Anda di halaman 1dari 55

TAJUK KAJIAN : Institusi Pentadbiran Tempatan

Senarai Kandungan BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 TAJUK Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 1 Institusi Pentadbiran Tempatan -2 Latar Belakang -3 Peranan - 4 Perkembangan Rumusan MUKA SURAT 2 3 4 5 8 35 38 39

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan kepada pengetua Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim dan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Rafeah binti Hashim atas sokongan yang diberikan sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada guru Sejarah, Puan Maimunah binti Kasah atas panduan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Ribuan terima kasih juga kepada ibu dan ayah saya, Kalsom binti Mustaffa dan Wan Fadzil bin Wan Ismail kerana sanggup menemani saya berkejar ke sana sini demi menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan ini. Akhir sekali, penghargaan diberikan kepada responden kerana membantu saya menyiapkan keja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 tahun 2010. Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai institusi pentadbiran tempatan di daerah Kota Setar Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai sejarah Majlis Bandaraya Alor Setar. Sememangnya kita tidak pernah mengambil tahu tentang institusi pentadbiran di tempat kita kerana kita merasakan bahawa ia tidak penting sama sekali. Namun tanggapan itu tidak benar sama sekali kerana dengan mengetahui sejarah dan fungsi pentadbiran tempatan di tempat kita, secara tidak sedar kita boleh memupuk perasaan cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di MBAS. Antaranya sifat kerjasama,dan bertanggungjawab. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di dalam diri saya juga di kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti: 1. Rujukan - Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan buku-buku yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar untuk mencari maklumat dengan lebih lanjut. 2. Orang Sumber - Saya telah menemu ramah Puan Noor Mala yang bertugas sebagai ketua jabatan di Jabatan Perancangan Bandar di MBAS . 3. Pemerhatian - Kaedah ini dilakukan sekitar rumah saya apabila perkhidmatan mengutip sampah dan mengalihkan pokok yang tumbang akibat angin kencang dijalankan dengan penuh sisitematik. 4. Penyelidikan - Saya menjalankan penyelidikan di perpustakaan di perpustakaan sekolah, melayari laman web rasmi MBAS. Semua matlumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

HASIL KAJIAN

1. Institusi Pentadbiran Tempatan Nama rasmi institusi pentadbiran tempatan tersebut ialah Majlis Bandaraya Alor Star dan diringkaskan kepada MBAS. Terletak di Jalan Kolam Air, 05675, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Star menjadikan ia salah satu lokasi untuk para pelancong dan orang luar membuat rujukan tentang bandaraya Alor Star dengan lebih mendalam. Matlamat. Sejak di naik taraf sebagai Bandaraya Alor Setar, matlamat MBAS adalah tidak jelas. Tidak keterlaluan jika dinyatakan Matlamat MBAS belum tertulis secara rasmi dalam mana-mana dokumen rasmi atau dibentang maklum kepada majlis penuh. Fakta ini menjadi suatu titik perdebatan dikalangan warga MBAS. Sesetengah pihak menyatakan, tiada Matlamat MBAS melainkan Matlamat MPKS. Semakan yang dilakukan dalam cabutan-cabutan minit mesyuarat sejak tahun 2003 menunjukkan tiada dokumen rasmi mencatatkan Matlamat MBAS. Walau bagaimanapun Matlamat MBAS, hanya tertulis setelah keujudan beberapa dasar MBAS seperti Pelan tindakan 5 Tahun Kualiti, Pelan Strategik MBAS, dan Rancangan Tempatan. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan masyarakat kerana Matlamat MBAS ini tidak sama antara satu dokumen dengan dokumen yang lain. Ketidaksamaan ini mencetuskan kebimbangan hala tuju MBAS, biarkan sesetengah jabatan/bahagian telah mengujudkan matlamat masing-masing. Pembentukan matlamat adalah berpaksi kepada Visi dan Misi Majlis Bandaraya Alor Setar. Berdasarkan kepada Analisis SWOT MBAS dan rekod pencapaian sedekad MBAS, berikut adalah cadangan 10 matlamat untuk mencapai Visi dan Misi MBAS mulai 2011. Setiap matlamat tersebut mempunyai objektif khusus, iaitu dalam bentuk yang boleh diukur pencapaiannya. Pencapaian setiap objektif bergantung kepada pelaksanaan strategi dan tindakan di jabatan/bahagian di MBAS. Sepuluh matlamat tersebut adalah seperti berikut :Matlamat 1 Melahirkan warga MBAS yang berkualiti, berdaya saing, dan berusaha untuk terus maju; Matlamat 2 Memperkasakan warga MBAS dengan penguasaan kemahiran, teknologi, kualiti pengurusan, dan sahsiah diri; Matlamat 3 Menjadikan MBAS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang, terkemuka, dan bertaraf 5 Bintang; Matlamat 4 Memperkasakan Bandaraya Alor Star sebagai bandar raya maju, mampan, selamat, dan sejahtera untuk warga penghuninya; Matlamat 5 Memperkasakan tadbir urus Majlis Bandaraya Alor Setar;

Matlamat 6 Bertindak profesional dalam merancakkan pembangunan memelihara alam sekitar ;

bandaraya dan

Matlamat 7 Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik; Matlamat 8 Menjana, memperkukuh, dan memantapkan hasil Majlis Matlamat 9 Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan kesejahteraan penduduk;

Objektif OBJEKTIF KUALITI Majlis Bandaraya Alor Setar :1.Menyediakan kehidupan yang selesa kepada perkhidmatan, perancangan dan pembangunan. 2. Menjadikan warga kerja MBAS sebagai tenaga pekerja yang cekap, bersih, amanah dan berdisplin. 3. Meningkatkan dan mempelbagaikan hasil supaya MBAS menjadi sebuah institusi yang teguh dari segi kewangan. 4. Menyediakan satu sistem pengurusan yang berkualiti dinamik dan inovatif. 5. Membangunkan suasana masyarakat penyayang dikalangan warga kerja dengan menyediakan skim kebajikan kesihatan dan keselamatan

Misi

Majlis Bandaraya Alor Setar :Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik Dan Berkualiti Berteraskan Teknologi terkini KENYATAAN MISI Majlis Bandaraya Alor Setar setiap masa komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan stakeholder, khususnya dalam kawasan Bandaraya Alor Setar. Penyampaian perkhidmatan Majlis sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dan disepadukan dengan penggunaan sumber teknologi moden terkini, mengikut acuan dan kemampuan kewangan Majlis

Visi Majlis Bandaraya Alor Setar :Kearah Pencapaian Kehidupan Berkualiti Untuk Kesejahteraan Warga Bandaraya Alor Setar KENYATAAN VISI Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa komited dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk Bandaraya Alor Setar dari aspek infrastruktur, kemudahan berniaga, persekitaran taman perumahan yang kondusif, dan kemudahan awam. Usaha yang dijalankan dengan memperbanyakkan lokasi tempat berniaga di kalangan penduduk bagi tujuan mempertingkatkan taraf ekonomi dan sumber pendapatan mereka. Langkahlangkah untuk meningkatkan sumber pendapatan penduduk ini, dilaksanakan oleh MBAS dengan cara mempermudahkan proses pengeluaran lesen perniagaan. Usaha pemantauan yang berterusan dengan memastikan kutipan sampah di lakukan secara berjadual, melaksanakan program gotong royong pada setiap area officer, adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera di kalangan penduduk. Kolaborasi dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis, Anti Dadah Kebangsaan, Maritim, Imigresen, Kastam, Majlis Agama Islam, dan sebagainya adalah bertujuan menurunkan indek jenayah, salah laku dan gejala sosial. Langkah-langkah yang diambil oleh MBAS ini akan meningkatkan kehidupan rakyat yang sejahtera.

2. Latar Belakang

Sejarah Penubuhan Sanitary Board Pihak berkuasa tempatan ditadbir secara langsung oleh kerajaan negeri . Pegawai dan ahli-ahli lain dilantik oleh Kerajaan Negeri . Hasil dipungut dan diserah kepada Perbendaharaan Negeri dan perbelanjaan adalah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Penguasa tempatan masa itu dikenali sebagai SANITARY BOARD. Selepas 1958 pentadbiran Bandar Alor Star telah diberi taraf swatantra kewangan dengan mentadbirkan kawasan seluas 4.6 batu persegi. Pilihanraya bagi pihak berkuasa tempatan telah diadakan dalam tahun 1963 untuk memilih ahli-ahli majlis. Majlis Bandaran Alor Setar Seramai 18 orang ahli telah dipilih sebagai Ahli Majlis Bandaran Alor Setar untuk membantu dan memberi nasihat. Pentadbiran seperti ini berlanjutan sehingga 31 Disember 1970. Kerajaan mengambil alih pentadbiran MBAS pada 1 Januari 1970 dengan YAB Menteri Besar Kedah memegang kuasa penuh untuk mentadbirkannya. Majlis Bandaraya Alor Star Idea untuk menaikkan taraf Majlis Bandaraya Alor Setar ialah saranan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mesyuarat Jawatankuasa Perbandaran-Perbandaran Malaysia bulan Oktober 2000. MMKNK telah bersetuju supaya Majlis Bandaran Kota Setar dinak taraf kepada Majlis Bandaraya Alor Star pada Januari 2003. Pada 21 Mei 2003 Kabinet telah meluluskan supaya Majlis Pembandaran Kota Setar dinaiktarafkan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar. Akhirnya pada 28 November 2003 Majlis Pembandaran Kota Setar dengan rasminya diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Kota Setar.. Undang-Undang Tubuh Akta Kerajaan Tempatan 1976 melalui seksyen 4(1) Pihak Negeri akan berunding dengan pihak berkuasa tempatan boleh melalui pemberitahu dalam warta menukar mana-mana nama kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Undang-Undang Kecil Undang-undang Kecil & Perintah Yang Digunakan dalam MBAS dibahagikan mengikut bahagian-bahagian iaitu: Bahagian Pengurusan Perniagaan Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MPKS) 1989. ( T.W : 29.6.1989 - KPU 15 ) Undang-Undang Kecil Penjaja (Pihak Berkuasa Tempatan ) Negeri Kedah 1983

Bahagian Lanskap & Rekreasi Undang-Undang Kecil Taman (PBT) Negeri Kedah 1983 Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPKS) 1991. ( T.W : 1.11.1992 - KPU 21 ) Perintah (Kenderaan Berjalan Lambat MPKS) 1992 Bahagian Kesihatan Awam Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPKS) 1990 ( T.W : 15.11.1990 - KPU 7 ) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MPKS) 1992 Undang-Undang Kecil Iklan (MPKS) 1992 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPKS) 1989 ( T.W : 26.9.1989 - KPU 16 ) Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 1989. ( T.W : 29.6.1989 - KPU 14 ) Undang-Undang Kecil Pasar MPKS) 1989 ( T.W : 19.10.1989 - KPU 20 ) Undang-Undang Pasar Persendiriran 1989 Undang-Undang Kecil Kawalan & Pengawasan Undang-Undang Kecil kawalan & Pengawasan Rumah-Rumah Tumpangan (MPKS) 1988 ( T.W : 7.9.1989 - KPU 18 ) Undang-Undang Kecil Perlesenan TLK Persendirian (MPKS) 1988 ( T.W : 29.6.1989 - KPU 11 )

Bahagian Korporat & Projek Khas Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MPKS) 1983 ( T.W : 1.3.1984 - KPU 4 ) Undang-Undang Kecil Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKS 1993 Undang-Undang Kecil Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) Kereta-Kereta Berjentera MPKS 1982 Undang-Undang Kecil Perintah Had Laju (MPKS) 1992 Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPKS) 1988

Bahagian Perkhidmatan Bandar Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Perlulpusan Sampah 1983 Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung 1978 Bahagian Bangunan Undang-Undang Kecil Jalan, Parit dan Bangunan (Mengkompaun Kesalahan) MPKS 1989 ( T.W : FEBUARI 1989 - KPU 13 ) Undang-Undang Kecil Bangunan (Bayaran-Bayaran) MPKS 1988 Undang-Undang Kecil Bangunan (Kemudahan Tempat Letak Kenderaan Bagi Pawagam, Panggung-panggung dan Bangunan Besar Yang Lain) MPKS 1988. ( T.W : 29.6.1989 - KPU 12 ) Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPKS) 1991 ( T.W : 28.11.1991 - KPU 36 ) Undang-undang Kecil Rumah Urut (MPKS) 1991 ( T.W : 9.4.1992 - KPU 1 ) Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) MPKS 1990 ( T.W : 11.10.1990 - KPU 15 Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran, PBT Negeri Kedah 1983 ( T.W : 1.3.1984 - KPU 3 ) Undang-undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Perlupusan Sampah Sarap) PBT Negeri Kedah 1983. ( T.W : 12.4.1984 - KPU 6 ) Undang-undang Kecil (Larangan Merokok Dalam Panggung) Negeri Kedah 1978 ( T.W : 3.8.1978 - KPU 19 ) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Undang-undang Kecil Bangunan (Caj Pembersihan Tangki Najis dan Tangki Imhoff) MPKS 1988 ( T.W : 7.9.1989 - KPU 17 ) Undang-undang Kecil Bangunan (Bayaran-Bayaran) MPKS 1988 ( T.W : 16.11.1989 - KPU 21 ) Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan) PBT Negeri Kedah 1983 ( T.W : 12.5.1983 - KPU 5

Garis Panduan Penubuhan MBAS Garis panduan untuk menubuhkan MBAS perlu mematuhi beberapa kriteria yang diperuntukkan. Kriteria yang pertama ialah ia harus menjadi pusat pentadbiran negeri. Kriteria yang kedua pula ialah ia mestilah berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang daripada RM 80 juta di mana pendapatan ini adalah berdasarkan jumlah kutipan hasil serta harta-harta tetap pegangan majlis. Kriteria seterusnya ialah bandar tersebut haruslah mengalami pembangunan serta perkembangan ekonomi yang pesat. Kemampuan Bandar Alor Setar untuk terus berkembang tidak dapat dinafikan lagi kerana tekanan untuk pembangunan di masa hadapan terdapat di merata bahagian bandar, samada untuk tujuan perumahan, pembangunan atau institusi. Kriteria seterusnya pula mempunyai institusi kewangan yang kukuh di mana Alor Setar telah dicadangkan sebagai kawasan perdagangan seperti di dalam Draf Rancangan Tempatan Alor Setar. Kriteria yang seterusnya ia mesti mempunyai pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab-maktab, universiti dan perpustakaan. Akhir sekali ia haruslah mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting

Perincian Peranan serta tanggungjawab bidang tugas pentadbir Jabatan Pembendaharaan Jabatan Perbendaharaan MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Fungsi Umum & Komponen Jabatan 1. Penyediaan dan kawalan Belanjawan 2. Kutipan Hasil Majlis 3. Pembayaran & Perbelanjaan Majlis 4. Merancang & Mengurus Aliran Tunai Majlis Jabatan Perbendaharaan dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah: - Bahagian Akaun - Bahagian Hasil - Bahagian Pembayaran Fungsi Bahagian Akaun 1. Bertanggungjawab menyediakan penyata hasil dan perbelanjaan (mengurus dan pembangunan). Penyata aliran wang tunai dan penyata tunggakan hasil. 2. Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan pada akhir setiap tahun untuk di audit sebelum 30hb Jun setiap tahun. 3. Memastikan setiap daftar aset, buku tunai pemiutang adalah kemaskini untuk diserahkan kepada juruaudit. 4. Memproses cek-cek untuk pembayaran dan berhubung terus dengan bank yang berkaitan bagi memastikan penyata penyesuaian bank adalah kemaskini. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk dikemukakan kepada Kerajaan Negeri

Fungsi Bahagian Hasil 1. Bertanggungjawab menerima semua bayaran hasil Majlis dan memastikan ianya terkawal. 2. Menyelenggara lebih kurang 50,000 akaun cukai taksiran, lesen sewaan dan lain-lain. 3. Menyediakan penghantaran bil-bil cukai taksiran dan lot kosong pada awal Januari dan pertengahan bulan Jun setiap tahun . 4. Menyemak kod-kod terimaan, resit pembayaran, penyata pemungut harian, audit roll dan penyata bil setempat. 5. Menyemak dan menyelaras rekod-rekod penghutang Majlis. 6. Bertanggungjawab mengutip tunggakan cukai pintu serta mengemaskinikan rekodrekod Bahagian Penilaian dan Unit Hasil supaya selaras. 7. Menyelaras tunggakan serta memastikan berada pada tahap 10% daripada anggaran hasil dan mengenalpasti kawasan-kawasan untuk menjalankan operasi. 8. Mengklasifikasikan penyerahan notis mengikut dasar-dasar yang diluluskan oleh Majlis. Membuat penyerahan Notis E dan tindakan mensita harta alih bagi pegangan yang tidak menjelaskan tunggakan. 9. Mengadakan perbincangan dengan pemilik untuk kes-kes ansuran dan menyediakan laporan untuk setiap tindakan yang dilakukan di dalam menangani tunggakan cukai. 10. Mengemaskini rekod pegangan dengan serta merta bagi membolehkan tindakan diambil. 11. Menyediakan laporan tahunan untuk kutipan hasil-hasil Majlis kepada pihak pengurusan.

Fungsi Bahagian Pembayaran 1. Bertanggungjawab terhadap perbelanjaan gaji, elaun dan lain-lain pembayaran. 2. Menentukan segala pembayaran yang dibuat adalah teratur dan didalam lingkungan peruntukan yang telah diIuluskan. 3. Menyediakan serta menyelenggarakan maklumat-maklumat anggaran belanjawan untuk tindakan Unit Akaun. 4. Meluluskan permohonan pembelian bekalan, bahan dan harta modal. 5. Merekod segala pembayaran termasuk penyediaan penyata-penyata pembayaran.

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Komponen Jabatan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keb.erkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah: * Bahagian Penilaian * Bahagian Pengurusan Harta * Fungsi Bahagian Penilaian Bahagian Penilaian Bahagian Penilaian adalah merupakan salah satu bahagian yang penting dalam suatu Majlis Banda.raya. Ia merupakan nadi penggerak yang terpenting dalam menentukan pendapatan dalam bentuk cukai kepada sesuatu Majlis di mana ia memainkan peranan penting dari sudut Cukai Taksiran dan Caruman Bantu Kadar. Pendapatan ini adalah merupakan pendapatan terbesar sesuatu Majlis. Bahagian Penilaian bergerak berdasarkan perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) selain daripada dasar-dasar yang dibubarkan oleh Majlis dari masa ke semasa. Bab 1 dan XV dari Akta 171, adalah merupakan bab yang terpenting dan perlu diikuti oleh Bahagian Penilaian. Selain itu, Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan juga perlu dalam proses Caruman Bantu Kadar. Penyediaan Salinan Nilaian Proses menyediakan satu nilaian untuk tujuan Cukai Taksiran di bawah Sek. 127 Akta 171 bagi tiap-tiap pegangan berkadar. Senarai Nilaian atau Penilaian Semula hendaklah dibuat tiap-tiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Sek. 137(4), Akta 171. Cara-cara penilaian Penilaian disediakan berdasarkan kepada cara-cara penilaian yang ditetapkan di dalam Akta 171, seperti berikut : 1. Berasaskan kadar sewa yang dipungut ke atas pegangan-pegangan yang berkenaan

2. Berasaskan kadar sewa yang dipungut atas pegangan-pegangan yang serupa/sebanding 3. Berasaskan kos atau keuntungan bagi pegangan-pegangan seperti stesen minyak dan hotel 4. Berasaskan maksima 10% daripada harga pasaran terbuka bagi lot-lot kosong Cara-cara penentuan nilai tahunan ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan kepada kadar sewa pasaran pada sekaki persegi setahun (skp). Dalam penetapan nilaian tahunan ini Majlis berpandukan kepada perakuan sewa yang diterima daripada pemunya/penduduk pegangan-pegangan berkenaan serta kadar sewa semasa yang boleh diperolehi berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan tempat serta jenis peganganpegangan tersebut. Bagi melicinkan proses penilaian semula Majlis telah membahagikan kawasan dan pegangan seperti tersebut di bawah dan pembahagian ini adalah menurut Seksyen 129, Akta171. 1. Bahagian Kediaman - Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan - Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

2. Bahagian Perniagaan - Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan - Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

3. Bahagian Perindustrian - Bahagian dalam kawasan Perindustrian - Bahagian luar kawasan Perindustrian

4. Bahagian Rumah Pangsa - Bahagian Kediaman - Bahagian Perniagaan

5. Bahagian Lot Kosong - Syarat Kediaman - Syarat Perniagaan - Syarat Kediaman & Perniagaan - Syarat Industri - Syarat Kampung

Catitan Lot kosong bersyarat pertanian adalah dikecualikan daripada kadar / cukai Erti atau taksiran Nilai Tahunan dapat dirujuk di bawah Seksyen 2, Akta 171 Kadar Peratus Dalam penentuan kadar peratus pihak Majlis telah mengkaji dari beberapa aspek yang tertentu supaya cukai taksiran 1993 lebih elastik dan lebih aktif lagi. Didapati kadar peratus yang digunapakai sekarang masih realistik dan fleksibel lagi. Aspek-aspek yang diambilkira di dalam penentuan kadar peratus ini adalah seperti berikut : - Keupayaan membayar oleh pembayar cukai - Kegunaan bangunan dan tanah (actual land usage) - Aspek ekonomi dan sosial - Spekulasi tanah - Pembangunan sektor perniagaan dan perindustrian - Pembangunan di luar bandar Alor Setar (Town Centre) - Mempastikan ianya tidak membebankan kepada orang ramai - Faktor alam sekeliling dan perkhidmatan-perkhidmatan bandar yang telah dijalankan dengan baik dan menyeluruh oleh Majlis selama ini -Keperluan Kewangan Majlis

Pernomboran Dan Penilaian Ke Atas Pegangan Baru (O.C) Memberi nombor pegangan ke atas bangunan-bangunan yang baru ketika proses pengeluaran O.C. Menyediakan penilaian ke atas pegangan-pegangan baru untuk tujuan Cukai Taksiran sebelum O.C dikeluarkan. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Bahagian Penilaian memberi sokongan untuk O.C: Mengisi borang "Penyata Maklumat" untuk setiap unit bangunan yang dipohon pengeluaran O.C Membayar wang pendaftaran nombor sebanyak RM5 bagi setiap unit bangunan Membayar pendahuluan Cukai Taksiran untuk tempoh enam (6) bulan pertama (bagi skim perumahan sahaja) Pulangan Balik Cukai (Pegangan Tidak Diduduki) Memproses dan meluluskan permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran bagi peganganpegangan yang tidak diduduki atau kosong mengikut Sek. 162, Akta 171. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi 1. Mengisi Borang Pulangan Balik Cukai 2. Membuktikan -bahawa bangunan itu ada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki -bahawa segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seseorang penyewa (tenant) telah dibuat -bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah -bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut -bagi permohonan pulang balik yang dituntut untuk sesuatu tempoh dalam masa bangunan itu sedang dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula "bona fide" maka tidaklah perlu dibuktikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) di atas 3. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan kembalikan resit asal pembayaran cukai tersebut

4. Membuat "Akuan Sumpah" pembayaran Cukai Taksiran sekiranya nama pemohon dan nama dalam bil. Cukai Taksiran berlainan. 5. Membuat tuntutan Pulangan Balik pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis iaitu : -Permohonan Pulangan Balik untuk penggal pertama (Jan-Jun) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Julai tahun yang sama -Permohonan Pulangan Balik untuk penggal kedua (Julai-Dis) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya Permohonan Pulangan Balik yang lengkap akan diproses dan diluluskan. Permohonan yang lulus akan dihantar ke Bahagian Kewangan untuk Proses Pulangan Balik Cukai sebanyak 75% dari cukai yang dibayar untuk tempoh kekosongan tersebut Pindahmilik Harta Iaitu menjalankan proses pindahmilik harta bagi pihak Majlis di bawah Sek. 160, Akta 171 Syarat-syarat yang perlu dipenuhi : 1. Memberi notis pindahmilik melalui "Borang I" atau "Borang J" mengikut mana yang berkenaan 2. Memberi satu salinan "Borang 14-A" yang dikeluarkan oleh Pejabat tanah 3. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti bayaran 4. Menjelaskan bayaran pindahmilik sebanyak RM20.00 untuk setiap unit yang dipohon Penilaian ke atas pegangan pindaan Iaitu membuat semakan penilaian atau pindaan penilaian ke atas pegangan-pegangan yang menjalankan apa-apa kerja yang melibatkan ubahsuai, diubah, diruntuhkan sebahagian atau dibina semula atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun. Pada kebiasaannya Bahagian Penilaian akan menerima maklumat ini dari Bahagian Bangunan atau pemilik bangunan sendiri.

Pembatalan Cukai Taksiran (Pegangan Roboh) Sek. 161, Akta 171

Iaitu membuat pengesahan dan meluluskan pembatalan Cukai Taksiran ke atas pegangan yang telah roboh atau pegangan yang dikecualikan dari Cukai Taksiran mengikut undang-undang atau polisi-polisi Majlis. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi : 1. Memberi notis roboh kepada Majlis dalam masa 15 hari dari tarikh robohnya pegangan berkenaan 2. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini (sehingga tarikh roboh) dan sertakan salinan resit bayaran Cukai Taksiran yang telah dijelaskan sebagai bukti bayaran Penilaian Ke Atas Tanah Kosong Iaitu membuat nilaian ke atas tanah-tanah kosong yang belum dimajukan di dalam kawasan Majlis bagi maksud Cukai Tanah Kosong di bawah Sek. 127, Akta 171. Tatacara dan prosedurnya adalah sama dengan nilaian untuk pegangan-pegangan yang mempunyai bangunan. Penilaian Untuk Tujuan Caruman Bantu Kadar Iaitu mengikut Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan. Penilaian dibuat ke atas bangunanbangunan : 1. Milik Kerajaan Persekutuan 2. Milik Kerajaan Negeri 3. Milik Badan-badan Berkanun Perkhidmatan Maklumat Iaitu memproses permohonan mendapatkan maklumat harta dari peguam atau pemohon individu. Antara maklumat yang lazimnya dipohon adalah seperti nama pemilik berdaftar, nombor lot, nombor geran, alamat pemilik atau lain-lain maklumat berkaitan dengan harta tersebut. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi : 1. Permohonan bertulis 2. Bayaran perkhidmatan maklumat sebanyak RM10.00 bagi setiap unit yang dipohon

Bantahan dan Rayuan Cukai Taksiran

Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap bantahan bertulis di bawah Sek. 142, Akta 171 Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap rayuan ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan di bawah Sek. 145, Akta 171 Fungsi Bahagian Pengurusan Harta Pada 29 April 2001, Mesyuarat Majlis Penuh MPKS telah meluluskan cadangan penubuhan Bahagian Pengurusan Harta yang diketuai oleh YM Tunku Rizal Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Penolong Akauntan Kanan MBAS dengan dipertanggungjawabkan kepada 5 unit iaitu: 1. Unit Perolehan Dan Setor 2. Unit Pentadbiran Dan Keselamatan 3. Unit Kompleks MBAS 4. Unit Kompleks Sukan MBAS 5. Unit Tempat Letak Kereta Dan Terminal Fungsi Bahagian 1. Merancang, mengurus, memproses, menyemak dan mengawal segala pesanan pengeluaran barang-barang serta bekalan secara berpusat (centralised) dengan tepat dan kemaskini. 2. Memastikan setiap rekod harta dan inventori majlis dikemaskini dan bersamaan dengan rekod di Bahagian Kewangan bagi penyediaan akaun Majlis. 3. Bertanggungjawab di dalam pengurusan pembelian dan perolehan dengan merujuk kepada tatacara pengurusan setor dan arahan perbendaharaan. 4. Bertanggungjawab ke atas pengurusan setor dalam menerima, merekod, menyimpan, mengeluar, mengangkut dan melupus aset dan stok Majlis. 5. Memastikan keselamatan aset dan stok Majlis berada di dalam keadaan terkawal. 6. Menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan mendaftarkan individu, firma dan syarikat bagi membolehkan mereka berurus niaga dengan Majlis. 7. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks sukan (kolam renang) MBAS

8. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks dan tempat letak kereta.

Jabatan Perancangan Pembangunan. Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah Kawasan Pentadbiran 1. Kawasan perancangan meliputi keseluruhan Daerah Kota Setar iaitu seluas 666 km persegi. 2. Ia meliputi kawasan gabungan Bandar Alor Setar seluas 92 km persegi dan 7 penempatan pekan-pekan kecil iaitu:

Kuala Kedah Pokok Sena Bukit Pinang Simpang Empat Kota Sarang Semut Alor Janggus

Komponen Jabatan Jabatan Perancangan Pembangunan dibahagikan kepada 4 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

Bahagian Rancangan Pembangunan Bahagian Kawalan Pembangunan Bahagian GIS Bahagian Lanskap & Rekreasi

Fungsi Bahagian Rancangan Pembangunan 1. Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan: 2. Rancangan Struktur 3. Rancangan Tempatan 4. Pelan Tindakan 5. Projek Khas 6. Pengambilan balik tanah

Fungsi Bahagian Kawalan Pembangunan 1. Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan: 2. Permohonan Kebenaran Merancang 3. Permohonan Ubahjenis Kegunaan Tanah/Pecah Sempadan (Rujukan PTKS) 4. Permohonan Pelan Bangunan (Rujukan Bahagian Bangunan, MBAS) 5. Permohonan Tanah Kerajaan (Rujukan PTKS) 6. Permohonan Lesen Perniagaan (Rujukan Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Kesihatan Awam, MBAS) 7. Permohonan Lesen Paparan Iklan (Rujukan Bahagian Kesihatan Awam, MBAS) 8. Nama Taman dan Jalan Fungsi Bahagian GIS Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan: 1. Penyediaan bahan taklimat 2. Penyediaan bahan pameran 3. Sistem maklumat geografi (GIS) Fungsi Bahagian Lanskap & Rekreasi 1. Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan: Merancang program pembangunan fizikal landskap jangka pendek/ panjang. Merekabentuk dan melaksanakan aktiviti pembangunan landskap. Mengurus dan menyelenggara komponen landskap lembut dan kejur dengan lebih berkesan. Menggalakkan perkembangan aktiviti landskap yang sihat dan berkekalan. Menghasilkan bahan tanaman bagi menjurangi gantungan kepada sumber bekalan luar. Menguruskan perkhidmatan jualan & sewaan pokok bunga.

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Komponen Jabatan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah: 1. Bahagian Kesihatan Awam 2. Bahagian Perlesenan 3. Bahagian Perkhidmatan Perbandaran Fungsi Bahagian Kesihatan Awam Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan kerja-kerja berkaitan sosial kemasyarakatan dan menjana hasil kepada Majlis. Di antara kerja-kerja sosial adalah seperti mengawal kacau ganggu, pencemaran, haiwan merayau disamping kesihatan sosial seperti kawalan wabak dan juga kawalan mutu makanan. Kutipan hasil kepada Majlis adalah melalui kutipan hasil daripada Lesen Tred, Iklan, Sewa Pasar dan lain-lain. 1. Merancang segala aspek mengenai perlesenan premis tred dan perindustrian dan kawalan kualiti makanan 2. Pemeliharaan taraf kebersihan dan taraf kesihatan ruang / tempat perniagaan 3. Menentukan semua perniagaan mempunyai lesen premis 4. Menyelaras aktiviti kawalan kualiti makanan dan pencemaran alam sekitar 5. Menguruskan kualiti perkhidmatan bahagian 6. Mengawal serta mengambil tindakan terhadap premis / peniaga tanpa lesen 7. Memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan di tempat yang diluluskan 8. Memperluaskan skop perlesenan bagi meningkatkan pulangan hasil Bahagian Kesihatan Persekitaran bertanggungjawab terhadap pengurusan aktiviti kutipan hasil pelbagai jenis lesen seperti berikut:

Lesen Tred Lesen Pasar / Sewa Lesen Iklan / Kebenaran Sepanduk / Paparan Iklan

Antara bidang tugas lain yang bukan bentuk hasil adalah dari segi keselamatan sosial, kesihatan dan ketenteraman awam khasnya yang berada dibawah kawalan kawasan perkhidmatan Majlis seperti: Menubuhkan 'Unit Vektor' untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Kawalan mutu makanan untuk memastikan kualiti makanan yang dipasarkan untuk orang ramai adalah selamat Haiwan merayau adalah antara tugasan yang akan melibatkan pegawai penguatkuasa dan pekerja am bagi tujuan menagkap haiwan yang merayau yang boleh menyebabkan kacauganggu kepada orang awam Menghapuskan kacauganggu dan halangan lain yang boleh mnyebabkan gangguan bising, pencemaran dll.

Jabatan Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan MBAS terletak di tingkat 7 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Star, Kedah. Fungsi Bahagian Pembangunan & Kerja Am 1. Membantu Jurutera di dalam kerja-kerja yang berkaitan. 2. Melakukan kerja merancang keperluan projek pembangunan. 3. Menyediakan kerja siasatan kesesuaian tapak dan persiapan yang perlu disediakan. 4. Menyediakan lukisan kerja serta butiran pelan untuk projek-projek Majlis. 5. Menyedia dan menaip dokumen tender dan sebutharga. 6. Melakukan kerja mencetak pelan (plan printing). 7. Membuat anggaran kos projek pembangunan sosio-ekonomi, infrastruktur dan penyelenggaraan. 8. Menjalankan kerja-kerja siasatan tapak mengenai aduan kerosakan untuk kerjakerja pembaikan. 9. Menyediakan dokumen perjanjian kontrak untuk kerja-kerja tender dan sebutharga. 10. Menjalankan kerja-kerja pengawasan, pemeriksaaan dan kelulusan sebelum sesuatu projek dimulakan atau dibaiki. 11. Melakukan penilaian peratus kemajuan kerja sesuatu projek untuk pembayaran kemajuan 12. Menyediakan laporan dan butir-butir untuk pembayaran kemajuan dan penyelenggaraan pembaikan. 13. Melakukan kerja penyerahan peralatan dan bangunan. 14. Menghadiri mesyuarat jabatan dan mesyuarat bulanan di tapak projek mengikut arahan jurutera. Fungsi Bahagian Jalan & Lalulintas Selaras dengan pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan juga Akta Pengangkutan Jalan 1987, fungsi utama Bahagian adalah seperti berikut :1. Kawalan dan pengawasan pembangunan jalan. 2. Mengkaji sistem lalulintas dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai 3. Melaksanakan dan menyelenggara projek-projek Majlis di dalam pengkhususan jalan dan lalulintas. 4. Menyelenggara jalan-jalan dan perabot jalan Taman Perumahan di seluruh kawasan perkhidmatan Majlis Bandaraya Alor Star 5. Mengawal aktiviti di atas rezab jalan dan jalan terhadap :

Pengorekan jalan Pembinaan bonggol jalan dalam taman perumahan Halangan terhadap lalulintas Pencemaran jalan

Fungsi Bahagian Parit & Saliran 1. Bahagian Parit & Saliran bertanggungjawab dalam menguruskan pembaikan ke atas kerosakan aset-aset Majlis. Perlaksanaan kerja-kerja pembaikan berkenaan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik Majlis melalui proses tender, sebutharga dan pesanan terus. Fungsi Bahagian Mekanikal & Elektrikal Bahagian Mekanikal & Elektrikal merupakan salah satu dari unit-unit di Bahagian Penyelenggaraan yang berperanan di dalam menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan bidang mekanikal dan elektrikal. Fungsi Bahagian : 1. Menguruskan pembelian kenderaan, jentera dan mesin baru. 2. Membaiki kenderaan yang rosak. 3. Membaiki unit-unit elektromekanikal. 4. Menyediakan inventori kenderaan untuk tujuan hapuskira. 5. Menyediakan pengangkutan untuk segala aktiviti Majlis. 6. Pengeluaran harian minyak diesel dan petrol untuk kenderaan-kenderaan Majlis. 7. Memastikan semua kenderaan digunakan dengan sempurna. 8. Menyelenggara rumah pam milik MBAS. 9. Menyelaras dan mengawal pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta khususnya dalam menyediakan perkhidmatan mekanikal. 10. Menyelenggara bengkel MBAS Mergong. 11. Menyelenggara lampu jalan dan kerja elektrik aset Majlis (kecuali Kompleks MBAS). 12. Bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan mengawal pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta khususnya dalam menyediakan lampu jalan di taman perumahan. 13. Merancang , mengkaji dan memberi khidmat teknikal dalam menguruskan projek pembangunan. 14. Pemasangan lampu jalan dan lampu-lampu hiasan sempena perayaan dan keceriaan malam. 15. Menyelenggara dan membaiki kerosakan peralatan eletrikal di premis-premis Majlis.

Fungsi Bahagian Ukur Bahan Fungsi Bahagian Ukur Bahan adalah seperti berikut :

1. Memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat Ukur Bahan kepada Bahagian / Unit Majlis Perbandaran Kota Setar. 2. Mempastikan Majlis Perbandaran Kota Setar mendapat pulangan yang maksima bagi projek - projek yang bersifat penswastaan atau usahasama. 3. Menentukan semua bahagian / unit dalam Majlis Perbandaran Kota Setar bertanggungjawab sepenuhnya dengan urusan kerja, perkhidmatan selaras dengan matlamat dasar kerajaan. 4. Mempastikan perolehan kerja barangan dan perkhidmatan diagih kepada pembekal dan kontraktor dengan mengambil kira berbagai faktor penilaian dan penaksiran dari segi harga, pengalaman, kewangan dan keupayaan pengurusan. 5. Mengawas dan menentukan sewa kontraktor yang melaksanakan projek MPKS berjalan lancar dan berkeupayaan tinggi. 6. Khidmat nasihat kepada pentadbiran Bahagian / Unit dalam tawaran / Sebutharga. Fungsi Bahagian Pentadbiran 1. Penyediaan surat-menyurat. 2. Proses pengurusan aduan. 3. Proses kursus dan latihan anggota 4. Proses tindakan tatatertib anggota. 5. Proses permohonan & kelulusan cuti anggota. 6. Proses permohonan peralatan pejabat. 7. Proses permohonan kew 1 ( Perakuan pembayaran/ baucer pembayaran). 8. Proses pengurusan mesyuarat jawatankuasa kecil projek-projek kecil MBAS 9. Proses pengurusan mesyuarat jawatankuasa teknikal projek pembangunan. 10. Proses pengurusan mesyuarat luaran Majlis. 11. Proses pengurusan mesyuarat dalaman Majlis. 12. Penyediaan laporan kertas kerja. 13. Penyediaan laporan today on line. 14. Penyediaan laporan tahunan. 15. Penyediaan laporan bulanan. 16. penyediaan laporan berita semasa. 17. Proses penyediaan maklumbalas mesyuarat jawatankuasa tetap MBAS. 18. Proses penyediaan anggaran belanjawan tahunan. 19. Proses pengurusan mesyuarat jawatankuasa tetap pembangunan dan Infrastruktur. 20. Proses penyediaan maklumbalas mesyuarat penuh MBAS

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Komponen Jabatan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

Bahagian Pembangunan Komuniti & Perhubungan Awam Bahagian Sukan & Kebudayaan

Fungsi Bahagian Pembangunan Komuniti & Perhubungan Awam Peranan utama MBAS adalah untuk memberi perkhidmatan yang menyeluruh dan terbaik kepada seluruh warga Alor Setar. Peranan ini akan bertambah mencabar dengan perluasan kawasan pentadbiran Majlis kepada 950 km persegi. Selain itu, MBAS juga berperanan untuk mencapai negeri maju yang seimbang dalam sektor ekonomi, sosial, pembangunan, ilmu dan keagamaan. Peranan ini mencakupi aktiviti-aktiviti yang berteraskan khidmat kemasyarakatan di kalangan sektor awam, swasta, NGO, CBO, Pertubuhan Profesional, Persatuan-persatuan Beruniform dan sebagainya. Fungsi Bahagian Sukan & Kebudayaan Peranan utama bahagian ini mencakupi aktiviti-aktivi yang dapat membantu meningkatkan sektor sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan di kalangan sektor awam, swasta, NGO, CBO, Pertubuhan Profesional, Persatuan-persatuan Beruniform dan sebagainya.

Jabatan Undang-Undang

Bahagian undang-undang MBAS terletak di tingkat 9 Menara MBAS Jalan Kolam Air 05675 Alor Setar, Kedah. Fungsi Bahagian 1. Bertanggungjawab ke atas urusan-urusan mengenai penguatkuasaan undangundang dan peraturan. 2. Bertindak sebagai penasihat kepada Majlis dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan undang-undang. 3. Bertanggungjawab dalam hal pendakwaan dan urusan mahkamah serta kes-kes yang bersangkutan dengan Majlis. 4. Bertanggungjawab dalam hal-hal seperti denda dan kompaun terhadap pesalah yang melanggar undang-undang Majlis. 5. Bertindak menggubal, ubahsuai dan meminda undang-undang kecil yang bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan semasa untuk digunapakai oleh Majlis. 6. Bertanggungjawab untuk menyedia dan mengkaji perjanjian yang melibatkan Majlis. Bertanggungjawab untuk menyelaras kursus-kursus bagi Pembantu-Pembantu Penguatkuasa.

Jabatan Bangunan

Jabatan Bangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Komponen Jabatan Jabatan Bangunan dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

Bahagian Bangunan Baru Bahagian Kawalan Bangunan Bahagian Arkitek

Fungsi Bahagian Bangunan Baru 1. Memeriksa dan memproses untuk kelulusan semua pelan bangunan yang dipermasukkan oleh pemaju bagi memastikan kehendak dan keperluan Undangundang yang berkaitan. 2. Memeriksa dan memproses pelan jalan dan parit dengan kerjasama Jabatan Teknikal seperti JKR dan JPS untuk memastikan keperluan teknikal dipatuhi. 3. Memeriksa dan memproses pelan bagi sistem sanitary najis dan peralatan kebersihan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. 4. Memeriksa tapak pembinaan dan kemajuan kerja pembinaan untuk dipastikan pembinaan yang dijalankan mengikut syarat-syarat kejuruteraan yang telah diluluskan. 5. Memeriksa bangunan, sistem jaringan jalan dan parit dan yang berkaitan dengan infrastruktur bagi tujuan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan. 6. Memberi bantuan nasihat secara teknikal, kepada pemaju berkaitan dengan pembinaan bangunan, jalan/parit dan pembetungan najis sejajar dengan berbagai keperluan/dasar/polisi majlis. 7. Merancang, memanggil, tawaran, menyelaras, menyelia dan menyelenggara projek-projek khas yang dijalankan oleh Majlis. 8. Mengawasi kerja-kerja tambun tanah dengan kerjasama Bahagian Undangundang Majlis, selaras dengan Undang-Undang Kecil Kerja Tambun Tanah

Fungsi Bahagian Kawalan Bangunan 1. Menguatkuasa Undang-Undang/Akta Bangunan.

2. Memeriksa serta memproses semua permohonan untuk tambahan dan pindaan bangunan. 3. Memeriksa dan memproses permohonan untuk membina bangunan sementara, bangsal wayang dan lain-lain. 4. Mengawal binaan dan tambahan tanpa kebenaran. 5. Memeriksa dan membuat laporan bersabit dengan aduan tentang binaan yang dibina tanpa kebenaran. 6. Memproses permohonan bagi bekalan air dan elektrik. 7. Memberi nasihat mengenai kesesuaian ke atas premis-premis bagi mengeluarkan lesen untuk snooker, video games dan pusat-pusat hiburan lainnya. 8. Memberi pandangan dan nasihat mengenai kesesuaian ke atas premis-premis sebelum dikeluarkan lesen oleh Bahagian Perlesenan dan Penjaja MPKS. 9. Mengambil tindakan kompaun yang berkaitan dengan binaan. Fungsi Bahagian Arkitek 1. Merancang dan merekabentuk bangunan projek-projek oleh Majlis dan pengawasan kerja-kerja binaan. 2. Menyediakan lukisan kerja dan memberi cadangan dalam permohonan kelulusan pelan untuk mendirikan bangunan iaitu meliputi bangunan baru dan bangunan lama. 3. Menyelia dan mengawasi projek-projek usahasama MPKS dengan lain-lain agensi. 4. Penyediaan sebut harga/tender bagi menjalankan projek projek Majlis

Cara Perlantikan Pentadbir Tempatan

Pelantikan dalam pentadbiran tempatan dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sama ada secara tetap, sementara atau kontrak. Semua pelantikan dibuat berdasarkan merit yang mana hanya calon-calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam. Rujukan mengenai skim perkhidmatan dalam sektor awam boleh dibuat berdasarkan, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 yang dikeluarkan oleh JPA dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

3.PERANAN

Ekonomi Kemampuan Alor Setar untuk berkembang dengan pesat memang tidak dapat dinafikan lagi. Tekanan untuk pembangunan di masa hadapan terdapat di merata bahagian Bandar samada untuk tujuan perumahan, pembangunan dan institusi pengajian. Sebagai sebuah ibu negeri dan pusat pentadbiran daerah. Alor Setar sentiasa mendapat keutamaan projek-projek pembangunan. Selain daripada mempunyai kawsan pinggir Bandar yang mencukupi, kawasan-kawasan lama dalam pusat Bandar berkemungkinan dapat dibangunkan semula melalui program- programpembangunan semula Bandar. Pendidikan Sungguhpun Bandar Alor Setar bukan tumpuan Pusat Pengajian Tinggi seperti di beberapa Bandar seperti Shah Alam, namun sebagai Bandar pusat pentadbiran, Alor Setar tidak ketinggalan dari segi pembangunan pusat pengajian. Antara pusat pengajian tinggi yang terdapat di Bandar Alor Setar ialah Kolej Universiti Insaniah yang berkembar dengan Universiti Al-Azhar di Mesir. Di Bandar Alor Setar, terdapat 2 buah maktab tertua dan dikenali di seluruh dunia iaitu Maktab Sultan Abdul Hamid yang melahirkan tokoh-tokoh negarawan masa dahulu dan kini di samping Maktab Mahmud iaitu sebuah Maktab Pengajian Tertinggi di mana kelulusannya diiktiraf oleh Universiti-Universiti di Timur Tengah dan Universiti Al Azhar di Mesir. Kebudayaan Bandar Alor Setar juga merupakan pusat tumpuan kebudayaan kerana kebanyakan perayaan anjuran kerajaan negeri dan Persekutuan seringkali diadakandi Bandar ini. Aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan juga sering diadakan kerana di Bandar Alor Setar terletaknya Muzium Diraja Kedah, Muzium Negeri Kedah, Taman Budaya Pumpong serta Balai Seni Lukis Negeri.

Pelancongan

Bandar Alor Setar juga sering dijadikan tumpuan para pelancong yang ingin mencari dan mandapatkan barangan kraf tangan tradisional seperti batik dan songket. Barang-barang tersebut boleh didapati dengan harga yang berpatutan serta variasi warna dan corak yang cantik tidak lain tidak bukan di Pekan Rabu.

4.Perkembangan

SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan MBAS adalah berdasarkan jumlah kutipan hasil serta harta-harta tetap pegangan Majlis Selain itu, Pembangunan Pekan Kuala Kedah, Pokok Sena serta Pekan Diraja Anak Bukit serta pembesaran lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas adalah dijangka akan dapat membantu Majlis dari segi hasil dan dijangka menjelang tahun 2012 Majlis akan berjaya mencecah hasil ke angka RM 100 juta. PEMBANGUNAN PRASARANA/FIZIKAL Bandar Alor Setar kini sedang pesat membangun. Terdapat banyak projek-projek pembinaan seperti kawasan perumahan dan pasar raya sedang dibangunkan oleh agensiagensi swasta. Pembangunan kawasan perindustrian dan perdagangan seperti Stargate dijangka dapat memberikan keuntungan yang lumayan di samping menjana pendapatan rakyat di daerah Kota Setar. CABARAN YANG DIHADAPI Antara cabaran yang dihadapi oleh MBAS ialah kegagalan penduduk menjelaskan cukaicukai yang berkenaan. Akibatnya, pembangunan yang dirancang tidak dapat dijalankan akibat kekurangan modal. Selain itu, masalah kekurangan tempat pelupusan sampah juga menjadi cabaran yang dihadapi. Masalah sampah yang semakin menjadi-jadi amatlah dikhuatiri oleh MBAS kerana ia akan memburukkan imej Alor Setar sebagai sebuah Bandar yang indah. SARANAN DAN HARAPAN Majlis Bandaraya Alor Setar menyarankan rakyatnya agar menjelaskan tunggakan cukai pintu dan memperbaharui lesen perniagaan agar kutipan tersebut dapat digunakan untuk membangunkan Bandaraya Alor Setar agar lebih sistematik dan terancang. MBAS juga berharap rakyatnya bekerjasama dan lebih bertanggungjawab agar pentadbiran MBAS lebih sistematik dan dapat dijalankan sesempurna mungkin demi kesejahteraan bersama.

RUMUSAN

Selepas menjalankan kerja kursus sejarah ini, saya dapat menambahkan satu lagi ilmu yang tidak pernah saya ambil kisah sebelum ini. Kini saya sedar tentang kepentingan institusi pentadbiran tempatan dalam projek pembangunan dan banyak lagi Saya rasa bersyukur kerana dengan ini saya menyelami dengan lebih dalam lagi tentang. Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang institusi pentadbiran tempatan dalam daerah kita.Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai institusi pentadbiran tempatan di daerah kita.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mewujudkan semangat patriotisme dan dapat mempupuk kerjasama di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati. Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan institusi pentadbiran tempatan perlulah dipertahankan kerana ia membantu kemajuan dan pembangunan di kawasan kita.

LAMPIRAN

PIAGAM PELANGGAN Majlis Bandaraya Alor Setar :KAMI BERJANJI AKAN SENTIASA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG MESRA, ADIL DAN BERKUALITI SETIAP MASA KEPADA SETIAP PELANGGAN :1.Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 15 minit 2. Memastikan bil-bil cukai pintu diserahkan ke alamat premis selewatnya-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua; 3. Kelulusan pelan tambahan dan pindaan bagi rumah kediaman akan diberi dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap; 4. Kelulusan Pelan Bangunan akan diberikan dalam tempoh 69 hari dari tarikh terima lengkap permohonan; 5. Kelulusan Permit Bangunan Sementara akan diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap; 6. Permohonan lesen akan diberi kelulusan dalam tempoh :i Lesen Pasar Awam, Pasar Raya dan Tred 30 hari ii Lesen Pasar Malam/Pasar Pagi 14 hari iii Lesen Iklan 14 hari iv Lesen Penjaja Kecil-9 hari v Lesen Penjaja kecil Sementara -1 hari vi Lesen Perniagaan Makanan 3 bulan 7. Memberi perkhidmatan pemungutan dan pelupusan sampah di kawasan perumahan 3 kali seminggu dan setiap hari di kawasan perniagaan 8. Memberi perkhidmatan pemotongan rumput dan pembersihan parit/longkang di kawasan perumahan 30 hari 1 pusingan (hari bekerja); 9. Permohonan Pindahmilik Pegangan yang lengkap boleh diluluskan dalam tempoh 1hari (bekerja) dari tarikh Borang (I/J) diterima; 10. Kelulusan Kebenaran Merancang dalam tempoh enam (6) bulan; 11. Kelulusan permohonan sewaan premis/gerai Majlis dalam tempoh 14 hari; 12. Permohonan untuk mengalih pokok tumbang akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam; 13. Semua aduan yang diterima akan diselaraskan kepada bahagian-bahagian berkenaan untuk diambil tindakan selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh aduan diterima.

KHIDMAT PENGURUSAN

1. Bertanggungjawab atas pengurusan sumber manusia seperti hal ehwal berkaitan perjawatan , perkhidmatan dan latihan. 2. Bertanggungjawab atas urusan pentadbiran Am Majlis seperti pentadbiran harian Majlis, surat menyurat, fail-fail pengurusan, bekalan logistik dan Hal Ehwal Ahli Majlis. 3. Urusetia kepada mesyuarat harian, dan yang melibatkan Majlis disamping Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis, Mesyuarat Pentadbiran Majlis dan sebagainya. 4. Menyediakan perkhidmatan perundangan, penguatkuasaan serta pendakwaan. 5. Perhubungan Kemasyarakatan badan-badan NGO serta perhubungan Awam. PERBENDAHARAAN 1. Penyediaan belanjawan dan anggaran belanjawan. 2. Melaksanakan aktivi-aktiviti kawalan perbelenjaan. 3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pungutan hasil dan pelaburan. 4. Menyediakan aktiviti-aktiviti perakaunan, penyediaan gaji , elaun dan sebagainya yang berkaitan pembayaran. 5. Penyediaan laporan-laporan kewangan dan perakaunan berkala. PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA 1. Mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian harta di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Harta Majlis. 2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian semula kadar sewa (Akta kawalan Sewa) 3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengurusan Harta Majlis. 4. Melaksanakan aktiviti penyelidikan seperti kajian semula penilaian, sewa, kos, kaedah penilaian dan sebagainya.

PERKHIDMATAN KEMASYARAKATAN

1. Mengurus dan menyelia dan menguatkuasakan aktiviti aktiviti perkhidmatan Bandar seperti perkhidmatan sampah , pelupusan sisa pepejal, parit/longkang, jalan dan sebagainya. 2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan kesihatan awam seperti kawalan mutu makanan, kebersihan alam sekitar kawalan penyakit dan sebagainya. 3. Mengurus dan menyelia aktiviti-aktiviti perniagaan seperti lesen penjaja , gerai, pasar, premis-premis perniagaan seperti kilang kilang, rumah tumpangan dan iklan. 4. Mengurus dan mengeluarkan lesen lesen perniagaan dan menguatkuasakan aktivitiaktiviti tersebut selaras dengan Akta yang diperuntukan Akta Yang Diperuntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133) Akta Perancang Bandar & Desa 1976 (AKTA 172) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 333) Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (AKTA 663) (T.W - 13 Feb 2007) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 1/04 Enakmen Majlis Bandaraya Alor Setar 2003 2/04 Enakmen Peruntukan Tahun 2004 Supply Enactment 2004 3/04 Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) (Kedah) 2003 Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) (Kedah) Enactment 2003 4/04 Enakmen Mineral (Kedah) 2004 Mineral (Kedah) Enactment 2004 5/04 Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2004

Laws of the Constitution of Kedah (Amendment) Enactment 2004 6/04 Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2004 State Public Service Commission (Amendment) Enactment 2004 7/04 Enakmen Peruntukan Tahun 2005 Supply Enactment 2005 Enakmen Majlis Bandaraya Alor Star 2003

Latar Belakang
1

Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diistiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada 21 Disember 2003. 2 Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini.

IKRAR Majlis Bandaraya Alor Setar :-

BAHAWA KAMI, ANGGOTA ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR SESUNGGUHNYA BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

DAN BERAZAM DENGAN SEMANGAT KEKELUARGAAN, BERDISIPLIN, BERSIH CEKAP, DAN AMANAH BAGI MENCAPAI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG DEMI UNTUK KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA 4

LOGO Majlis Bandaraya Alor Setar :Konsep Logo

Bingkai : Elemen Jata Negeri Kedah Diletakkan di puncak logo melambangkankuasa pentadbiran Kesultanan di dalam Negeri Kedah Darul Aman. Elemen Tangkai Bunga Padi Terdiri daripada 17 buah padi secara sepasang. 17 buah padi bererti tonggak Rukun Sembahyang di dalam Islam iaitu jumlah rakaat (4+4+4+3+2). Daun Setar Melambangkan Pokok Setar sebagai nama asal Bandar Alor Setar. Inti : Masjid Zahir - simbol Islam sebagai agama rasmi.

Balai Besar - simbol senibina berbudaya Melayu dan Siam. Wisma Darul Aman - simbol pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Unsur unsur Kerajaan Persekutuan -2 ekor harimau - simbol kekuasaan (authority) pentadbiran 9 jalur warna - Biru tua, Hijau, Indigo, Kuning, Merah, Biru Muda, Ungu, Putih dan Hitam (warna-warna Bendera Malaysia/ Negeri/ Wilayah Persekutuan. 9 warna - Juga menunjukkan MBAS dinobatkan sebagai Taraf Bandaraya/ Majlis Bandaraya ke 9.

Bawah: Bunga Bongor - Bunga rasmi bagi Majlis Bandaraya Alor Setar. Bentuk Pelampung - Melambangkan Alor Setar bandar yang dikelilingi air. Skim Warna Warna MBAS :Biru dan Putih

Warna Kerajaan Persekutuan : Hijau, Indigo, Kuning, Merah, Putih, Hitam, Biru Warna Bunga Bongor : Ungu

Makna Logo i) ii) iii) Logo Negeri Kedah. Bingkai logo terdiri daripada bunga padi, daun setar, dan jalur biru yang mendokong tulisan Majlis Bandaraya Alor Setar. Bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda :-

a) Balai Besar b) Masjid Zahir

: Simbol senibina berbudaya Melayu Siam : Simbol Islam sebagai agama rasmi : Simbol pentadbiran Kerajaan Negeri.

c) Wisma Darul Aman

iv)

Bunga Bongor adalah bunga rasmi bagi Majlis Bandaraya Alor Setar a) biru putih : warna korporat MPKS

b)Merah hijau kuning : warna lambang negeri kedah c) ungu : warna bunga bongor

v) 9 Jalur Warna Warna Bendera Malaysia, Negeri- negeri & Wilayah Persekutuan - Biru Tua, Hijau, Indigo, Kuning, Merah, Biru Muda, Ungu, Putih & Hitam vi) Simbol Kerajaan Persekutuan yang menaungi Kerajaan Negeri. Harimau juga lambang kekuasaan pentadbiran.

Bendera Majlis Bandaraya Alor Setar :-

Penerangan Warna Yang Digunakan :a) merah b)biru c)kuning : Warna melambangkan Negeri Kedah :warna korporat MBAS :warna melambangkan negeri Kedah

Bunga Rasmi Majlis Bandaraya Alor Setar :-

Maklumat terperinci mengenai Bunga Rasmi MBAS :1.Nama botani ialah Lagerstoemia Floribunda 2. Nama tempatan ialah Bongor Kedah 3. Merupakan pokok teduhan berbunga

MATLAMAT STRATEGIK Majlis Bandaraya Alor Setar Membantu organisasi MBAS ke arah Pengurusan Kelas Pertama Dan peningkatan berterusan Sistem Penyampaian Perkhidmatan MBAS. DASAR STRATEGIK Bagi tujuan mencapai 10 Matlamat Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis telah membentuk Pelan Strategik MBAS (2009-2014) dan Pelan Tindakan 5 Tahun Kualiti (2010 2015). Selaras dengan pembentukan dua dasar tersebut, maka wujudlah Matlamat Strategik, Objektif Strategik dan dasar-dasar berkaitan kualiti. DASAR KUALITI Kami anggota Majlis Bandaraya Alor Setar secara berterusan beriltizam untuk memenuhi kehendak pelanggan serta berusaha untuk mewujudkan sistem pengurusan efisyen dan memberikan perkhidmatan yang bermutu untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi kepada orang ramai

RUJUKAN

Internet http://www.mbas.gov.my/web/guest/news Orang Sumber Puan Hajah Noor Mala bt Haji Mat : Pengarah Bahagian Perancang Bandar MBAS. Cik Noor Mastura , kerani di Bahagian Perancang Bandar MBAS

Akhbar Utusan , 18.2.2011, muka surat 5

Integrasi nasional merupakan suatu proses menyatupadukan pelbagai kaum dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing. Ciri-ciri integrasi nasional ialah ia melibatkan pertembungan antara dua atau lebih masyarakat dan budaya. Dengan itu, satu bentuk budaya baru dapat dilahirkan dan menjadi milik bersama masyarakat dengan hilangnya semangat kemasyarakatan namun mengekalkan identiti budaya masing-masing. Peranan institusi pentadbiran tempatan dalam integrasi nasional ialah dengan menyatupadukan masyarakat yang datang daripada latar belakang yang berbeza menjadi satu masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Antara cara untuk memupuk perpaduan antara kaum adalah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Dengan ini, masyarakat akan bekerjasama demi kesejahteraan bersama. Tonggak kepada kesejahteraan Negara ialah perpaduan kaum yang mantap. Maka itu rakyat harus memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada institusi pentadbiran tempatan untuk mewujudkan perpaduan kaum yang mantap. Dalam konteks ini, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah menjadi asas kepada sebarang bentuk dasar yang hendak digubal dan dilaksanakan kerana menjadi hak warganegara serta menggariskan inti semangat perpaduan Negara. Selain itu, demi mewujudkan perpaduan kaum, institusi pentadbiran tempatan juga berperanan memperkemaskan lagi dasar integrasi nasional dalam menarik semula minat generasi muda khususnya masyarakat Melayu, Cina dan India menghayati semangat perpaduan yang telah dibentuk sekian lama. Akhir sekali, institusi pentadbiran banyak memainkan peranan dalam membentuk perpaduan kaum. Justeru, kita sebagai rakyat harus mendokong dan memberi kerjasama pada usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan kaum yang mantap.

1.1 Konsep utama PIN adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. 1.2 Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan PIN iaitu : i. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

Anda mungkin juga menyukai