Anda di halaman 1dari 35

ISI KANDUNGAN

BAB
1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 Apa itu organisasi Objektif Kertas Kerja Latarbelakang Pejabat MARA Negeri Terengganu 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 1.4 1.5 1.6 Nama Organisasi Nama Peneraju / Pengarah Visi Korporat Organisasi Misi Korporat

MUKASURAT
4 4 5 5 5 6 6 6 6 6 7

Objektif Korporat /Pelan Strategik MARA (2006-2015) Objektif Operasi Strategik Fokus

2.0 3.0

CARTA ORGANISASI PEJABAT MARA TERENGGANU STRUKTUR ORGANISASI PEJABAT MARA TERENGGANU 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Urusan Pembangunan Usahawan Urusan Pembiayaan Perniagaan Urusan Pembangunan Infrsstruktur Perniagaan Urusan Latihan Dan Kerjaya Urusan Kutipan Dan Pendakwaan Urusan Teknikal Urusan Pentadbiran & Kewangan Pejabat-Pejabat MARA Daerah

8 8 10 10 10 10 10 10 10 11
Page 1

4.0

ULASAN PENEMUAN 4.1 4.2 Apa Itu Organisasi Perjabatanan Fungsian Kelebihan Perjabatanan Fungsian 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.3 Ada Pembahagian Tugas Lahirnya Kecekapan Dan Kemahiran Wujudnya Inovasi & Kreativiti Kerjasama Dan Kordinasi

13 14 14 14 15 15 16 16 16 16 16 17 17 17 18 20 20

Kelemahan Organisasi Perjabatanan Fungsian 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 Masalah Membuat Keputusan Timbulnya Kebosanan Wujudnya Persiangan Yang Tidak Sihat Pengurus Mementingkan Bidang Tugasnya Sahaja

4.4

Hieraki Pengurusan / Tingkatan Autoriti / Kuasa 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Pengurusan Atasan (Top Level Management) Pengurusan Pertengahan (Middle Level Management) Pengurusan Bawahan (Down Level Management)

4.5

Rangkaian Perintah / Arahan (Chain Of Command)

5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10. 1.0

KELEBIHAN PENGURUSAN KELEMAHAN PENGURUSAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN TRANSKRIP PERBUALAN PENDAHULUAN

21 22 22 25 27 28

Page 2

Di era yang serba moden, canggih dan mencabar ini manusia,organisasi dan pengurusan adalah seseuatu yang tidak dapat dipisahkan dan masing-masing memainkan peranan yang amat penting. Dengan adanya organisasi, pengurusan yang ada di dalam organisasi tersebut dapat mengendalikan tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti dengan lebih kemas dan bersistematik. Apabila membincangkan tentang organisasi sesebuah syarikat kita tidak dapat lari dari membincangkan tentang pengurusan kerana pengurusan dan organisasi adalah saling berkait dan tidak boleh dipisahkan dan peranan pengurusan di dalam satu-satu organisasi telah menjadi amat penting dan menjadi lebih kompleks dan rumit. 1.1. Apa Itu Organisasi

Menurut Stoner (1995) Organisasi adalah suatu pola hubungan-hubungan yang melalui manamana orang di bawah pengarahan pengurus/manager bagi mengejar tujuan bersama. Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerjasama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih didefinasikan oleh Chester I. Bernard (1968). Beliau mencirikan beberapa perkara yang perlu ada di dalam mendefinasikan organisasi iaitu koordinasi individu dan kegiatan-kegiatan yang saling berhubungan. Pada pandangan saya, organiasasi membawa maksub satu sistem unik dan bersistematik yang merangkumi manusia atau tenaga kerja , bekerjasama, disatukan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang telah ditetapkan. Dengan itu adalah jelas bahawa organisasi adalah amat penting di dalam menggerakkan sesuatu perancangan menjadi satu tindakan dan menjadi kenyataan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sesebuah organisasi yang dibentuk pasti akan melambangkan identitinya atau peranannya yang tersendiri. Organisasi yang dibentuk hendaklah mengikut atau berlandaskan fokus strategi yang telah ditetapkan di dalam membantu Pengurusan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Contohnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah. Ia sebagai sebuah institusi kerajaan yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat dan rakyat terutama kepada Masyarakat Bumiputera. Bagi menentukan aktiviti sesuatu organisasi berjalan dengan lancar dan bergerak dengan bersistematik seperti dirancang maka sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan adalah diperlukan. Dengan itu, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, autoriti, prosedur dan sistem yang ada hendaklah difahamkan kepada semua kakitangan di dalam sesebuah organisasi. 1.2 OBJEKTIF KERTAS KERJA

Page 3

Objektif kertas kerja ini adalah bagi membincangkan tentang Organisasi dan Struktur Organisasi yang mana ianya adalah untuk mengenalpasti dan memberi gambaran dan kefahaman yang meluas mengenai Organisasi, Struktur dan Fungsinya. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci maka penerangan dari individu di dalam sebuah organisasi amatlah diperlukan. Kertas kerja ini akan menumpukan kepada struktur organisasi Pajabat MARA Negeri Terengganu. 1.3 LATARBELAKANG PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU

Pejabat MARA Negeri Terengganu adalah sebuah badan berkanun yang berada di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) yang telah dibubarkan pada tahun 2009. Namun begitu urusan harian Pejabat MARA Negeri Terengganu dilaksanakan bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Pengarah dan Ketua Pengarah (Ibu Pejabat). Kalau kita menoleh ke belakang, MARA yang lahir pada 1 Mac 1966 adalah rentetan daripada perjuangan Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang sememangnya bertanggungjawab untuk membangunkan kawasan luar bandar pada zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah dekad awal kemerdekaan. Kewujudan MARA menggantikan RIDA masih tetap membawa aspirasi dan perjuangan yang sama iaitu untuk membangunkan komuniti kaum Bumiputera yang sebahagian besarnya berada di luar bandar. Pejabat MARA Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1972 dan beroperasi sehingga sekarang terus menyambung perjuangan tersebut di dalam membantu Masyarakat Bumiputera. Pejabat MARA Negeri Terengganu diterajui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu yang dilantik oleh Ketua Pengarah MARA sepertimana tertulis di dalam Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dengan dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah. Di sini dinyatakan maklumat ringkas mengenai Pejabat MARA Negeri Terengganu :1.3.1 Nama Organisasi :

Pejabat MARA Negeri Terengganu 1.3.2 Nama Peneraju / Pengarah

Encik Abdullah Bin Mohamad


Page 4

1.3.3

Visi Korporat Organisasi :

Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi & Berwibawa : Penggerak dan pemangkin yang aktif Pusat jaringan dan rangkain perusahaan & Perdagangan Pusat maklumat, latihan, penyelidikan & Pembangunan Sebagai organisasi pemikir 1.3.4 Misi Korporat :

Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan. 1.4. OBJEKTIF KORPORAT / PELAN STRATEGIK MARA (2006-2015)

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar , supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kearah membentuk Masyarakat Usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh. 1.5. OBJEKTIF OPERASI

Menambah bilangan bumipuetera yang sedia ada Memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan bantuan alatan kepada usahawan dan bakal usahawan Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan masing. Membantu usahawan dalam bentuk modal pusingan dan harta tetap bagi mewujudkan dan memperkembangkan perniagaan mereka.
Page 5

perusahaan / perniagaan masing-

Membina dan menyediakan kemudahan ruang niaga dan ruang perusahaan serta mempertingkatkan tahap usaha niaga penyewa-penyewa.

Mengawalselia pinjaman/pembiayaan dan sewa ruang niaga yang masih tidak mempunyai masalah bayaran balik dan bayaran sewaan untuk memenuhi sasaran kutipan yang telah ditetapkan.

Melaksanakan tindakan sivil ke atas peminjam-peminjam / penyewa ruang niaga yang bertunggakan

1.6.

Membantu di dalam program pendidikan dan latihan. STRATEGIK FOKUS

Apabila melihat kepada Rajah 1 di atas , dapatlah dinyatakan bahawa strategi utama Pejabat MARA Negeri Terengganu ialah membantu dan memberi perkhidmatan kepada Masyarakat
Page 6

Bumiputera di dalam bentuk Keusahawanan, Pembiayaan, Kemudahan sewaan Premis dan Pendidikan. Maka faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi struktur organisasi itu sendiri. 2. CARTA ORGANISASI PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU Carta organisasi menggambarkan struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hirarki di dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Ia menjelaskan perkara-perkara seperti aktivitiaktiviti yang diuruskan oleh jabatan dan rangkaian perintah (Chain Of Command) yang terdapat di Jabatan atau pejabat berkenaan.

3.

STRUKTUR ORGANISASI

Berdasarkan temuduga yang dibuat dengan En Abdullah Bin Mohamad, Pengarah MARA Negeri Terengganu pada 23 Januari 2010, Jam 10.00 a.m, struktur organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu dibuat/dianalisa berdasarkan tiga (3) strategik fokus yang telah ditetapkan (Rujuk Rajah 1). Ianya adalah saling berkaitan kerana struktur organisasi dianalisis dan didraf berpandukan kepada Strategik Fokus yang telah ditetapkan. Menurut Quinn (1980) strategi didefinisikan
Page 7

sebagai corak atau perancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi keseluruhannya. Rujuk kepada Ahmad S.A. et al (2008) ada menyatakan Sekiranya berlaku perubahan kepada Strategik Fokus maka secara tidak langsung pasti akan memberi kesan atau perubahan kepada struktur organisasi yang sediada. En Abdullah juga menyatakan bahawa Y.B. Dato Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA ada menyatakan Strategi dan perancangan sentiasa direncana demi memastikan usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dapat terus dijana. Tahun 2009 telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila MARA diletakkan di bawah Kementerian Kamajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ia membawa satu anjakan paradigma yang amat signifikan kepada MARA dan juga segala perancangan sama ada di peringkat makro mahupun mikro. Saya bersetuju dengan pendapat Y.B Dato Seri Pengerusi kerana strategi dan perancangan adalah amat penting bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu berdasarkan Rajah 3 di bawah :-

3.1

Urusan Pembangunan Usahawan

Page 8

Berfungsi di dalam menyediakan latihan, bimbingan, khidmat nasihat, kaunseling dan rundingcara dalam perniagaan dan keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan bagi merealisasikan matlamat utamanya iaitu mewujudkan usahawan kelas menengah dan top intrepreneur supaya dapat meningkatkan pegangan asset dan ekuiti Bumiputera. 3.2. Berfungsi di Urusan Pembiayaan Perniagaan dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan berlandaskan

Syariat Islam bagi membantu usahawan memulakan dan meningkatkan perniagaan atau perusahaan mereka dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana. Sasaran kemudahan pembiayaan meliputi Bumiputera (IKS) dalam sector pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan. 3.3. Urusan Pembangunan Infrastruktur Perniagaan

Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan ruang niaga/ruang kilang untuk disewa bagi mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera serta mempertingkatkan lagi tahap usaha niaga mereka.

3.4.

Urusan Latihan dan Kerjaya

Berfungsi di dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk memastikan matlamat pendidikan MARA akan tercapai.

3.5

Urusan Kutipan dan Penguatkuasaan (Pendakwaan)

Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan kutipan bayaran balik pembiayaan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam yang melanggar syarat perjanjian. 3.6. Urusan Teknikal

Berfungsi di dalam menyediakan perkhidmatan teknikal bagi member keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.

3.7.

Urusan Pentadbiran & Kewangan


Page 9

Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan pentadbiran harian dan hal-hal berkaitan dengan kewangan pejabat. 3.8. Pejabat MARA Daerah

Berfungsi di setiap daerah di dalam Negeri Terengganu iaitu di Daerah Kuala Terengganu, Besut, Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman dan Setiu. Bertanggungjawab di dalam membantu Pejabat MARA Negeri Terengganu di dalam semua urusan yang berkaitan.

Menurut En Abdullah, fokus Pejabat MARA Negeri Terengganu kini meletakkan orientasi pembangunan Bumiputera luar bandar dan komuniti desa selaras dengan halatuju Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Strategik yang telah ditetapkan iaitu :Ianya melibatkan 3 sektor sepertimana Pelan

i)

Aspek Pembangunan Usahawan

Usaha membangunkan usahawan desa telah dijadikan agenda penting selain selain daripada pembangunan usahawan Bumiputera secara keseluruhan. Program-program akan difokuskan untuk memajukan usahawan luar bandar. Kluster dan bidang perniagaan di bawah program ini juga sentiasa dinilai semula untuk memastikan ia bersesuaian dengan pelanggan MARA. Pengalaman MARA membawa usahawan-usahawan Bumiputera sehingga ke peringkat antarabangsa akan dijadikan panduan untuk mewujudkan road map yang jelas bagi membantu usahawan-usahawan luar bandar. Pejabat MARA Negeri Terengganu akan berusaha memastikan program pembangunan usahawan disesuaikan dengan keperluan uasahawan masa kini. Lanskap perniagaan yang semakin rencam dan mencabar pada hari ini memerlukan kepada sistem pembangunan usahawan yang lebih dinamik.

ii)

Aspek Pendidikan dan Latihan

Page 10

Pengalaman MARA dalam bidang pendidikan banyak mencipta kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa akan dijadikan kelebihan untuk membawa masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar. Keupayaan menggerakkan komuniti usahawan Bumiputera sehingga mampu berada di pasaran dunia akan dijadikan bekalan membawa usahawan desa bersaing di pasaran terbuka. Pendidikan juga beperanan di dalam melahirkan modal insan yang unggul sepertimana Program Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA. Usaha dilakukan untuk mencanai modal insan unggul supaya mempunyai pengetahuan merentasi bidang serta memasuki bidang kemahiran yang boleh menjana kekayaan di masa hadapan.

iii)

Aspek Kemudahan Pembiayaan & Premis Perniagaan

Kemudahan Pembiayaan : Didalam usaha memastikan usahawan-usahawan Bumiputera dapat bersaing dengan bangsabangsa lain beberapa penambahbaikan telah dibuat iaitu dengan meluaskan lagi had pembiayaan maksimum RM500,000.00 bagi pembiayaan kontrak dan RM250,000.00 bagi pembiayaan am kepada semua sektor dan jenis perniagaan, kemudahan pembiayaan perniagaan kepada kakitangan awam, peluang kedua usahawan bagi mendapatkan pembiayaan dan juga penurunan kuasa melulus kepada pegawai-pegawai yang berkuasa sepertimana pekeliling yang dikeluarkan.

Kemudahan Premis Perniagaan : Bagi membantu usahawan-usahawan Bumiputera usaha pembinaan / pembelian dan

pembangunan premis dipergiatkan. Promosi dipergiatkan bagi memastikan maklumat-maklumat berkaitan kemudahan yang disediakan sampai kepada usahawan-usahawan.

Disamping itu, En Abdullah juga menyatakan bahawa demi memastikan ketiga-tiga aspek utama itu tercapai dan terlaksana , Pejabat MARA Negeri Terengganu juga akan memastikan warga kerja MARA Terengganu benar-benar kompeten untuk menjunjung amamah murni rakyat. Beliau melihat aset terpenting MARA adalah warga kerja yang mempunyai inovasi, kreativiti
Page 11

dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda membangunkan Bumiputera. Diakhir temuduga En Abdullah menyatakan harapan semoga Pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya, akan dapat terus memacu perjuangan dan perubahan di dalam mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan.

4.

ULASAN PENEMUAN

Berdasarkan maklumat dan carta Rajah 2 yang diberikan, struktur organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu menunjukkan adanya pembahagian kerja-kerja utama Functional Departmentalisation dan urusan-urusan utama berfungsi mengikut kegiatan yang berbeza dan dikordinasikan dengan kemas dan bersistematik. Namun begitu , apabila dilihat kepada Rajah 4 ia juga turut dibantu oleh pejabat-pejabat MARA Daerah dan dipecahkan kepada tujuh (7) daerah yang ada di dalam negeri Terengganu. Ini menunjukkan bahawa Geographic Departmentalisation juga turut digunakan di dalam pembahagian kerja organisasi .

Page 12

Pejabat-pejabat MARA Daerah berperanan di dalam membantu Pejabat MARA Negeri Terengganu, khususnya di dalam membantu urusan-urusan utama iaitu urusan pembangunan usahawan, pembiayaan perniagaan, pembangunan infrastruktur perniagaan, pendidikan dan latihan, kutipan dan penguatkuasaan. Dari Rajah 2 di atas boleh difahamkan bahawa struktur organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu mempunyai saiz yang agak besar yang dipecahkan kepada berdasarkan fungsi-fungsi yang berlainan dan ini yang memerlukan kepada kepakaran dan kemahiran untuk diuruskan. Pembahagian adalah berdasarkan kepada jenis atau skop tugas atau pekerjaan yang mewujudkan dua (2) struktur utama. Struktur utama dipecahkan kepada dua (2) iaitu Cawangan Pembangunan dan Cawangan Khidmat Pengurusan. Dari pemerhatian berdasarkan skop carta diatas, Pengarah MARA Negeri Terengganu dan Timbalan Pengarah berfungsi sebagai Top Management dan Ketua Penolong Pengarah di setiap Urusan Utama berfungsi sebagai Middle Management. Namun begitu ,berdasarkan maklumat yang diberikan semasa temuduga , En Abdullah menyatakan bahawa jikalau dilihat Organisasi MARA keseluruhannya, Ibu Pejabat MARA berfungsi sebagai Top Mangement yang sebenar dan Pengarah di Pejabat MARA Negeri Terengganu sebagai Middle Management. Namun begitu di dalam kertas kerja ini kita akan memfokuskan khusus kepada fungsi-fungsi di Pejabat MARA Negeri Terengganu dan Pengarah MARA Negeri sebagai Top Management sebagaimana Rajah 2. Struktur Organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu dikategorikan di dalam kategori Struktur Organisasi Perjabatan Fungsian Functional Departmentalisation di mana fungsi-fungsi atau aktiviti-aktiviti utama di pecahkan kepada Urusan-Urusan / Bahagian yang tertentu. Setiap urusan akan menjalankan tugas / aktiviti mengikut skop yang ditetapkan. Pemikir teori pengurusan moden, Henry Fayol (1916) ada menyatakan dalam karya terkenalnya Administration Industrielle et Generale bahawa fungsi organisasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang diletakkan. 4.1 APA ITU ORGANISASI PERJABATANAN FUNGSIAN

Rujuk Ahmad S.A. et al (2008) menyatakan bahawa organisasi fungsi berfungsi di dalam mengkordinat kerja dan pekerja melalui unit-unit yang berbeza dan setiap unit adalah

Page 13

bertanggungjawab ke atas fungsi perniagaan yang khusus atau daerah keahlian. Contoh : Rujuk sepertimana rajah 2 di atas. 4.2 KELEBIHAN PENJABATANAN FUNGSIAN 4.2.1. Adanya pembahagian tugas yang jelas. Pengurus dan juga pekerja mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan dan dapat melakukan tugas dengan lebih efisen dan berkesan. Contohnya seperti Urusan Pembangunan Usahawan MARA Terengganu, mereka hanya menjalankan tugas-tugas di dalam tanggungjawab mereka sahaja seperti merancang kursus-kursus keusahawanan, program promosi, menyediakan kemudahan pakar runding, seminar dan sebagainya. Mereka tidak akan menggangu urusanurusan lain dan begitu juga sebaliknya.

4.2.2. Lahirnya kecekapan dan kemahiran. Urusan menjalankan bidang atau tugas yang berlainan dan ini akan melahirkan pengurus dan pekerja yang cekap dan mahir di dalam bidang masing-masing. Apabila kecekapan dan kemahiran ada pada setiap pekerja sudah pastinya mereka akan mengeluarkan output atau perkhidmatan yang berkualiti. Contohnya seperti Urusan Latihan dan Kerjaya MARA Terengganu yang bertanggungjawab di dalam memberi ceramah-ceramah pendidikan, mengadakan kursus-kursus pendidikan, seminar dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan. Pegawai Latihan di unit ini dahulunya tidak mempunyai pengalaman di dalam memberi ceramah tetapi lama kelamaan beliau menjadi semakin mahir dan pada tahun 2010 beliau dan urusannya dianugerahkan sijil kecemerlangan daripada pihak Ibu Pejabat Kuala Lumpur. 4.2.3. Wujudnya inovasi dan kreativiti.

Apabila pekerja semakin mahir dan cekap dalam bidangnya, maka akan wujud atau timbulnya idea-idea perubahan dan juga penambahbaikan terhadap tugas atau aktiviti yang dipertanggungjawabkan. Maka akan lahirlah inovasi dan kreativti di dalam urusan oleh pekerjapekerja terbabit. Contoh : Urusan Pembiayaan Perniagaan MARA Terengganu yang telah

Page 14

banyak melakukan inovasi-inovasi dan juga kreativti bagi memastikan tugas dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan berkesan. Diantara inovasi dan kreativiti yang dibuat ialah penciptaan:1. SISTEM i-Tebus Sistem ini dicipta bagi mendapatkan keuntungan sebenar, pulangan dan Ibra bagi pembiayaan kontrak. 2. SISTEM e-Lejer Sistem ini bertujuan untuk memberi maklumat baki semasa dan baki pengiraan Ibra Kedua-dua inovasi dan kreativiti ini diilhamkan oleh Ketua Penolong Pengarah pembiayaan Perniagaan dan dibantu oleh pekerja-pekerja bawahannya.

4.2.4. Kerjasama dan kordinasi Setiap pekerja di dalam bidang yang sama , pengalaman yang sama akan dapat bekerjsasama dan kordinasi akan dapat dilaksanakan dengan jelas dan segala aktiviti-aktiviti akan berjalan dengan berkesan dan lancar. Contoh: Urusan Kutipan dan Pendakwaan. Program turun padang adalah salah satu contoh konsep kerjasama yang dilakukan di mana semua anggota di dalam urusan ini akan turun ke kawasan-kawasan yang dipilih bagi bertemu dengan peminjam-peminjam yang bermasalah.

4.3

KELEMAHAN ORGANISASI PERJABATANAN FUNGSIAN 4.3.1. Masalah membuat keputusan

Proses membuat keputusan kadangkalanya ada halangan dan terbatas. Contoh : Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Usahawan Middle Management tidak boleh membuat keputusan sendiri jika ianya melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran pejabat, polisi dan sebagainya. 4.3.2. Timbulnya kebosanan
Page 15

Kadangkala ianya memberikan kebosanan kepada pekerja di dalam menjalankan aktivti-aktiviti yang dipertanggungjawabkan kerana sentiasa melakukan perkara ataupun tugas yang sama. Contoh : Urusan Kutipan dan Pendakwaan di mana tugasnya adalah rutin iaitu membuat kutipan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam atau pun penyewa. Setiap hari akan mengadap dokumen saman dan meneliti fail yang bermasalah dan ini akan menimbulkan perasaan bosan dan pasti akan menganggu hasil kerja dan kualiti kerja akan menurun. 4.3.3. Wujudnya persaingan yang tidak sihat Kadangkala wujudnya persaingan negatif sesama pekerja di dalam urusan yang sama. Contoh: Si A merasakan bahawa beliau adalah orang lama di dalam urusan tersebut dan merasakan kehadiran si B yang banyak membantu urusan tersebut dan sentiasa mendapat pujian dari pengurus urusan sebagai menggugat kedudukannya.

4.3.4. Pengurus mementingkan bidang tugasnya sahaja. Apabila berlakunya situasi ini maka matlamat atau objektif sebenar organisasi sukar untuk dicapai kerana kurangnya kerjsama antara urusan-urusan. Contoh : Ketua Penolong Pengarah A hanya akan menumpukan Kpi urusannya tercapai tetapi tidak mengambil tahu Kpi urusan-urusan yang lain samada tercapai atau tidak. Persaingan tidak sihat ini akan menjadi penghalang di dalam mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan.

4.4.

HIERARKI PENGURUSAN/ TINGKATAN AUTHORITI/KUASA Berdasarkan temuduga yang dibuat adalah difahamkan bahawa:-

4.4.1

Pengurusan Atasan

Pengarah MARA Negeri Terengganutop management terlibat di dalam tugas atau aktivitiaktiviti menentukan hala tuju, matlamat dan visi, mengadakan objektif setiap operasi, merangka strategik focus, membuat dasar (mengikut kuasa yang telah ditetapkan), memperkemaskan

Page 16

senarai tugas semua pegawai di bawahnya mengikut focus, fungsi-fungsi dan bidang tugas serta menstrukturkan semula susun atur dalaman berdasarkan fungsi tugas. Ini adalah sebahagian daripada contoh tugas-tugas yang dijalankan oleh En Abdullah selaku Pengarah MARA Negeri Terengganu. Selain daripada itu beliau juga berperanan di dalam meneliti perubahan dan transformasi yang berlaku di persekitaran luaran bagi memastikan organisasi tidak ketinggalan dan dapat menyesuaikan diri di dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat mengikut kehendak semasa rakyat.

Maklumat di atas menunjukkan bahawa Pengarah MARA Negeri Terengganu berfungsi sebagai Top Management (Pengurusan Atasan) dan mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berbeza dengan fungsi atau peranan Middle Management (Pengurusan Pertengahan) ataupun Lower-level Management (Pengurus Bawahan).

4.4.2. Pengurusan Pertengahan A: Cawangan Pembangunan

Dipecahkan kepada empat (4) fungsi utama iaitu:-

Page 17

B:

Cawangan Khidmat Pengurusan

Dipecahkan kepada tiga (3) fungsi utama iaitu:-

Pegawai-pegawai di Rajah 4 dan Rajah 5 bertanggungjawab ke atas Urusan/bahagian yang dijaga / dipertanggungjawabkan. Ini menunjukkan bahawa setiap pegawai yang mengetuai
Page 18

fungsi-fungsi atau bahagian diatas bertanggungjawab di dalam menyelaras dan mengawal setiap kerja atau tugas agar berjalan dengan lancar dan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Namun begitu selain daripada tugas-tugas hakiki yang telah ditetapkan, Pengurusan Pertengahan Middle Level Management organisasi ini juga terlibat di dalam perhubungan awam berpandukan kepada kuasa yang diberi oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu selaku Top Management

4.4.3

Pengurusan Bawahan

Di cawangan Pembangunan dan Cawangan Khidmat Pengurusan Middle Management dibantu oleh Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dan Penolong Pegawai Tadbir dan bertanggungjawab di dalam mengawasi kerja-kerja harian mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pihak Penguran Atasan Top-Level Management dan Pihak Pengurusan Pertengahan Middle-Level Management. 4.5. RANGKAIAN PERINTAH/ ARAHAN CHAIN OF COMMAND

Page 19

Berpandukan kepada rajah 6 di atas, dapatlah difahamkan pembantu tadbir sebagai peringkat bawahan akan melaporkan segala tugas atau aktiviti kepada Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi dan Ketua Penolong Pengarah akan mengawal dan menerima laporan tugas dari Pegawai di bawahnya.

Rujuk Ahmad S.A. et al (2008) menyatakan bahawa Individu di atas mempunyai hak untuk memberikan arahan, mengambil tindakan dan membuat keputusan pada aktiviti individu yang terletak di bawah mereka. Individu di tahap yang lebih rendah harus melaporkan semua aspek dari pekerjaan mereka kepada orang-orang di tingkat atas mereka. Kenyataan ini adalah sama sepertimana yang diamalkan di Pejabat MARA Negeri Terengganu. Setiap jawatan mempunyai kuasa yang telah ditetapkan dan had kuasa di Pejabat MARA Negeri Terengganu adalah mengikut jenis jawatan yang dijawat oleh kakitangan. Kuasa diperolehi dari proses penurunan kuasa yang ditetapkan oleh Top Management dan setiap kakitangan akan maklum tahap-tahap kuasa yang ada pada jawatan mereka agar tidak berlaku sebarang aktiviti atau tugas yang melebihi bidang kuasa yang telah ditetapkan. Lebih tinggi jawatan yang dipegang maka akan lebih besar kuasa yang diberi atau dipertanggungjawabkan. Steward (1985) menyatakan lebih besar saiz organisasi itu maka akan lebih kuatlah sokongan pada mengadakan desentralisasi. 5.0 KELEBIHAN PENGURUSAN DI MARA TERENGGANU 1. Hanya Pengarah dengan dibantu oleh Timbalan Pengarah sahaja sebagai Pengurusan Atasan dan ini tidak akan berlaku konflik di dalam membuat sesuatu perancangan ataupun keputusan. 2. Mempunyai autoriti di dalam memberi arahan dan setiap arahan yang dibuat hendaklah diakur oleh semua kakitangan. Namun begitu sebelum sesuatu arahan dibuat perbincangan diadakan bersama pengurusan pertengahan dan bawahan. 3. Pengurusan atasan dianggap sebagai role model oleh semua kakitangan

Page 20

4. Minat, disiplin dan keupayaan kakitangan sentiasa diambil kira di dalam menentukan

pengagihan tugas. 5. Sentiasa memberi galakan dan memberi peluang kepada kakitangan mencuba dengan teknik dan kaedah baru (kreativiti) bagi melicinkan dan memudahkan kerja yang dipertanggungjawabkan. 6. Sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan di peringkat semua level.

6.0

KELEMAHAN PENGURUSAN DI MARA TERENGGANU 1. Kadangkala keputusan segera tidak dapat dibuat kerana tiada autoriti dan memerlukan keputusan atau jawapan dari peringkat tertinggi Ibu Pejabat.
2. Pertukaran kumpulan pengurusan yang sedikit sebanyak akan menganggu perjalanan

tugas atau aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan. 3. Pengarah mempunyai beban tugas yang amat berat . Walaupun dibantu oleh Timbalan Pengarah namun ianya masih lagi tidak mencukupi bagi pengagihan bebanan tersebut. 4. Kadangkala adanya campurtangan politik di dalam membuat sesuatu keputusan atau tugas. 5. Kekurangan tenaga pekerja boleh dikatakan faktor yang agak penting kerana beban tugas atau aktiviti semakin bertambah. 6. Peralatan-peralatan di dalam menjalankan tugas agak lama dan ketinggalan jika dibandingkan dengan organisasi yang lain. 7. Adanya krisis birokrasi di dalam menjalankan sesuatu aktivti atau tugas. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kurangkan masalah birokrasi

Page 21

Krisis birokrasi adalah perkara biasa dan normal di dalam sesebuah organisasi kerajaan. Namun begitu setiap organisasi hendaklah mencari jalan atau cara bagi mengurangkan krisis ini. Krisis ini kebiasaanya menimbulkan masalah seperti tekanan dalaman, masalah komunikasi ataupun kelewatan melakukan sesuatu proses kerja atau aktiviti yang pasti akan memberi impak yang besar kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah mengambil langkah dengan mengurangkan prosedur-prosedur formal, contohnya seperti perjanjian-perjanjian pembiayaan yang terlalu rumit untuk dibaca dan difahami oleh pihak pelanggan, memperbaiki komunikasi dan mengkaji kembali tatacara kerja yang sediada. Penambahan anggota kerja Organisasi yang penting dan besar seperti Pejabat MARA Negeri Terengganu sudah pasti memerlukan jumlah anggota yang mencukupi sesuai dengan bebanan tugas yang semakin berat dan rumit. Langkah yang perlu dimabil ialah dengan menambah jumlah anggota kerja berpandukan bebanan tugas di dalam setiap fungsi yang ada. Berdasarkan kepada Rajah 2 di atas Pengarah MARA Negeri Terengganu hanya dibantu oleh Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu yang bertanggungjawab di Cawangan Khidmat Pengurusan dan ini adalah tidak mencukupi kerana terpaksa memikul bebenan berat menjaga urusan-urusan di bawahnya yang sentiasa berlaku penambahan tugas. Langkah yang perlu diambil ialah dengan menambah seorang lagi Timbalan Pengarah II dan diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan yang sebelum ini melaporkan terus segala aktiviti kepada Pengarah. Dengan adanya Timbalan Pengarah II yang bertanggungjawab khusus kepada Cawangan Pembangunan maka bebanan tugas pengarah akan menjadi lebih ringan dan pasti segala urusan atau aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Melakukan pusingan kerja / Job rotation Setiap anggota memang berkemahiran dan cekap dengan tugas atau aktiviti di dalam urusan masing-masing. Namun begitu skop kemahiran dan pengetahun adalah tidak meluas dan terkongkong. Anggota kerja hanya mengetahui bidang tugasnya sahaja dan langsung tidak mengetahui perjalanan mahupun cara kerja urusan-urusan lain walaupun
Page 22

setiap urusan mempunyai halatuju yang sama iaitu bagi mencapai objektif organisasi. Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan membuat pusingan kerja kepada semua anggota kerja di setiap urusan yang ada. Contoh : Anggota kerja yang bertugas di Urusan Pembangunan Usahawan ditukar ke Urusan Pembiayaan Perniagaan dan begitu juga sebaliknya. Pusingan boleh dibuat dalam 4 atau 5 tahun sekali dan yang pasti selepas itu semua anggota di dalam organisasi akan faham peranan dan tugas setiap urusan-urusan yang ada di dalam organisasi. Mereka bukan sahaja mahir dalam satu bidang malahan meraka akan mahir di dalam semua bidang yang ada di dalam organisasi. Ini sudah pastinya akan meningkatkan lagi kualiti kerja anggota-anggota terbabit. Memerlukan Transformasi Menyeluruh Bagi memastikan MARA Terengganu sebagai sebuah agensi pembangunan sosioekonomi Bumiputera sentiasa mantap, relevan dan berupaya memikul elemen tambahan yang makin mencabar. Sekiranya MARA Terengganu sentiasa di tampuk lama, tidak berubah dan mudah dimamah globalisasi maka yang akan menjadi mangsanya adalah Bumiputera itu sendiri. Dengan itu langkah yang perlu diambil ialah dengan memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap empat (4) urusan utama yang ada bagi memastikan MARA Terengganu terus relevan dan berupaya di dalam membangunkan Bumiputera dan generasi yang akan datang. Perkuatkan pentadbiran organisasi MARA Terengganu sentiasa berhadapan dengan jumlah pelanggan yang begitu besar merangkumi urusan usahawan dan pendidikan. Pelbagai karenah dan permintaan disuarakan oleh kumpulan sasar. Oleh yang demikian, langkah yang perlu diambil ialah MARA Terengganu hendaklah sentiasa bersedia dengan persekitaran dan meningkatkan sistem penyampaian dengan lebih cekap, melalui pengamalan best practices dalam organisasi dan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan atau kumpulan sasar. Cadangan penambahbaikan sistem penyampaian ialah dengan :i. Menyediakan kemudahan bayaran pembiayaan melalui Cash Deposit dan Cek Deposit ataupun melalui kad kredit melalui

Page 23

bank-bank terpilih. Ini belum lagi dilaksanakan oleh pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya. ii. Kemudahan permohonan pembiayaan melalui online. Pelanggan boleh memohon permohonan pembiayaan melalui internet dan tidak perlu ke Pejabat yang berkaitan. Ini belum lagi dilaksanakan di Pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya

iii.

Tawaran sebutharga melalui online. Segala maklumat sebutharga ada di dalam internet dan pelanggan boleh memasuki sebutharga melalui online yang ada. Belum lagi dilaksanakan oleh Pejabat MARA Negeri Terengganu

iv.

Bayaran pembiayaan perniagaan melalui online dan bukannya seperti sekarang yang menggunakan cek. Cara ini sudah lama digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Perkuatkan aset terpenting Dalam memastikan aktiviti-aktiviti utama MARA terlaksana, Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah memastikan warga kerja benar-benar kompeten untuk menjunjung amanah murni rakyat. Saya melihat aset terpenting MARA Terengganu adalah warga kerja itu sendiri yang mempunyai inovasi, kreativiti dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda di dalam membangunkan Bumiputera. Langkah yang perlu diambil ialah dengan menyediakan kursus-kursus serta latihan samada yang khusus ataupun umum. Penerapan budaya kerja berprestasi tinggi Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi. Langkah yang perlu diambil ialah dengan menggunakan asas tiga kompenen
Page 24

utama iaitu global , cemerlang dan kempetitif. Ini memerlukan kepada perubahan budaya kerja, budaya berfikir dan cara bertindak supaya ianya dapat merangsang Pejabat MARA Negeri Terengganu menjadi sebuah organisasi berasaskan pengetahun (k-organization).

8.0

RUMUSAN

Setelah mengkaji dan meneliti segala fakta-fakta yang telah dibentangkan di dalam perbincangan ini maka ternyata bahawa organisasi adalah satu kumpulan manusia yang agak kompleks. Setiap anggota di dalam organisasi hendaklah memahami halatuju organisasinya, peranan, tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut bidang kuasa yang telah ditetapkan. Objektif sesebuah organisasi hendaklah jelas dan terang bagi memastikan semua anggota kerja mudah memahaminya. Faktor strategi dan perancangan juga adalah penting dan hendaklah terus direncana demi memastikan objektif organisasi tercapai. Kesimpulannya organisasi yang distruktur dengan baik dan bersistematik , sesuai dengan kekuatan, persekitaran dan mengikut perubahan zaman dan teknologi akan menjadi satu organisasi yang kuat dan akan berjaya menuju kepada matlamat yang telah ditetapkan.

Page 25

9.0

RUJUKAN

4715 Perkataan

Ahmad, S.A et al.(2008) Principles of Management (6th ed.). Selangor : Open University Malaysia Stoner, J.A.F. et al. (1995). Management (6th ed.). New Jersey : Prentice Hall, Inc Rue, L.W,. & Byars, L.L (2004). Management : Skills and application, (11th ed.). Boston : Irwin-Mc Graw-Hill Dessler, G. (2001). Management : Leading People and Organizations in the 21th Century. New Jersey : Practice Hall Bernard, C. I. (1968) The Functions of the executive. Cambridge,MA: Harvard University Press Quinn J.B (1998). Strategies For Change : The Strategy Process : Revised European Edition

Page 26

TRANSKRIPSI RAKAMAN TEMUBUAL PENGARAH MARA NEGERI TERENGGANU

Pada hari khamis 20hb Januari 2011, saya telah bertemu dengan Pembantu Peribadi Pengarah dan memaklumkan kepada beliau tentang hajat dan tujuan untuk menemuramah pengarah bagi projek kertas kerja Prinsip Pengurusan. Dimaklukan bahawa pengarah agak sibuk pada hari itu dan hanya dapat meluangkan masa pada 23hb Januari 2011 iaitu pada hari Ahad. Persetujuan telah dibuat dan temuramah akan dibuat pada hari yang berkenaan. 1. 2. 3. 4. 5. Nama Pengarah Tempat Bertugas : Encik Abdullah Bin Mohamad : Pejabat MARA Negeri Terengganu

No untuk dihubungi : 09-6222070/6222077 Tarikh Temubual Penemubual : 23hb Januari 2011, Jam 10.00 am : Assalamualaikum Boss, untuk makluman Boss.. saya sekarang ini

dalam proses untuk buat assignment bagi subjek Prinsip Pengurusan. Jadi tugasan itu hendakkan saya menemuduga seorang pengurus dan bertanyakan tentang perkara-perkara mengenai organisasi, struktur organisasi, peranan organisasi dan banyak lagilah. 6. Pengarah : Saya nak bercakap tentang apa?...dan kalau nak bercakap tentang

organisasiia akan mengambil masasatu hari pun tak cukupBila start study?..

Page 27

7.

Penemubual kerja lain pulok..

: Memang doh bossbukan satu hari.seminggu pun belum tentu

habis(sambil ketawa kecil)buleh kita mula sekarang Boss?...bimbang kekgi Boss ada

8.

Pengarah ok..teruskan

: Bolehtidak ada masalahkalau saya boleh jawab saya akan

jawabjangan Tanya soalan yang saya tak dapat jawap sudah (sambil tersenyum)

9.

Penemubual

: Bereh Bosssoalan saya yang pertama : boleh boss ceritakan

tentang latabelakang MARA Secara umumnya 10. Pengarah : Seperti kita semua sedia maklum..apabila sebut sahaja MARA

pasti kita maklum ianya untuk menolong kaum Bumiputeraoksebenarnya dahulu..sebelum dikenali sebagai MARA ia dikenali sebagai RIDA..Rural Industrial Development Authoritymempunyai matlamat dan dasar yang agak sama iaitu membantu kaum Bumiputera terutamanya yang berada di luar Bandar.. Pada tahun 1966 RIDA telah digantikan dengan nama keramat yang baru iaitu MARAsampailah sekarangnak sambung lagi ke?..(sambil tersenyum) 11. Penemubual : Bab MARA cukup dohberehmaklumat latarbelakang yang

lebih detail saya cari sendirilahok Bosssoalan keduaboleh boss tolong maklumkan tentang misi, visi dan sebagainya yang berkaitan dengan Pejabat MARA Negeri Terengganu 12. Pengarah : (sambil batuk batuk kecil)kalau nak bercakap secara detail

saya pun kena study..kena ada nota.(sambil ketawa kecil)tidak ada masalahtapi sebelum itu biarlah saya terangkan dahulu tentang penubuhan MARA dahulu untuk dimasukkan dalam assignment you nanti
Page 28

13.

Penemubual

: Bereh Bossno problemthanks

14.

Pengarah

: Okdari zaman sebelum merdeka hinggalah kita merdeka

MARA adalah satu-satunya Badan Kerajaan yang memainkan peranan penting di dalam menjaga dan membantu kaum Bumiputera.(terdiam sebentar).kerana kita sedar kaum Bumiputera pada ketika itu amat ketinggalan dari segala aspek terutamanya aspek ekonomi memang kita jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa yang lain.(beliau terdiam)saya kalau bercakap tentang sejarah MARA .pasti saya akan bercakap dengan penuh emosi.(sambil tersenyum).oh yakat mana kita tadi?... 15. Penemubual : Sejarah MARAtapi saya rasa cukup doh tucuba boss

ceritakan serba sedikit tentang Misi, visi MARA ..objektif(sambil tersenyum). 16. Pengarah : OkVisi MARA yang paling penting kita mahu menjadikan

MARA sebagai organisasi yang cemerlangkalau boleh seperti organisasi korporat, berdikaridisegani ..ada autonomi serta ada kewibawaan..dengan kata lainsecara ringkasnya(diam sejenak)dengan kata lain kita mahu menjadi pengerak kegemilangan di dalam segala aspek samada perusahaan , perdagangan, pembangunan dan menjadi organisasi pemikiritulah secara ringkasnyaManakala misi Pejabat MARA Negeri Terengganu ialah menjadi organisasi yang unggul di dalam usaha mengangkat mertabat dan maruah bangsasamada ekonomi, pendidikan dan sebagainyaokitu sajalah rasanyanext question(sambil ketawa kecil). 17. Penemubual : (Sambil ketawa kecil)saya tengokboss macam semangat

je.oklah bosssoalan seterusnyatapi bukan dalam bentuk soalanlahCuma saya perlukan pengesahan dari Bosssaya doh buat research tentang perkara ning.ok
Page 29

Pertama : Betul atau tidak kalau saya katakana bahawa boss sebagai pengarah MARA Negeri Terengganu bertindak sebagai Top Management di MARA Terengganu

18.

Pengarah

: Yakalau difokuskan kepada Pejabat MARA Negeri Terengganu

tetapi jikalau dilihat kepada MARA keseluruhannyatermasuk Ibu Pejabat mungkin Pengarah MARA Negeri Terengganu berada di level lain dan bukannya Top Management seperti dikatakan tadi. 19. Penemubual : Tapi kalau kita lihat pada Pejabat MARA Terengganu sahajaboss

adalah Top Management.. 20. 21. Pengarah Penemubual : Yabetulah tu : Cuba boss ceritakan sedikit tentang struktur organisasi Pejabat MARA

Negeri Terengganu 22. 23. Pengarah Penemubual : Keseluruhannya ke?...atau secara umum?.... : Ikut boss blake.kalu boss nok cerita lebih detail lagi bagus(sambil

tersenyum)..ini saya ada print carta organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu boss boleh rujuk kat situ(sambil tersenyum) 24. Pengarah kecil). 25. Penemubual : Boss ceritalah sikitnok dengor dari mulut Pengarah sendiripenting : Maklumat dah adatak payahlah saya cerita lagi.(sambil ketawa

untuk assignment ning.

Page 30

26.

Pengarah

: Oklah.saya bergurau saja tadi tu.(sambil tersenyum)oklah..kalau

dilihat pada organisasi PMN (Pejabat MARA Negeri) Terengganu..saya sebagai pengarah bertindak sebagai Penguruslahseperti yang you belajar tusaya pun dulu ada study management jugak dulutapi dah lama(ketawa kuat).oksebagai pengarah saya dibantu oleh Timbalan Pengarah kalau diikutkan saya dibantu oleh semua peringkattapi apa yang saya terangkan ini berdasarkan carta organisasi yang ada di tangan saya iniPengarah bertanggungjawab terhadap semua urusan-urusan atau fungsi-fungsi yang ada..manakala Timabalan Pengarah bertanggungjawab terhadap beberapa urusan atau fungsi yang ada di sini. Struktur utama organisasi dipecahkan kepada 2 fungsi utama iaitu Cawangan Pembangunan dan Cawangan Khidmat Pengurusan..(terhenti kerana ada bunyi deringan telefon dan pengarah terus menjawabnya).(3 minit kemudian)sorryoh ya..kat mana kita tadi?... 27. Penemubual : (Menyemak nota) last sekaliboss beritahu tentang Cawangan

Pembangunan dan Cawangan Khidmat Pengurusan 28. Pengarah : Ok,saya ceritakan serba ringkas tentang Cawangan Pembangunan

dahulu(sambil melihat jam tangannya) 29. 30. 31. Penemubual Pengarah Penemubual : Boss ada janji dengan orang ke?...atau ada kerja kat luar : Tidak adakenapa you tanya?... : Tak doklahsaya tengok boss tengok jam tadisebab tu saya Tanya

(sambil tersenyum)
Page 31

32.

Pengarah

: (Sambil ketawa)saya tengok jam bukannya apaCuma nak tahu dah

berapa lama temubual ni. 33. 34. Penemubual Pengarah tersenyum) 35. 36. Penemubual Pengarah : (Melihat nota)..Bos nok cerita tentang Cawangan Pembangunan. : Cawangan Pembangunan.seperti yang kita maklumdan juga seperti : Oooooogitu rupanya.(sambil ketawa). : Okmmmmkat mane kita tadisaya cepat lupa sikit(sambil

di carta juga.Cawangan Pembangunan mempunyai empat (4) urusan atau fungsi uatama yang amat penting Pertama : Urusan Pembangunan Usahawan yang bertindak di dalam segala aktiviti-aktiviti bimbingan, latihan, member khidmat nasihat, menyediakan kursus-kursus keusahawanan dan sebagainya..Kedua : Urusan Pembiayaan Perniagaan bertanggungjawab dalam member kemudahan pembiayaan perniagaan bagi membantu usahawan untuk memulakan atau meningkatkan perniagaan..Yang ketiga : Urusan Pembangunan Infrastruktur Perniagaan : urusan ini lebih kepada kemudahan infrastruktur kepada usahawan seperti kemudahan premis penyewaan dan yang keempat: urusan Latihan dan pendidikan: ..(Terdiam sebentar)urusan ini lebih kepada anak-anak kita yang akan belajar dan yang sedang belajarlebih kepada program pendidikan rasanya itu sajalah setakat iniatau nak detail lagi.(sambil tersenyum sinis) 37. 38. Penemubual Pengarah : Ok doh tudetail doh.buleh saya teruskan lagi boss?... : Pukul berapa dah sekarang?...

Page 32

39.

Penemubual ketawa kecil)

: Pukul 11 lebih doh boss.rasa macam baru 23minit(sambil

40.

Pengarah

: Yang bertanya oklah.yang menjawab ninglah yang letihnya.(sambil

ketawa kecil). 41. Penemubual : Habis tuboss nok berhenti dulu ke?...tak dok masalohkita buleh

sambung balik. 42. Pengarah : Baik kita habiskan hari inisebab saya tidak tahu ada masa atau tidak

selepas inibesok saya akan ke Kuala Lumpurada meetingmungkin dalam tiga (3) haribalik Terengganu..ada pulak perjumpaan dengan Dato MB..mungkin dalam 2 atau 3 minggu ning saya akan sibuk..baik kita habiskan 43. 44. Penemubual Pengarah : Kalu gitusaya bereh jetak dok masaloh : oklahtentang cawangan pembangunan dah habis ke belum?keempat

fungsi utama ... 45. Penemubual : Tentang tuboss doh terangkan semuaboss explain tentang

Cawangan Khidmat Pengurusan pulokserba sedikit. 46. Pengarah : Cawangan Khidmat Pengurusan tidak kurang pentingnya pada

organisasiboleh dikatakan semua urusan adalah penting dan ada peranannya masingmasing..ok.Cawangan ini dipecahkan kepada beberapa fungsi iaituoh ya sebelum ituTimbalan Pengarah adalah bertanggungjawab ke atas Cawangan iniapaapa masalah berkaitan

Page 33

Pengurus-pengurus atau ketua-ketua unit di bawahnya akan merujuk kepada beliau terlebih dahulusebelum dibawa kepada sayalahcawangan ini dipecahkan kepada beberapa fungsi iaitu urusan pentadbiran, urusan teknikal dan urusan penguatkuasaan dan pendakwaannak saya terangkan secara detail ke setiap-setiap unit ke?.... 47. Penemubual : (Sambil tersenyum).dok payohlah bossnanti saya cari sendirilah

boleh saya teruskan boss?... 48. Pengarah : Teruskan.tapi sebelum itusaya ada beberapa catatan yang saya ada

kaitan dengan assignment you tu.sekejap (sambil membuka laci mejanya dan mengeluarkan buku nota berwarna biru ).ok.di sini ada beberapa nota ucapan yang dari Dato Seri Idris Pengerusi kita(sambil membelek-belek) nota tersebut nah..you ambillah nota ini sebagai rujukan 49. 50. Penemubual Pengarah : Berkaitan apa boss?.... : Pasal MARAlahoklah..biar saya baca salah satu dari apa yang saya

catatkanDato Pengerusi ada menyatakan Strategi dan perancangan akan sentiasa direncana demi memastikan usaha mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dapat dijana. Tahun 2009 telah mencatat sejarah tersendiri apabila MARA diletakkan di bawah kementerian Kamajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ianya membawa satu anjakan paradigm yang amat signifikan kepada MARA dan juga segala perancangan samada di peringkat makro mahupun mikro..ini adalah salah satu daripada ucapan Dato Pengerusi yang saya sempat catatkan.mungkin ianya boleh digunakan untuk assignment you tu.

Page 34

51.

Penemubual Boss

: Bereh Boss.rasanya boleh dimasukkan dalam assignment.TQ

52. 53.

Pengarah Penemubual

: Sokat mana kita tadi?..... : Maklumat tentang pecahan cawangan tuBoss doh royatjadi sekarang

ning saya nok Tanya boss pasalhalatuju MARA Terengganu sekarang ning?.... 54. Pengarah : Halatujuhalatuju MARA sekarang ini adalah selaras dengan halatuju

KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah) iaitu memfokuskan kepada tiga (3) fokus utama..(terdiam sejenak).fokus yang pertama ialah pada aspek pembangunan usahawan, kedua..aspek pendidikan dan latihan dan yang ketiga adalah aspek kemudahan pembiayaan & premis perniagaan.. 55. 56. Penemubual Pengarah : Boleh boss terangkan serba sedikit tentang tiga (3) aspek ning : Panjang cerita kalau saya nak ceritakan satu persatutapi semua

maklumat ini ada dalam buku nota yang saya bagi kat you tu.bagi pinjambukan bagi teruskena pulang balik(sambil tersenyum).. 57. Penemubual : Kalu begitusaya akan rujuk nota boss sajelah.oklah bossrasanya

setakat itu sahajalah temuduga saya. Terima kasih di atas masa dan kerjasama Boss. 58. Pengarah : Sama-sama

TEMUBUAL TAMAT

Page 35

Anda mungkin juga menyukai