Anda di halaman 1dari 8

|BULETIN KENYALANG|EDISI 1/2019|

JOM SEMBANG USAHAWAN "MEMPERKASAKAN KEUSAHAWANAN KOPERASI"

Oleh Syarifah Rohaya Hj Wan Idris


Program Jom Sembang Usahawan (JSU) sebagai mukadimah program MKM tahun 2019, telah
diadakan sekitar bulan Januari dan Februari bertemakan “Memperkasa Keusahawanan Koperasi”. KANDUNGAN
Lima lokasi telah dipilih di sekitar Sarawak dengan mensasarkan penyertaan di kalangan koperator
dan diperluaskan kepada usahawan-usahawan di kawasan sekitar. Program Jom Sembang
Program JSU yang julung kalinya telah diadakan pada 29 Januari 2019 bertempat di Hotel Grand Usahawan 2019
Margherita Kuching dirasmikan oleh Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Tn. Haji Ariffin
Mamat dan dihadiri juga oleh ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Setiap lokasi program ini membawakan beberapa sesi pengisian ilmu termasuk sesi ceramah oleh Menerima Kunjungan Ketua
pihak Angkasa berkenaan Infaq Lil Waqaf, perkongsian ilmu dan kejayaan usahawan dan juga sesi Pengarah MKM yang baru
“Sembang Santai Bersama Agensi”. MKM Zon Sarawak juga turut memberikan taklimat berkenaan
program modal insan yang ditawarkan sepanjang tahun 2019. Program ini turut dimeriahkan
dengan pembukaan booth-booth pameran agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan MKM Ke Udara Lagi
(MED) dan jualan produk koperasi.

Lokasi-lokasi program ini adalah seperti di dalam jadual berikut : Lawatan Muhibah
Ketua Pengarah ke
Koperasi Sekitar Kuching

Galeri Gambar

Kunjungan Muhibah
ke Koperasi Sempena JSU

Berita Kakitangan

Program Latihan Koperasi


2019

Wisma Sego, Lot 3593 Blok 14, TEL : 082-649409 MKMZonSarawak (+60)10.........
Laman Rasmi : www.mkm.edu.my
Salak Land District, 082-649407 mkmzonsarawak - Hotline MKMZS
Emel : mkmsarawak@mkm.edu.my
Jalan Sultan Tengah, FAKS : 082-649405
082-649406 MKMZonSarawak
93050 Petrajaya, Kuching
BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 2

Menerima kunjungan

ketua pengarah
Yang Baharu Tanggal 30 Januari 2109,MKM
Oleh Mohd Haswardi Morshidi Zon Sarawak telah menerima
kunjungan daripada Ketua
Pengarah MKM yang baharu
Tuan Hj. Ariffin bin Mamat yang lebih mesra dengan panggilan
Pak Pin. Lawatan serampang dua mata ini adalah bersempena
dengan Program Jom Sembang Usahawan Zon Sarawak yang
diadakan di Kuching pada 29 Januari 2019 dan disusuli dengan
siri lawatan muhibah Ketua Pengarah ke koperasi-koperasi
sekitar Kuching bagi menyaksikan sendiri perkembangan
gerakan koperasi di Sarawak.

Lawatan beliau menjenguk pejabat baru di susuli dengan sesi


perjumpaan dan penyampaian amanat berkenaan penstrukturan
baru sempena penjenamaan semula MKM kepada Institut
Koperasi Malaysia (IKM). Warga MKM Zon Sarawak yang
diketuai Pengarah Zon, Pn Siti Maimunah yang hadir pada hari
tersebut sangat teruja bertemu dengan beliau serta mendengar
amanat yang disampaikan. Di kesempatan yang ada juga juga
diisi dengan perasmian pelancaran Program EKSA MKM Zon
Sarawak 2019 oleh beliau.
Di akhir pertemuan, beliau sempat mengucapkan tahniah di atas
kelancaran program Jom Sembang Koperasi di Kuching yang
lepas dan ucapan terima kasih di atas sambutan yang sangat
mesra terhadap kunjungan beliau serta memberi saranan
supaya terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam
menyebarluaskan ilmu kepada koperator di negeri Sarawak
khususnya.

Coming together is a
BEGINNING, Staying together is
a PROGRESS, and working
together is SUCCESS "
SEMPENA JSU 2019 ~ HENRY FORD ~
MKM KE UDARA LAGI
Oleh Mohd
Syarifah Rohaya
Suandi Hj Wan Idris
Hj Mortadza
MKM Zon Sarawak telah berkerjasama dengan Radio Televisyen
Malaysia (RTM) Negeri Sarawak bagi mempromosikan program
Jom Sembang Usahawan 2019 di sekitar negeri Sarawak.

Untuk tujuan ini, MKM Zon Sarawak telah bersama dengan RTM
Kuching, RTM Sri Aman, RTM Sibu, RTM Miri dan RTM Limbang
bagi menyampaikan maklumat berkenaan Program Jom
Sembang Usahawan 2019. Lima kokasi utama pelaksanaan Jom
Sembang Usahawan 2019 adalah bertempat di Kuching, Betong,
Sibu, Miri dan Lawas.

Pada masa yang sama juga MKM Zon Sarawak telah


berkongsikan program latihan yang dilaksanakan sepanjang
tahun 2019 kepada para pendengar. MKM Zon Sarawak
berharap agar kerjasama erat bersama RTM Sarawak dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang.

terima kasih rtm


BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 3

LAWATAN MUHIBAH
ketua pengarah KE KOPERASI SEKITAR
KUCHING
Oleh Nurfatin Shazwani Ahmad

Lawatan rasmi ke KOPERKASA telah diadakan pada 29 Januari 2019 jam 3


petang. Ketibaan rombongan Tn. Hj Ariffin Bin Mamat, Ketua Pengarah MKM
diiringi Pn. Siti Maimunah Bt Hj Jerni tiba di Ibu Pejabat Koperasi
KOPERKASA Sarawak Berhad disambut oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
serta kakitangan KOPERKASA. Rombongan lawatan ini turut disertai oleh tiga
(3) orang pegawai latihan MKM iaitu En. Mohd Suandi Bin Mortadza, En.
Frank Meol Abdullah dan Pn. Nur Fatin Shazwani Bt Ahmad. Sedikit taklimat
ringkas disampaikan oleh Hj. Jaya Suria Bin Muss, Pengurus Besar
KOPERKASA. Pihak MKM juga dibawa untuk “tour” di sekitar premis. Lawatan
ini berakhir pada jam 4 petang.

Sesudah itu, rombongan terus menuju ke pusat pembuatan barangan plastik


milik KUEK AND KUEH PACKAGING INDUSTRIES. Di sana, rombongan telah
dibawa melawat beberapa bahagian di kawasan kilang pembuatan dan
diterangkan tentang proses yang terlibat. Lawatan berakhir sekitar jam 6.00
petang.

Pada hari berikutnya, seawal jam 9.00 pagi, rombongan MKM diketuai oleh
Ketua Pengarah MKM bersama Pengarah MKM Zon Sarawak, Pn Siti
Maimunah Hj jerni dan beberapa pegawai, En. Mohd Haswardi Hj Morshidi,
Pn. Syarifah Rohaya Hj Wan Idris dan Pn. Nur Fatin Shazwani Ahmad melawat
pula KOBAGUS (Koperasi Guru Bumiputera Sarawak Berhad). Ketibaan
rombongan di Ibu Pejabat KOBAGUS disambut oleh beberapa ahli Lembaga
Koperasi (ALK). Sedikit taklimat ringkas disampaikan oleh En. Talip Joperi,
Timbalan Pengerusi KOBAGUS. Rombongan MKM juga dibawa untuk melawat
sekitar premis dan kedai dobi milik koperasi. Lawatan ini berakhir pada jam
10.30 pagi.

Rombongan MKM meneruskan program lawatan ke KoPUSAKA pula pada jam


11 pagi. Di sana, rombongan disambut mesra oleh Puan Hjh Fatimah,
Pengurus koperasi dan beberapa kakitangan. Sebelum diadakan perbincangan,
rombongan telah dibawa melawat ke pejabat koperasi, Day Care PUSAKA dan
Muzium PUSAKA.  Taklimat ringkas mengenai koperasi telah disampaikan
oleh En. Awg. Mentali, Setiausaha KOPUSAKA disusuli dengan sesi
pertukaran cenderahati dan seterusnya rombongan dijamu dengan makan
tengahari di Cafe juga milik koperasi. Lawatan ini berakhir pada jam 12.30
tengah hari.

terima kasih TIDAK TERHINGGA KEPADA KOPERASI DI ATAS KESUDIAN


MENERIMA KUNJUNGAN KAMI...
SEMOGA KOPERASI KALIAN TERUS MENEMPA KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN
PADA MASA MENDATANG
BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 4

GALERI GAMBAR

atok Berhad
erasi Peserta FELCRA Sar
Koperasi KR Kop
T Lawas Be i Berhad
rhad Koperasi Bersatu Timur Mir

Ladang Kelulut
Muzium Perkayuan PUSAKA Kueh and Kuek Packaging Industries

Koperasi Dayak Maju


Koperasi PIBG SK Ulu Ranan ur Miri Bhd Miri Bhd
Kanowit Bhd Koperasi Bersatu Tim

ratok Bhd
Koperasi Je si KPSM Daerah Sa
Koperasi Kariah Masjid Darulhana Lambir Bhd lupang Roban Sara Kopera
tok Bhd
BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 5

SEKITAR AKTIVITI SEPANJANG SUKU TAHUN PERTAMA

SEKITAR AKTIVITI
JOM
SEMBANG
USAHAWAN
2019
BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 6

SEMPENA JOM SEMBANG USAHAWAN 2019


LAWATAN MUHIBAH KE KOPERASI TERPILIH
DI SARAWAK
Oleh Frank Me-ol

Sempena program JSU 2019 yang di adakan sejajar dengan promosi Program Latihan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 2019, MKM
Zon Sarawak telah mengambil kesempatan mengadakan lawatan muhibah ke beberapa buah koperasi terpilih di seluruh Negeri
Sarawak iaitu di Kuching, Betong, Sibu, Miri dan Lawas. Objektif lawatan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara MKM
dengan koperator selain untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan perniagaan dan pengurusan koperasi. Lawatan juga
membolehkan pihak MKM menilai bagaimana koperasi yang dilawati dapat dibantu dari segi latihan dan pembangunan modal insan
koperasi. Di Kuching, tiga buah koperasi telah dilawati pada 29 dan 30 Januari 2019 iaitu KOPERKASA, KOPUSAKA dan KOBAGUS.
Menariknya lawatan tersebut turut sama disertai oleh Ketua Pengarah MKM yang baharu iaitu Tn Hj Ariffin bin Mamat. Ianya
merupakan lawatan pertama beliau ke Kuching selaku Ketua Pengarah MKM.

Secara keseluruhannya sebanyak 14 buah koperasi telah di lawati seperti berikut;

Sepanjang lawatan pihak MKM telah diberi taklimat oleh ALK dan pengurusan koperasi berkenaan aktiviti perniagaan koperasi,
cabaran, isu dan perancangan masa depan koperasi. Dalam masa yang sama pihak MKM turut di bawa melawat ke tapak operasi
perniagaan koperasi. Walaupun tempoh lawatan yang singkat, pihak MKM berharap lawatan tersebut mampu memupuk silaturahim
yang lebih erat di antara koperasi dengan pihak MKM selain mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan liku-liku perniagaan
yang sedang di ceburi oleh koperasi. Ianya juga merupakan medan terbaik untuk MKM berkongsi bidang kepakaran untuk
membantu koperasi tersebut untuk terus berjaya di dalam bidang yang di ceburi.
BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 7

BERITA KAKITANGAN
MAJLIS PERKAHWINAN PN. SYARIFAH ROHAYA HJ. WAN IDRIS

Majlis telah berlangsung


pada 7 dan 8 Disember 2019 bertempat di
kampung halaman beliau di Kampung Bungin,
Spaoh, Betong.

SELURUH WARGA MKM SARAWAK


MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN
BARU DAN TAHNIAH ... DAN SEMOGA
IKATAN YANG DIBINA KALI INI AKAN
BERKEKALAN HINGGAH KE JANNAH
ALLAH SWT.

SELAMAT KEMBALI KEPADA EN. HAMIZAH MOHD NADZIR


Beliau telah diarahkan kembali berkhidmat
di MKM Zon Sarawak bermula 1 Februari
2019. Sebelum ini, beliau berkhidmat di
MKM Zon Utara (Kedah) selama lebih 4
tahun sejak 2015.
SELURUH WARGA MKM SARAWAK
MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI
KEPADA BELIAU DAN SELAMAT
MENJALANKAN TUGAS DAN BERBAKTI
KEPADA GERAKAN KOPERASI DI SARAWAK
BUMI KENYALANG....

PERPINDAHAN EN. YUSMAN YACOB KE IBU PEJABAT


Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pusat
Penyelidikan & Konsultasi (CRC)di MKM
Petaling Jaya, Selangor bermula Mac 2019.

SELURUH WARGA MKM SARAWAK


MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN
KEPADA BELIAU DAN SELAMAT
MENJALANKAN TUGAS DI TEMPAT
BARU. SEMOGA MAJU JAYA DAN KEKAL
UKHWAH YANG TERJALIN WALAU DI
MANA JUA KITA BERADA...
BULETIN KENYALANG | EDISI 1/2019 MUKASURAT 8

PROGRAM MODAL INSAN KOPERASI


MKM ZON SARAWAK 2019
MKM telah mendapat kelulusan Parlimen pada 20 Disember 2018 untuk menukar Akta Maktab Kerjasama
(Pindaan) yang membolehkan nama MKM ditukar kepada Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan akan diwartakan
dalam masa terdekat. Dengan penjenamaan yang baharu, MKM akan memberi tumpuan kepada pembangunan
program latihan yang komprehensif, relevan dan dinamik, sejajar dengan keperluan masa kini dalam
meningkatkan sosio-ekonomi anggota dan memartabatkan bidang keusahawanan dalam gerakan koperasi.

Bagi tahun 2019, kursus jangka pendek bermula sekitar bulan Februari, bermula dengan kursus Pengurusan
dan Pentadbiran Koperasi ( Wajib 1) telah dijalankan pada 18–19 Februari di Kuching dengan kehadiran seramai
36 orang peserta. Pada 26-27 Februari pula, kursus Pengurusan Strategik Koperasi ( Wajib 3) di Hotel Seri
Malaysia Lawas telah diadakan dengan kehadiran seramai 58 orang peserta. Kedua-dua kursus ini adalah wajib
bagi Anggota Lembaga Koperasi bagi melayakkan mereka memegang jawatan di koperasi menurut Garis
Panduan 5 SKM yang dikeluarkan pada tahun 2009.

Selain kursus wajib, MKM Zon Sarawak juga mengadakan kursus Q(L)PA1201 Perakaunan
Asas (MS Excel) pada 26 Februari–01 Mac di Hotel Kingwood Sibu. Kursus yang dijalankan
selama 4 hari melibatkan kehadiran seramai 33 orang peserta dari seluruh bahagian Sibu.
"Orang-orang yang berhenti
Selain kemahiran perakaunan, kursus ini juga mengajar peserta untuk memahirkan diri
belajar akan menjadi pemilik
dengan perisian Microsoft Excel semasa menyediakan Kunci Kira-Kira koperasi.
masa lalu...
Dan orang-orang yang masih
Banyak lagi kursus yang dirancang oleh MKM Zon Sarawak dalam membantu koperator terus belajar, akan menjadi
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan koperasi. Jom kita hadir kursus. pemilik masa depan"
JOM KITA HADIR KURSUS MARIO TEGUH

KURSUS AKAN DATANG..... Permohonan untuk


menghadiri mana-mana
kursus seperti disenaraikan,
boleh dibuat dengan mengisi
borang permohonan yang
boleh diperolehi di pejabat
MKM Zon Sarawak atau
dimuat turun melalui laman
rasmi MKM. Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi :
Setiausaha Kursus
MKM Zon Sarawak
Wisma Sego, Petrajaya
Tel : 082649409 / 649408
Faks : 08649405 / 649406
mkmsarawak@mkm.edu.my
FB : MKMZonSarawak

Anda mungkin juga menyukai