Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN DAN SEJARAH

Pengenalan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

PUISI PENUBUHAN MARA


AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA) USMAN AWANG NOVEMBER 1991 Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato' Dr. Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA.

Majlis Amanah Rakyat Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosioekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan. RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa

bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.

LOGO MARA

RASIONAL AM LOGO MARA Roda Bergigi (14) Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Buku Terbuka Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

Jangka Lukis Terbuka Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian. Spana Dan Skrew Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya. Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan

MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman. Warna Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai Merah - peluang-peluang baru. Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Biru - Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa. Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk Hitam - membantu secara berterusan golongan Bumiputera

Anda mungkin juga menyukai