Anda di halaman 1dari 12

Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan

Latihan Inovatif, Koperasi Progresif

Bil 1/2015

Edisi Januari - April

idang hartanah merupakan salah satu aktiviti


yang mampu memberi pulangan yang menguntungkan dan mampu memacu ekonomi koperasi seterusnya menyumbang kepada keberhasilan negara.
Walaubagaimanapun, tidak banyak koperasi menOleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
yedari tentang peluang-peluang ini sedangkan terdapat
koperasi yang memiliki sumber dana yang mencukupi
Bicara Profesional pada kali ini
untuk terlibat di dalam bidang ini. Justeru itu, MKM
telah dirasmikan oleh Ketua
Cawangan Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan Pengarah MKM, Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Abdul Rahman
program ilmu ini.
Abdul Razak Shaik.
Sebanyak dua kertas
kerja telah
dibentangkan iaitu
Potensi Industri
Hartanah
Membangun
Ekonomi Koperasi
oleh Encik Radiatul
Fitri Dollah, Ketua
Penolong Pengarah,
Bahagian
Pembangunan
Perniagaan, SKM dan
Perkongsian Kejayaan Koperasi Di Dalam Bidang
Hartanah oleh Tn. Hj. Mazlun Mustafa, Pengurus Besar
Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Initipati pembentangan
kertas kerja oleh kedua orang penceramah adalah berkenaan
Program selama setengah hari ini bersempena Promosi
skop dan perkembangan serta isu semasa berkaitan industri
Program Latihan MKM 2015 telah berlangsung pada 08
hartanah di Sarawak serta potensi industri ini sebagai salah satu
Januari 2015 di Hotel Imperial, Miri dan 15 Januari
sumber ekonomi koperasi dan perkongsian pengalaman dalam
2015 di Hotel Imperial, Kuching. Ianya telah dihadiri
aktiviti hartanah yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber
perniagaan yang boleh dimanfaat oleh koperasi ke arah
oleh 110 orang anggota koperasi di bahagian Miri dan
meningkatkan ekonomi dan sosial anggotanya.
180 orang anggota di bahagian Kuching/Samarahan/
Selain
pembentangan
kertas kerja, para peserta juga diberikan
Serian. Malah, koperator daripada
taklimat berkenaan program latihan sepanjang tahun 2015 oleh
negara jiran, Brunei Darussalam juga menghadiri
pegawai latihan MKM Sarawak.
program ini.

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

BERITA DARI BUMI KENYALANG


Bicara Profesional : Industri Hartanah
Koperasi
Siri Kunjungan Hormat Pengarah Cawangan
Sarawak ke Agensi dan Jabatan di Kuching
Sekitar Promosi Program Latihan MKM 2015
Mesyuarat Penyelarasan Program MKM Bersama SKM dan ANGKASA Peringkat Negeri
Sarawak
Hebahan Program MKM di Corong Radio
RTM Negeri Sarawak
SUDUT ARTIKEL
Program TUKAR : Satu Suntikan Baru
Peruncitan Koperasi di Sarawak
Koperasi dan Pengurusan

~1~
~4~
~5~
~6~

~6~

BERITA DARI NEGERI DI BAWAH BAYU


Bicara Profesional : Pelancongan dalam
~ 9~
Gerakan Koperasi di Malaysia
Kunjungan Muhibbah Koperasi
~ 9~
Perbincangan Pembinaan Pusat Latihan
~ 10 ~
1MTC
Lawatan Penilaian Pensijilan Homestay
~ 10 ~
Sidang Video Sempena Perhimpunan Bu~ 10 ~
lanan Kakitangan MKM

~7~

Kunjungan Muhibbah Pengarah Baru


Cawangan Sabah ke Agensi KPDNKK

~8~

KALENDAR KURSUS BULAN MEI - OGOS 2015

~ 11 ~

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera,


Salam 1Malaysia dan Salam 1Koperasi,

PENASIHAT
Siti Maimunah Hj Jerni
Pengarah Cawangan Sarawak

Najmah Nawawi
Pengarah Cawangan Sabah
KETUA EDITOR
Syarifah Rohaya Wan Idris
MKM Cawangan Sarawak

Mohd Pisah Ali


MKM Cawangan Sabah
EDITOR
Frank Me-ol Abdullah
Dyg Adelina Hj Abg Muan
Yuslinah Pungut
(MKM Cawangan Sarawak)

Ridzuan Hj Saudi
Mohd Noor Juan
(MKM Cawangan Sabah)
JURUFOTO
Ebiet Bustamin Ismail
Mohd Nasrik Noorbasah

Maklumat Lanjut :
Maktab Koperasi Malaysia
Bangunan Rugayah, Peti Surat B241
Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuching
Tel : 082230409/428157
Faks :082230405
Mukasurat 2

Syukur Alhamdulillah, MKM Cawangan Sarawak dan Sabah telah pun


melangkau ke tahun 2015 dengan memainkan peranan penting
dalam bidang latihan dan pendidikan koperasi, khususnya di tanah
Borneo ini. Buletin Bayu Kenyalang yang julung kalinya diterbitkan ini
diharapkan dapat dijadikan sebagai wahana ilmu yang bermanfaat
serta memaparkan aktiviti yang dijalankan oleh MKM untuk tatapan
pembaca sekalian.
Sebanyak 3 keluaran buletin akan diterbitkan pada tahun ini dan
melalui keluaran Buletin Bayu Kenyalang Bil 1/2015 ini, kami sajikan
kepada pembaca agenda-agenda MKM Sarawak/Sabah yang telah
berlangsung sepanjang bulan Januari hingga April 2015. Antaranya, suasana sekitar majlis
promosi program latihan MKM 2015, program bicara professional Industri Hartanah
Koperasi, siri lawatan Pengarah MKM Sarawak dan Sabah ke agensi-agensi berkaitan di sekitar ibu negeri, serta promosi program MKM melalui hebahan di RTM Negeri.
Hakikat yang perlu kita akui, bidang koperasi sememangnya memainkan peranan penting
dalam pembangunan ekonomi Negara, juga kepada masyarakat sekitarnya. Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah kementerian yang
dipertanggungjawabkan untuk memantau tujuh agensi di bawahnya, dan MKM adalah salah
satu di antara agensi berkenaan di samping Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank
Rakyat. Banyak usaha-usaha bermanfaat yang dijalankan oleh pihak kementerian serta agensi
yang terlibat secara langsung dengan gerakan koperasi dengan harapan gerakan koperasi
mampu berdaya maju dan berdaya saing seiirng dengan sektor-sektor yang lain. Malah, banyak juga aktiviti yang dijalankan menggunakan pendekatan mendekatkan diri dengan para
koperator di seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah.
Dikesempatan ini juga kami warga MKM Sarawak dan Sabah sangat mengalu-alukan kehadiran Pengarah Cawangan yang baru, iaitu Puan Siti Maimunah Hj Jerni (Pengarah Cawangan Sarawak) dan Puan Najmah Nawawi (Pengarah Cawangan Sabah) yang telah mula melaporkan diri pada Disember 2014. Semoga dengan kepimpinan mereka, MKM Cawangan akan
dapat membantu MKM merealisasikan visi dan misi dengan jayanya. Tidak dilupakan juga,
sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan pengarah cawangan Sarawak,
iaitu Encik Ngadi Robin dan Puan Rahimah Abd Samad, mantan pengarah cawangan Sabah di
atas jasa dan sumbangan mereka selama berkhidmat sebagai pengarah cawangan masingmasing.
Akhir kata, selamat berkoperasi dan harapan kami warga MKM Cawangan Sarawak/Sabah
semoga keluaran Buletin yang julung kalinya ini dapat menjadi bahan maklumat dan bacaan
yang bermanfaat kepada pembaca sekalian.
Sekian. Salam 1Koperasi.
Syarifah Rohaya Wan Idris

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Mukasurat 3

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Dayang Adelina Abang Muan

Pengarah MKM Sarawak yang baru, Pn. Siti Maimunah


Hj Jerni telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat agensi-agensi di bawah KPDNKK dan agensi di
bawah kerajaan Negeri Sarawak sejak beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah di MKM Sarawak.
Lawatan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara MKM Sarawak dan agensi
tersebut .
Pejabat SKM Negeri Sarawak, 08 Disember 2014

Pejabat SSM, 09 Disember 2014

Pejabat MYIPO, 10 Disember 2014

Pejabat KPDNKK, 11 Disember 2014

Pejabat PNS, 11 Disember 2014


Bersama Ketua Pengarah MKM ke pejabat
ANGKASA Sarawak, 9 Januari 2015

Lawatan daripada Kop. FELCRA Samarahan, 26


Januari 2015
Menerima Lawatan Drpd Prof Dr Abd
Jumaat Mahajar, Ahli Majlis MKM, 5
Februari 2015

Lawatan Ke Pejabat Belia Dan Sukan,


9 Februari 2015

Lawatan Ke Pejabat Usahawan Bumiputera


Sarawak, 25 Februari 2015

Mukasurat 4

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris


Promosi di Hotel Imperial, Kuching
15 Januari 2015

Promosi di Hotel Kemena Asyikirin, Bintulu


13 Januari 2015

Saban tahun, MKM akan


mengadakan promosi bagi
Program Latihan Tahunannya.
Berlainan pada tahun ini, MKM
menggunakan pendekatan kerjasama
dengan agensi di bawah KPDNKK yang
terlibat dengan koperasi untuk turut
sama di dalam setiap program
promosi yang diadakan. Setiap
taklimat MKM akan disusuli dengan
taklimat daripada SKM dan ANGKASA.
Selain diadakan di hotel-hotel,
sebahagian daripada program
promosi juga melibatkan lawatan
muhibbah ke koperasi-koperasi
terutamanya yang berada di kampung
-kampung dan jauh dari pusat bandar.
Adalah diharapkan dengan usahausaha dan pendekatan yang
dijalankan akan dapat mewujudkan
penyampaian maklumat yang
menyeluruh dan berkesan kepada
seluruh anggota koperasi di negeri
Sarawak khususnya.

Promosi di Hotel Imperial, Miri


08 Januari 2015

Promosi di Hotel Dragon Inn, Sarikei


08 Januari 2015

Promosi di Hotel Tanah Mas, Sibu


13 Januari 2015

Promosi di Dewan Ranchan, Serian


13 Januari 2015

Koperasi Penanam Sawit Mampan Serian

KOBERA Tarat Serian Bhd

Promosi di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman


13 Januari 2015
Koperasi Bunan Serian Bhd
Koperasi Lebur Baru Serian Bhd

~ Sekalung penghargaan dan terima


kasih kepada koperasi yang sudi menerima
kehadiran kami & memberikan kerjasama yang
sangat membina~

Koperasi Mentu Tapu Serian Bhd


Koperasi Paon Gahat Serian Bhd

Koperasi Komuniti Kpg Mujat Serian Bhd


Mukasurat 5

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Dyg Adelina Abg Muan

esyuarat Jawatakuasa Pelarasan Program Latihan Koperasi 2015 Peringkat


Negeri Sarawak yang diselaraskan oleh MKM Sarawak telah diadakan di
Hotel Imperial Miri pada 8 Januari 2015 dan di pengerusikan oleh Ketua
Pengarah MKM, Prof. Madya Dr Abdul Rahman bin Abdul Razak Sheikh. Ianya dihadiri oleh seramai 13 orang terdiri daripada 8 orang kakitangan MKM Sarawak termasuk Pengarah Cawangan, Pn Siti Maimunah bin Jerni, 3 orang wakil dari SKM Sarawak yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), En. Basuini Bin Ali
dan 2 orang wakil dari ANGKASA Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan
Negeri, Haji Yusuf bin Haji Samah.
Objektif mesyuarat diadakan bertujuan untuk membuat penyelarasan kursus yang
dianjurkan oleh MKM, SKM dan ANGKASA di negeri Sarawak. Terdapat beberapa
perubahan telah dibuat dari aspek pelaksanaan tarikh dan diharapkan perubahan
yang telah diputuskan tersebut mampu menghasilkan kalendar program latihan
koperasi menyeluruh yang lebih konsisten dan bersepadu.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelarasan Program Latihan Koperasi ini akan diadakan
sebanyak 3 kali setahun dan mesyuarat susulan untuk kali kedua akan dianjurkan
oleh SKM Negeri Sarawak pada bulan Julai 2015 diikuti penganjuran oleh ANGKASA
Sarawak pada satu
tarikh yang akan
ditetapkan kelak.

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Oleh : Yuslinah Pungut

eberkesanan liputan media dalam


mempromosikan
produk dan perkhidmatan
memberi impak mendalam terhadap masyarakat di Malaysia.
Liputan media melalui ruangan
internet, majalah, stesen televisyen dan radio telah menarik
perhatian MKM dalam mempromosikan perkhidmatannya
di kalangan masyarakat dan
koperator di Malaysia khasnya.
Oleh itu, MKM telah bekerjasama dengan RTM dalam
usaha MKM mendekatkan diri
kepada masyarakat dan koperator di setiap negeri di Malaysia.
MKM Sarawak juga telah mengambil langkah membuat hebahan mempromosikan program
latihannya di corong radio RTM
bahagian Miri, Kuching, Bintulu,
Sibu dan Sri Aman sepanjang bulan Januari sempena bulan promosi program latihan MKM
2015. Hebahan melalui radio telah dijalankan di stesen Radio
RTM tempatan yang melibatkan
Pegawai Latihan MKM Cawangan Sarawak sendiri. Adalah diharapkan anggota koperasi di Sarawak
khususnya dapat mengikuti latihan perkoperasian yang disediakan di
MKM Sarawak khasnya di kampus Kuching. Sebanyak 78 buah kursus
ditawarkan sepanjang 2015.
Mukasurat 6

Majlis yang turut dihadiri oleh


Timb. Ketua Pengarah Akademik,
Pn. Norwatim Abd Latif dan beberapa kakitangan MKM Petaling
Jaya serta ketua-ketua agensi
cawangan Sarawak di bawah
KPDNKK ini merupakan penghargaan kepada mantan Pengarah
MKM Cawangan Sarawak, En.
Ngadi Robin di atas sumbangan
beliau selama berkhidmat dengan
MKM. Beliau mula berkhidmat
sebagai pegawai latihan pada tahun 2000 ketika MKM berpejabat
di Bangunan Melor, Satok dan
pegawai latihan pertama yang
melaporkan diri pada masa itu.
Banyak usaha beliau dalam membantu MKM memperkasakan modal insan di kalangan koperasi di Sarawak
khususnya, dengan pengalaman beliau selama
bertugas di SKM
(dahulunya JPK) sebelum menjawat jawatan di
MKM serta penulisan
buku beliau berkaitan
gerakan koperasi di
negeri Sarawak di samping penuliasan lain
sepanjang perkhidmatan
beliau. Kami warga MKM
Sarawak mengucapkan
selamat maju jaya dalam
apa jua lapangan yang
diceburi selepas persaraan beliau dan sesungguhnya, Jasamu akan kami kenang
sepanjang zaman.

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Frank Me-ol Abdullah

erniagaan pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu perniagaan yang


cukup matang dan sinonim apabila dikaitkan dengan sektor koperasi di Malaysia
khasnya di Sarawak. Menurut Jamilah Din et.al.(2008) sebanyak 24.5 peratus
ataupun 52 buah koperasi luar bandar di Sarawak yang dimiliki oleh bumiputra menjalankan
perniagaan peruncitan yang di jalankan dalam skala kecil dan sederhana. Maklumat terkini
daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga penghujung tahun 2014
menunjukkan terdapat 69 buah koperasi di Sarawak terlibat di dalam bidang peruncitan
manakala 11 buah koperasi terlibat di dalam bidang pemborongan. Jumlah penglibatan
koperasi yang kian meningkat menunjukkan wujudnya potensi di dalam bidang tersebut yang perlu di rebut oleh
koperator sebagai salah satu peluang dalam meningkatkan sosio ekonomi anggotanya.
Walaubagaimanapun, arus globalisasi serta perubahan dalam tabiat atau tingkah laku pembeli, sikap dan
corak pembelian selain penyusunan semula industri peruncitan telah memberikan impak yang besar kepada peniaga kecil-kecilan terutamanya kepada koperasi. Pertumbuhan kompleks membeli-belah dan pasaraya antarabangsa yang tertumpu di kawasan bandar-bandar besar memberikan persaingan yang hebat kepada sektor peruncitan koperasi. Menurut Azlah et. al. (2005), pertumbuhan pasaraya besar dan kompleks membeli-belah telah
meningkat sementara peratusan kedai runcit telah mengalami penurunan akibat daripada proses urbanisasi di
kawasan bandar-bandar maju. Peluang yang amat besar di dalam sektor peruncitan negara yang dijangka
menyumbang sehingga RM156 billion menjelang tahun 2020 (ETP, 2010) hanya dapat dinikmati oleh koperator
jika mereka keluar dari tampuk lama dan mengubah corak perniagaan mereka.

Menyedari permasalahan tersebut, pihak kerajaan melalui SKM pada tahun 2011 telah memperkenalkan Program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) kepada koperasi-koperasi yang memenuhi kriteria program tersebut. Antara kriteria yang ditetapkan adalah :

Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993


Memiliki kedai runcit sedia ada sama ada milik sendiri ataupun sewaan jangka panjang
Nilai jualan kedai runcit sekurang-kurangnya RM200/hari
Pengurusan dan pentadbiran koperasi yang baik
Mematuhi perundangan koperasi

Antara lain, program tersebut merupakan


sebahagian daripada pendekatan ETP (Program Transformasi Ekonomi) di bawah bidang pemborongan dan
peruncitan yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan per kapita Negara daripada RM23,700 kepada
RM48,000 menjelang tahun 2020. Melalui program
TUKAR kerajaan akan memperuntukkan geran di
antara RM50,00 hingga RM60,000 kepada koperasi
yang layak bagi membiayai kos menaiktaraf premis
koperasi sedia ada, pembelian peralatan seperti gondola dan pembelian Sistem POS.
Sehingga penghujung 2014, sebanyak 46 buah
koperasi di Sarawak telah menjalani program TUKAR dan pembaharuan kepada peruncitan koperasi ini telah
mula membuahkan hasil bukan sahaja kepada rupa bentuk fizikal kedai bahkan juga kepada perolehan dan pengurusan kedai koperasi bak pepatah Lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang." Adalah menjadi harapan
agar Program tersebut benar-benar dapat
membantu hasrat kerajaan dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus menyumbang secara lebih ketara kepada KDNK Negara.

Mukasurat 7

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Yusri Tarip

alam memperkatakan tentang pengurusan sesebuah koperasi,


masih banyak yang perlu diperbaiki dan dihalusi. Gerakan
koperasi di Malaysia seharusnya berusaha lebih gigih agar dapat meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi Negara. Sebagai sektor
ketiga penting selepas sektor awam dan swasta di dalam pembangunan ekonomi, koperasi hendaklah diurus dengan lebih profesional tanpa melupakan
falsafah penubuhannya.
Koperasi berpotensi untuk dimajukan dengan syarat segala kelemahan
yang ada kini diperbaiki secepat mungkin. Penggembelengan tenaga, masa
dan wang ringgit dalam kalangan koperasi perlu dipertingkatkan. Dasar dan hala
tuju koperasi perlu jelas dan dimantapkan. Anggota juga harus faham matlamat berkoperasi.
Gerakan koperasi tidak boleh menggunakan cara lama sebaliknya anjakan paradigma perlu dilakukan demi kebaikan
seluruh anggota dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Untuk merealisasikannya, budaya kerja dalam koperasi mestilah profesional dengan pengurusan yang baik, penyelewengan sifar, bertanggungjawab dan beretika.
Secara umum, pengurusan dan pentadbiran kebanyakan koperasi dalam negara ini masih bergantung sepenuhnya
pada sumbangan tenaga dan pemikiran secara sukarela. Pengurusan yang kurang mahir dan kurang berpengetahuan menyebabkan koperasi tenggelam atau tertinggal dalam persaingan dengan sektor awam dan swasta.
Koperasi tidak boleh bersifat konvensional dan berskala kecil. Gerakan ini dilihat perlu meningkatkan kredibaliti
dengan mengamalkan pengurusan yang profesional tanpa melupakan falsafah penubuhannya, iaitu keperluan mengimbangi keuntungan dengan keperluan kebajikan anggota-anggotanya. Kebajikan anggota tidak boleh datang begitu sahaja tanpa sumber kewangan yang diperoleh daripada keuntungan perniagaan koperasi. Di sinilah
pentingnya pengurusan berkesan dengan memungkinkan koperasi mengaut keuntungan yang boleh digunakan untuk memenuhi kebajikan anggota. Namun proses melahirkan pengurusan koperasi yang mampu memenuhi aspirasi
anggota memerlukan kesungguhan anggota itu sendiri mendukung falsafah berkoperasi, iaitu faham matlamat berkoperasi.
Jelasnya pengurusan dalam sebuah koperasi sebenarnya menjadi permulaan suatu pusingan. Setiap permulaan satu
pusingan yang lengkap, aspek pengurusan akan memastikan elemen-elemen dalam pusingan tersebut
kait dan berinteraksi antara satu dengan lain. Pengurusan akan memungkinkan keuntungan, manakala
keuntungan menjadi kemestian mengadakan kebajikan anggota yang akhirnya melengkapkan matlamat berkoperasi iaitu memenuhi keperluan ekonomi anggota dengan menjana keuntungan untuk memenuhi kebajikan anggota.
Kesimpulannya pengurusan menjadi nadi utama kewujudan sebuah
koperasi yang berakhir di titik sasaran iaitu sebagai penyumbang ekonomi dan kebajikan anggota-anggotanya seterusnya pemangkin
kepada ekonomi Negara.

Mukasurat 8

ber-

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Mohd Pisah Ali

Baru-baru ini, MKM Cawangan Sabah telah mengadakan majlis Bicara


Profesional yang bertema Pelancongan Dalam Gerakan Koperasi di
Malaysia: Prestasi, Isu dan Cabaran. Majlis yang dirasmikan oleh
Ybhg Prof Dr. Abdul Rahman Shaik, Ketua Pengarah MKM telah
diadakan di Kota Kinabalu iaitu di The Palace Hotel pada 12 Februari
2015. Objektif penganjuran Bicara Profesioanal adalah bertujuan
memberi pendedahan kepada gerakan koperasi mengenai rantaian
dalam industri pelancongan, mengenalpasti prestasi, isu dan cabaran
dalam industri pelancongan dan memahami kepentingan industri
pelancongan sebagai sumber keberhasilan utama Negara. Dalam pada
masa yang sama juga, melalui majlis ini akan dapat menjalinkan sinergi
yang proaktif antara koperasi dengan pengusaha aktiviti pelancongan di Malaysia. Sambutan yang diberikan oleh
para koperator pada majlis Bicara Profesional kali ini amat menggalakkan. Seramai 140 orang telah hadir yang
terdiri daripada pegawai jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin-pemimpin koperasi, Anggota-anggota koperasi
serta pengusaha-pengusaha pelancongan yang berminat terhadap gerakan koperasi. Tiga orang penceramah
jemputan dari pelbagai agensi telah diketengahkan bagi membincangkan topik yang diberikan iaitu Sabah Tourism
Board, membincangkan tajuk Prestasi, Isu dan Cabaran Pelancongan di Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
membincangkan tajuk mengenai Bidang Keberhasilan Utama Koperasi Pelancongan dan Realiti? Manakala
Universiti Malaysia Sabah, mengupas mengenai tajuk Kemasyarakatan:
Usahasama antara Pengusaha Pelancongan dengan Masyarakat
Setempat.
Tajuk tersebut dipilih berdasarkan beberapa faktor, antaranya
Industri Pelancongan merupakan salah satu bidang keberhasilan utama
yang diberi tumpuan oleh kerajaan kepada gerakan koperasi, malah
berpotensi untuk menjana pendapatan koperasi di Sabah khususnya.
Selain daripada itu Negeri Sabah yang memiliki muka bumi yang menarik
turut diminati oleh pengunjung dalam negara dan luar Negara. Di dalam
ucapan perasmian, Ybhg Prof Dr. Abdul Rahman Shaik telah menekankan
bahawa dengan pengajuran Bicara Profesional ini akan dapat membantu
bagi memastikan gerakan koperasi berkembang di dalam suasana yang kondusif dan boleh memberi rangsangan
ekonomi serta tidak terpinggir dalam arus perdana.

Oleh : Nur Raida Fariza Patrek Abdullah

Pada 03 Februari 2015, MKM


Cawangan Sabah telah menerima kunjungan muhibbah daripada Koperasi
Etnik Makiang Kinabatangan Berhad dari Kinabatangan, Sandakan. Pengerusi
Koperasi iaitu Encik Mahali bin Makiang bersama-sama dengan sembilan
orang anggota lembaga yang lain telah hadir. Selain ingin mengenali pengarah MKM yang baru, kunjungan tersebut juga bertujuan membincangkan
kursus wajib yang dirancang oleh koperasi tersebut bersama lima buah
koperasi lain di daerah Tongod khusus untuk ALK koperasi-koperasi berkenaan. Cadangan tarikh, tempat dan jumlah peserta turut dibincangkan. MKM
Cawangan Sabah bersedia memberikan komitmen dan kerjasama terhadap
cadangan berkenaan. Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Timbalan Pengarah Kanan dan Penolong Pengarah MKM Cawangan Sabah.

Mukasurat 9

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Mohd Noor Juan

Pada awal Januari 2015, MKM Sabah telah menerima kunjungan muhibbah
daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki, (IAB) Cawangan Sabah serta rombongan bagi mengadakan perbincangan awal berkenaan dengan hasrat ataupun
cadangan membina Pusat Latihan 1MTC di tanah IAB, Mukim Menggatal,Sabah.
Pada perbincangan tersebut pihak IAB Sabah mempelawa agensi-agensi
kerajaan persekutuan terutamanya yang mempunyai fungsi latihan untuk bersamasama dan bekerjasama membina pusat Latihan 1MTC tersebut. MKM Sabah pada
amnya berminat dengan cadangan
tersebut dan akan mengusulkannya ke
peringkat pengurusan atasan MKM. Konsep yang digunakan dalam cadangan
pembinaan Pusat latihan tersebut adalah melalui NBOS (New Blue Ocean Strategy) dan cadangan dilaksanakan pada bajet RMK11. Melalui program ini, agensi
yang berminat akan mendapat manfaat bersama. Disamping itu juga dengan
kaedah NBOS ini, pihak yang terlibat dapat berkongsi pengalaman dari aspek
kepakaran, perkongsian kemudahan serta menjalinkan hubungan sesama agensi
kerajaan persekutuan Sabah selain meningkatkan pembangunan modal insan
samada dalam bidang pengurusan sekolah ataupun pengurusan koperasi.

Oleh : Ridzuan Saudi

Pada 3 Februari 2015, MKM cawangan Sabah, diwakili Ridzuan Saudi dan
George Yutop turut hadir ke program lawatan pemeriksaan rumah untuk persijilan
peserta Kampung Napungguk daerah Kota Belud Sabah atas jemputan pihak
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS). Program ini
diketuai oleh Encik Nazrul Hafidzul daripada KEPKAS.
Program ini turut dihadiri dari pelbagai kementerian dan agensi termasuk
dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah, Jabatan Kesihatan Daerah
Kota Belud, Pejabat Daerah Kota Belud, Institut Kemajuan Desa (INFRA) Sabah dan
Persatuan Homestay Sabah. Matlamat program ini adalah untuk membuat
pemeriksaan dan penilaian keadaan rumah dan persekitaran kawasan rumah
peserta sebelum diberikan persijilan homestay. Setiap pihak dari kementerian dan
agensi akan bertindak sebagai penilai dan diberikan borang senarai semak untuk
tujuan markah dan komen ke atas setiap rumah peserta. Program bermula seawal
10 pagi yang melibatkan 12 rumah peserta di sekitar kampung Podos dan Kampung
Senggirai. Program ini berakhir sekitar jam 5 petang.

Oleh : Irawana Ibrahim

Satu sidang video sempena Perhimpunan Bulanan MKM telah diadakan pada
30 Januari 2015 bermula jam 10.30 pagi. Sidang video yang berlangsung
selama lebih kurang 1 jam 30 minit ini diadakan di bilik Mesyuarat Sri Gaya
dan dihadiri oleh Pengarah serta para pegawai dan kakitangan MKM Sabah.
Terdapat banyak info dan maklumat yang diperolehi daripada sidang video
ini, terutamanya amanat daripada YBhg. Ketua Pengarah MKM, Prof. Madya
Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik.

Mukasurat 10

Buletin Bayu Kenyalang

Bil 1/2015

Oleh : Nur Raida Fariza Patrek Abdullah

Pengarah baru MKM Cawangan Sabah iaitu Pn. Najmah Nawawi telah melapor diri pada 2 Januari 2015 bagi menggantikan pengarah sebelum ini, Pn. Hjh Rahimah Abd Samad yang telah berpindah ke ibu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.
Sepertimana tradisi sebelum ini, Pengarah baru akan mengadakan kunjungan muhibbah ke setiap agensi di bawah Kementerian Perdaganganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai sesi suai kenal serta mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara agensi di bawah KPDNKK.

Pejabat Timbalan Ketua Menteri merangkap


Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah
Wisma Pertanian, Luyang

Pejabat SKM Negeri Sabah


Tingkat 7, Menara MAA, Api-Api Centre

Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi


(PULAKOP), Kinarut, Papar

Pejabat PNS
Harbour City, Sembulan

Kunjungan
muhibbah ini bukan
sahaja mengeratkan
hubungan kerjasama
antara agensi malah
segala perkongsian
maklumat dapat
dimanfaatkan
bersama demi
kebaikan dan
kemajuan setiap
agensi di masa akan
datang

Beliau telah memulakan


sesi kunjungan muhibbah
yang pertama pada 3 Februari 2015 ke pejabat Yang
Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Hussin
Pejabat SSM
Pejabat MyIPO
iaitu Menteri Pertanian dan
Tingkat 4, Menara MAA, Api-Api Centre
Kompleks Kuwasa, Karamunsing
Industri Makanan Sabah.
Pada 4 Februari 2015 kunjungan muhibbah diteruskan ke pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) seterusnya ke pejabat Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi
(PULAKOP). Pada 5 Februari 2015, Pengarah ke pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Pada hari yang sama, beliau juga telah menghadiri
majlis perpisahan Ketua Wilayah Bank Rakyat yang diadakan di Hotel Pacific Sutera. Beliau telah berkesempatan bertemu dengan Ketua Wilayah
Bank Rakyat di majlis tersebut serta bakal Ketua Wilayah Bank Rakyat
yang baru. Pada 6 Februari 2015, Pengarah telah mengunjungi Pengarah
Pejabat MKM Sabah
Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dan Pengarah Suruhanjaya Syarikat
Tingkat 5, Menara MAA, Api-Api Centre
Malaysia (SSM). Kunjungan Pengarah berakhir pada 24 Februari 2015 di
pejabat Pengarah KPDNKK Negeri Sabah. Bagaimanapun, Pengarah
KPDNKK telah datang ke pejabat Pengarah kerana kebetulan beliau berada di sekitar Kota Kinabalu untuk tugasan luar.
Sepanjang sesi kunjungan muhibbah tersebut, Pengarah telah diiringi oleh Timbalan Pengarah Kanan dan Penolong Pengarah MKM Cawangan Sabah.
Mukasurat 11

TEMPAT
Kuching
Bintulu
Limbang
Bintulu
Kuching
Kuching
Kuching
Kapit
Mukah
Miri

TARIKH
0407
0506
0506
08
1112
18 20
2528
2627
2627
2628

BIL
1
2
3
4

KOD
QC(D)W11
QC(L)W11
QA(L)WJ1
BP

TEMPAT
Kuching
Miri
Serian
Kuching

TARIKH
08 09
0910
0910
06

JUN

BIL

KOD

TEMPAT

TARIKH

OGOS JULAI

QC(D)W11 Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi

Kuching

2728

QC(L)W11 Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi

Lawas

2829

KURSUS

TEMPAT

TARIKH

Pengurusan Kewangan Koperasi

KOD

QA(D)W2

Kuching

0304

QC(L)W11 Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi

Saratok

0405

QC(D)W11 Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi

Kuching

1718

QB(D)W31 Pengurusan Strategik

Kuching

2425

QC(L)W11 Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi

Sibu

2526

QC(L)P121 Kesetiausahaan Koperasi Berkesan

Sri Aman

2527

BIL
1

KOD
KURSUS
SA(D) W21 Pengurusan Kewangan Koperasi

TEMPAT
Kota Belud

TARIKH
56

SB(D) W31 Pengurusan Strategik Koperasi

Kota Belud

78

3
4
5
6
7
8

SA(D) W21
BP
SC(D) W11
SR(L) BK511
SB(D) W31
SC(L) W11

Pengurusan Kewangan Koperasi


BICARA PROFESIONAL
Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
Pengurusan Pelancongan Inap Desa (L)
Pengurusan Strategik Koperasi
Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

K.Kinabalu
K.Kinabalu
K.Kinabalu
W.P Labuan

1112
13
1819
1822
2021
2627

BIL
1

KOD
SA(L) W21
SC(L) W11
SA(L) W21
SB (D) W31
SS(L) BK612

KURSUS
Pengurusan Kewangan Koperasi
Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
Pengurusan Kewangan Koperasi
Pengurusan Strategik Koperasi
Pelaburan dan Pengurusan Hartanah

TEMPAT
Tawau

TARIKH
34

KOWANGAN

35

810

2
3
BIL
1
2
3

KOD

KURSUS

SC(L) W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi


SA(L) WJ1 Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi
SB(L) W31 Pengurusan Strategik Koperasi

BIL

KOD

BP

KURSUS

TARIKH
2829
2930
3031

TEMPAT

TARIKH

01

SC(D) W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

K.Kinabalu

0304

SA(D) G112 Asas Perakaunan

K.Kinabalu

0307

SB(D) W31 Pengurusan Strategik Koperasi

K.Kinabalu

0506

SC(D) W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

K.Kinabalu

2425

Mukasurat 12

BICARA PROFESIONAL

TEMPAT
Beaufort
Lahad Datu
Beaufort

MEI

Setiausaha Kursus
Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Sarawak
Bangunan Rugayah
Peti Surat B241
Jalan Song Thian Cheok
93100 Kuching, Sarawak
Tel : 082230409 /
082428157
Faks : 082230405
Emel :
mkmsarawak@mkm.edu.my
Web :
http://www.mkm.edu.my

Permohonan boleh dibuat


dengan mengisi borang
permohonan yang boleh
diperolehi di pejabat MKM
Cawangan atau dimuat
turun di dalam laman web
MKM.
Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi :

JUN

KURSUS

Permohonan boleh dibuat


dengan mengisi borang
permohonan yang boleh
diperolehi di pejabat MKM
Cawangan atau dimuat
turun di dalam laman web
MKM.
Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi :

JULAI

KURSUS
Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi
Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi
Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi
BICARA PROFESIONAL

MEI

BIL
KOD
KURSUS
1
QT(D)P123 Bengkel Membangunkan Video Korporat Koperasi
2
QA(L)W21 Pengurusan Kewangan Koperasi
3
QC(L)W11 Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi
4
BP
BICARA PROFESIONAL
5
QC(D)W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
6 QA(D)BK112 Peluang Perniagaan Ar-Rahnu
7
QT(D)P334 Pengeditan Imej Kreatif : Adobe Photoshop(Lanjutan)
8
QC(L)W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
9
QB(L)W31 Pengurusan Strategik
10 QC(L)P111 Panduan Pengurusan Mesyuarat Agong Koperasi

BIL

CAWANGAN SABAH

Bil 1/2015

OGOS

CAWANGAN SARAWAK

Buletin Bayu Kenyalang

Setiausaha Kursus
Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Sabah
Tingkat 5, Menara MAA
Lorong 6 Api-Api 1
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-240812
Faks : 088-241802
Emel :
mkmsabah@mkm.edu.my
Web :
http://www.mkm.edu.my

Latihan Inovatif,
Koperasi Progresif

Anda mungkin juga menyukai