Anda di halaman 1dari 29

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Segala pujian bagi Allah S.W.

T, Tuhan sekian alam, kesyukuran di panjatkan ke atas-Nya kerana dengan limpah kurniaan serta inayah-Nya, maka dapatlah saya meyiapkan Sejambak ucapan terima kasih buat Pensyarah Pembangunan Sumber Manusia, Prof Dr.Hjh Aminah Bte Ahmad kerana memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini, tanpa tunjuk ajar dan panduan dari Prof Dr.Hjh Aminah Bte Ahmad mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada majikan saya terutama kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat, Encik Shariman Bin Mohd Nor kerana memnberikan perlepasan kepada saya untuk menghadiri kelas dan perperiksaan ketika waktu berkerja serta memberikan ruang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya terutama kepada kedua ibubapa saya yang tercinta, Hj. Sulaiman Bin Hasan dan Hjh. Saodah Bte Hasan di atas sokongan mereka yang tidak pernah putus-putus dari dulu hingga kini, tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar. Rakaman penghargaan terima kasih juga kepada rakan sekerja dan rakan sekuliah saya yang turut memberikan bantuan secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sekian Terima Kasih.

1.0 PENGENALAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG( MPKj) 1.1 JATA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)

1.2 LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997 dan berada di dalam daerah Hulu Langat. Sebelum dinaik taraf perbandaran MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat. Ia meliputi mukim Kajang, Cheras, Semenyih, Beranang dan Hulu Langat. Pentadbiran MPKj meliputi kawasan seluas 78,761km persegi atau 6,263 ekar. Penduduk MPKj setakat 1 Januari 2003 dianggarkan seramai 561,500 orang. Sebanyak 41% daripada penduduk adalah tertumpu di mukim Kajang. Komposisi etnik Melayu adalah yang tertinggi di kawasan MPKj iaitu 65.5% dari jumlah penduduknya manakala Cina dan India pula masing-masing 26.9% dan 6.7%. MPKj bersempadan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sebelah Utara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sebelah Selatan dan Perbadanan Putrajaya di sebelah Barat. Rasionalnya penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik yang mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat dan teratur, ini berikutan pertambahan penduduk di mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke setahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan dan pembangunan projek pembangunan di sekitar mukim Kajang, oleh itu MPKj boleh bertindak sebagai pemantau projek-projek yang dijalankan agar lebih teratur dan bersesuaian dengan keperluan penduduk di sekitar Kajang.

1.3 MOTO MPKj "BERETIKA KEHIDUPAN BERKUALITI" 1.4 MISI MPKj Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisyen selaras dengan wawasan 2005 berpaksikan tonggak 10. 1.5 VISI MPKj Menjadi Perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang unggul. 1.6 OBJEKTIF MPKj Pemodenan pengurusan pentadbiran ke arah kerajaan elektronik (EG) dan melaksanakan MS ISO 9001:2000 Pengurusan sumber manusia yang berkualiti dengan latihan dan pendedahan untuk mempertingkatkan professionalisma. Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berakauntabiliti. Bertanggungjawab terhadap perancangan kawasan dan memastikan pembangunan guna tanah, sosial dan alam sekitar selamat, indah dan selesa ke arah pembangunan mampan. Mewujudkan persekitaran perbandaran yang indah dan mengekalkan keindahan semulajadi bagi keselesaan penduduk dan menggalakan pelancongan. Menyediakan peraturan pelan dan bangunan yang seragam bercirikan rekabentuk berkualiti masyarakat. Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur dan kemudahan awam.

Melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan dan aktiviti kemasyarakatan.

Memberi perkhimatan perbandaran (pengurusan sisa pejal dan pembersihan kawasan) yang berkualiti secara cekap dan berkesan

Merealisasikan Kajang sebagai Pusat Sate Terunggul Malaysia bertaraf dunia yang dilihat dari segi kualiti perkhidmatan iaitu dengan penyelidikan dan pembangunan yang konsisten serta mewujudkan Galeri Sate yang mempamerkan dokumen dan sejarah sate.

1.7 TONGGAK 10 1) Memberikan sokongan penuh untuk pembanguna Multimedia Super Corridor (MSC), Cyberjaya dan projek-projek mega Kerajaan Persekutuan yang lain yang berada di negeri Selangor. 2) Menekankan pembangunan yang seimbang di antara daerah-daerah di sekitar Lembah Klang. 3) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama Islam. 4) Meningkatkan latihan tenaga pekerja mahir dan penggunaan teknologi tinggi serta moden. 5) Menyusun semula kerajaan-kerajaan tempatan supaya dapat mempertingkatkan penjagaan alam sekitar. 6) Mempertingkatkan usaha dan tindakan bagi membanteras gejala sosial. 7) Menambahkan bilangan kelas menengah Melayu. 8) Meningkatkan pembinaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana untuk golongan berpendapatan rendah. 9) Meningkatkan pembinaan dan menggalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana. 10) Memodenkan sektor pertanian dan perladangan untuk meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya dapat mengurangkan inflasi.

1.8 LAGU RASMI MPKj

Pembangunan Mampan Warga Bistari Seiring Dunia Globalisasi Mesra Rimba Dihargai Sate Terunggul Tak Dilupai

Perkhidmatan Berkualiti Itulah Cita-Cita Misi Murni Dengan Keringat Ku Curah Bakti Tonggak 12 Menjadi Paksi

Cekap Amanah Berwibawa Kepuasan Pelanggan Diutama Senyuman Manis Layanan Mesra Sedia Berkhidmat Dan Beretika

Perkhidmatan Berkualiti Itulah Cita-Cita Misi Murni Dengan Keringat Ku Curah Bakti Tonggak 12 Menjadi Paksi Demi MPKj Yang Dicintai

1.9

TONGGAK 12 PARA PEKERJA Menghargai Masa Ketekunan Membawa Kejayaan Keseronokan Bekerja Kemuliaan Kesederhanaan Ketinggian Peribadi Kekuatan Sifat Baik Hati Pengaruh Teladan Kewajipan Menjalankan Tugas Kebijaksanaan Berkhidmat Keutamaan Kesabaran Peningkatan Bakat Nikmat Mencipta

1.10 6M MUSYAWARAH Penetapan syarat-syarat kejayaan

MUROQOBAH Pengintaian diri sehingga ke tahap insan

MUHASABAH Mengenalpasti kelemahan diri supaya dapat diperbaiki

MUAQOBAH Penanaman sifat bertanggungjawab atas segala tindakan

MUJAHADAH Pelaksanaan tugas hingga ke tahap kesilapan sifar

MUATABAH Pencelaan diri atas setiap kesilapan yang dilakukan

1.11 4 E [ ERA GLOBALISASI ]

EDUCATED Melengkapkan diri dengan ilmu terkini baca dan kaji

EFFICIENT Cekap dalam pengurusan kepuasan pelanggan diutamakan

EFFECTIVE Keberkesan program yang berguna dan keseimbangan perlu dijaga

ELECTRONIC GOVERNMENT Mudah segala urusan antara rakyat dan kerajaan

10

1.12 BUNGA RASMI MPKj

Nama Biasa: Nama Botani: Ciri-ciri

Cempaka Putih Michelia Alba

Bentuk Tumbesaran Ketinggian Maksima Bentuk Silara Bentuk Daun Bentuk Bunga Sistem Akar Kadar Tumbesaran Pembiakan Kesesuaian Kawasan Kegunaan

: Berbentuk Kon : Sederhana (10.0M - 25.0M) : Sederhana Lebar : Berwarna hijau kekuningan, berkilat dan tumbesaran padat : Mempunyai 8 kelopak dan mempunyai kuntum ditenggahnya, berwarna putih dan harum baunya. : Akar Tunjang : Sederhana : Melalui biji benih dan keratan batang : Memerlukan kawasan sinaran matahari penuh dan sistem pengairan yang baik : Kawasan pinggiran jalan, kawasan pinggiran sungai / tasik / pantai / kawasan perumahan, kawasan taman rekreasi, kawasan bangunan awam, kawasan siarkaki dan kawasan perindustrian.

11

1.13 AHLI MAJLIS BAGI SESI 2006-2008

Hadapan duduk dari kiri :

TN HJ. ABDULLAH BIN MARJUNID (TIMB YDP), ENCIK AZRIN BIN HAJI ABDUL RASHID, Y. BHG. DATO' MOHD ZAIDI BIN MD ZAIN @ ZAKARIA, YB SENATOR RAWISANDRAN A/L NARAYANAN, YB TUAN RAHMAD BIN MUSA, YB DATO' AHAMAD KURIS BIN MOHD NOR, TN HJ. ZAINAL ABIDIN BIN HJ. ARSHAD (YDP), YDH DATO' UNGKU ABDUL RANI BIN DATO' SHAMSUDDIN, YB DATO' HOH HEE LEE, YB DATIN PADUKA CIK LOW LEE LENG, Y. BHG. DATO' GOPALA KRISHNAN A/L V. SUBRAMANIAM, Y. BHG PUAN HAJJAH AZIZAH @ HASNAH BINTI SAADIN, PUAN HAJJAH MAIMUNAH BT HAJI ABD. KARIM. Belakang berdiri dari kiri :

TUAN DR. LAI KWONG CHOY, ENCIK ISMAIL BIN SANI, TUAN HAJI MD.RADZI BIN HAJI MUSTAPHA, ENCIK THAM CHIN CHEN, ENCIK JOHAN BIN ABDUL AZIZ, ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KADIR, ENCIK WONG WEE KOK, ENCIK SUBRAMANIAM A/L APPAVOO, ENCIK CHOO CHOON CHONG, TUAN HAJI OMAR BIN TALIB, TUAN DR. LO KOK WAI

12

1.14 JABATAN DAN BAHAGIAN YANG TERDAPAT DI MPKj Jabatan Kejuruteraan dan Infrastruktur Jabatan Perbendaharaan Jabatan Perancangan Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Koprat Jabatan Khidmat Kemasyarakatan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Jabatan Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Jabatan Lanskap dan Rekreasi Jabatan Pentadbiran Jabatan Kewangan Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Bangunan Jabatan Pembangunan Persekitaran Bahagian Perlesenan Bahagian Perolehan Bahagian Komputer Bahagian Pentadbiran Am Bahagian Sumber Manusia Bahagian Hasil Bahagian KawalSelia Bahagian Kesihatan

13

1.5 PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG


Komitmen kami menjamin layanan yang mesra dan perkhidmatan yang terbaik. Memastikan setiap permohonan yang dikemukakan diproses menepati tempoh yang ditentukan dengan cekap dan amanah.

Tegas dan adil adalah amalan kami dalam mengawal kegiatan dalam kawasan kami.

Mewujudkan satu belanjawan yang terkawal dengan mengelakkan pembaziran tanpa mengabaikan kepentingan umum.

Memastikan pembangunan di daerah ini indah, selesa dan makmur sejajar dengan wawasan nasional.

Bil cukai taksiran harta dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan komersial dan rumah-rumah pangsa dan 2 hari sekali di kawasan taman-taman perumahan dan pemotongan rumput-rumput dan pembersihan longkang 2 kali sebulan.

Kelulusan permohonan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh seperti berikut :

PEMOHONAN Permohonan kebenaran merancang Permohonan pelan pra-hitungan Tukar syarat tanah, pecah sempadan dan pelan pertapakan Pelan landskap dan rekreasi

TEMPOH 3 bulan 1 bulan 1 bulan

1 bulan

14

Cadangan nama taman, jalan dan nombor rumah Pelan Ubahsuai / pindaan Pelan setara Pelan bangunan rumah sesebuah Pelan bangunan komersial / projek perumahan

1 bulan untuk projek perumahan

6 minggu 14 hari bekerja 2 bulan 2 bulan

Dengan syarat pihak pemilik / pemaju / arkitek mengemukakan dokumen-dokumen yang

lengkap serta sentiasa berhubung dengan jabatan-jabatan teknikal yang terlibat agar

sentiasa mendapat penjelasan / komen dengan segera.

Sijil Kelayakan menduduki bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh seperti berikut :-

SIJIL Bangunan sesebuah

TEMPOH 14 hari

Bangunan komersial / projek perumahan

14 hari (Setelah penerimaan borang E)

Dengan syarat memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan oleh pihak pemohon menetapkan lawatan pemeriksaan bersama jabatan teknikal

15

Kelulusan permohonan lesen-lesen perniagaan dan iklan adalah seperti berikut :LESEN Permit Sementara Lesen Anjing Permit Kain Rentang TEMPOH 7 hari 4 hari 4 hari

Lesen Hiburan

30 hari

Lesen Perniagaan

90 hari

Aduan tentang perkhidmatan akan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari .

16

2.0

OBJEKTIF MAJLIS PERBANDARAN KAJANG Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) komited dan serius dalam memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang efisen, berkualiti dan bertanggungjawab bagi memastikan kepuasan pelanggan. Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti telus dan efisien selaras dengan Wawasan 2020 yang berpaksikan Tonggak 10. Ini menjadikan Kajang sebagai perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi dan warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul di Malaysia.

2.1 OBJEKTIF JABATAN

2.1.1 JABATAN PENTADBIRAN Menyediakan khidmat pentadbiran am, personal, latihan, perlesanan dan perkomputeran untuk warga MPKj serta orang awam bagi meningkatkan kualiti pengurusan jabatan, majlis dan imej Majlis selaras dengan dasar yang ditetapkan. Melahirkan sumber tenaga manusia yang optima, terlatih, berdisiplin, berwibawa dan berwawasan bagi mewujudkan satu pasukan perkhidmatan sokongan yang bermutu tinggi dan cemerlang.

17

2.1.2 JABATAN PERBENDAHARAAN Menyediakan Perkhidmatan Sokongan Kewangan kepada semua anggota serta menguruskan hal ehwal pengurusan hasil majlis yang cekap dan berkesan selaras dengan peraturan kewangan yang digunapakai.

2.1.3 JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKITARAN Memberi dan menyediakan perkhidmatan serta kemudahan-kemudahan kesihatan awam kepada semua penduduk, taman-taman perumahan, pusatpusat Bandar, kawasan industri dan kawasan kemudahan awam di dalam kawalan MPKj bagi meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan selaras dengan peruntukan serta hasrat Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171). 2.1.4 JABATAN PERANCANGAN BANDAR Menyediakan rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan serta mengawal selia maklumat perancangan. Mengawal pembangunan guna tanah selaras dengan perancangan pemajuan dan garis panduan perancangan yang ditetapkan. Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapakn oleh Kerajaan Negeri seperti Setinggan Sifar 2005, Selangor Negeri Maju 2005, Pembangunan Mampan, E- Goverment dan lain-lain. 2.1.5 JABATAN LANDSKAP DAN REKREASI Menjadikan Kajang Bandar Harmoni Taman Penghijauan sebagai Pemulihan Alam Sekitar Penambahan Kawasan-Kawasan Lapang

18

Penyediakan Kemudahan-Kemudahan Reakreasi dan Tempat Tumpuan Pelancong

Pengekalan Kawasan-Kawasan Alam Semulajadi Peningkatan Ciri-Ciri Hardscape Sistem Rangkaian Jalinan Hijau. Pengindahan Kawasan Tepian Sungai

2.1.6 JABATAN BANGUNAN Menguruskan permohonan pelan bngunan dan sijil layak menduduki daripada pemaju nperumahan dan orang awam bagi memastikan pembinaan dan keselamatan bangunan adalah mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. 2.1.7 JABATAN KEJURUTERAAN, INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN Memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan kejuruteraan awam, elektrikal dan mekanikal kepada orang awam di bawah

pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang serta kelulusan infrastruktur kepada pemaju perumahan berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan.

2.1.8 JABATAN HAL EHWAL KOPORAT Meningkatkan hubungan dua hala di antara MPKj dan orang awam dan masyarakat setempat.

19

Meningkatkan

penglibatan

masyarakat

dengan

aktiviti

sosial

bagi

melahirkan masyarakat madani. Meningkat prestasi perkhidmatan MPKj dengan meletakkan pengurusan aduan sebagai tunggak utama. Mewujudkan hubungan baik pihak MPKj dengan pihak media. Memelihara dan mempertingkatkan kebudayaan setempat. Meletakkan Bandar Kajang sebagai salah satu tempat yang perlu dilawati di dalam peta perlancongan Malaysia. Meningkatkan dan mengekalkan imej baik dan imej korporat di mata umum.

2.1.9 JABATAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN Mengendalikan urusan perundangan Majlis dan penguatkuasaannya selaras dengan undang-undang yang digunapakai Majlis. 2.1.10 JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA a) Bahagian Pernilaian Mengenalpasti harta dan menilai semua harta yang terdapat di dalam kawasan MPKj dengan adil mengikut prinsip dan kaedah penilaian yang telah ditetapkan di dalam Akta 171 ( Akta Kerajaan Tempatan 1976) di samping menambahkan pendapatan hasil untuk Majlis. Bahagian penilaian akan bertindak untuk memastikan segala pernilaian dibuat berdasarkan kepada sasaran kutipan bagi setengah tahun pertama dan kedua. Memastikan kesemua hartaharta yang terletak di dalam kawasan Majlis dikenakan cukai

20

taksiran dan mana-mana harta yang tidak menjelaskan pembayaran pula akan dibuat tindakan susulan. Mengenalpasti dan membuat tindakan susulan ke atas harta-harta milik kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun bagi mengenakan sumbangan Membantu Kadar. Bertindak lebih adil di dalam menyediakan penilaian bagi tujuan cukai taksiran bagi harta-harta yang baru diambilalih oleh pihak Majlis. b) Bahagian Pengurusan Harta Secara amnya, Bahagian Pengurusan Harta bertindak menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan penyewaan harta-harta Majlis Perbandaran Kajang yang merangkumi pasar, medan selera, harta komersil dan ruang niaga. Aspek penyewaan yang perlu dititikberatkan meliputi sistem invertori penyewa yang lengkap dan pembayaran sewa semasa dan tunggakan yang teratur. Antara fungsi lain bahagian ini adalah memastikan bahawa setiap harta Majlis di bawah selian Bahagian Pengurusan Harta seperti Dewan Orang Ramai, Stadium dan Kuarters pekerja berada di dalam keadaan penyelenggaraan dan pembaikan yang memuaskan. Adalah menjadi tanggungjawab bahagian ini untuk memastikan bahawa setiap harta Majlis yang disewakan mendapat pulangan sewaan yang maksima. Akhir sekali, fungsi bahagian ini adalah untuk menguruskan halhal berkaitan dengan insuran bagi harta-harta Majlis.

21

c) Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat harta yang terdapat di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang dengan membuat tambahan maklumat-maklumat harta iaitu dari segi nilai sewa, nama-nama taman perumahan yang terletak di dalam kawasan harta berkenan, harta jual beli dan lain-lain maklumat yamg dapat membantu bahagian penilaian untuk menjalankan kerja-kerja penilaian pada masa-masa akan datang. Dengan adanya maklumat sepertimana yang disebutkan di atas Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dapat mengumpul datadata dalam bentuk Database. Segala maklumat yang diperolehi dari bahagian ini akan lebih teratur dan sistematik serta dapat menjimatkan masa.

d) Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah Membuat kajian, analisa dan seterusnya membangunkan hartanah milik Majlis dengan cara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah akan menyenaraikan tapak-tapak gerai yang telah diluluskan di dalam kelulusan merancang dan membuat permohonan untuk

mendapatkan milikan.

22

3.0 SEJARAH PEMBUKAAN KAJANG

Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu langat di negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah Tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat di hubungkan dengan Putrajaya Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah Baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India. Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang-orang Melayu. OrangOrang Cina tinggal secara berselerak di sekitar Bandar Kajang. Manakala kawasankawasan ladang getah didiami oleh orang-orang berketurunan India. Dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di kawasan tanah tinggi iaitulebih kurang 76,250sm dari paras laut. Kebanyakkan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan di penuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di nkawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempattempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukin Kajang. Masyarakat Melayu Tradisional gemar meneroka tempat kediaman di lembahlembah sungai terutamanya di lembah-lembah sungai seperti Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Lukut. Sebenarnya pengertian Selangor bermakna Tanah Lembangan Lima Bintang Sungai.

23

Pada waktu penerokaan, sungai menjadi jalan perhubungan untuk kelur masuk bagi satu-satu kawasan penempatan. Lembah-lenmah sungai ini sangat subur untuk bercucuk tanam dan ia sesuai dengan petani-petani yang bergantung hidup kepada tanah. Mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan. Kewujudan pekan Kajang juga bertitik tolak daripada faktor-faktor ini. Terdapat beberapa cerita lisan berkenaan dengan penerokaan awal pekan Kajang dan kawasan sekitarnya. Menurut orang-orang tua di Kajang dan kawasan sekitarnya sebelum didatangi peneroka-peneroka dari luar, kajang merupakan kawasan kediaman orang-orang asli dari Suku Temuan. Menurut seorang pengkaji sejarah tempatan, Encik Shahabudin Ahmad, Kajang telah diterokai pada tahun 1709 oleh orang-orang asli yang berpusat di Klang. Pada waktu itu, Klang diperintah oleh orang-orang asli yang mana ketuanya dipanggil Batin Seri Alam. Ketua ini yang mentadbir Klang, ketika itu hutan adalah pusat pentadbiran bagi orang-orang asli ini. Klang mempunyai jajahannya yang tersendiri mana ia ditadbir oleh tiga orang anak kepada Batin Seri Alam.

Jajahan-jajahan tesebut ialah Johor yang ditadbirkan oleh Datuk Nenek Kerbau. Jelebu pula diperintah oleh Datuk Jelondang dan sungai Ujung yang diperintah oleh Batin Bercanggal Besi. Mengikut cerita dongeng, Batin Bercanggal Besi mempunyai seorang anak angkat bernama Puteri Mayang Selinda yang mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Apabila Sultan Johor mengetahui tentang puteri ini, baginda memerintahkan agar Puteri Mayang Selinda dipersembahkan kepadanya. Memang menjadi adat ketika itu pa sahaja yang diingini oleh Sultan

24

harus dituruti. Oleh kerana itu, satu rombongan telah diadakan untuk menghantar Puteri Mayang Selinda ke Johor. Setelah dua hari perjalanan, mereka sampai di Kajang yang pada masa itu belum diterokai oleh sesiapa. Disebabkan hari sudah malam maka mereka bermalam dan bercadang untuk berkampung di situ untuk seketika ini disebabkan mereka mendapati kawasan ini sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Mereka mendirikan kajang, iaitu pondok-pondok yang beratapkan daun mengkuang hutan. Justeru itu dipercayai kerana peristiwa ini, tempat ini dinamakan Kajang. Terdapat juga sumber-sumber lain yang menerangkan asal usul Kajang. Sumber tersebut menyatakan bahawa suatu ketika dulu, terdapat dua orang sahabat menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pergi ke Pekan Reko. Mereka adalah terdiri daripada seorang Melayu dan seorang orang Asli yang mendiami kawasan Reko. Apabila sampai di Kajang yang pada ketika itu masih belum memiliki nama, hujan turun dengan lebat, maka sahabat yang berbangsa Melayu itu mengajak rakannya berkajang yang membawa maksud berteduh tetapi sahabatnya yang merupakan Orang Asli telah salah faham dengan memikirkan sahabatnya itu mahu menikamnya kerana bagi Orang Asli berkajang adalah menikam. Disebabkan salah faham ini maka Orang Asli itu terus menikam sahabatnya. Dengan berlakukanya peristiwa bertikam ini mana tempat peristiwa itu berlaku di namakan Kajang. Terdapat sebuah lagi cerita lain yang telah menafikan cerita tersebut. Dikisah Kajang telah diterokai oleh orang-orang Klang yang lari menyelamatkan diri semasa berlakunya perang saudara di Selangor. Menurut cerita ini, mereka yang melarikan

25

diri daripada peperangan tersebut telah mendaki Sungai Langat hingga ke Kuala Jeluk. Mereka berhenti di situ dan mendapati kawasan itu sesuai untuk dijadikan tempat kediaman. Mereka mendirikan pondok-pondok sesuai dan atapnya diperbuat daripada daun mengkuang berbentuk seperti bumbung kereta lembu Melaka yang dinamakan Kajang. Mereka kemudiannya berkampung di situ dan menamakan tempat itu Kajang. Tetapi dalam cerita tersebut, terdapat pula peristiwa yang lain yang membolehkan Kajang mendapat nama. Mengikut ceritanya, apabila hari senja, orang-orang pelarian itu telah sampai ke satu tempat. Seorang ketua bagi orangorang Mandailing telah melaungkan kepada orang-orangnya dengan berkata berkajanglah kita di sini. Perkataan ini telah disalah anggap oleh beberapa orang pengikutnya yang berketurunan Bugis. Mereka menganggap perkataan berkajang itu bermakna bertikam. Peristiwa itu hampir-hampir menumpahkan darah mereka. Dari sinilah timbulnya perkataan Kajang. Selain dari sumber-sumber lisan, terdapat juga sumber bertulis yang cuba menerangkan pembukaan Kajang. Terdapat fakta yang menyebut bahawa Kajang telah dibuka oleh ayah kepada Raja Alang iaitu, Raja Berayun. Raja Berayun ialah seorang anak raja yang melarikan diri ke Selangor dari peperangan saudara di Sumatera. Di negeri Selangor beliau telah bersahabat baik dengan Sultan Abdul Samad. Raja Berayun kemudiannya telah membuka Kajang dan memerintah daerah Kajang dengan gelaran Tengku Panglima Besar.

26

Dalam versi lain pula, terdapat satu laporan dari Penghulu Yahya yang menjadi penghulu di Kajang dan Cheras pada tahun 1891, mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili dari Pulau kira-kira dalam tahun 1776. Encik Yahya berkata:.....Sultan Muhammad beri dia ( Encik Lili ), kuasa membuka tanah di Hulu Langat dari Sungai Sabak Dua ke hulu bersempadan dengan Dato Langat, di hilir bersempadan dengan DatoAli. Encik Lili dengan enam orang rakannya telah berpindah ke Bukit Kuala Sungai Merbau yang kemudiannya menamakanya Kajang dan Lili telah dilantik oleh Sultan Muhammad menjadi Dato Bandar Kajang. Beliau telah diberikan kuasa memerintah kawasan daripada Sabak Dua hingga ke hilir Sungai Subang Hilang. Sultan juga telah membenarkan Lili untuk membuka lombong di Kuala Sungai Merbau.

4.0 ASAL USUL NAMA KAJANG Perkataan Kajang lahir daripada beberapa sumber berikut: PENDAPAT PERTAMA Adalah dipercayai Kajang telah diterokai oleh orang-orang suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu. PENDAPAT KEDUA Batin Berenggai merupakan seorang pembesar di Sungai Ujong. Pernah mendirikkan pondok-pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang

27

sekarang dengan menggunakan atap mengkuang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Semperna bentuk atap mengkuang lipat kajang pondok yang didirikan itulah lahirnya nama Kajang. PENDAPAT KETIGA Menurut satu peristiwa, orang Mendaling dan orang Bugis pernah bergaduh dan bertikam akibat perkataan berkajang. Bagi orang Mendaling berkajang membawa maksud berpondok, manakala bagi orang Bugis pula ia membawa maksud bertikam atau bergaduh. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menhulu Sungai Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Klang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut tempat tersebut dipanggil dengan nama Kajang bagi mengenang peristiwa rersebut.

5.0 SEJARAH SATE KAJANG Sate di Kajang dipelopori oleh Haji Tasmin bin Sakiban pada tahun 1917. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Pada tahun 1914, Haji Tasmin sampai di Kajang melalui Sungai Langat dan berlabuh di tebing Sungai Jerlok. Haji Nor atau Wak Darmon, bapa saudara Haji Tasmin yang mengajaknya datang ke Kajang. Adik kandung Haji Tasmin iaitu Rono bin Sakiban telah sampai di Kajang lebih awal iaitu pada tahun 1911. Haji Tasmin memulakan perniagaan di Kajang dengan menu makanan sup dan nasi kepal atau ketupat. Tahun 1917, satu peniagaan lagi dimulakan iaitu sate. Sate dijual secara berkandar di sekitar kawasan Kajang bermula dari Kampung Paya Besar, Batu 14 hingga ke Pekan Kajang. Haji Tasmin

28

singgah di rumah-rumah yang memanggilnya di sepanjang perjalanannya menjaja. Rono turut membantu Haji Tasmin meniaga secara sambilan. Maklum balas dari pelanggan telah mengubah cara sate di sajikan oleh Haji Tasmin. Kebiasaannya sate di makan dengan semua pelanggan mencelup sate ke dalam satu mangkuk kuah yang besar, Haji Tasmin memperkenalkan satu mangkuk besar dan mangkuk kecil untuk setiap pelanggan. Para pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk bagi mencelup kuah. Cili juga disediakan untuk pelanggan yang ingin rasa kuah yang lebih pedas. Ada pendapat pula mengatakan Wak Jono Darmon juga menjalankan perniagaan sate selepas Haji Tasmin memulakan perniagaannya. Perniagaan sate Wak Jono Darmon diteruskan oleh anak lelakinya, Wak Bangong dan menantu lelakinya, Rono Sakiban. Pada awal 1940, sate dijual dengan menggunakan kereta tolak dan berhenti di hadapan kedai kopi Bangseng di Jalan Sulaiman sekarang. Pelanggan sate akan duduk di sekeliling kereta tolak dan ada juga makan di dalam kedai kopi. Sate di Kajang seterusnya berkembang di gerai-gerai sate.

29

Anda mungkin juga menyukai