

86

Mesyuarat Puspanita

87

ihak pengurusan INTIM amat cakna terhadap kebajikan warganya dan masyarakat sekitar. Melalui Kelab Sukan dan Kebajikan INTAN (KESKI), pelbagai program kebajikan telah dijalankan. Setiap tahun KESKI akan mengadakan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan utama. Pada setiap bulan Ramadan, akan diadakan majlis Titian Kasih bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Begitu juga dengan sumbangan kepada warganya yang sakit atau meninggal dunia. Budaya inilah yang telah membina keakraban dikalangan warga INTIM.

Majlis Titian Kasih Aidilfitri

Sumbangan kepada anak warga INTIM yang cemerlang dalam peperiksaan

88

Aktiviti KESKI

Sumbangan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga

Pertandingan antara rumah bola tampar pantai

Mesyuarat agong KESKI

89

Hari Bersama Pelanggan di Pahang

Hari Bersama Pelanggan INTIM di Dewan Wisma Belia Kuantan pada 11 Mac 2010

90

Hari Bersama Pelanggan di Terengganu

Hari Bersama Pelanggan INTIM di Wisma Darul Iman pada 14 Mac 2010

91

Hari Bersama Pelanggan di Kelantan

Hari Bersama Pelanggan INTIM di Dewan Teratai, SUK Kelantan pada 3 Mei 2010

92

BAB 10

MASIHKAH KAU INGAT

Di INTIM Cinta Bersemi

jal, maut dan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Seramai lima pasangan yang bertemu jodoh di kampus INTIM sepanjang penubuhannya.

Haji Muda Sulong & Puan Siti Patimah Mamat 1 Februari 1983

94

Di INTIM Cinta Bersemi

Encik Zakaria Mat Zangi & Puan Maziah Dollah 29 September 1991

95

Di INTIM Cinta Bersemi

Haji Wan Ramli Wan Hassan & Hajjah Zainon Che Hassan 1 Disember 1983

Encik Rasid Busu & Puan Lizah Mahmood 12 April 1984

Encik Mohamad Ibrahim & Puan Siti Jumaninah Hashim 31 Julai 1988 96

Warga INTIM era 80-an


Lawatan ke Tugu Negara pada tahun 1985

Jejaka rebutan era 80an

97

Warga INTIM era 80-an

Utuhnya semangat berpasukan

98

Warga INTIM era 80-an

Ceria dalam tugasan

99

Warga INTIM era 80-an

Semangat kekeluargaan

100

Kemesraan era millenium

101

Kemesraan era millenium

102

Rebut 5 Perkara Sebelum 5 Perkara


Muda Sebelum Tua Lapang Sebelum Sibuk

Hidup Sebelum Mati

Sihat Sebelum Sakit 103

Senang Sebelum Susah

Beruntunglah orang yang menjadi tuan kepada dirinya, menjadi pemandu kepada nafsunya dan menjadi nakhoda kepada kehidupannya.

104

Al-Fatihah

emoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh keduanya. Allahyarham Encik Idris bin Mohamad dan Encik Raimy bin Othman merupakan dua orang kakitangan INTIM yang cukup terkenal dengan dedikasi dan cekap ketika menjalankan tugasnya.

Idris bin Mohamad 1/10/1978 - 13/11/1998

Raimy bin Othman 2/4/1983 - 13/9/2008

105

Bibliografi

Laporan Prestasi Tahunan INTAN 1978, Halaman 7 Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat INTIM 2/83, halaman 10 Taklimat Khas : Program dan Perstasi INTIM untuk Ketua Setiausaha Negara pada 25 April 1984, Halaman 14 Temuramah dengan kakitangan

106

Sekalung Budi

Warga kerja Jejak Gemilang merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan ini.

107

Anda mungkin juga menyukai