Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut: (a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. (b) Melalui kajian ini juga, saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavali Dan Hari Natal. (c) Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah hari raya dalam Islam dan konsep hari raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat. (d) Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai