Anda di halaman 1dari 21

UIK1012 KENEGARAAN DAN KEMASYARAKATAN

NAMA AHLI KUMPULAN


DAN NO MATRIK : AHMAD YUSRI BIN ABDULLAH.(039084)
:ANWAR WAJDI BIN ROHAIZAD(039195)
:KASYFI BIN AZMI (038904)
:LUKMAN HAKIM BIN MOHAMAD SUHAIMI(039099)
:MIOR MOHAMAD SYAHIR BIN ZAHARI(038923)
:MOHAMAD FAKHRUL AFIF BIN RASHID (039122)
:MUHAMMAD ZULNAJMI BIN ZULKIFLI(038826)
:MUHAMAD AKRAM BIN AMMAR(039279)
PENSYARAH :EN.ABDULLAH BIN IBRAHIM
KOS :USULUDDIN
PENGHARGAAN

Ribuan Terima kasih yang tidak terhingga daripada saya Mohamd Fakhrul Afif Bin Rashid
daripada kos USULUDDIN, Sem 12015/2016 kepada semua individu yang telah membantu dan
memberi sedikit sebanyak suntikan semangat kepada saya dalam melaksanakan kerja saya ini
samada secara langsung atau tidak langsung yang di berikan oleh CG ABDULLAH pensyarah
mata pelajaran kenegaraan dan kemasyarakatn saya pada tahun sem 1.

Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan yang kasih yang tidak terhingga kepada saya CG ABDULLAH selaku guru
mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya dan tidak lupa juga kepada
semua kawan-kawan saya juga inginmengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan
mereka sehingga saya dapatmenyiapkan kerja saya ini kerana ini merupakan kali pertama saya di
universitI mendapat tugas sedemikian

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
tugasan saya ini., Saya mengaharapkan agar segala kekurangan harap dimaafkan dan ditegur
dengan berhemah.sesungguhnya yang baik itudatangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya
dari kelemahan saya sendiri..Sekian,,TERIMA KASIH.

2
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK M/S
PENGHARGAAN 2
PENDAHULUAN 4
1.0 PENGENALAN 5
1.1DEFINISI KONSEP-KONSEP ASAS 6-13
1.2 KENEGARAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA 14-15
PENUTUP 16-19

RUJUKAN 20

3
PENDAHULUAN
Tugasan ini lebih mefokuskan kepada negara kita iaitu Malaysia terkenal di mata dunia sebagai
sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu
tempatan, bahkan ia turut terlibatdalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami
oleh masyarakat antarabangsa.Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik.
Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama
yang berbeza.
Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah
tanah asal tempattumpah darah mereka.Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi
mereka dapat hidup aman dan damai,tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak
sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa,
keturunan dan kepercayaan yang sama.Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian
hidup mereka tidak bertahan lama keranadi cemburui banyak pihak mahupun dari dalam atau
luar negara. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasaseperti
Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan
dankesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba
menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka
berada di bawahcengkaman kuasa asing.Pada tahun sekian , salah seorang pakar astropologi
,J.S Furnivall.

pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Definisi
masyarakat majmuk mengikut Furnivall merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang
bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik
yang sama. Masing-masing berpegang kepadakebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah
sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalamurusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian
balik ke kelompok masing-masing.

Pekerjaan jugadibahagikan mengikut garis perkauman. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi


secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah
Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahanmasuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubahstruktur kependudukan asal Tanah
Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagaietnik yang dikategorikan mengikut
cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan

4
1.0 Pengenalan
Kenegaraan bermaksud perkara perkara yang melibatkan hal ehwal sebuah negara seperti
latar belakang sejarah dan sebagainya.Istilah mengikut buku suatu kursus teras di mana mana
IPTA di seluruh negara membincagkan hal khusus tentang hal ehwal negara Malaysia.kursus ini
bertujuan tentang sejarah pembinaan negara dan masyarakat,system politik dan pentadbiran serta
dasar-dasar utama negara serta menekankan penghayatan nilai –nilai murni sebagai panduan
dalam setiap warganegara.
Sepanjang sejarah perkembangan negara ,beberapa peristiwa penting yang menekankan nilai
nilai murni seperti permuafakatan,tolak ansur.dan kerjasama antara kaum dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan merupakan antara conto amalan yang wajar dicontohi oleh setiap rakyat
Malaysia.Kursus ini tidaklah tertumpu kepada sejarah semata-mata.namun penekanan terhadap
sejarah tidak boleh diketepikan kerana kefahaman sedemikian untuk membolehkan kita
menghayati dengan jelas nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam setiap kursus ini.Sejarah
dapat membantu kita untuk mengenali dan memahami latar belakang sesuatu perkara atau
peristiwa yang berlaku.

Sejarah membolehkan kita memeriksa,mengambil pengertian dan


meninmbangkan satu –satu perkra itu dengan lebih sempurna dan
saksama sejarah juga boleh menjadi pemandu dan penunjuk kita

(Zainal Abidin Abdul Wahid “Kepentingan Sejarah” Dewan Bahasa,

Jilid II,Bil 10,Oktober 1958,Hlm.506-507)

Pelbagai peristiwa yang berlaku kerana sejarah yang boleh kita teladani.tanpa peristiwa kita
mungkin tidak berupaya untuk membuat perancangan pada hari ni dengan lebih teliti.contoh
ketara adalah pada 13 Mei 1969 yang disifatkan sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara
menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian kaum dipelihara stiap masa oleh
warganegara.Kejayaan Malaysia pada masa hadapan bergantng sepenuhnya pada kerjasama erat
salam kalangan semua rakyat ntuk bersama-sma berusaha membangunkan negara.kepribadian
yang luhur dan semangat cintakan negara hanya dapat dipupuk jika semua rakyat dapat
memahami perjuangan generasi terdahulu dalam membentuk ngara yang kita warisi pada hari
ini.

5
1.1 Definisi Konsep-Konsep Asas
NEGARA BANGSA mempunyai kaitan dengan yang lain dan merupakan gabungan tiga
komponen utama iaitu negara,individu dan bangsa.
INDIVIDU umumnya merujuk kepada manusia dan pembinaan negara bangsa tidak mungkin
akan menjadi sempurna sekiranya tiada individu atau kelompk manusia dalam negara itu sebagai
tenaga penggerak kepda pembinaan bangsa dan seterusnya negara.dengan adanya hubungan
sesama individu maka dapatlah menggerakkan individu lain untuk membentuk kumpulan yang
berkongsi ciri-ciri persamaan dan kepentingan.Kumpulan itu pula kan membentuk bangsa
dengan hasrat ntuk melahirkan pemerintahan dan mewujudkan negara .usaha setiap individu
yang digembeng akan dapat membentuk sesebuah negara.
NEGARA dalam pengertian mudah merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia serta
mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan pemerintahanya
sendiri.brperanan sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat.Kegiatan sesebuah
negara tertakluk kepada undang –undang dan peraturan yang sah.konsep NEGARA mempunyai
takrif yang berbeza antaranya negara sebagai satu organisasi masyarakat dan berbudaya politik
iaitu negara sebagai sebuah kumpulan orang yang mendiami satu kawasan yang tetap,bebas
daripada kawasan luar dan memiliki suatu kerajaan yang teratur dengan sebahagian besar
pnduduknya memberikan ketaatan masing masing.
Selain itu ada takrif yang lebih khusus negara dari sudut peranan poliiknya R.H Soltao (1977)
sebagai satu jentera atau agensi yang mempunyai kuasa tertentu untuk mengurus atau mentadbir
hal ehwal rakyatnya.Miriam Budiarjo (1981)sebagai satu system politik yang terdiri daripada
penduduk di dalam sesuatu kawasan atau wilayah yang ditetapkan serta mempunyai
kerajaan.Harold J.A Laski(1984) berpendapat bahawa sebagai satu kelompok masyarakat yang
bersatu dan medapat kuasa yang sah disisi udang-undang.
Robert A. Dahl (1983) menyatakan bahawa negara kepada satu sistem politik yang didirikan
oleh orang yang mendiami wilayah yang tetap dan mempunyai kerajaan yang memerintah
wilayah tersebut.Geoffrey K.Robert (1967) berpendapat negara perlu mempunyai ciri-ciri
wilayah,penduduk dan pemerintah dan pemerintah itu berkuasa untuk memaksa rakyatnya
mematuhi arahan arahan tersebut.Negara dapat dirumuskan bahawa satu unit politik yang
mempunyai penduduk tetap di sesuatu kawasan atau wilayah dengan memiliki sempdan yang
jelas serta diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan undang –undang
yang diamalkan mestilah sah disisi undang-undang.

6
Konsep negara berdasarkan buku ini ialah MALAYSIA yang terletak di rantau asia tenggara
mengandungi 13 buah negeri iaitu 11 buah negeri di semenanjung Malaysia,duah buah negeri di
Borneo dan tiga di wilayah persekutuan.Semenanjung pada asalnya dipanggil Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 ogos 1957.Tanah melayu tela bergabung dengan
Singapura,Sabah,Sarawak untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963 bagaimanapun
pada tahun 1965 Singapura telah pun berpiasah dengan Malaysia untuk menjadi sebuah negara
yang berasingan.

BANGSA dari segi istilahnya merujuk kepada suatu kesatuan manusia yang hidup bersama
dalam sebuah negara .yang dikatakan berkongsi beberapa ciriciri yang sama disebabkkan oleh
pelbagai faktor.bangsa merupakan suat kumpulan yang mempercayai bahawa mereka terikat
antara satu sama lain berasaskan perkongsian identity yang sama sebagai satu kumpulan
Malaysia atau masyarakat.Objektif kumpulan yang dikongsi bersama seperti pemilikan wilayah
leluhur,agama,Bahasa dan budaya dan budaya dengan hasrat untuk membentuk pemerintaha
sendiri.

NEGARA BANGSA bermaksud sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya yang hidup
bersatu padu,tanpa ada dipisahkan oleh ikatan primordial yang seperti
kaum,ketrunan,agama,bangsa dan negara.mereka juga mempunyai keyakinan erta kepercayaan
yang tinggi kepada system pemerinthan dan undang-undang yang diamalkan di negara tersebut
.Selain itu, mereka juga perlu menerima hakikat untuk berkongsi kehidupan brsama dengan
kaum-kaum lain .Mreka juga perlu merima nilai kebangsaan yang sama yang terdiri daripada
pelbagai bentuk seperti lagu kebangsaan.pembentukan satu bangsa negara menjadi syarat kepada
kestabilan sesebuah negara .

Usaha untuk membentuk negara bangsa bukanlah sesutau yang mudah kerana sejarah tlah
membutikan.Sebaliknya bangsa lahir beransur ansur secara semula jadi di bawah keadaan
tertentu dan berkembang dengan ciri-cirinya yang tertentu.Atas kesedaran inilah bekas Pm
MALAYSIA,Tun Dr Mahathir Mohamd pernah mencetuskan idea pembinaan satu bangsa
Malaysia pada 28 Februari 1991.Dalam rangka kerja Tun Dr Mahathir yang dikenali sehingga
ke hari ini ialan WAWASAN 2020.

7
Cabaran pertama dan paling asas dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang maju menurut acuan sendiri ialah pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu
padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.Hal itu idea yang diberikan oleh
Tun DR Mahathir perlu diambil berat.Hal ini kerana sejak kemerdekaan dan penubuhan
Malaysia yang wujud hanyalah negara Malaysia manakala bangsa Malaysia belum lagi
sempurna.Kaum majority di Malaysia adalah Melayu.kaum minoriti pula cina , india
,siam,kadazan.murut,iban dan sebagainya.konsep bangsa Malaysia mencerminkan satu usaha
kearah peneguha jati diri Malaysia yang tidak langsung melemahkan atau menghapuska identity
kaum yang sedia ada.

Mereka bergaul ,tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan


berpegang kepada agama masing-masing,kebudayaan,Bahasa,idea
dan cara hidupnya yang tersendiri.sebagai individu mereka
bertemu tetapi haya di pasar membeli dan menjual

Ungkapan J.S.Furnivall(1948) dalam

Mejelaskan konsep masyarakat majmuk

MASYARAKAT MAJMUK membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sma


si suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini terdiri daripada
kaum atau bangsa.J.S Furnivall mula melopori konsep tersebut pada tahun 1948 di Indonesia
dan Myanmar (Burma ).digunakan umtuk merujuk lepada masyarkat tropika dibawah kuasa
penjajah dengan bercirikan perpecahan dan konflik antara kelompk yang berlainan berketurunan
dalam system politiTIK

Furnivall berpendapat bahawa mereka walaupun di bawah satu politik yang sama mereka tidak
berganding bahu di bawah satu system politik yang sama.mereka terasing dalam kehidupan
seharian dan hubungan mereka hanya terbatas ketika dalam ekonomi seperti jual beli

8
M.G.Smith(1965) mengatakan masyarakat majmuk bercirikan kepelbagaian budaya perpecahan
social dan politik.dari sudut politik masyarakat majuk dikuasai oleh kaum minoriti yang
mengamalkan kebudayaan tersendiri.Beliau berpendapat bahawa wujud atas dasar konflik dan
paksaan dan bukannya atas asar nilai bersama.iBeliau juga berpendapat bahwa institusi
memainkan peranan penting dalam struktur social dengan menentukan bentuk hubungan dalam
sesebuah masyarakat dengan setiap anggota berkongsi satu set insttusi sama yang dianggap
sbagai homogenous dari segi budaya dan sosial.

Rumusan yang dapat dilakukan oleh kedu apandangan tu mereka bersetuju asas tentang olitik
masyarakat majmuk dan penguasaan oleh suatu kelompok minority iaitu dari segi bilangan dan
budaya.mereka juga menekankan bahwa kepelbagaian budaya dan perpecahan sosial merupakan
ciri – ciri masyarakat majmuk.Pandangan Furnivall lebih tertumpu kepada masyarakat colonial
di bawah pengaruh kapitalisme Barat, manakala Smith memberi secara meluas iaitu bukan
sahaja masyarakat hasil perkembangan kapitalisme Barat tetapi juga akibat daripada penaklukan
dan perpindahan.
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup dalam
keadaan hidup yang harmoni hasil daripada sikap tolak ansur da kerjasama yang telah lama
ada.Antara kaum utama termasuklah Melayu,Cina,India serta kaum minoriti yang terdiri
daripada serani,Punjabi,siam,portugis dan masyarakat orang asli.

Orang melayu kaum terbesar dan penduduk asal Tanah Melayu .Selain itu penduduk asal Sabah
dan Sarawak adalah kadazan,bajau,iban,murut.Sejarah majmuk di Malaysia berlaku dengan
mengambil msa yang panjang akibat daripada penghijrahan kaum kaum lain ke Tanah Melayu
pada Waktu itu iatu saudagar cina berminat untuk melabur dalam perusahaan biji timah dan
getah.Peghijarahan semakin berleluasa apabila british menggalakkan kemasukan buruh imigran
bagi merancakkan lagi ekonomi pada ketika itu.

PERPADUAN MELALUI KEPELBAGAIAN KAUM di Malaysia ini menjadikan


masyarakatnya lebih unik dan menarik kerna terdapat pelbagai bangsa,latar belakang.kadangkala
boleh menimbulkan masalah ,tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukarjika kerjasama di antara kaum
terjalin ,cara ini boeh membantu kita untuk memahami dengan lebih baik tentangmasyarakat
yang bersama-sama menganggotainya.walaupun terdapat budaya yang berbeza masih ada
persamaan dalam kaum di Malaysia seperti sistem kekeluargaan,adat resam serta nilai-nilai
keagamaan.
9
Kaum di Malaysia sangat menghorati adat warisan yang diwarisi sejka turun temurun.Adat
resam yang menekankan pentingnya menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa
atas jasa dan pengorbanan mereka.oleh yang demikian dalam membuat satu keputusan ibu bapa
diutamakan dan tidak boleh dibiarkan.Semua kaum mempunyai adat yang sama semasa
menyambut tetamu.Amalan ziarah menziarahi sudah menjadi satu amalan bagi semua kaum di
Malaysia,terutama dalam soal kelahiran anak,perkhawinan atau sakit ,kenduri.

POLITIK menurut ahli falsafah,Yunani,Aristotle, pernah menyebut bahawa manusia secara


semula jadinya ialah haiwan politik kerana manusia suka bertindak dan tindakanya itu pula
melibatkan anggota masyarakat.Dua orang atau lebih orang berinteraksi,mereka juga dikatakan
mempunyai hubungan politik.pandangan tersebut menekankan saling memrlukan manusia yang
llain untuk menjalani kehidupan ,satu organisasi yang padu perlu disusun untuk memupuk
perasaan saling memahami dan menghormati sesame mereka.Bagi memelihara keamanan
masyarakat memrlukan beberapa orang untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang
diteraokan menerusi persetujuan ramai.

Apabila manusia hidup dala sebuah organisasi yang didalamnya terdapat interaksi antara seorang
anggota masyarakat dengan anggota yang lain maka wujudlah yang digelar negara.peraturan
yang ditetapkan untuk mengekalkan keamanan dipanggil undang-undang.Sekumpulan orang
dan institusi yang menetukan sesebuah peraturan dan undang-undang itu dipanggil
kerajaan.Politik berasal berasal Yunani,polis yang bermaksud sebuah negara kota,pengkajian
politik moden adalah satu cabang ilmu yang di pelopori oleh Plato(425-327 S.M) dan Aristotle
(384-322 S.M) .

Menurut Aristotle ilmu politik adalah ibu kepada segala lmu,kerana politik memang melibatkan
kegiatan manusia.dalam kontek umum sekiranya seseorang sudah terlibat dalam mengndi dalam
pilihan raya maka dia sudah termasuk dalam proses politik.Olh itu politik dikatakan sebagai
sesuatu yang merangkumi segalanya.ustilah khusus politik oleh Jean Bodin(1530-1596) dan
Montesquieu(1689-1755) menghubungka politik dengan kerajaan dengan undang-undang.
Kerana bagi mereka politik tertumpu kepada soal-soal institusi pemerntahan seperti dewan
perundangan,kehakiman,dan pentadbiran awam.Abad ke 20 penyertaan rakyat dalam proses
politik dikatakan sebagai unsur-unsur khusus politik dan ilmu politik.
10
Sebagai kesimpulan politik terbahagi kepada dua sudut iaitu esuatu yang meliputi seebuah
kehidupan manusia dan lebih khusus seperti kuasa dan pesaingan kusa ,pemerintahan,dasar dan
keputusan awamyang mengikat seluruh anggota masyarakatidea-idea politik serta peranan
individu dan kumpulan dalam proses politik.

POLITIK BERASASKAN GARIS KAUM atau bimodial politics merupakan model yang
dominan dalam ebanyakan kajian di Malaysia dengan tujuan untuk mewkili dan
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.Maka semua dasr,isu dan perjuangan setiap
parti ditujukan untuk memelihara dan kepentinagn kaum yang diwakili.

POLITIK PERMUAFAKATAN atau consociational politics merujuk kepada kepada pakatan


kerjasama antara parti politik yang mewakili kaum-kaum tertentu untuk berebut kuasa dan
menubuhkan kerajaan.iaitu sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya.Pakatan pertama
melibatkan pengagihan kerusi yang bakal ditandingi oleh parti-parti melalui satu gabungan
politik.pakatan ini biasa lebih stabil.Contoh pakatan jenis pertama ialah kerajaan parti perikatan
yang meemrintah Malaysia antara 1957-1974 kerajaan barisan nasional sejak 1974 .

Pakatan kedua dibentuk selepas pilihan raya bertujuan membentuk kerajaan.melibatkan parti
politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya secara bersendirian tetapi tidak
berupaya membentuk kerajaan kerana kekurangan suara majoriti mudah dalam badan
perundangan,oleh ituparti tersebut memerlukan sokongan parti parti lain untuk membolehkanya
membentuk kerajaan.

Contoh pakatan jenis kedua ialah kerajaan pakatan rakyat yang berkuasa pada berkuasa pada
peringkat negeri selepas pilihanraya umum pada tahun 2008.kerjasama ini hanya boleh dibentuk
apabila PAS,DAP untu menubuhkan kerajaan sendiri di Selangor, pulau pinang,kedah dan
perak.kerajaan diatas dikenali sebagai kerajaan campuran atau coalition government bisasanya
berifat longgar dan tidak formal.pakatan jenis pertama lebih stabil kerana parti politik telah
didaftarkan sebagai sebuah parti politik scara rasmi dan sah .

IDEOLOGI berasal daripada perkataan idea dan logic yang mempunyai masu idea-idea yang
disusun secara teratur untuk mewujudkan satu system hidup atau system politik
baharu.perkataan tersebut diperkenalkan oleh ahli falsafah perancis Desttutt de Trancy 1755-
1836 semasa revolusi perancis .konsep tersebut ang dimaksudkan ialah satu sains atau kajian
tentang idea-idea,konsep ini banyak terdapat dalam tulisan Karl Marx.

11
Beliau menganggap ideology sebagai satu system idea dan kepercayaan yang mengekalkan dan
mempertahankan kepentingan kelas sosial yang tertentu.menurut Alan R.Ball(1988) ideology
terbentuk apabila idea-idea politik menjadi sesuatu yang jelas.teratur,dan sistematik.konsep bagi
Alexander J.Groth (1971) ideology tidak teratur sistematik atau rasional.ideologi berkait rapat
dengan kuasa politik.ideologi mestilah mengandungi dalil-dalil normatif yang dapat
mempengaruhi golongan tertentu bagi menganjurkan sesuatu program perubahan atau
mempertahankan keabsahan status quo.

Tiga fungsi penting ideology iaitu:memberikan pengesahan kepada pengagihan kuasa dan
struktur politik kepada dalam sesuatu pemerintahan.,memainkan peranan dalam proses
perubahan politik dan menjadi alat pemerintahan dan kepimpinan untuk ,emobilisasikan rakyat.

Ideology juga mempertahankan suatu system nilai dan mempertikaikan sistem-sistem nilai dan
dan mempertikaikan sistem-sistem nilai yang lain.antara ideologi politik yang masih sehingga
kini adalah nasionalisme,kapitalisme,komunisme dan sosialisme.ideologi yang mempunyai satu
ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara bertujuan menyatukan rakyat kea rah
perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969,dengan kedaran oleh majlis perundingan neagara dan
jabatan perpaduan negara mencadangkan supaya di ubal satu ideologi negara,iaitu Rukun Negara
untuk memulihkan dan mengukuhkan semula hubungan antara rakyat Malaysia yang berbilang
kaum kemudianya Rukun Negara yang disytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1971.

DASAR NEGARA/DASAR AWAM ialah dasar yang dibuat oleh kerajaan dalam merangka
projek ,dasar,program,rancangan atau apa jua kegiatan untuk memastikan rakyat dapat
menikmati taraf kehidupan yang lebih baik di samping mengekalkan kestabilan politik,ekonomi
negara secara berterusan.dasar awam atau dasar negara meliputi pelbagai perkara seperti
pendidikan ,kebajikan.pembangunan luar bandar dan sebagainya.

Thomas R.Dye (1978) merujuk kepada apa jua yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang
mempunyai maksud tertentu seperti sebarang langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan
misalnya dengan berutujuan untuk memelihara keamanan seperti mengharam kan sebarang
aktiviti yang boleh menyentuh sensitiviti sebuah kaum.untuk mengelakkan masalah
perkauman.seterusnya langkah Malaysia dengan tidak berbuat apa-apa dalam sesuatu perkara.

12
Ini boleh ditakrifkan sebagai dasar awam yang dinamakan oleh Thomas R.Dye (1978) sebagai
non-decision atau tidak berbuat apa-apa.Misalnya kerajaan tidak berbuat apa apa Mengikut
pendapat Richard Rose 1969 dasar adalah satu siri yang panjang dan berkaitan dengan kegiatan
serta melibatkan keputusan yang konkrit.takrif ini lebih bermakna kerana menekankan dasar
sebagai satu bentuk atau siri tindakan.

James E.Anderson(1975) memberi maksud dasr sbgai haluan tindakan yang mempunyai
sesuatu tujuan oleh pelaku atau sekumpulam pelaku dalam mengendalikan sesuatu masalah atau
perkara yang berkaitan.Dasar awam itu dikenali sebagai dasar kerajaan.Menurut Y.Mansor
Marican (1981)dasar awam itu dikenali dasar kerajaan kerana pengertian merujuk kepada tempat
asal dasar itu digubal.Richard Vaison membrithu kesan sesuatu dasar itu bersifat awam atau
persendirian.Satu daripada ciri dasar awam ialah dasar itu digubal oleh apa yang disebut oleh
David Easton(1965) sebagai autoriti dalam sistem politik.

Autoriti disini merujuk kepada eksekutif ,ahli badan-badan perundangan,hakim,pentadbir dan


lain-lain.mereka ialah pihak yang terlibat secara langsung dalam kegiatan harian sistem politik
dan bertanggunjawab dan menggubal dasar.Tindakan mereka diiktiraf selagi mereka bertindak
dalam batas yang dibenarkan dalam peranan masing-masing.Sebagai kesimpulan takrif dasar
awam dapat dirumuskan seperti berikut:

a)Dasar awam ialah tindakan yang berorientasikan matlamat atau tujuan

b)Dasar awam melibatkan haluan atau bentuk tindakan.

c)Dasar awam merjuk kepada apa yang sebenarnya yang dilakukan bukannya apa yang ingin
dilakukan.

d)Dasar awam boleh digubal dalam bentuk positif atau negative.

e)Dasar awam adalah bentk positif digubal berasaskan undang-undang dan berauthoriti.Hal ini
bermaksud setiap anggota masyarakat menerima dasar itu secara sah dengan mematuhi dan
menerimanya.Mereka yang enggan mematuhinya boleh dikenakan tindakan.Pendekatan itu
dikatakan berautoriti kerana mempunyai kuasa sah ke atas setiap anggota masyarakat.

13
1.2 KENEGARAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA

a)Memberikan kefahaman tentang latar belakang sejarah pembinaan negara


supaya nilai-nilai murni yang terkandung didalamnya dapat difahami dan di
Hayati sepenuhnya.

b)Membolehkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya berkongsi satu
maklumatyang serupa untuk bersama-sama berganding bahu kearah melahirkan
sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.

c)Membina bangsa Malaysia yang berdaya tahan dengan mempunyai semangat


patriotik dan perpaduan yang tinggi ,kematangan berpolitik dan perpaduan yang
tinggi ,kematangan berpolitik dan sanggup bekerja keras untuk meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi negara.

d)Membantu melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai


moral dan keperibadian tinggi serta berpegang teguh kepada nilai-nilai dan
amalan agama yang dianuti.

e)Memupuk persefahaman,kerjasama dan tolak ansur yang mendalam kalangan


rakyat Malaysia dalam mengamalkan adat dan kebudayaan kaum masing-masing.

f)membentuk masyarakat yang mempunyai keyakinan yang teguh terhadap


kemampuan diri untuk manempuhi cabaran yang bakal ditempuhi.

g)Memupuk rasa tanggungjawab yang tinggi kepada masyarakat dan negara.

h)Mendorong rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan yang bermakna dalam


bidang sains dan teknologi.

i)Meninggalkan sebuah negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang sebagai


satu warisan untuk diturunkan kepada generasi akan datang.

14
Walaupun proses pembentukan bangsa Malaysia bukanlah satu perkara yang
mudah dan boleh icapai dalam Waktu yang singkat,namun hal ini bukanlah
sesuatu yang sukar untuk dilakukansemuanya terserah kepada rakyat Malaysia
sendiri untuk menentukan corak masa hadapan yang diinginkan oleh mereka di
negara ini.

15
PENUTUP

Ribuan Terima kasih yang tidak terhingga daripada saya Mohamd Fakhrul Afif Bin Rashid
daripada kos USULUDDIN, Sem 12015/2016 kepada semua individu yang telah membantu dan
memberi sedikit sebanyak suntikan semangat kepada saya dalam melaksanakan kerja saya ini
samada secara langsung atau tidak langsung yang di berikan oleh CG ABDULLAH pensyarah
mata pelajaran kenegaraan dan kemasyarakatn saya pada tahun sem 1

Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan yang kasih yang tidak terhingga kepada saya CG ABDULLAH selaku guru
mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya dan tidak lupa juga kepada
semua kawan-kawan saya juga inginmengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan
mereka sehingga saya dapatmenyiapkan kerja saya ini kerana ini merupakan kali pertama saya di
universitI mendapat tugas sedemikian

Banyak yang saya dapat sepanjang tugasan yang diberikan oleh pensyarah seklaigus dapat
menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada saya yang cetek ini.disamping saya buat tugasan
sekaligus saya dapat membaca serta mengulangkaji subjek tersebut .saya juga dapat mengetahui
asal usul tanah melayu atau pada hari ini dikatakan sebagai Malaysia,serta saya dapat
mengetahui kebenaran penubuha Malaysia dengan sabah Sarawak singapura walaupun pada
akhirnya singapura menarik diri selepas mendapat kemerdekaan.saya juga dapat mengetahui
masyarakat yang yang terdapat di Malaysia ini serta kepelbagaian budaya serta latar belakang
kehidupan yang berbeza disamping dapat mengenal bagaimana adat serta cara mereka bergaul
dalam kehidupan mereka.tanpa ilmu yang ada takkan mampu saya mengolah apa yang
terjadi.Pada akhirnya secara ringkas dapat saya impulkan bahawa kerjasama antara kaum amat
penting dalam mereliasasikan impian Tun Dr Mahathir dalam mencapai wawasan 2020
sekaligus mencapai matlamatnya dalam melahirkan bangsa Malaysia.
5 tahun lagi kita akan menjadi kuasa yang dihormati. Tetapi 5 tahun lagi, di manakah orang-
orang Melayu, tuan punya bumi bertuah ini?
Bagaimanakah wajah mereka?
Melihat pada pergerakan sosio-ekonomi Melayu masakini, kita mungkin optimis untuk
mengatakan bahawa pada masa itu Melayu juga akan menjadi cukup hebat.

16
Mengukur pada komitmen mereka di bidang ekonomi dan pencapaian anak bangsa mereka di
bidang akademik, kita tidak perlu berasa ragu-ragu bahawa ketika itu Melayu akan menjadi
kuasa yang mahir dan berpengaruh.
Meneliti kesungguhan para pemimpin kita selepas 60 tahun merdeka, dan kejayaan-kejayaan
yang telah mereka capai, semua Melayu berhak tidur lena sementara menanti kedatangan tahun
2020.
Tetapi memerhati Melayu secara keseluruhannya boleh menyebabkan kita terus berasa cemas.
Kita akur bahawa hala tuju negara sememangnya cukup jelas. Kita tidak meragui objektif
Wawasan 2020.
Keyakinan bahawa objektif itu akan tercapai juga tidak pernah berkurangan. Proses
mentranformasikan negara ini, daripada sedang membangun kepada sebuah negara maju,
memang berjalan rancak. Persediaan untuk menyambut ‘k-ekonomi’ bagi menggantikan ‘e-
ekonomi’ tidak pernah mengenal titik.
Berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan untuk menggerakkan usaha-usaha ke arah
pencapaian matlamat itu. Tidak cukup wang sendiri, kita meminjam daripada dana asing. Gawat
atau tidak, usaha-usaha itu diteruskan. Jika ditangguhkan pun hanyalah untuk sementara.
Dengan kesungguhan begitu, hampir tiada kuasa, selain Tuhan, yang boleh menggagalkan
pencapaian matlamat tersebut.
Bagaimana dengan Melayu?
Kita sedar bahawa apabila kerajaan mensasarkan tahun 2020 sebagai tarikh untuk melihat
tegaknya sebuah Malaysia yang maju, soal kepentingan Melayu turut diambil kira. Kerajaan
memang telah mensasarkan di mana dan bagaimana kedudukan Melayu pada waktu itu.

Bagaimanapun kerajaan sendiri mungkin tidak sedar bahawa banyak orang Melayu yang masih
tidak tahu ke mana sebenarnya mereka hendak dibawa. Sebahagian yang lain pula tidak tahu di
mana sasaran sebenar wawasan tersebut dan bagaimana hendak mencapainya. Keadaannya sama
seperti ketika DEB dilancarkan. Sebahagian Melayu tidak tahu apa-apa. Sebahagian yang lain
tahu dasar itu digerakkan untuk mereka dengan sasaran menguasai 30 peratus kekayaan negara.
Tetapi mereka tidak cukup tahu bagaimana caranya untuk bergerak menuju ke sasaran tersebut.
Mereka diberi bekal, tetapi kurang dibimbing dan ditunjukkan jalan. Hasilnya, DEB gagal
mencapai matlamat sebenar.

17
Perkara yang sama mungkin berulang. Tanggapan bahawa Melayu telah cukup kuat, hebat dan
pintar sehingga mereka boleh dibiarkan bersendirian menghadapi cabaran-cabaran ke arah
mencapai matlamat wawasan itu, boleh meranapkan impian sebenar. Kenyataannya, Melayu
belum memiliki ketiga-tiga ciri itu. Kekuatan peribadi Melayu masih boleh dipersoalkan,
kekuatan ekonomi mereka pula masih bersifat penguasaan beberapa kelompok bukannya bersifat
menyeluruh; kehebatan Melayu masih terikat pada keberanian melawan sesama sendiri bukannya
keberanian menghadapi musuh luar; kehebatan Melayu masih berlegar pada kecekapan meniru
bukan pada kelicikan melindungi nilai-nilai sendiri.
Mengharapkan Melayu mencari sendiri kekuatan, kehebatan dan kepintaran itu bukanlah langkah
wajar. Majoriti Melayu tidak akan berupaya melakukannya. Mereka terlalu sibuk bercakaran
sesama sendiri. Mereka lebih seronok mencari siapa kawan malaikat dan siapa pula kawan
syaitan. Mereka sibuk dengan idealisme masing-masing sehingga akhirnya menjadi tidak ideal
lagi.
Melayu adalah urat dan nadi negara ini. Kesempurnaan kemajuan negara harus bererti
kesempurnaan kemajuan Melayu. Tidak ada ertinya jika Malaysia maju, tetapi Melayu terus
mundur. Tidak ada maknanya jika yang berjaya cuma kumpulan-kumpulan kecil Melayu
sedangkan kelompok majoriti kian jauh tercicir. Lebih tidak bermakna lagi jika di sebalik
kemajuan itu, Melayu terus teraba-raba mencari dirinya.
Belum terlambat bagi mana-mana pihak pun untuk mengambil pendekatan-pendekatan serius
bagi membimbing Melayu ke arah menjadi bangsa yang sempurna menjelang tahun 2020 nanti.
Tetapi ia akan menjadi sangat terlambat jika kita menanti sehingga kedatangan tarikh itu
sebelum berbuat apa-apa.

Kita tidak mahu apabila tiba tarikh itu Melayu terngadah sekali lagi. Ketika itu bukan lagi waktu
yang sesuai untuk bercakap tentang mencari ketuanan, mempertahankan kedaulatan raja dan
membina ikatan sesama ummah. Waktu itu kita tidak harus lagi gusar, atau digusarkan, dengan
kisah keruntuhan institusi kekeluargaan Melayu, dengan cerita Melayu tanpa bapa yang lebih
banyak daripada Melayu tanpa rumah atau Melayu pembakar sekolah yang sama ramai dengan
Melayu penagih dadah. Pada masa yang sama juga, kita tidak patut lagi dibelenggu masalah
Tanah Simpanan Melayu, pencapaian ekonomi Melayu yang lemah, kerakusan pentadbir
Melayu, kegelojohan usahawan Melayu atau kebobrokan kepemimpinan Melayu. Bangsa yang
maju tidak harus dibelenggu oleh masalah begitu. Ya, masalah-masalah tersebut, mesti
diselesaikan pada peringkat yang paling asas dan penyelesaian itu mesti dibuat SEKARANG!

18
mentranformasikan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian menjadi negara perindustrian.
Tetapi jika kita boleh meminjam untuk merealisasikan cita-cita, apa salahnya kita meminjam
untuk menyelamatkan bangsa?

Dalam satu konteks, keperluan Melayu terhadap subsidi material memang telah berkurangan.
Tetapi Melayu masih memerlukan subsidi moral. Sikap menganggap Melayu tidak boleh
dimanjakan perlu dikikis. Tidak ada dosanya memanjakan bangsa sendiri kerana ia adalah lebih
baik daripada memanjakan orang lain. Lagipun, bermanja itu adalah percikan daripada budaya
kasih sayang yang diperkenalkan pada Melayu oleh agama suci Islam.
Usaha membimbing Melayu ke arah kegemilangan itu juga harus mengambilkira cabaran-
cabaran baru yang akan ditemui di pertengahan jalan. Globalisasi misalnya, bukanlah istilah
yang popular tatkala Wawasan 2020 dilancarkan dahulu. Ketika itu ia belum menjadi fenomena.
Disebabkan itu, ketika wawasan besar tersebut dirangka, kerajaan tidak begitu memberatkan
langkah-langkah mengatasi ancaman globalisasi, khususnya ke atas umat Melayu. Tumpuan
lebih diberikan pada soal-soal kelemahan sosial yang bersifat konvensyenal.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
tugasan saya ini., Saya mengaharapkan agar segala kekurangan harap dimaafkan dan ditegur
dengan berhemah.sesungguhnya yang baik itudatangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya
dari kelemahan saya sendiri..Sekian,,TERIMA KASIH.

19
RUJUKAN

Anderson,James E.(1975),Public Policy Making,London:Thomas Nelson & Sons Ltd.

Ball,Alan R.(1988),Modern Politics And Government ,London:Macmillan

Dahl,Robert A (1983) Modern political analysis (Edisi 4),New Jersey:Prentice Hall Inc

Dunn,William N.(1994),Public Policy Analysis:An Introduction (Edisi ke 2),New Jersey


Prentice Hall,Englewood Cliffs.

Easton,David(1965),A System Analysis Of Political Life ,New York:Wiley & Sons.

Furnivall ,JS (1948)Colonial Policy And Practice:A Comparative Study Of Burma and
Netherlands India ,New York:University of New York Press.

Groth,Alexander J.(1971) Major Ideologies :An Interpretative Survey OF Democracy,Socialism


and Nationalism New York:John Wiley.

Mahathir Mohamad (1991)Malaysia ; Melangkah ke Hadapan ,Kuala Lumpur ,Institut Kajian


Strategik Malaysia.

Mansor Marican (1981) Konsep Dasar Awam dan Persoalan Kesan sebagai Kriteria ,Dewan
Masyarakat ,Bil .11 November ,HLM 46-49

Miriam Budiarjo (1981) Dasar-dasar Ilmu Politik ,Jakarta :Gramedia

Robert,Geoffrey K.(1967),A Dictionary Of Political Science,London,Longmans

Rose,Richard (1969),Policy Making In Great Britain,London :Macmillan.

Smith ,M.G. (1965) The Plural Society In the British West Indies,Berkeley:University of
California Press.

Soltau,R.H.(1977),Pengantar Ilmu Politik,Jakarta : Gramedia

Syed Ahmad Hussien (1994),Pengantar Sains Politik ,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

20

Anda mungkin juga menyukai