Anda di halaman 1dari 1

Pada 19 Mei yang lalu, Program Penutupan MiRiCLe bersama Koperasi Kpg Lubok Punggur Simunjan

Berhad telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya. Majlis yang dimulai seawal jam 9 pagi diisi
dengan program ceramah yang bertemakan “Jatidiri dan Ukhwah Dalam Koperasi” dan sesi “Team
Building” bersama dengan anggota peneraju Koperasi Kampung Lubok Punggor Simunjan Berhad
pada sebelah petangnya. Program diteruskan lagi pada sebelah malamnya dengan acara kemuncak
iaitu Majlis Perasmian Penutupan Program MiRiCLe dan Majlis Makan Malam bersama 100 anggota
koperasi yang dirasmikan oleh YB Cik Rodiah Sapiee, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong.

Tamatnya program MiRiCLe ini bukan lah sebagai pengakhiran tapi sebagai permulaan buat koperasi
untuk “bebas terbang mencari peluang” buat kemajuan koperasi dan kemaslahatan anggota yang
menjadi nadi penting dalam koperasi.

Anda mungkin juga menyukai