Anda di halaman 1dari 4

EDISI 1/2018

Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak


Bangunan Rugayah, Peti Surat B241, Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuching
No. Tel : 082-230409/428157 No. Faks : 082-230405
Website : http://www.mkm.edu.my Emel : mkmsarawak@mkm.edu.my

ISI KANDUNGAN

1. Program Lestari Modal


Insan Koperasi
2. Kunjungan Hormat ke
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia di Negeri Sarawak
3. Lawatan Mesra ke
Koperasi-koperasi Bumi
Kenyalang
4. Temubual Radio RTM
5. Program Nang Rindok RTM
TV1
6. Kalendar Kursus – Mac
hingga April 2018

http://www.mkm.edu.my mkmsarawak@mkm.edu.my MKMZonSarawak MKM Zon Sarawak


Mukasurat 2

M ELESTARI
ODAL INSAN KOPERASI
:
Dasar Koperasi Negara II yang telah diperkenalkan merupakan kesinambungan kepada
usaha kerajaan dalam memantapkan lagi penyertaan sektor koperasi sebagai penyumbang
kepada peningkatan ekonomi negara. Melaluinya, usaha kepada peningkatan keupayaan
modal insan sektor koperasi telah digariskan dalam Teras Strategik Ketiga selain
menggalakkan pemikiran kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan di kalangan
anggota dan kepimpinan koperasi dan juga menekankan kepada profesionalisme di dalam
pengurusan koperasi. Selain itu, anggota dan pemimpin koperasi juga diharap mampu
menguasai ilmu berkoperasi melalui pembelajaran yang berterusan. Justeru itu, MKM Zon
Sarawak sebagai satu-satunya institusi latihan dan pendidikan koperasi di negara ini
memikul tanggungjawab penting dalam membangunkan Modal Insan dalam gerakan
koperasi bagi memastikan hasrat kerajaan dapat dicapai.

Sebagai pembuka tirai pelaksanaan program MKM pada tahun ini, MKM Zon
Sarawak telah mengadakan Program Melestari Modal Insan Koperasi bermula seawal
November 2017 sehinggalah Februari 2018 di 13 kawasan sekitar negeri Sarawak. Program
ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta memberi penerangan berkenaan
program-program latihan koperasi yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Antara
pengisian di dalam program ini termasuklah sesi ceramah “Lestari Modal Insan Koperasi”
dan di beberapa lokasi tertentu, bicara ilmu turut diadakan dengan tajuk yang berbeza di
setiap lokasi. Tidak ketinggalan, MKM Zon Sarawak turut mengundang pihak SKM untuk
turut berkongsi ilmu perkoperasian di samping penceramah jemputan daripada beberapa
agensi berkaitan. Malah, MKM turut berpeluang melaksanakan tanggungjawab sosialnya
melalui pemberian derma berbentuk makanan asas kepada masyarakat yang kurang
berkemampuan serta derma berbentuk kerusi roda kepada beberapa hospital dan klinik
awam .

Sedikit kelainan pada tahun ini di mana selain mensasarkan di kalangan warga koperasi,
program ini juga turut menggalakkan penyertaan dari kalangan masyarakat awam,
terutama di kalangan ketua-ketua kaum, ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kampung
dan juga penjawat-penjawat awam daripada pelbagai agensi. Pada tahun ini, MKM telah
menerima penyertaan seramai hampir 3,000 orang. Sementara, majlis penutupan
beberapa siri program ini juga dirasmikan oleh ahli-ahli parlimen dan dewan undangan
negeri kawasan berkenaan.

Tarikh Tempat Tema Kehadiran Dirasmikan Oleh


25/11/2017 Dewan Kampung Gedong, Lestari Modal Insan Koperasi & Bengkel Usahawan 158 YB. Dato’Hj. Mohd Naroden bin Hj. Majais
Serian Koperasi Menteri Muda E-Dagang
Menteri Muda Keusahawanan Dan Pembangunan
Perusahaan Kecil & Sederhana
16/12/2017 Pejabat Daerah Long Lestari Modal Insan Koperasi & Bengkel Usahawan 187 YB. Dato’ Henry Sum Agong
Semadoh, Lawas Koperasi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan
09/01/2018 Dewan Masyarakat Serian Lestari Modal Insan Koperasi & Bicara Ilmu 358 YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem
“Perladangan Sawit : Peluang dan Cabaran Semasa” Menteri Sumber Manusia
11/01/2018 Dewan Masyarakat Lundu Program Lestari Modal Insan Koperasi & Peluang 172 YB Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dalam Sektor Pelancongan Dalam Gerakan Koperasi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
15/01/2018 Kompleks Islam Sibu Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Potensi 181 YB Dato Sri Wong Soon Koh
Penternakan Kelulut Jana Pendapatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang dan
Menteri Kewangan kedua
16/01/2018 Dewan Bunga Raya, Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Peluang 192 Y.B Dr. Abdul Rahman Ismail
Limbang Pembiayaan dan Pinjaman Menteri Muda Pertanian Sarawak
16/01/2018 Hotel Famili Inn, Sarikei Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Potensi 210 YB Datuk Ding Kuong Hiing
Penternakan Kelulut Jana Pendapatan Ahli DUN Meradong (N46)
18/01/2018 Dewan Kampung Kalok, Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Potensi 181 YB Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim
Pusa Penternakan Kelulut Jana Pendapatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat
19/01/2018 Dewan Suarah Mukah Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Potensi 253 YB Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah
Penternakan Lebah Kelulut. Ahli Parlimen Mukah (P213)
23/01/2018 Kompleks Islam Miri Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Peluang 183 Datuk Lee Kim Shin
Pembiayaan Kepada Usahawan dan Koperasi Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
24/01/2018 Perpustakaan BDA, Lestari Modal Insan Koperasi & Ceramah Potensi 280 YB Dato’ Seri Tiong King Sing
Bintulu Penternakan Lebah Kelulut. Ahli Parlimen Bintulu (P217)
30/01/2018 Dewan Hikmah Petrajaya Bicara Ilmu Transformasi Perniagaan Melalui Platform 385 YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
Digital : Potensi Dan Peluang” Menteri Kerja Raya
06/02/2018 Dewan Layar, Pejabat Lestari Modal Insan Koperasi dan Ceramah Potensi 331 Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas
Daerah Betong Penternakan Kelulut Jana Pendapatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Mukasurat 3

KUNJUNGAN HORMAT ke

&
LAWATAN MESRA Suruhanjara Koperasi Malaysia Negeri Sarawak

Ke Koperasi-koperasi Bumi Kenyalang


: -

Selaras usaha untuk mengeratkan lagi hubungan akrab di antara


MKM Zon Sarawak dengan warga koperator Negeri Sarawak, MKM
Zon Sarawak telah mengambil pendekatan mengadakan lawatan
mesra ke beberapa buah koperasi terpilih di seluruh pelusuk bumi
kenyalang sempena program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK)
2018. Sebanyak sembilan (9) buah koperasi di Daerah Serian, Betong,
Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri telah di kunjungi sepanjang
tempoh dari 9 Januari sehingga 6 Februari 2018 antaranya Koperasi
Kampung Mujat Serian Berhad, Koperasi Batuh Silabur Serian
Berhad, Koperasi Bintulu Port Berhad, Koperasi Pulat Balingian
Mukah Berhad, Koperasi Desa lestari Tellian Tengah dan Ulu Mukah
Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Limbang Berhad, Koperasi
Keluarga Hj Mat Serudin Limbang Berhad, Koperasi Daerah Miri
Berhad, Koperasi Kariah Masjid Beladin Berhad dan Koperasi
Politeknik Metro Betong Berhad.
Selain itu, MKM Zon Sarawak juga mengambil kesempatan untuk
singgah berkunjung hormat ke pejabat-pejabat SKM di seluruh
negeri Sarawak. Antara lawatan yang sempat dijalankan adalah SKM
Bahagian Sibu, Miri, Sarikei, Sri Aman dan Kuching.
Selain mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak, lawatan tersebut juga
bertujuan untuk melihat sendiri aktiviti dan operasi perniagaan koperasi. Ianya juga
merupakan medan pertukaran idea dan maklumat di antara koperasi dan MKM, juga antara
SKM dan MKM berkenaan isu-isu semasa serta mendapatkan maklumat dan info berkenaan
keperluan koperasi dan peranan MKM untuk membantu merealisasikan perkara tersebut.
Selain itu, MKM juga mengambil peluang untuk mewar-warkan program latihan jangka
pendek dan panjang yang dianjurkan sepanjang tahun 2018 di samping memperoleh kata
sepakat dalam perihal kerjasama dalam melaksanakan program kepada gerakan koperasi di
Sarawak khususnya.
Adalah menjadi harapan MKM agar lawatan seumpamanya ini akan sedikit sebanyak
membantu pihak MKM membangunkan kursus yang lebih sesuai berdasarkan keperluan
semasa koperasi. Selain itu ianya juga diharap mampu menaikkan lagi motivasi koperator
selaras konsep turun padang dan bersama koperator oleh MKM.

TEMUBUAL RADIO RTM


:

Selain media-sosial seperti Facebook, Intragram, Twitter dan sebagainya, siaran melalui radio adalah satu medium media yang masih penting dan mudah
sampai kepada kumpulan sasaran dalam mewar-warkan berita dan maklumat. Dengan itu, sempena Program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) 2018,
Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak telah membuat liputan secara langsung dan tidak langsung mengenai program LMIK melalui radio RTM menerusi
beberapa segmen tempatan termasuklah sesi temubual bersama DJ dan Pengawai Latihan MKM Zon Sarawak di konti RTM.
MKM Zon Sarawak amat berterima kasih kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sri Aman dan Lundu yang telah membantu
menyampaikan kepada pendengar radio perkembangan MKM Zon Sarawak terutamanya program LMIK yang telah dijalankan pada tahun 2018. Hasil
kerjasama ini telah berjaya mendapat penyertaan peserta ke program tersebut pada tahun ini. Semoga kerjasama seperti ini terus terjalin dalam masa-
masa akan datang. Semoga RTM Sarawak terus unggul ditelinga pendengar Sarawak khasnya.
Mukasurat 4

PROGRAM NANG RINDOK RTM TV 1


:

Maktab Koperasi Malaysia Sarawak Zon Sarawak (MKM) julung kalinya telah dijemput ke Rancangan RTM TV1 yang bertajuk Nang Rindok terbitan RTM
Sarawak pada 20 Feb 2018 yang lalu. Program Nang Rindok ini bersiaran secara langsung di RTM 1 setiap hari Selasa mulai jam 4.05 petang sehingga 5
petang. Pengarah MKM Zon Sarawak Pn Siti Maimunah Jerni serta En Mohamad Suandi Hj Mortadza (Pensyarah Kanan MKM) telah bersama-sama
dengan Pengacara Nang Rindok, En Fadzril Hisyam.
Pada kali ini MKM Zon Sarawak telah berkongsi mengenai visi dan peranan yang dimainkan oleh MKM untuk memperkasa serta melestarikan modal
insan koperasi. Pada masa yang sama, menerusi program ini, MKM Zon Sarawak berpeluang untuk mewar-warkan kepada penonton tentang
istimewanya berkoperasi. MKM Zon Sarawak juga berharap agar penonton yang telah mengikuti rancangan ini telah memperoleh informasi yang
bermanfaat. Untuk makluman, rancangan ini boleh ditonton semula di laman web Myklik.RTM.

KURSUS SEPANJANG MAC - APRIL


Kod Setiausaha
Bil Nama Kursus Tarikh Tempat Permohonan untuk menghadiri mana-mana
Kursus Kursus
1 Q(L)W31 Pengurusan Strategik Koperasi 01 – 02/03 Miri Mohd Nazreen kursus seperti disenaraikan, boleh dibuat
Teknik Pemasaran Perniagaan Melalui dengan mengisi borang permohonan yang
2 Q(D)PT2301 05 – 06/03 Kuching Norshamilawati boleh diperolehi di pejabat MKM Zon Sarawak
Facebook
3 Q(D)BR2209 Pemasaran Strategik Pasar Mini Koperasi 12 – 14/03 Kuching Siti Zaleha atau dimuat turun melalui laman rasmi MKM.
Perakaunan Asas Menggunakan Microsoft
4 Q(L)PA1201 13 – 15/03 Miri Mohd Nazreen
Excel Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
5 Q(L)W31 Pengurusan Strategik 20 – 21/03 Sibu Norshamilawati
6 Q(L)W21 Pengurusan Kewangan Koperasi 22 – 23/03 Sibu Siti Zaleha
7 Q(L)W31 Pengurusan Strategik Koperasi 27 – 28/03 Bau Mohd Nazreen
Setiausaha Kursus
8 Q(L)PC1104 Pengurusan Keanggotaan Koperasi 28 – 29/03 Sri Aman Norshamilawati Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak
02 – Bangunan Rugayah, Jalan Song Thian Cheok
9 Q(D)PA1101 Perakaunan Asas Kuching Siti Zaleha
06/04 93100 Kuching, Sarawak
10 Q(D)BL2102 Projek Tanaman Cendawan
09 –
Kuching Mohd Nazreen
Tel : 082230409 / 428157
11/04 Faks : 082230405
10 – Emel : mkmsarawak@mkm.edu.my
11 Q(L)W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Miri Norshamilawati
11/04 Laman Web : http://www.mkm.edu.my
12 –
12 Q(L)W21 Pengurusan Kewangan Koperasi
13/04
Miri Siti Zaleha FB : MKMZonSarawak
Pengeditan Imej Kreatif : Adobe Photoshop 16 –
13 Q(D)PT3302 Kuching Mohd Nazreen
(Lanjutan) 18/04
Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung 23 –

Anda mungkin juga menyukai