Anda di halaman 1dari 3

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI-


MEDIA, EKONOMI, POLITIK, SOSIAL, HAK ASASI MANUSIA
http://cikgucikdi.blogspot.com/2012/02/bab-9-isu-isu-kontemporari-tamadun.html
BAB 9 : ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN BARAT

9.1: Hegemoni Barat Dan Globalisasi

PENGENALAN

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya
menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan,
sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi
maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala
keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan
ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang
meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang
juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi
ciptaan manusia.Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses
globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik
kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut
kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global,
perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan
di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin
hebatnya arus kemodenan dunia.

Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman
Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat
bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi
Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan
kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan
Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat
yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi
barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.

Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan
kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya,
pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan
kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai
kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di
sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

KEMUNCULAN TAMADUN BARAT

Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu
tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753
sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada
pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,
2005 : 95).

Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun
Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamaduntamadun yang lebih
awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani
mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani
telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau
falsafah Barat itu sendiri.

Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana
politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli
falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal
ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah
ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada
"soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari
Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic
merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin
yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada
Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang
yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam
mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).

Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia
menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik
ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani
seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian
Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang
jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I,
kerajaan Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah
pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi
kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja &
Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga
tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar
sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun
keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar
meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di
bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku
bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja
& A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).

Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaankerajaan
orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar
Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne.
Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom
(Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan
tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut
Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat
kemajuan orang Islam.

Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans
pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme,
individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang
lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan
pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam
Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini
membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang
menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang
akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.

Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir
dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara
berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang
baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.



SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

Anda mungkin juga menyukai