Anda di halaman 1dari 1

6.

0 Refleksi Diri

Alhamdullilah dengan berkatNya tugasan kertas kerja yang diberikan ini dapat disiapkan
dengan jayanya. Dalam menerajui tugasan kertas kerja ini, tiga tujuan telah ditetapkan
untuk dicapai. Sebagai permulaan, membezakan sumber makanan yang terkenal antara tiga
kaum terbesar di Malaysia, khususnya Melayu, Cina dan India. Kedua, untuk mengetahui
keunikan dan daya tarikan setiap jenis makanan dan ketiga ialah mengkaji bagaimana
keunikan makanan tradisional setiap kaum dapat merangka perpaduan antara kaum.
Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin
kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum

Kami Ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Kami Iaitu Dr. Rosfazila Binti
Abd Rahman kerana memberi tunjuk ajar kepada pelajarnya begitu juga kepada rakan
sekumpulan yang lain dalam menyiapkan tugasan kertas kerja ini. Secara keseluruhannya,
kertas kerja kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri kami
sendiri sebagai seorang pelajar yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam
bidang Hubungan Etnik. Selepas ini, segala ilmu yang diperolehi pasti akan kami gunakan
dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, kami ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian,
terima kasih. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai